Atas nama pembangunan hutan ditebang dan tadahan air musnah, atas nama pembangunan hakisan akan berlaku dan sungai menjadi cetek dan tidak sesuai untuk ikan2 bermain, atas nama pembangunan pemimpin akan dapat banyak dan rakyat dapat sengsara. Atas nama pembangunan pemimpin akan selalu menipu kita.
Dibawah ini adalah CnP dari Facebook. Rakyat membicarakan mengenai pencemaran alam sekitar namun ada pihak yang rakus menyamun khazanah alam atas nama pembangunan. Tidak semua pihak gembira dengan pembangunan yang dijanjikan kerana rakyat hanya mendapat sedikit manafaat dan terpaksa berkongsi dengan semua pihak tetapi ada kalangan pemimpin mendapat lebih banyak dengan mebiarkan rakyat dalam sengsara.
Ini bukan isu yang saya rekacipta tetapi adalah kenyataan, suara rakyat di Ulu Tembeling, siapa pembelanya? Siapa yang akan kita harapkan? Ahli Politik kita telunjuknya lurus tetapi kelingking berkait.
WZWH mendodoikan kita dengan impian dan angan-angan tentang cable car serta loji nuklear, yang akan kita dapat hakikatnya tidak lebih dari sebuah loji najis....
Terima kasih sdr. Halis Hasana kerana berani bersuara atas nama kebenaran, atas nama perjuangan.





