'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, July 29, 2011

TAHAN: INIQ URAGH HARK KAMIQ NORK !!

Tok, perau kamiq bucur, perau kamiq dorh pesok, kamiq dorh tork dapart nork ilir mudeq lagig. 
Kamiq nork pemipin urag harq yang bulih bantu kamiq, bantu idup kamiq


Bila 'Ku Lan' umumkan tidak akan bertanding dalam PRU akan datang, ada pihak yang benar-benar bersedih kerana akan hilang punca rezekinya, sudah tentu tidak lagi akan dapat menjadi 'Bujang Senang' penunggu lubuk. Ada pula pihak yang akan pura-pura bersedih namun didalam hati melonjak gembira kerana dapat berharap jadi pengganti, atau penggantinya adalah pemimpin yang bakal menjadikkannya satu lagi 'Bujang Senang'. Namun keseluruhan rakyat sebenarnya tidak merasakan apa-apa kerana mereka tahu, walau siapapun jadi 'Maharaja Rimba' itu, mereka tetap sama dan serupa - tiada perbezaan dan tiada pembelaan.

Maka kitapun masing-masing berkira-kiralah siapa yang akan mengisi kekosongan atau pun siapa yang akan kita 'kuis' keluar. Kami di ulu kata; 'cekalok' supaya orang itu akan ter'cekulik'. Pokoknya akan ada perubahan, akan ada pertukaran kerusi-kerusi tertentu sama ada secara sukarela ataupun terpaksa.

Tahan khabarnya nak naik ke Parlimen. Tentu dia akan dihalang dan terpaksa berlawan dengan Pulau Tawar yang juga merasakan sudah senior walaupun dia ibaratkan barang lusuh yang patut dilupuskan, kerana itu disudah dilupuskan oleh MB Pahang dan tidak dilantik lagi sebagai exco kerajaan negeri. Khabarnya, berat beban yang ditanggungnya, hehehe! Wallahualam!

Kalau Tahan ke Jerantut maka kerusi akan kosong. Siapa yang layak dan siapa 'winnable candidate'? Jangan tanya siapa yang hendak kerana sudah tentu semua orang hendak. Saya melihat bahawa yang layak adalah Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil. Beliau AJK UMNO Bahagian, anak Tembeling dan anak kepada seorang tokoh yang sangat berjasa pada zamannya dan seorang yang sangat berwibawa. Dia orang 'berjurus'. Mungkin wataknya kurang dipertonjolkan, tapi saya yakin bahawa dialah orangnya, yang akan dapat membangunkan Tahan dan anak buahnya yang kebanyakan adalah saudara-maranya. DYMM Tuanku juga pasti setuju atas alasan membalas jasa kerana ayah calon ini sangat berjasa kepada almarhum ayahanda baginda semasa hayatnya dulu.

Kita tidak ada pilihan kedua. Fullstop dan tutuplah pintu segala rundingan. Kami orang di ulu tidak hendakkan calon lain lagi. Harap MB Pahang dan PM mendengarnya buat kesekian kalinya.

Siapa di Pulau Tawar? Siapa pula di Damak dan siapa di Jerantut? Banyak soalan yang perlu dijawab dan memang jawapannya sudaj disediakan, hanya waktu yang akan menentukan. Biark kita berjalan pantas dan jangan berlari, kerana bimbang nanti 'tersampuk'. 

Saya kesihan saudara saya yang dinamakan terlalu awal sebagai calon Parlimen, entah suara siapa dibelakangnya dan entak apa pula niatnya. Namun saya melihat dia akan luka parah sebelum dapat memeggang panji-panji kerana musuhnya adalah semua sahabat disekelilingnya masa kini. Dia dinamakan untuk dihukum entah oleh Pulau Tawar atau mungkin juga oleh Tahan.

Harap saudara saya itu tidak terlalu gembira kerana diangkat tinggi bahkan perlu lebih berwaspada menangis kerana tidak lama lagi keris dan lembing akan menikamnya. Silap-silap, sekali lagi politik Jerantut akan menyaksikan tokoh yang layak tetapi dibenamkan kerana kerakusan memburu kuasa diantara pemain-pemain politik yang berada diatas sana.

Jika berlaku demikian, Jerantut tentu tidak akan berubah. Bahkan kemungkinan besar Jerantut dan beberapa kerusi lagi sekelilingnya akan dirampas pihak lawan kerana pemimpin UMN O Jerantut tidak pernah ada rasa sayangkan UMNO selama ini. Yang mereka fikirkan adalah untuk berkuasa dan menjadi 'raja' kepada 'lubuk-lubuk'.


Isuk luseq, aku bewayat pulok pasai Pulo Tawor, Damok dan Jerantut, yok? Hehehe! Demaneq lagiq kekuatan UMeNO kiteq? Tapiq ontok Tahan, ini urag hark yang kamiq nork!

6 comments:

Anonymous said...

Salamp Encik UD.

Kamiq de Sg.Kuching ni larh haje sapeq hork dimeq buboh. mulek de dimeq, mulek larh de kamiq. Engku Suri tu kamiq kenai amat larh, mulek amat kalo dieq jadiq yang behurmat, urang kiteq tu. kamiq sukung amat larh. de alor temeling ni kamiq raseq tadok doh urang lain hak layok, dieq haje kamiq dingok semanoh siket.

Dari:
Urang Sg.Kuching.

uRag dRrulug said...

Urag sg kucing,
tork tahu kamiq sapeq dimeq tu, entoh ke Museq Kumil, entoh ke sapeq. Tapi mimang engku suri tu urag hark mulek, urag pasai amat, tidok memungkor dan tidak berjanji pelesu, anok arwoh wan jalil, semua urag ingat lagiq. Mulek larh kiteq sukung dia tu.

orang temeling tengoh said...

Salam ud,
kome orang sebeloh ilir ni pun sokong juge dia jadi wakil rakyat kome. nampok dia berbudi bahase dan betimbang rase. dia bukan jenis yg tak reti de bahase. pemimpin beginilah yang rakyat hendok...dia lah .....mende?? win-able sendicate? ntoh ...tak ketau aku aih....

Anonymous said...

asal wan yang bertanding, orang tak pecaya dah. kalah.

Anonymous said...

Sukung tarok sukung ker calon urag baruk nirk gon kenerk sukung carik penggantirk dulu calon kork lamerk yang tarok buleh buat hai dengan masyarakat hork nork ke tanoh turk.
Demerk suruh buat ripot dan carik buktirk dulu, aku urag kapong tork pandai amat nork cari buktik nirik. Tapik hakurk dengar wakil rakyat turk cukup kuat sekat kemajuan untuk masyarakat hanya untruk kepentingannyerk hajerk.

Pang5 Banir maaflah kalu tersinggung.

PemikirpolitikJerantut said...

mohon link weh UD
http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com/