'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, September 28, 2011

PERIHAL CALON PRU JERANTUT





Syahadan sebermula, adapun blog Kutukan Dewata blog pencacai nombor wahid ADUN Tahan selain blog WZWH menulis mengenai calon yang layak bagi PRU13 di DUN Tahan dan Pulau Tawar adanya. 

Adapun menurut ceriteranya calon yang layak bagi DUN Tahan adalah Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil manakala bagi Pulau Tawar pula adalah Ahmad Daud, tetapi tidaklah pula diriwayatkan mengenai calon Parlimen Jerantut.  Mungkinkah seperti mana dalam filem P.Ramli apabila Ibrahim Pendek melempar buah dadu dan meminta orang-orang meneka tetapi tidaklah dibenarkan akan mereka itu meneka nombor 2 kerana nombor 2 adalah dia yang punya, hehehe. Begitulah gamaknya, Parlimen tidak disebut siapa calon kerana itu adalah 'reserved' untuk bos dia sahaja. Nampak gayanya gelaplah harapan Tok Bomoh Keri untuk jadi calon parlimen.

Siapakah yang boleh percaya pada kenyataan bodoh Kutukan Dewata bahawa imej seseorang itu tercalar kerana perkhidmatan cemerlangnya? Kononnya dia dicemburui oleh musuh dan kawan juga kerana kecemerlangan prestasinya yang melonjak. Siapa yang boleh percaya dan siapa yang sebenarnya peduli?

Adapun yang boleh merosakkan dan mencalarkan imej seseorang adalah keburukkan mereka sendiri. Didalam blog WZWH sendiri beliau menulis bahawa ada beberapa cawangan UMNO membawa usul undi tidak percaya kepada  ADUN Tahan, itu dari mulut dia sendiri bukan dari sebaran fitnah orang lain, maka jika ini adalah fitnah sudah tentulah pemfitnahnya adalah WZWH sendiri. Kita pun tidak pasti dia dipihak yang mana, kerana konon untuk membela ADUN Tahan tetapi perbuatannya selama ini banyak membawa keburukkan kepada imej ADUN Tahan itu sendiri. Mungkin inilkah namanya duri dalam daging atau sokong bawa rebah.

Ilmu WZWH lebih tinggi dari bosnya sendiri kerana dia mendapat anugerah sijil asli sedangkan bosnya hanya mendapat sijil yang dibeli, perihal ini satu Malaysia sudah tahu. Hatta oleh yang demikian maka tidak usahlah menyalahkan orang lain atas nasib malang dirinya sendiri kerana itu adalah tempahan takdirnya.

Kesilapan yang dilakukannya adalah terlalu ghairah untuk mencapai kepuncak, terlalu gelojoh merebut dan merampas apa yang ada didepan mata. Sejarah juga mencatat keburukkan, baca sini.
Rakyat tidak pertikaikan kelulusannya dari Universiti luar negara yang mana sekalipun, tetapi apa sumbangan yang dapat diberikan dalam membela nasib rakyat. Dalam mencari kekayaan janganlah hendaknya merebut hak-hak rakyat didalam kawasan sendiri atau bersaing bersama rakyat.

Saya tidak ingin bercerita panjang mengenai ini kerana bagi saya dia sudah tidak ada lagi dalam senarai bagi calon DUN Tahan. Mungkin benar bahawa dia terpaksa menangis dan mencium bontot Dato' Nan untuk mendapat tempatnya, bagaimanapun mencium bontot pun masih sukar baginya kerana untuk DUN Tahan dia bukanlah 'winnable candidate'.

Adapun sangatlah 'sahaya' bersetuju apabila Kutukan Dewata menyebut nama Wan Shamsuri Wan Abdul Jalil sebagai calon DUN Tahan kerana dia adalah 'winnable candidates' sebenarnya. Orangnya berhemah dan berbudi pekerti serta sering menjaga personalitinya dan kerap kelihatan sebagai mendahulukan rakyat dalam banyak hal. Jika namanya tidak disingkirkan dari senarai calon, maka rakyat DUN Tahan akan gembira menerimanya dan ini juga bolehlah dianggap sebagai imbuhan bagi mengenang jasa orang tuanya kepada masyarakat di Ulu Tembeling khususnya.

DUN Pulau Tawar, Norzari Yahaya seorang pesara guru dilihat lebih berhemah dan lebih layak untuk mengembalikan kenangan UMNO BN zaman dahulu dimana wakil rakyatnya menganggap tugas dan tanggungjawabnya sebagai satu perjuangan. Jikapun bukan dia, mungkin Ketua Wanita UMNO kerana beliaulah yang selama ini kelihatan banyak mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang khususnya ditumpukan terhadap wanita. Beliau bolehlah diibaratkan sebagai pemeggang panji-panji UMNO yang mengawalnya supaya tidak condong atau terus rebah.

Ahmad Daud adalah antara calon untuk Parlimen. Berpengalaman menjaga dan merancang pembangunan Jerantut dalam perkhidmatan awam akan memudahkannya dalam tugas menjaga parlimen Jerantut kelak. Cuma, dari awal lagi beliau harus jauhi dirinya dari di 'kelong' oleh langau-langau politik. Jangan biarkan sahabat-sahabat lamanya (dari DUN Pulau Tawar) yang sering menungganggi ahli-ahli perlimen terdahulu menungganginya juga. Jika itu berlaku, dia juga akan dijatuhkan oleh rakyat dari DUN Tahan pula.

