Cemetong, Tok Batin Cegar Sireh
1. Ini tentang daerah terpencil di Ulu Pahang. Kampong ini jauh dipedalaman. Selain dari kelihatan usang ianya juga sunyi dan sepi. Ini mengenai kisah pengembara yang tiba disitu ketika senja berlabuh, setelah penat mudik berperahu, 'bersingkor' meredah arus jeram-jeram dan 'cegar'.
Ketika melewati (bukan me-liwat) sebuah rumah usang, cahaya api pelita berkelip-kelip dari celah-celah dinding 'kulit kepong'. Rumah beratapkan 'cucur' itu kelitahan samar-samar disinari cahaya bulan yang malap. Seakan terdengar suara tua bergurindam mendesah angin malam;
...........................................
ada rumah...rumah nak roboh
ada perahu...perahu dah 'pesok'
ada paya ...sudah kekeringan
ada huma..tidak ada ber-padi
ada jala..jala dah 'bekah'
ada ikan...tiada ber-lukah
.............................................
......ketika diintai dari celah-celah dinding terlihat seorang tua menghisap rokok daun sambil mencangkung...dan melukah.
Keesokannya ketika merayau-rayau sekitar kampong berkenaan. Yang ditemui hanya orang-orang tua sahaja. Bila ditanya dimana anak-anak mudanya? Jawapannya adalah; mereka semua pergi ke bandar mencari perkerjaan, dan jarang-jarang balik kerana kesusahan pengangkutan. Di kampong ini, yang tinggal hanyalah datok dan nenek sahaja.
Jikalau dapat kita bawa pembangunan serta projek-projek yang memberikan peluang pekerjaan kepada anak mudanya, sudah tentu masih ada muda-mudi yang menetap dikampong ini dan menjaga orang tua mereka....meneruskan kehidupannya sehingga akhir hayat mereka. Kalau tidakpun, jika ada perhubungan yang memudahkan mereka pulang ke kampong, sudah tentulah ibu dan ayah mereka tidak lagi kesunyian tinggal sendirian.
2. Khabarnya memang ramai yang ghairah dan 'melobi' untuk mendapat anugerah kerajaan. Terutama mereka-mereka yang sangat berhajat untuk jadi 'Tok Wakil'. Masing-masing menanam dan menyimpan angan-angan dan masing-masing merasakan bahawa merekalah 'Winnable Candidate', namun hakikatnya mereka tidak lebih dari 'Wannabe Candidate'.
Yang tua dan yang muda, yang lelaki dan yang perempuan, semuanya sama menaruh harapan.....nak jadi Dato'. Malangnya tak ada pula siapa yang berhasrat nak jadi nenek walaupun ada antaranya memang dan taraf nenek. Maka ditakdirkan semua yang berhasrat nak jadi Dato' itu tercapailah hajatnya. Bagaimanapun oleh kerana jawatan Tok Wakil tidaklah banyak, maka tidaklah kesemuanya dapat jadi Tok Wakil.
Oleh kerana terlalu banyak Dato'-Dato' (yang tak dapat jadi Tok Wakil itu) maka mereka pun diletakkan disebuah pusat agar senang dihubungi bagi memantau mereka itu setiap masa. Ketika lawatan resmi ke pusat itu, ditemui beberapa orang yang sangat dikenali. Mereka dari berbagai kalangan serta darjat..ada Wan, ada Nik, ada Syed, ada Ku...
Antaranya...Tok Dol,..Tok Zu (Zuriq?) ..Nek Key, Nek Wok, Nek Jah...dan lain-lain lagi. Di pusat 'datok-nenek' ini mereka cungkil bakat dan kemahiran anyaman rotan dan seni pertukangan sesuai dengan usia lanjut mereka.
Aihhh! Beliwat demeq ehh! Tork payoh dapart Dato' kita jadiq Datok jugeq. Mende umo dorh tueq,yok? Tork ke-pelek akuq!

Dato' sedang banci berapa tiang dan keping atap yang hendak diganti

Gambar hiasan: Dato'-Dato' yang sedang menunggu giliran untuk ditempatkan dipusat penjagaan Care Sentral (macam Labu Sentral) ekekeke!
Aihhh! Beliwat demeq ehh! Tork payoh dapart Dato' kita jadiq Datok jugeq. Mende umo dorh tueq,yok? Tork ke-pelek akuq!
5 comments:
Assalamualaikum...
Tegok pada gambor YB Dato tu teringat akuq pada tuan punya umah tu.... sahabat akuq juga.. Akuq pernoh gi ke umahnya....kerjanya tork menentu..... anok ramai. Urangnya baik amat.... Akuq selalu beli ikan pada dia.... Dia ni jenis tork berkira...... mudah amat urangnya..... Rasa-rasanya setelah YB Dato buat bancian tu dah beruboh doh umahnya. lama dah tak gi umahnya 3 tahun doh rasanya....
Tok 4 Kuala Aur.
Auok, salam tuan UD & MUT...,
Aih!!!, keghayant amat ong nih, akurk nih dorh ilang keghas lidoh akurk nih nork bekicek urag temelin doh tork panai makan sireh. Lame amat dorh tork berakit ke hilir kola temelin dan jantut. Akurk dengor kola tahan jalan ke kapung pagi dekat amat dorh nork siap pindik ajer demer tu bewoyat 14 km ajerk. Tapi jalan ke kapung akurk kola sat tork siap lagi.
Banir..., arap ong betugah tork usah nork penin2 mikir pasai prujit. Ong carik banir super ngn akurk jadirklorh...
Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin.
salam,
kat jerantut ni sebenarnya dah ramai dato' batu seremban,baling tujuh biji batu seremban 6 kena kepala dato'.1 aje yang kena kepala marhaen macam kita ni.
dato'-dato' ni tak faham yang kita senyum kat dia orang tu sebenarnya senyum sinis bin meluat.
kalau benar2 berjasa kepada masyarakat tak apa juga.memang layak.
ini mengeja dato' pun tak betul sibuk dok melobi.dato' yang tinggi statusnya adalah dato' anugerah,bukan dato' tender atau dato' mintak atau dalam erti kata yang mudah dato'pengemis!
dato bodo!! ong tukar je yb lain!
Salamph!
Akuq ni ke gior amart oihh! Mendanya ke-kawan lameq nye datang balik semuleq membaceq blog akuq neh...gior amart rasenye de-hatiq. Terima kasih larh oihh! Cenerung Ulor, Panglima Banir, Kutukan dewata, Tok 4 Kuala Aur dan semueq nye larh! Lameq dorh tork makan kenerap asamph rong dengan terong mangoi...
Post a Comment