'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, April 18, 2012

POLITIK JERANTUT HANGAT SEMULA?

Betik bukan sebarang betik
betik diladang didalam keranjang
Katik bukan sebarang katik
pendek ukuran akalnya panjang



Ada orang memberi maklumat mengenai penubuhan NGO 'KAWAT' dan menanyakan halatujunya. Terlaalu awal untuk membuat penilaian. Namun jika tidak silap dari telekkan 'air sireh dan pinang muda' ianya tak lebih dari sekeping pisang goreng yang jadi sebutan ketika panas. Kalau nasib lebih buruk, ianya akan jadi sebagaimana peribahasa ini (Klik Sini).

Tak lama dulu sebuah blog Jerantut menulis mengenai calon Parlimen yang layak sekiranya Tengku Lan tidak lagi bertanding dalam Pilihan Raya akan datang. Blog berkenaan mencadangkan Timbalan Ketua Bahagian. Itu hak dia, tetapi suara rakyat tentu sekali tidak bersetuju. Sedangkan di DUNnya sendiri masih kucar-kacir dan ramai pengundi akan menolaknya jika dia dicalonkan sekali lagi.

Sepatutnya senioritilah yang diberikan keutamaan. Kemana hendak dibuang bekas Exco Negeri Pahang merangkap ADUN Pulau Tawar? Beliau adalah calon yang lebih senior. Rekod perkhidmatannya pun bersih dan tidak terlibat dengan sebarang isu yang boleh mencacatkan reputasi beliau sebagai calon Ahli Parlimen.  (Klik Sini) Melainkan jikalau pihak kepimpinan masih mengkehendaki calon recycle seperti Hj Kamaruzaman Baria yang masih utuh imejnya tanpa terlibat dengan sebarang korupsi.

Mungkin juga akan berlaku' cas keting' diantara calon-calon jika mereka datangnya dari UMNO Bahagian sendiri, justeru satu formula lain kita kena ambil, iaitu dengan meletakkan calon luar yang berkaliber ataupun calon anak tempatan yang tidak bangun dalam politik bahagian Jerantut. Maknanya, calon sebagaimana Tengku Lan atau beberapa Ahli Parlimen sebelum ini.

Nampaknya terpaksalah berputih mata pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian. Ini juga sabagai satu pengajaran kepada mereka yang terlalu ghairah untuk memeggang jawatan tetapi tidak berusaha untuk menjalankan tugas kerana itulah puncanya kenapa UMNO jadi sebuah parti yang lemah dan dipinggirkan oleh rakyat.


Urag tudoh Dr. Suuk (bukan Suck) bilot, kerayanth! Beliau berjayerq bina semula hospitalnya dan bayor hutang berjuta ringgit kerana hasil usahanya seniriq. Taroq laluq dengan saloh guneq kuaseq. Janganlarh gon menudoh tork tetu pasai.....

2 comments:

Anonymous said...

yang aku pelek nih ahli umno sekarang ni sentiasa menyalahkan sesama sendiri, masih pakai idea lama untuk menonjolkan diri sendiri..., orang macam Dr Shukri yang arif dibidang agamapun mereka cuba pelemahkan dengan buat isu berbagai dan tidak betul..., inilah ahli umno yang sentiasa iri hati sesama sendiri yang mereka ini sentiasa merasakan mereka adalah pakar (ahli) dalam umno...

Anonymous said...

bagi akulah, aku sukong amatlah saranan tu, aku dok teliti calon-calon dari luar yang sesuai banyok, antaranya preseden KAWAT kita tupun bulih.., walaupun dia tak naik melalui umno sini tetapi dia ada asas yang kuat dalam pulitik umno iaitu jawatankuasa umno bahagian pekan, anok buah YAB Dato Najib, kalau urag kata calon payung terjun takpelah asalkan dia ni urag ulu tembeling dan masih dikenali oleh urag ulu...