'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, September 5, 2012

KISAH LABU SENTRAL DAN 'TOT TETOT'...



Diam tak diam...pejam celik...pejam celik masa dah lama berlalu. Tiba-tiba terdengar berita tentang pembinaan Labu Sentral. Satu idea besar dengan belanja besar untuk sebuah perkampongan dan komuniti yang kecil.

Saya tidak memerhatikan secara serius apakah idea sebenarnya pembinaan Labu Sentral ini. Menurut blog WZWH ianya adalah satu hentian bagi bot dan kenderaan darat dalam perjalanan dari Jerantut - Kuala Tembeling ke Kuala Tahan dan Ulu Tembeling.

Jika itulah asas kepada keseluruhan ideanya, maka tutuplah buku dan rehatkan minda kerana tidak apa-apa akan berlaku kesan dari pembangunaan itu kelak.

Jika tidak silap saya, pernah suatu ketika tidak lama dulu ada pengusaha cuba membangunkan Jeti Kg Labu sebagai Jeti alternatif untuk ke Taman Negara. Satu idea yang baik dan pada masa yang sesuai namun kerana tidak mendapat sokongan dari pihak kerajaan dalam membina prasarana maka usaha itu tenggelam tidak lama kemudian.

Jikalau Labu Sentral hanya dijadikan sebagai hentian maka saya yakin ianya akan gagal menghentikan perjalanan bot ke atau dari Kuala Tahan. Tidak juga sebagai hentian kepada kenderaan darat.

Jikalau ianya sebagai sebuah Jeti alternatif bagi khidmat bot ke Kuala Tahan, kemungkinan lebih berjaya kerana akan mengurangkan masa perjalanan bot, namun kesannya kepada Jeti Kuala Tembeling akan tidak disukai oleh mereka yang berkenaan samaada pengusaha bot dan peniaga di Pekan Kuala Tembeling itu sendiri.

Perjalanan darat ke Kuala Tahan yang semakin mudah dan selesa tentunya membuatkan tidak ada alasan kukuh untuk palancong-pelancong berhenti untuk berehat dan merawat. 

Maaf kalau saya katakan ini hanyalah projek 'gajah putih' yang tidak memberi banyak faedah kepada masyarakat setempat.

Harap ada yang masih ingat tentang cerita 'royat' jaman dulu-dulu...tentang ibu ayam dan anaknya 'tetot' dengan musang. Musang yang hendak memakan ayam membuatkan tetot dan ibunya terpaksa selalu berpindah tempat tidur dan akhirnya tidur didalam sebuah labu. Tetot tidak dapat menahan kentutnya lalu melepaskannya dengan kuat sehingga musang mati terkejut ketika mengintai dimana mereka tidur.

Mungkin tidak ada sebarang pengajaran dari cerita berkenaan, ianya cuma sekadar hiburan semata-mata dan tidak ada kena mengena sama ada dengan yang hidup atau yang telah mati, tidak juga ada kena mengena dengan projek Labu Sentral yang dibangunkan itu.

Aihhh! lame tarok balik, lupa amart dorh nork becakap urag drrulug, hehe....Jalan dork siap lagig yok balok pon dorh tinggai siket amat dorh? Kerayanth!!!




5 comments:

chenerong ular said...

buleh di realisasikan menjadi kenyataan jika semua benda yang dirancangkan di teliti terlebih dahulu kesan ekonomi, sosial dan lain kepada penduduk setempat khususnya juga penduduk persikitaran yang akan menerima kesan dari perlaksanaannya, sebagi contoh,mungkin warga di labu akan dapat habuan lumayan jika tetapkan semua perjalanan air mesti bermula di labu sentral,tapi apa nasin peniaga di kuala tembeling?, jadi cadangan hakuk lah UD, kekalkan kebiasan yang sedia ada,tapi perketat kan syarat pada pengusaha pelancungan, baik BAS,TEKSI JUGA BAS PERSIARAN DAN BOAT PELANCUNG MESTI SINGGAH DI LABU SENTRAL, sekurang kurangnya selama setengah jam, memberi peluang kepada pelancung melihat,kebun getah, kebun buah, sawit dan lain lain juga membeli hasil tangan yang tersedia di komplek labu sentral.

Tapi semua kemudahan yang di sediakan hendaklah di jaga dengan sumpurna dan rapi, juga barang barang yang hendak di perkenal atau di jual kat situ sentiasa ada dan bermutu dan harganya tidak lah melambung naik, seperti kata orang yang buat komen dalam WZWH blog gulai roong ikan kenerak seketul di jual pada harga rm40 seketul.

Sama ada hendak di laksana atau tidak mewajibkan semua operaator pelancungan yang membawa pelancung ke taman negara terletak pada pehak yang berwajib, kenapa negara seperti VIETNAM, THAILAND JUGA INDONESIA boleh melakukan sedemikian, jika kita atau pergi ke vietnam, pemandu pelancung telah membawa semua para pelancung yang telah di tetapkan oleh agensi pelancungan mereka, bayangkan saya ke vietnam, selepas menaiki boat melalui sungai mekong, mcam macam tempat di bawa, hinggakan kilang buat choklat dan manisan dari kelapa pun di bawa kita melihatnya, kecil jer kilangnya, KENAPA KITA TAK BOLEH BUAT SETELAH SEGALA KEMUDAHAN DIBANGUNKAN DENGAN KOS YANG TINGGI, KER ADA YANG TAK KENA?

Anonymous said...

Assalamualaikum.....

laaaa !!1 york !! idup lagi ong ni york!!! akuq ingat ong ni mati doh! kerayanth ong ni... buat gitu eh....
Swan akuq memikir ke ong selama ni... ong betapa demana? ah!!! gunung nilung ah!!! ke.......ulu kembir?....

Tok 4 Kuala Aur.

uragkelembir said...

mulek amart lahongdoh menulesdoh semula! Akurindu amat ke tuliszn ong ne. Sindiran pedas macam sambal puyok tpi sungguh memberiertik. Teruskan...aku sukung ke ong sokomonya

Kutukandewata said...

salam UD,

selamat kembali setelah lama bersembunyi di balik banir.kerinduan membaca celoteh ong akan terubat hati yang lara.

uRag dRrulug said...

Salam, terima kasih Sdr Cenerong ular, Kutukan Dewata, Tok 4 Kuala Aur dan uragkelembir kerana masih setia membaca dan memberi komen di blog UD ni. Komen sdr2 banyak memberikan inspirasi bagi sy utk terus menulis dgn topik2 baru, berkisarkan kisah rakyat marhaen sekitar alur Tembeling. Mungkin ada kata2 UD yg sinis tapi niat adalah ikhlas utk membina dan memperbetulkan kesilapan setakat terdaya...melaui kata2 dan teguran. Insyallah akan terus menulis dan berkat doa semua sy diberikan kesihatan yg baik sehingga kini. Namun tidak dapat dinafikan bahawa juga sibuk dengan projek2 gajah biru dan hijau,