Adapun tarikh PRU13 adalah pada.....Ini PM sendiri yang kaborkan kepada saya...hehe
Sebuah blog tersohor dari kalangan pendekar dan laksamana membuat tilikkan bahawa PRU13 akan diadakan pada 11.11. Amboii! Orang bijak pandai dan dalam ilmu makrifatnya memang boleh nampak telus tetapi mungkin juga tak tulus.
Ketika tak ada siapa pun antara para menteri kabinet berani menentukan tarikh PRU tetiba ada orang yang mampu membuat tilekkan dalam air sireh atau air pinang muda dan dapat melihat tarikh PRU13 nanti. Moleklah tu. Tapi aku masih belum mendengar dari 'One Numbor' mengenai angka-angka PRU ni. Biasanya dengan nombor-nombor ni dia memang bijak sekali. Dari nombor 4D hingga ke 6D semua dapat diramalnya, cuma dia 'jarang......jarang' serta 'kadang.......kadang' saja mengena nombor yang ditileknya sendiri.
Mungkin juga Laksamana ni dibisikkan oleh PM mengenai tarikh PRU masa PM datang ke 'Padang Piol' (bukan Padang Biol) dulu. Mungkin juga dia dibisikkan oleh DS Rosmah tentang tarikh itu. Bertuahlah dia, mungkin juga dia akan jadi calon Parlimen Jerantut nanti sebab Ahli Parlimen yang sedia ada khabarnya sudah tersangat ingin bersara.
Mungkin juga nanti Laksamana akan dilantik jadi Senator dan menjawat jawatan Ahli Nujum DiRaja macam Nujum Pak Belalang tu, mana tau? Tuah ayam nampak dikaki tuah orang, Hang Tuah pun tak nampak.
Kenapa ramai orang sibuk sangat dengan PRU? Sebab....ada yang berhasrat sangat nak jadi calon. Semua mereka itu merasakan bahawa merekalah calon 'Winnable' walaupun sebenarnya mereka itu hanyalah calon-calon 'Wannabe'. Sebab itulah dah ramai yang memohon untuk jadi Dato' dan Datuk untuk tampil 'prestige'. Maka ramailah Dato' dan Datuk nanti...Dato' sana ....Datuk sini. Maka kampong kita akan dipenuhi Dato'-Datuk lah nanti adanya. Bukan hanya lelaki nak jadi Dato', bahkan yang perempuan juga dah tak nak jadi nenek, semuanya dah nak jadi Dato'. Kalau nak dibilang memang tak cukup sebelah tangan untuk mengira dengan jari. (Nanti kita cerita pasal Dato' ni, insyallah dilain kali)
Yang dulu naik basikal tukar motorsikal, yang dulu motorsikal tukar kereta, yang dulu kereta tukar bas dan lori.....nanti ada juga yang akan tukar kepada keretapi. Baguslah apabila taraf sudah meningkat, cuma janganlah hendaknya menyalahgunakan kuasa yang diberikan Allah untuk sementara itu. Penjaga-penjaga karun janganlah hendaknya meneruskan lagi budaya tikus yang selama ini diamalkan.
Bukan rakyat tidak sayangi UMNO, cuma rakyat benci kepada pemimpin UMNO/BN (bukan semua) serta juak-juak dikiri-kanannya, yang selalunya lebih sudu dari kuah. Pemimpin juga harus lebih membuka mata supaya perkara sedemikian tidak akan terus berlaku yang akan merosakkan UMNO/BN serta bangsa dan negara.
Tun Mahathir pun dah kata, BN boleh menang 2/3 cuma masalahnya adalah orang-orang UMNO dan para pemimpin UMNO sendiri yang masih tak sedar diri.
Melihat kepada media sosial, nampaknya Sungai Tahan bukanlah sangat tenang menjelang PRU nanti. Banyak ombak dan gelora. Banyak 'pusar dan siong-siong diolak-olak cegor'. Kita boleh mengubah pemimpin tetapi yang penting UMNO akan terus kita kekalkan sebagai landasan perjuangan kita selamanya.
Aihhh Kerayanth sunggoh! Ari dorh gelap! Perot pulok saket amart banyok makan sambal aseroq! Rase nork birok amart akuq neh! Tabik Datok! Anok cucu nork tupang birok!
2 comments:
Hammenda lah ong ne ok pelik amaot ke dato jerantut ne, selagi ada ku LAN, HALIM mamak roti di jerantut ne, semua orang boleh dapat dato, KU LAN ?,entah sapae sape di rokmen dato, janji hok yang menyukung dia juga dengar cakop dia, itu lolah budu dah dapat, surat dah sain, wook kelabu tak heran lah ketua wanita, ne wook hitam pun nok dapat juga, HALIM MAMAK tolong, ulur jer ke dato ss pulus dapat lah, walau pun berhutang dgan majlis daerah, utang rest house tu, banyak lagi lah, gila belakA dema ne oh, suaan aku mimikirnya, nanti gi ke pasar belagu jer bau, tengok2 DATO, RABAN!!!
Peduli hape aku UMNO menang ke kaloh?.UMNO bukan bagi aku makan pun.YG dapat mkn dengan UMNO ni cuma pemimpin pemimpin dema je.Biarlah pemimpin UMNO aje yg undi UMNO huhu.
Post a Comment