'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, September 9, 2012

APA GUNA ADA KERETA KALAU JALAN TIDAK ADA

Begini agaknya rupa kereta yang Pakatan hendak kerajaan turunkan harganya


Seluruh warga Ulu Tembeling sudah tidak sabar menunggu siapnya projek jalanraya yang menghubungkan diantara Kuala Tahan ke Kg. Bantal. Masing-masing sudah termimpi-mimpi. Yang tua bermimpi untuk membeli kereta dan yang mudanya bermimpi untuk membeli motorsikal. Justeru, jika jalan sudah siap dapatlah mereka kehulu kehilir, kesana kemari menaiki kenderaan mereka sendiri.

Negara Malaysia sudah maju, kenderaan sudah bertambah banyak dan harga kenderaan juga sudah dikira berpatutan terutamanya dengan adanya kereta buatan sendiri proton dan produa. Ramai yang sudah mampu memilikinya.

'Orang Liwat' sedang mencanangkan untuk menurunkan harga kereta. Tapi itu sudah kebiasaan dirinya sebagai modal kempen politik menjelang PRU nanti. Jangan kita kesahkan sangat kerana jika terlalu murahpun tidaklah memberikan makna yang besar dalam kehidupan kita. Mungkin kita perlukan penurunan harga makanan berbanding dengan penurunan harga kereta yang dicadangkan itu. Tambahan pula khabarnya harga makanan dunia akan meningkat lebih dari 5% - 10% dalam masa terdekat, demikian menurut sumber.

Apapun, sama ada jalan sempat siap atau tidak menjelang PRU nanti marilah kita senangkan hati kita untuk berfikir bahawa kita akan jadi seperti orang lain dibandar-bandar dengan memiliki kereta sendiri, biarpun hanya dalam angan-angan sementara menanti mata terlelap.

Mungkin kita tidak mampu membeli kereta mewah sebagaimana kereta Tok Wakil yang ada banyak kereta;termasuk 'Al-fart'. Tidak juga kereta 'Nesan' sepertimana yang digunakan oleh Tuan Penasihat 20%. Bersyukurlah bila kita mampu memiliki proton iswara atau pun kancil atau viva, yang penting jalan rayanya sudah sedia untuk kita lalui.

Ini super 'toiletbike' berkuasa tinggi


Berapa CC? Berapa horsepower? 


Keriteq, muto, lori dalamph gambo ni akuq tork amboh larh oihh. Biorlarh akuq naik bas hajeq. Entoh larh ong, Japerun......Amende gune keriteq kalau tarok be-jalan!!

1 comment:

Anonymous said...

Kalau lagi ramai urag drulug budo lagi BN suka...huhuhu
Lagi ramai urag kena gula-gula hack bila nork pilihanraya...huhuhu
Lagi ramai urag drulug percaya ke dompok...huhuhu
Lagi lama dompok jd YB...huhuhu
Lagi byok prujek jalan...huhuhu
Lagi byok balok dompok rembat ...huhuhu

Air tembeling makin toho...perahu nork mudik tork lepah bila air surut...huhuhu
Dompok peduli ape dia ada jetski...huhuhu
Sudohnya dompok kate ke PM...air tembeling doh toho org drulug nok ilir xlepas perahu tork buleh lalu doh...huhuhu
Demerq nok ke highway pulork doh...huhuhu
PM pon lulus prujek jalan highway 3 lorong ke ulu tembeling...huh geliga sungguh YB dompok
Buleh la urag drulug pakai moto dgn kreteq york...

Anok Bukit Guling Gendang