'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, September 8, 2012

BAPA PEMODENAN TEMBELING

 Tok Wakil posing diatas 'Jet Ski' mewahnya


Tok Wakil sebagai 'Bapa Pemodenan Pengangkutan Air Sungai Tembeling'


Tuan Penasihat (20%) Ekonomi dan Politik Tok Wakil


Banyak orang berkata saya bermusuh atau tidak menyukai wakil rakyat kawasan kita. Alasannya adalah kerana tulisan-tulisan saya banyak memberi komen yang dianggap negatif. Orang boleh berkata apa dan berfikir apa sekalipun kerana negara kita mengamalkan kebebasan dan demokrasi. Cuma saya ingin katakan bahawa tidak sependapat dengan seseorang bukanlah bermakna membencinya lebih-lebih lagi bermusuhan dengan mereka.

Jika selama saya selalu memberikan komen negatif kepada wakil rakyat kita biarlah kali ini kita memberikan yang positif. Bagaimanapun ini bukanlah kerana terpaksa atau dipaksa. Saya masih percaya bahawa yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Dan saya menyatakan kebenaran, sekurang-kurangnya apa yang saya raasakan sebagai kebenaran menurut pandangan saya sendiri.

Tanpa prejudis, ingin saya katakan bahawa wakil rakyat kita adalah pelopor kepada pembaharuan atau permodenan pengangkutan air di Alur Tembeling. Beliau bukan saja setakat memperkenalkan 'jet sky' @ 'Water Scooter' kepada masyarakat ulu Tembeling, bahkan beliau sendiri menggunakannya dengan kerap, selain dari menaiki 'helikopter' ketika melawat kawasan di pedalaman. Jika selama ini, kita di Alur Tembeling tidak pernah melihat 'Jet Sky' maka kini kita berpeluang melihatnya.

Andaikata selepas ini, jika wakil rakyat kita itu tidak lagi dicalonkan, dapatlah kita kenangkan dan pahatkan namanya sebagai pelopor permodenan pengangkutan air Sungai Tembeling. Mungkin nama beliau boleh kita tuliskan di batu-batu jeram dan cegar-cegar sepanjang sungai dari Kuala Tembeling sehingga ke Kg. Bantal sebagai menghargai jasa beliau.

Bagaimanapun, rasanya 'jet ski' bukanlah kenderaan air untuk rakyat terutamanya rakyat di Alur Tembeling ini. Ini disebabkan harganya yang mahal sekitar puluhan atau belasan ribu. (Klik Sini) atau (Sini). Manalah mampu kita rakyat marhaen ini untuk memilikinya. Yang mampu kami gunakan sebagai pengangkutan hanyalah rakit buluh, atau perahu timbar sayung, paling-palingpun bot injin sangkut 25 atau 40 kuasa kuda. 'Jet Ski' pada kami adalah barang atau alat pengangkutan mewah lagi 'exclusive'.

Cuma sesekali saya berfikir, jika beliau tidak lagi dicalonkan, apakah 'Jet Sky' juga akan hilang dari pandangan kita? Bagai perahu 'sompong', 'rompong' yang dihanyutkan air kehilir ketika banjir?

Hahaha! Kerayanth oihh! Bapak hayap aku hok de-cadang raye hajiq isuk, nye takap de-urag....habihlarh nye gayok de dimeq! Ishhh! Amendeq ong nork kateq 'Japron' oihh! Japron  Ali neh kawan akuq mase sekuloh duluq! Jahat amart mase main bulo! Apa kabor urag de Kapong Batai?



3 comments:

Anonymous said...

hahaha! bapak pembangunan tembeling? hehe! mcm kelakar je tu...

Anonymous said...

Hai UD. lamenye akuq tork dengor celoteh ong, kemane ong pegi,

Untuk Tok wakil sidompok . ada 3 perkara atau satu perkara ong mesti ada. :

pertama : Perintah yang dilaksanakan tanpa hipokrasi.

Kedua : Larangan yang perlu dijauhi.

Ketiga : Redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan.

Tulang belakng Quran dan Hadith.

Akuq harop WZWH baca dan kaborkan kepada Dumpok.




Anonymous said...

Suka tengok dompok pakai kopiah...
Nampak lagi sikit lebai...huhuhu
Lagi nampak lebai lagi lama jadi YB...huhuhu
Lagi ramai orang sokong lebai...huhuhu
Lagi suka orang PR...huhuhu

Kalau tak jadi calon BN PRU13 boleh jadi calon PR...huhuhu
Boleh jadi YB lagi satu penggal...huh

Anak Bukit Guling Gendang