Jika inginkan calon muda dan berpegang teguh pada hukum Allah, Ahmad Shah Jamlus adalah orangnya tanpa sebarang kerguan lagi. Dia adalah sehelai kain putih dan jika dicalonkan maka memenangi Parlimen Jerantut dengan lebih mudah. Segalanya telah tertulis. Telah tersurat dan tersirat. Bahawa hanya Allahlah yang akan menentukkannya mengikut kehendaknya.

Kepada blogger Kutukan Dewata dan WZWH @ Sibertrooper DUN Tahan, duduklah diam-diam sambil menyimpan gigi dan gusi masing-masing, bahawa segalanya sudah terlambat dan sudah berakhir. Akhirul kalam, beerhentilah dari menyalak!


Kuat amart bebungik yok? Lapor lagig gamok nyeq! Ishhh! Kerayantah!

8 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

HAHA..YANG PPJ TAU SEMUA CALON KENA TUKAR BARU BAGI MENGANKAT KEMBALI KEGEMILANGAN UMNO!!

Anonymous said...

ini saja orang yang nak ditonjolkan.Kita masih ada Wan Amizan, Dato Shariff Samsudin dan Tuan Hj. Kamaruzaman Baria di mana ketiga-tiganya mempunyai karisma dan corak kepimpinan yang hebat. Apa gadoh2 nak sebut orang lain.Tiga-tiganya adalah calon terbaik sampaikan jadi menteri pun layak kerana sudah terbukti kehebatan mereka dalam politik.

uRag dRrulug said...

Salam, bkn calon kitasemula itu tidak bagus dan calon dari tokoh lama itu tidak boleh berkhidmat, tetapi kita hendakkan yang baru yang masih putih dan bersih kerana sudah menjadi resam dunia, lama2 yg putih akan jadi hitam dan kusam juga adanya, hehe

veteran umno said...

ingat senang ke nak menang kalau calon baru yang bertanding.ini nak tentu kan kerajaan bukan pilih ajk pibg.gaya cakap hebat sangat tapi strategi politik kosong.awak hanya nampak selapis.orang nampak banyak lapis.jangan hanya kerana kita kita sukakan seorang maka kita tonjolkan.belum tentu ramai yang suka.kita benci seseorang kita bunuh karektornya.belum tentu orang ramai benci.matang sikit saudara jangan ikut emosi sangat.

uRag dRrulug said...

veteran umno,
kita ada banyak pendapat dan ebrbeza pendapat bukn satu kesalahan, jd pendapat tuan kekalkan calon lama yg sudah bergelumang dgn 1001 permasalahan? jika kita enggan mengubahnya jadi apakah yang umno berubah? mungkin benar sesetengah pendapat bahawa umno mesti dikalahkan supaya ego pemimpinnya dihapuskan, mungkin benar ini yang akan terjadi dalam pru13 nanti, tamat riwayat pemerintaha umno selaras dengan tamatnya kepimpinan Najib dlm teori RAHMAN, hehe

mat jerantut feri said...

macamana pula calon lama masa baru-baru bertanding dulu? kenapa boleh menang? jadi calon baru susah menang bukanlah satu alasan, masalahnya adalah didalam umno ini masih mengamalkan cas keting dari dulu dan selamanya. Ingat siapa yang cas keting allahyarham Cikgu Halim dulu? orang itu masih ada dalam UMNO Jerantut.....

chenerong ular said...

salam, yang lama itu asalnya dari yang baru, berkat sokongan dari semua sudut, mereka menang, ada sikit2 sobatas tu adalah berpolitik?, tapi yang menjadi masaalahnya yang lama tu terlalu banyak sangat masaalah, itu sebab nya saudara UD mencadangkan atau memberi pilihan muka muka baru yang agak bersih, semoga bn boleh menang juga, jika vetren umno fikir nama nama yang di kemukakan oleh UD juga tak boleh menang, sila buat pilihan sendiri dan cadangkan calun yang pasti boleh menangkan bn.

Jika rasa susah sangat, kita beri jer ke pakatan untuk PRU 13 ne, kita tengok, panas tak orang orang umno ne yang bergantung harap pada pemimpin politik umno untok kepentingan peribadi. Gamoknya jika pakatan menang lah memerintah, guana agaknya muka muka orang yang bergantung harap pada ahli yb umno ne, kita cuba sekali nak?, KERANA SELAMA NE KITA HARAPKAN MEREKA, TAPI SEMUA TAK BOLEH DIHARAPKAN, BUAT KERJA HANYA PERMULAAAN KEMENANGAN JER, PAS TU BUAT HAL MENGUMPULKAN KEKAYAAN JER MASING MASING, BUKAN TUDUK SESIAPA, TAPI SEMUNYA SAMA?

uRag dRrulug said...

terima kasih sahabatku Cenderung Ular, yang dah lama tk memberi komen mungkin juga kecewa kerana UD dh lama tk menulis. ini mengenai kebenaran, mengenai suara ramai rakyat yang kita cuba bawakan, wakil rakyat yang ada sudah out..out...OUT