'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, August 25, 2010

CALON WAKIL RAKYAT KITEQ

Selamat berpuase kepada yang masih berpuase dan tork bebuke lagiq. Tapi pade hark yang ilir mudek dan betarik perau kala mase ayer surut buleh larh bebuka tu kala tak tahan amat dorh. Maklum larh menulok perau. Jalan tork siap lagiq, baru mengeluo balok untuk pemimpin-pemimpin kiteq.

Urag de Jeratut habih hiboh pasai calon pilihan raye natiq. Wan Zuriq bukan maen lagiq cadang ke urag tuk cadang ke urang neh, rase macap dieq pulok jadi MB atau PM satu Malaysia neh.

Aku ade jugeq cadangan sapa calon natiq;

Parlimen aku nork cadang Wan Mizan sabak dieq Timbalan Ketueq Bahagian dan ketueq Pemudeq.

DUN Tahan aku nork cadang Haji Nazeriq tapi tork bulih sabak dieq ni handai amat beburuq, habih larh rimau gajoh kiteq nati kala dapat ke deiq jadi wakil rakyat. Calon hark napork sesuai dan hark buleh membangun tepat kita tork lain tork bukan adalah Wan Zuriq. (Ade dia kite adeq luji nukeliar (bukan nuklear), lagiq kiteq akan ade kabel kar....tepat kiteq akan jadi mudan. Menureh getoh dari rumoh haje dorh, picit suis getoh menureh senirik. Carik ikan pun macam tu jugeq, cari mudan dan picit suis dari rumoh hajeq).

DUN Pulau Tawar aku setuju cadang Wok Hitam Khatijah Said sabak dia urag istimewa, siwe restous Jeratut tork payoh bayor darh 4 tahun. MB sayang sangat ke dieq. Dieq pun mudoh bekireq dengan Wan Mizan kala ada pogram buat de Restous.

DUN Damok bagiq lah ke Zahar gemok tu, kesian ke dieq dorh lameq jadi pencacai pulitik tapiq tork dapat habuk pon. Dieq pon pandai maen pulitik, pancas sana pancas siniq. Ketua Wanita dorh lumat kene pancas de dieq. Kuat dieq neh, harap bile jadi yang berhurmat nati janganlah terlalu kuat makan rasuoh macam hark lepas-lepas.

Gemane? Apa dimeq setujuq? Hahaha, mulek...,mulek kala dimeq setujuq.

12 comments:

sidek said...

dompork ahli parlimen ukey larh, tapiq zuriq dun tahan, ishhh! punoh kiteq...cariq urag laen larh

Anonymous said...

Salamp..tark kan lah nok letok dumpuk calon parlimen? dumpuk tu sekuloh pun tak abis aihh gemana nok jadi ahli perlimen?.Ahli parlimen kena urang yang ada baca sikit lah yok,

Anonymous said...

pasni akuq raseq WZWH akan post ke blog ong gini.
salam urag drulung!
wzwh amat terharu dengan cadangan anda untuk memajukan politik jerantut (ayat macam urang yang berwibawa lah kunun)akan tetapi dalam politik wzwh memikirkan bahawa satu idea yang luar dari kotak haruslah diketengahkan dan hasil daripada kajian wzwh cadangan wzwh adalah yang terbaik.( ha gun tingok dah keluar dah ayat merasek dirik ceredik pade urag).cadangan ikhlas dari saya adalah ikhlas untuk gon semua dari wzwh.(ceh kunonnyeq nak cube2 bahaseq ulu tembeling hahaha)

ObO said...

