'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, September 13, 2013

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN KUALA TAHAN - MESYUARAT ORANG-ORANG BODOH?




Persidangan Agung UMNO Cawangan-cawangan di Bahagian Jerantut dah berakhir. Yang menang dah menang dan yang kalah dah kalah. Yang penting yang menang jangan 'mengiji' yang kalah dan yang kalah janganlah menjauhkan diri. Yang menang bukan menang semua dan yang kalah pun bukan kalah 'perabih'.

Kuala Tahan mencatat sejarah bila calon 'orang luar' dikalahkan oleh calon orang tempatan yang kononnya adalah penyokong pembangkang dalam PRU dulu. Kononnya juga ada berlaku ketidak telusan dalam pemilihan dimana jumlah keseluruhan undi melebihi kahadiran ahli. Macam mana jadi macam ni? Apakah ahli-ahli yang hadir semuanya bodoh-bodoh belaka yang hanya pandai mengira dari satu sampai 3 sahaja?

Tidak timbul soal orang luar kerana keahlian berdasarkan kepada pendaftaran melalui cawangan tertentu. Jika nama seseorang ahli itu ada dalam daftar cawangan maka sahlah dia sebagai ahli maka berhaklah dia untuk memilih dan dipilih. Demikian juga dengan tuduhan sebagai pembangkang. Jika nama seseorang itu ada dalam daftar UMNO maka sahlah dia ahli UMNO dan layak untuk mendapat hak-haknya sebagai seorang ahli. Tidak ada sebarang pertikaian.

Jangan jadikan persidangan itu sebagai persidangan orang-orang bodoh, seperti mana kisah orang buta dengan gajah yang membuat persepsi rupa gajah hanya dengan sentuhan tangan mereka sahaja.

Mungkin benarnya ada usaha untuk menjatuhkan ADUN Tahan dalam pemilihan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan datang, namun inilah hakikatnya dalam politik. Jatuh dan menjatuhkan dan dijatuhkan. Jika ada yang masih tidak puahhati dengan persidangan berkenaan, buatlah laporan resmi. Namun, pemantau yang dipilih dengan restu Ahli Parlimen dan kroninya akan dipertikaikan juga nanti.

Aihhh! Ong gelo ke akuq budo....ong pun budo jugeq..ihhh!  Dunieq tork tahu maluq!


5 comments:

Anonymous said...

hah oihh,,kumek tok budo oih.semuek yang dalamp dewan tu doh soh ahli umno yok.Siap tandek namek masa masuk diwan tu lagik.macamp mana bolehnya katek ada pengundi hantuk?

Anonymous said...

Janganlah kita suka sangat menuduh yang bukan b ukan. Kita kena selidik dan pastikan ada bukti nyata barulah kita boleh berkata dengan ada bukti nyata. Biasalah manusia sikap suka sangat menyebarkan berita yang buruk tapi berita yang baik jarang kita sebarkan. ALLAH berikan Otak untuk memikirkan yang mana baik dan yang buruk. Fikirlah sendiri

zawi said...

Hehehe...kalau orang luar kenapa ada naa dalam daftar ahli cawangan? Kalau pembangkang kenapa ada ahli UMNO? Apa pemantau buat semasa mesyuarat kalau pengundi hanti boleh mengundi? Pemantau jgn jadi Pemantat....

Anonymous said...

Hahaha koi setuju..ayat "Pemantau jgn jadi Pemantat"....Sapa yang memantau?atau tak ada pemantau ke semasa mesyuarat tersebut?

uRag dRrulug said...

Akuq tarok tau oihhh!!