Setiap kali krisis ekonomi melanda, berbagai tindakan diambil kerajaan atas nama untuk membantu rakyat. Bagi penjawat awak kenaikan gaji atau berbagai imbuhan akan diberikan kunun untuk meringankan bebanan. Penternak dan nelayan juga diberikan subsidi itu dan subsidi ini atas alasan yang sama.
Terbaru, peneroka FELDA diberikan RM300 sebagai menarik hati mereka sempena menyambut hari raya nanti. Mereka yang sebelum ini tidak bertanah diberikan tanah 10- 14 ekar sekeluarga dan beserta subsidi itu dan ini juga. Untungnya peneroka FELDA.
Namun sejak kebelakangan ini kerajaan mungkin melihat sokongan peneroka telah menjurus kearah lain maka berbagai usaha dilakukan untuk menarik hati mereka.
Soalnya bagaimana pula dengan nasib kami penduduk dikampong tradisional ini? Kami mengusahakan tanah peninggalan orang tua dengan skala yang kecil serta tidak mendapat apa-apa sumbangan dari kerajaan - hanya kerana undi kami tidak dirasakan perlu.
Kami yang tinggal dipedalaman sentiasa merasa disisih dari segi pembangunan dan ekonomi tanpa sebarang pembelaan. Pemimpin yang ada sering berlaku curang dan tidak jujur dalam melaksanakan pembangunan terhadap daerah pedalaman seperti kami.
Bahkan di DUN Tahan, mereka yang sepatutnya menerima saham FELCRA tidak diberikan sebaliknya mereka yang lebih senang kehidupannya diberikan bahkan sehingga 2 dan 3 dalam satu keluarga. Ini kan namanya keadilan dan pembelaan terhadap rakyat?
DS Najib perlu melihat ini semua dengan mata hati nya bukan dengan mata jalang politiknya saja. Walaupun harapan yang dijanjikan oleh pihak pembangkang kemungkinan tidak mampu dilaksanakan semuanya namun kami masih dapat membisa satu mimpi yang indah tentang masa depan kami kelak.
Pemimpin UMNO hanya sibuk dengan merompak kekayaan dari rakyat sedang rakyat dibiarkan dalam kesengsaraan. Bila kerajaan pimpinan Dato' Nan tidak dapat menjanjikan kami perubahan, maka kami harus berjanji kepada diri kami sendiri untuk mengubah kepimpinan kepada yang baru.
Kami melihat janji LGE dan DAP lebih manis walau hanya dalam mimpi.
UD:
Akuq tork dapat FELDA, saham FELCRA tarok jugeq. Mitok tanoh dorh dekat 30 tahun tork lulus jugeq nye tipu de urag pejabat tanoh hajeq. Dimeq nork ke duit hajeq. Makan resuah. Urang tu hark dapat banyok saham FELCRA anok beranok sabak dieq kroniq YB. Kumeq pakat2 nork sukung PR dorh pilihan rayeq nati.
6 comments:
hahahahaha.......gun tork panda budek tu pasai gun tork dpt felcra......senang hajerk nok membudek yg neh........akuk dpt doh
Salam perkenalan bro, dengan adanya pegawai-pegawai macam inilah yang telah merosakkan imej Kerajaan.... inilah pengkhianat...
Salam bro YG, saya mengenali awak..haha
Tok 4 Kuala Aur.. Salam Ramadan. Akuk ada sedara di ilir tuh... Dulu dia ada wayat ke akuk yang dia ta..ta dapat punn saham felcra, padalahnya dia ni urag susoh.Yang dia pelik urag yang senang dapat saham felcra.Dia sebutlah urag-uragnya, bini Tok Penghulu yang kerja dengan jabatan kerajaan di Jerantut tu.Ada surrag lagi bini cikgu. Cikgu ni urag politik, kiranya urag kuat dato-dato.Ntohlah apalah nak jadi dengan dunia ari ini. Aku pun tak dapat juga saham felcra ni sebab aku tak mitokpun.......malas aku nok bodek-bodek...... biorlah akuk tanam getoh di Kuala Aur ni....utan dah ditebang. tanam ajelah ..... kalau gun semua nak ikut akuk suka amatlah dapat buat kawan.
Hoihhh! Ong jangan tebang utan tork tetu pasai, nati ong kena saman sebok itu satu saloh jenayoh, meneruke utan tanpa kebenaran. Hanya kakitangan kerajaan dan pejabat tahoh hajeq yg bukeh buat begitu sebok dimeq to dibenorkan makan haram. Yg berhurmat pun buleh jugeq atas nameq membela bangseq dan negareq, akuq raseq akuq nork cuba sukung PR pulok larh PRU13 nati, macamana pendapatan ong, museq kumil?
Masek ke gon kicoh amatt.nok tanoh larh,jematan steel larh,jlanrayeq larh.ni akuq bagik petueq ke gon.tanoh banyok kan smuek urag dapat,de de pengor adeq,de kuesat adeq,dpan klinek.de batai adeq bukit saleh de gusai adeq,de purut adeq,de pulo besor adeq.banyok lagi lot kusong tu.jematan,hok iniq tekdek lagik napok tapi urag kateq de bawoh jematan tu adeq api,adek pengait,jematan kecit ajeq.tingok tok napok.cukup mudai lepah larh.kalu jlanrayek lameq dorh siapnyek,urang ramai ajek tork mboh lalu situ.nok ikut jalan jauh jugek.dimeq gelor jematan licin amat larh.bbagai larh dimeq neh.cubeq dimeq tingok de mane agok2 lot tanoh kusong teh.aku nok rintis getek ke YB dimeq neh.oppss..Slamat Berposeq.dimeq puoseq dok neh?Rayeq natiq balek ke ulugg??
Post a Comment