salam, aku tetap setuju dan sokong wzwh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Urag Drrulug,
Om cakap om urag derulu Tembeling. Memang Om tidak tahu sejarah politik Ulu Tembeling dan Jerantut. Om tidak tahu dan sensitif kepada siapa pemimpin-pemimpin UMNO yang berpengaruh, berjasa kepada masyarakat di Ulu Tembeling. Apakah dasar-dasar dan kesusahan perjuangan orang di Ulu Tembeling. Geng 30 ialah perjuangan anank-anak tempatan Jerantut yang mahukan pemimpin atau ahli parlimen diberi kepada anak tempatan. Perjuangan ini telah disokong oleh MB pada masa itu. Perjuangan Geng 30 mahu menobatkan samada Ramli Shamsuddin atau Wan Bakar menjadi ahli parlimen. Oleh kerana Urag Drrulug telah menuduh Geng 30 pengkhianat, datuk WZWH pengkhianat maka secara logiknya Urag drrulug juga menuduh final produk Geng 30 iaitu Dato' Wan Bakar juga seorang pengkhianat. Dato' Wan bakar berjaya menjadi ahli parlimen Jerantut selama 3 penggal. Banyak kemajuan di bawa ke Jerantut. Berjaya membawa peuntukan jalan Ulu Tembeling sebanyak RM100 juta pada tahun 1990 tetapi MB DS Khalil Yaakob telah ubah peruntukan buat jambatan Tanjung Lumpur. Semasa penggal akhir beliau telah berjaya dapat menyatukan politik Jerantut. Tapi oleh kerana permainan politik Anwar Ibrahim dan Khalil Yaakob, Wan Bakar diketepikan dari menjadi calon parlimen dan adun pada PRU 1995 kerana Dato' Wan Bakar ada potensi menjadi MB Pahang pada masa itu. Maka jika Urag Drrulug menuduh datuk WZWH iaitu Arwah Wan Mohd Hashim bin Tok Muda Wan Mustapha itu pengkhianat UMNO maka secara lansung Urag Drrulug juga menuduh Dato' Wan Bakar juga pengkhianat UMNO maka Urag Drrulug telah mengutuk kepimpinan politik Ulu Tembeling. Ditambah pula Urag Drrulug melalui beberapa posting yang terdahulu telah mencalar YB Dato' Wan Amizan ADUN Tahan dan semua orang tahu Urag Drrulug tidak suka kehadiran pemimpin genarasi baru dan pelapis Ulu Tembeling, Tembeling Tengah, Kuala tembeling iaitu WZWH sendiri maka apa maknanya? Jangan buat semua orang di Lembah Tembeling nanti menyumpah dan mencela Urag Drrulug. Jangan sampai kena "TULAH" nanti!

Anonymous said...

dahlah zuri awaklah penyebab mengapa keluarga wan dicela dan dihina dijerantut,awak menulis sebarangan sahaja tampa memikir akibatnya awak kutuk dato wan bakar,awak ingat keluarga wan bakar tak baca blog bodoh awak tu!!!awak bangga awak bakal pemimpin agung jerantut!!tak malu kah anda mengaku bakal pemimpin agung sedangkan awak belum mencapai apa-apa kejayaan pun,awak bersumpah atas nama nenek moyang awak sebab nak orang tau yang awak tu keturunan bendahara konon,PM angkat sumpah pun tak sebut tok nenek dia,buat malu keluarga aje awak nih,dengar nasihat puak wan tua yang melarang awak dari menulis blog merapu sebab memalukan keluarga.tapi awak tak nak ikut nasihat mereka sebab awak nih derhaka dan gila publisiti,saya sokong urangdrulug yang menyukong dota wan bakar!!!

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Definisi pemimpin agong ialah tidak semetinya mesti pegang jawatan dalam kerajaan atau berpangkat dato'. Pemimpin agong ialah orang yang berilmu memberi idea-idea bernas memajukan agama, bangsa, dan negara. Pemimpin agong mahu melihat tempat dan masyarakatnya maju dan makmur. kalau pemimpin agong itu mendapat tempat dalam kerajaan dan menjadi ADUN atau Ahli Parlimen maka pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong menyokong dan membantunya dengan hati ikhlas 100% tapi pemimpin agong itu sudah hilang sifat pemimpin agong bila dia jatuh dia tidak mengiktiraf bila anak-anak buahnya naik, bukan itu saja dia dia memperlekehkan anak-anak buahnya yang naik malah berkonspirasi dengan musuh untuk menjatuhkan anak-anak buahnya yang menjadi pemimpin atau bakal menjadi pemimpin. Itulah definisi maksud pemimpin agong. Bila kita naik, anak-anak buah sokong kita kemudian bila anak-anak buah naik kita sokong anak-anak buah kita. Kalau kita sokmo nak naik dan ada agenda senalo maka susahlah weh. Anak-anak buah tidak respek. Itulah maksud pemimpin agong maksud WZWH. Blog WZWH adalah kepunyaan rakyat Malaysia dan dunia bukan hanya hak eksklusif puak keluarga wan saja. Sejak bila keluarga wan sudah mula-mula fikir setiap sesuatu perbuatan atau perlakuan itu memalukan keluarga? Kenapa dulu mereka tidak pernah berfikir demikian. WZWH ada pandangan bebas pemikiran politik bagi kemajuan dan kemakmuran Jerantut dan rakyatnya. Tiada siapa boleh mempengaruhi dan mengawal WZWH.

