'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, July 28, 2011

BILA 'KU LAN' UMUM LANGKAH KELUAR..

Ini bukan Seikh Al-Hussin Lempoyang saudagar 'onta' di Baghdad



Bila mendengar khabar Menteri Besar adakan perjumpaan bersama Rakyat di Jerantut, saya bergesa pulang. Tapi malang perjalanan tidak lancar kerana di KM23 LPT berlaku kemalangan yang menyekat lalulintas. Jadi saya terlepas program berkenaan. Namun saya tidak berputus asa,  turut hadiri majlis perjumpaan MB bersama komponen BN sambil jamuan makan malam.

Puas hati kerana dapat makan dan bersembang dengan kawan-kawan, namun kecewa kerana tiada sesi soal jawab dengan pemimpin. Pegawai-pegawai Ahli Parlimen memang gembira tiada sesi berkenaan kerana dapatlah mereka sembunyikan segala pekung didada. MB tidak akan tahu masalah antara rakyat dengan pemimpin Jerantut.

Tentu MB tidak tahu bahawa rakyat sudah tidak ingin mengadu hal ke pejabat Ahli Parlimen kerana takutkan 'bujang senang' yang sentiasa menjaga lubuk. MB juga tidak tahu bahawa rakyat dan ahli UMNO juga sudah tidak suka datang ke Pejabat UMNO Bahagian kerana tidak sukakan 'bujang susah' penjaga tasik berkenaan. MB tidak tahu bahawa rakyat bukan membenci pemimpin tetapi mereka yang berada sekelilingnya.

Apa transformasi yang DS Najib ingin bawa tidak akan sampai kerana perlaksanaannya tersekat ditengah jalan. Jadi, UMNO tidak akan berubah kerana ada pihak yang tidak mahu UMNO berubah dan mengubah kehidupannya. Mereka ini lebih rela UMNO musnah kerana mereka lebih sayangkan dirinya dari sayangkan UMNO.

Bila Tengku Lan umumkan tidak berminat jadi calon PRU nanti, maka orang-orang politik Jerantut mula mengasah senjata. Mereka sudah memulakan peperangan, tetapi mereka bukan mensasarkan musuh sebaliknya mereka berperang sesama sendiri, sesama UMNO. Ada yang menang dan tentu banyak yang kalah dan parah. Lalu dalam pilihanraya nanti siapa yang akan mengundi mereka kerana semua rakan dalam pasukan sudah mereka bunuh, akhirnya musuh sebenar iaitu pembangkang akan mendapat menang mudah. Menang bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana kita yang lemah.

Khabarnya ada seorang taukeh Cina berjumpa dan mengadu kepada MB bahawa ada seorang orang besar yang telah memukulnya gara-gara dia menuntut hutang dari orang besar berkenaan. Wow! Ini hutang bayaran beli 'onta'kah? Tidaklah ana ketahui dengan jelas kerana berita-berita itu hanya dibawa oleh angin yang lalu.

Khabar lain yang ana dengar menjelang kita menyambut bulan ramadhan dan hari raya aidil fitri adalah anak seorang orang besar kita telah menyambut cucunya dengan tidak sengaja, hehehe! Dunia...dunia...Memang jual orang lebih untung dari jual 'onta' hehehe...WOW!!

Mujur perjalanan balik ke KL lancar, walaupun hujan renyai-renyai ketika menghampiri tol Karak namun tidak menjadi halangan, esok harus menjalankan tugas seperti biasa. Akan balik semula ke Jerantut menjelang ramadhan untuk memegang puasa.


Haih oihh! Adeq urag dorh awai-awai lagiq dorh keneq kerat dalamp pulitik kiteq. Kesian sunggoh yok? Urag mulek, tinggi Igama tapi dalamp pulitik tetap kene kerat. Apa dimeq nork kateq? Kamiq nork diamp hajeq!


3 comments:

malek bin molod said...

...anak seorang orang besar kita telah menyambut cucunya dengan tidak sengaja? Huhuhu!!! Anak siapa tu ye? Tentu ibu bapa nya orang ternama dalam UMNO Bahagian, hehe. Dulu bapanya sibuk menjaja hal orang sekarang bila kena batang hidung sendiri tau pulak senyapkan diri? Jadi ibunya tak payahlah simpan harapan nak lawan jawatan tertinggi sayap parti sebab tentu isu ini akan ditelanjangkan nanti, hehe...

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,
BILA 'KU LAN' UMUM LANGKAH KELUAR..
Haha ha...,

Ini penyakit gila moroyan dan minyakgas menjelma pulak bila tiba bulan Ramadan. Mereka kata tak boleh posa sebab gastrik. Peliknya mereka ni sakit bila tiba waktu tengahari. Waktu petang boleh pulak sepak bola dari tiang gol sebelah terus kepada penjaga sebelah. Hebat..., ertinya bermain berdua sajalah, orang lain tak taw. Tidak pula pasti mereka ni kasihan ke tidak kepda isteri dan anak2 menyediakan makanan dan menahan lapar seharian, yang paling menyedihkan makanan disajikan habis disentalnya walaupun posanya hanya separoh hari saja...

Perihal YBM Ku Lan nak berundur, baguslah sebit dah taw untung batu dan sabutnya. Ku Lan bukan orang baru dalam politik, seawal pembabitan dalam membetulkan Umno sejak tahun 1988 lagi sehingga Umno tegak kembali dan kini menghampiri pusingan jam itu semula. Desas desus pengganti nampak hebat pada “tembolok” dan percaya “silent protes” akan berlaku kecualilah mereka dapat “berasap” dengan hanya sebungkus Dunhill tidak akan kemana2...

Pang5 Banir tak nampak pelapis tapi perabis di Par;imen Jerantut memang ada...

bkt gantung said...

anak umno ker anak wanita? hehe...mcm2 ada..