'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, August 7, 2010

BIAR SONGKOK TINGGI JANGAN HIDUNG TINGGI

Aku baca blog SPU, tak tahan aku terkekek-kekek. Sakit perut aku dibuatnya bila aku nampak gambar pakai songkok tinggi. Aku jadi teringat ke KP kita tu. Bersongkok tinggi juga, hehehe!


Memang lawa bersongkok tinggi ni, itu pun kalau orangnya lawar. KP kita tu tak lah selawar mana pun tapi manis juga lah dipandang mata.


Songkok tinggi ini asalnya dari Johor, sebab itulah kebanyakkan orang yang memakai songkok tinggi ini adalah orang-orang Johor atau setidak-tidaknya orang yang masuk Johor (orang yang masuk orang Johor). 

Dato' Onn Jaafar nampak sajak dengan songkok tingginya. Tapi Jaafar Onn tu tak pastilah jika dia bersongkok tinggi juga.



Kalau tinggi sangat songkokpun mungkin susah juga. Bimbang tersangkut kalau menyusup bawah rumah (tu orang dulu-dululah, masa megintai anak dara).



Kalau songkok saja lawa tapi orangnya tak hensem, mungkin tak menarik juga. Tak pastilah setinggi mana songkok KP kita tu. Tapi kalau agak-agak tak sesuai,memadailah dengan songkok selempek, macam YB kita dibawah ni.




Selamat kembali dari Tanah Suci. Semuga segala niat yang dibawa ke tanah suci itu adalah bersih kerana Tuhan lebih tahu apa dalam hati kita. Mudah-mudah kita benar-benar berubah. Berkata biar benar, berjanji biar tepati, berbudi biar jujur, berjasa biar tak terpaksa dan....
hentikan memungkor...kita lupakanlah tentang 'Ox-Fart' Universiti tu...hehe


p/s:
Kak Nor, awak jangan suka amat pasal songkok tinggi dan KP ni, sebab Wanita UMNO sekarang sedang retak. Pakat-pakatlah dengan Ketua Penerangan Wanita tu macamana nak kuatkan Wanita ni. Siti Hajar bukan main rapat dengan Cik Gu Rokiah tu, dah macam belangkas. Sekalin pandang, Cik Gu Rokiah tu nampak macam ABU (Anak Bawah Umur bukan 'Abang Bu'). Kak Engku kembar Cik Gu Rokiah tentu ada sekali kemana saja mereka pergi.


Dengar cerita semasa program di Kuantan dulu bukan main Cik Siti tu merampas kuasa KW bila naik ke pentas untuk menerima sumbangan yang sepatutnya di lakukan oleh KW Bahagian. Tak segan dan tak silu. Kalau berlaga saya yakin Cik Siti akan terhumban ke dinding. Dahan dia berpaut masih lembut. Hehehe - politik Jerantut kita.





4 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
WZWH nak tanya camna counter UD malam tadi cuma visitors ada 1357 tiba-tiba bila WZWH buka pagi tadi dah naik ke 2701 ! Macam magic aje..ekekekekekeke

Anonymous said...

OD
Bersongkok tinggi boleh tetapi leher kena kuat, kalau tak kuat leher, songkokpun jadi senget, itulah beban songkok tinggi - berat songkok, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. kalau dah semuanya senget nak pandang jalanpun jadi susah...

Kalau ikut peribahasa, lembek leher tu dah lain pulak maknanya.., faham-faham sendirilah..

Itulah realiti politik jerantut hari ini....

Anonymous said...

UD,
WZWH tu komen luar tajuk nampak? Apa kejadahnya dia tu? Hehehe, sakit mental agaknya budak ni, tak ada sapa peduli tentang kaunter pun selama ini, hehehe

pat-pat siku sepat said...

UD,
Jgn layan budak biol tu, sana-sini blog dia pegi dan beri komen macam dia saja yg betul, mcm dia makhluk pilihan Tuhan, sebenarnya dia hanya nak caro piublisiti murah dan tak bermaruah..delete je komen dia tu...langsung tak berkenaan dengan tajuk..hahaha...gila meroyan