Anonymous said...

susah sungguh awak nih zuri!!!cerdik tak boleh di ikut,bodoh tak boleh diajar,susah kalau perasan terlebih nih!!!

sri tribuana said...

Salam anon 4:37

Saya mengambil polisi tidak mahu terlibat dgn perkara remeh temeh. jika saya komen, saya akan komen dgn nama blog saya. sebenarnya polisi saya juga tidak melayan komen anon tapi saudara menyentuh perihal bapa saudara saya.

pertama, selilah merupakan org yg sgt rapat dgn saya. Oleh kerana saya tidak sempat sgt dgn selilah abah saya, ayah long mcm abah saya sendiri.
kedua, semua masalah tidak akan timbul jika zuri tidak memulakan tulisan2 bodohnya. tapi itu hak dia, dia rasa dia betul terpulang. kesannya kita tengok akan datang.
ke tiga, saya ada menasihati zuri melalui blognya dan melalui private message dalam FB tetapi dia berkeras mengatakan dia betul.
ke empat, mana saudara tahu saya tidak melakukan perkara yang sama dengan urang drulug? tapi manusia sentiasa fikir dia betul, kalaulah boleh saya nasihatkan manusia, dan mereka mahu sgt dgr ckp saya, sudah tentu saya nasihatkan nik aziz dan najib supaya bersatu, saudara sendiri tau anak bini kita kadang2 tak nak dgr ckp kita. cuba fikir dgn logik sikit.
ke lima, saya tidak pernah takut dgn sesiapa, apa lagi urang drulug, ada pemimpin yg ingat dia Allah selalu saya dengar gertak2 saya dulu nak kerat, nak pastikan saya tidak jadi pegawai JASA dll, ini mentaliti dunia ke tiga, saya tak campur. Dalam Quran Allah nyatakan dengan jelas, Allah pemberi rezeki, susah sikit tu adatlah.

keenam, jika memang takdirnya keluarga kita mendapat nama yg buruk, ini semua angkara zuri. ini pandangan saya dan saya tidak minta org sokong, percaya dsb. kita bebas memilih.

ke tujuh, as anak jantan, saya pegang prinsip semua org boleh buat apa dia suka as long as dia tak lari dari tanggungjawabnya dan berani tanggung akibat. siapa kita nk paksa org terima pendapat kita.

ke lapan, duit bukan segala. tak boleh beli jiwa orf dgn duit semata tanpa budi bahasa,

ini komen saya, sama ada 2 cents or 2 million, this is my commnet.

Anonymous said...

Salam Orang di Ulu,

Ini pandangan saya, dan saya fikir betul dan adil. Bila STB sudah campur dalam polimek Orang Di Ulu dengan Wan Zamzuri (WZWH) saya fikir serious dan perlu di fikir. WZWH kau renungkan kan lah Daerah Awak tu ( Jerantut ) terkebelakang dalam apa benda pun berbanding daerah lain dalam negeri awak yang makmur itu, hatta berbanding dengan daerah Maran dan Bera. Apa sebabnya ?, Kerana pemimpin nya asyik bercakaran dan mengutama kan diri sendiri. Yang boleh dibanggakan adalah mengadu domba, caci maki, industri surat layang paling top, berpenyakit dengki khianat. Itu tulah gamok nya pada maksud nya WZWH. Maran ada cawangan UITM, ada sekolah teknik, Jerantut WZWH apa ada sekolah teknik hatta sekaloh SBP atau sekolah integarasi hapah pun tak ada, yang ada tapak di sana dan di senon, Idea itu idea ini, yang terbaru Loji Nuklear?, yang ada loji tahi,itu pun tak besar sekadar kolam oksidasi. Fikirkan dan analisis pandangan STB, UD, cawan tembaga, suara majlis, pandangan bekas pemimpin separti DWAB dan KB. Orang Jerantut perlu Tranformasi, mulakan lah.

