'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, September 12, 2012

CALON PRU - SIAPA PEDULI UMNO?




Keupayaan kita dalam menguasai media sosial membolehkan kita membahaskan siapakah calon yang akan kita pilih dalam PRU13 nanti. Tidak seperti sebelum ini, dimana kita hanya membincangkannya sesama kita secara bersemuka sama ada di kedai-kedai kopi atau dimajlis-majlis kenduri.

Ini memberikan peluang bagi kita untuk mencadangkan kepada pucuk pimpinan siapakah calon yang kita kehendaki dan popular bahkan 'winabble candidate' dikalangan mereka-mereka yang hanyalah calon 'wannabe' semata-mata.

Ramai yang merasakan mereka layak dicalonkan dan akan menang jika dicalonkan. Bahkan mereka merasakan jika calon yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan bukanlah mereka maka parti akan kalah bahkan dalam senyap mereka sendiri akan mengadakan gerakan sabotaj terhadap calon-calon itu.

Apa yang UD katakan itu bukanlah perkara baru dalam politik UMNO, ianya memang telah berlaku dahulu dan sudahpun sebati menjadi darah daging politikus-politikus 'tikus' UMNO.

Kalau masih ingat, calon DUN Tahan dulu, Allahyarham Cikgu Halim telah kalah ditangan Pas akibat dari politik cas keting UMNO sendiri, bukannya kerana kekuatan Pas. Mereka yang mensabotajnya masih hidup dan masih mendukung UMNO Bahagian. Memang patut benar apabila Tun Mahathir katakan bahawa UMNO busuk hingga keusus kerana orang-orang seperti ini masih diterima didalam parti dan diberikan tempat. Mampukan parti jadi bersih jika pemimpinnya dari kalangan orang-orang yang kotor?

Masalah lain dalam UMNO Jerantut adalah ketiadaan tokoh muda sabagai pelapis. Bukan kerana golongan muda tidak berminat menyertai UMNO tetapi kerana mereka tidak pernah diberikan peluang untuk memimpin. Mereka dicantas sejak mula lagi. Yang bijak akan dihukum kerana UMNO hanyalah untuk mereka yang setia kepada orang tertentu.

Disebuah cawangan UMNO dalam bandar Jerantut telah mengasingkan muka-muka baru bagi mengekalkan muka lama sehingga akhir hayat mereka. Perkara begini juga berlaku dibanyak cawangan-cawangan lainnya juga. Apakah UMNO berubah? Siapakah yang sayangi UMNO?

Pemuka-pemuka UMNO rela UMNO musnah dan kekuasaan jatuh kepada pembangkang asalkan mereka dapat menguasai Cawangan dan Bahagian. Mereka lupa pesanan Mahathir; apakah maknanya mereka jadi Ketua Cawangan atau Bahagian atau ADUN atau Ahli Parlimen jika parti yang mereka wakili gagal menguasai kerajaan yang akhirnya mereka hanya jadi pembangkang dan kehilangan segalanya. PRU semakin hampir, namun pemimpin UMNO di peringkat Cawangan dan Bahagian masih belum berubah.

Urag De Uluq kabornya dorh tork kisoh sape jadi calon UMNO, hati dimeq dorh lukeq, dorh tork mulek, dorh beciq amart! Dimeq bewayat dalamph Fesbuk dorh tork sukeq ke hark lameq.Ishh! Kerayanth oihh!



2 comments:

Anonymous said...

wan mizan tak layak jadi ahli parlimen, dr sukri pun patut dh berhenti sbb negeri pun dah tak perlukan dia. dia pun dah kaya duit balak jkkk, jual tanah pada tokey cina lagi...cukuplah penyangap jd pemimpin umno

Anonymous said...

hak nama pemimpin umno sama aje.... asyek nak menjual herete orang melayu kecukong. semua wakil raayat umno dan ketua umno samaada ketua bhg ke atau cwngan ke,wanita, pemuda sama ajae warnanya asyik perabik harta raayat. tunggu pru 13...... tahulah kome mengajarnya.......