'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, February 16, 2011

BERSIAP SEDIA


Pemimpin tidak perlu kaya tetapi mampu mengkayakan rakyat
Yang Berhormat bukan satu penghormatan tetapi satu beban dan tanggungjawab


Segala saudara mara, kaum kerabat dan sahabat handai rakan dan tolan. Yang si ulu-ulu sungai, di puncak-puncak byukit, di tengah-tengah hutan belantara, bersiap sedialah kita; Tidak lama lagi gendang perang akan dipalu dan kita akau turun beramai-ramai dalam saf-saf bersama-sama berjuang untuk memlilih siapakah yang akan memimpin kita.

26hb Februari, Penamaan calon PRK Merlimau. 27hb Februari MUNGKIN penamaan calon PRK Kerdau. Selepas itu, MUNGKIN tidak akan ada lagi sebarang PRK kerana kita akan menuju kepada yang lebih besar lagi, iaitu PRU13.

Siapa yang akan dicalonkan sudah disenariakan, mungkin mereka juga sudah dirisik-risik oleh pihak yang berkenaan. Peribadi mereka dinilai, kehendak rakyat juga dipertimbangkan. Yang berhak akan dicalonkan, yang tidak akan ditolak.

Seperti kata SPU, fasa pertama 'kita' sudah selesai.  Kita menghadap PRU tidak lama lagi. Yang berebut sudah dapat habuan masing-masing seperti mana layaknya. Jika tidak mendapatpun itu adalah haknya untuk tidak mendapat apa-apa.

Dari 'atas'UD dah tau (berbalam-balam siapa akan dicalonkan). Tak usahlah disebut siapa dia nya dahulu, biarlah saspen dan menggetarkan 'spenda' masing-masing. Yang penting yang baru dan segar dari kilang. Yang buruk dan kotor kita humbankan.

 ------------

Moh oih! Kiteq merapat semuleq. Kite buang hark yang kuto, kite ambik hark yang mulek hajeq pulok. Urag hark yang memungko  tark meraseq duduk lameq larh, gamoknye larh, hehe! Kesian jugeq yok, janjiq nyeq ke dimeq, tork meraseq larh yok?


3 comments:

Anonymous said...

Salamp.Sape yok DUN tahan PRU 13 esok tuan UD?.Kalaunya letok dumpok lagi aku pasti undi aku akan bagi ke pembangkanglah jawobnya

Anonymous said...

gambo tu Dato ON Jaafar ke??

uRag dRrulug said...

Anon 10.24,
Pasai darh ramai urag hark tork endok ke dieq, aku kabo ke PM suruh tukor urag laen pulork, tapi pastikan hark yang mulek.

Anon 4:40,
Ya, Dato Onn Jaafar, bukan Jaafar Onn, hehe !!! Awww!