WZWH , pemimpin itu bukan boleh dinobat sendiri tetapi mesti di BOLD kan, WZWH mesti faham maksud aku.Kekadang aku sendiri tak faham pendirian dan tulisan WZWH, kekedang begitu begini, kekadang bermaksud recovery damage alias terumbang ambing, ula WZWH bagi penumbuk kemudian WZWH usap belakang , apa ni WZWH
? pemimpin tak boleh gitu.

TK.

Anonymous said...

terus terang saya katakan.. komen yang diberikan oleh WZWH adalah kebudak-budakkan dan tidak matang, termasuklah postingnya di dalam blog.. belajar diluar negara tak semestinya cerdik dalam semua bidang, ada orang hanya cerdik diatas kertas, ada orang dilahirkan sebagai pemimpin, ada orang dilahirkan sebagai penjilat, dan ada orang suka membuat spekulasi murahan.

komen dan posting WZWH bagi saya adalah tidak matang dan mengarut, tak ada isi. saya pun tak tahu kenapa orang boleh mengangkat posting beliau, mungkin yang mengangkat posting beliau masih baru membaca blog atau pun sebaliknya.

sudah-sudahlah UMNO jerantut bertekak sesama sendiri, ia merupakan tindakkan yang kurang bijak, seharusnya UMNO jerantut sudah mula merancang strategi baru macam mana untuk menang pilihanraya, saper pegang jawatan tidak penting, apa yang penting macam mana untuk mencapai kemajuan dalam jerantut.

bagi yang suka merompak tanah dan duit kat jerantut seharusnya membawa perkara ini ketengah. jika tida mahu, saya boleh mengangkat posting/komen saudara ker SPRM. kita tengok siapa yang kena. kepada pemimpin jerantut yang bermasalah silalah tarik diri (terutama sekali YB wan amizan, Hj nazri, dr. shukri dan beberapa orang lagi termasuklah wanita seperti wok hitam dan lain-lain). jika tidak, segala yang kuar kat internet ni sudah saya copy. sampai satu tahap saya akan antar ke SPRM dan jugak rakyat jerantut yang tahu menggunakan internet.. mungkin juga saya buat secara surat layang, copy banyak-banyak isu yang ada di internet dan hasil kan buku, pastu saya letak malam-malam kat kawasan perumahan, bus station, bangunan mara dan jugak kedai makan. (segala isu tanah, isu sara, isu rest house semua terbuka, biar rakyat jerantut menilai sendiri). UMNO jerantut kena ingat, disebabkan kes internet dah berapa orang berjaya dibawakkan ke makamah. jangan sampai ada yang kena.

pada pendapat saya, sudah tiba UMNO jerantut digantikan dengan generasi baru. zaman sekarang bukan macam dulu, zaman sekarang orang dah tak kisah saper memerintah, yang penting penting hak rakyat harus diutamakan. bukan asyik membuat posting-posting bodoh macam WZWH.

kepada YB amizan, tak perlulah simpan orang macam WZWH ni, dia lebih merosakkan anda. prestasi anda makin buruk disebabkan dia, carilah orang lain yang mampu menolong anda. isu peribadi keluarga anda juga terbongkar disebabkan mulut dia. saya rasa YB sudah patut menerima pendapat dari orang lain selain WZWH demi kepentingan YB dalam politik jerantut. terpulanglah pada YB mahu dengar atau tidak pendapat saya. buat kata orang putih up to u YB.

Mr GFX
(aku akan bersuara apabila berasa perlu, bukan bersuara disebabkan diberi maka taik, sori aku bukan penjilat macam kalian, pencacai yang bodoh)

Anonymous said...

Mr GFX,
Saya alu-alukan hasrat saudara mahu melibatkan sprm dalam kemelut umno jerantut.cuma nasihat saya saudara perlu cukup bukti yang kukuh dan sahih.jangan pakai dengar cakap aje(earsay.setakat tohmahan dalam blog dan internet tidakcukup untuk mengheret kes ke sprm.jangan nanti saudara jadi seperti pengarah JASA yang didakwa mahkamah dalam kes dato norza zakaria.Syabas saudara berani kerana benar