'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, August 28, 2010

PEMIPIN URAG, PEMIPIN KITEQ - BLOG ORANG BLOG KITA

Ini saya CnP dari sebuah blog Pas. Kita lihat dan kita harus pelajari dari mereka. Bagaimana komitmen pemimpin mereka kepada parti dan bagaimana pula komitmen penyokong mereka kepada parti. Banyak yang dapat kita pelajari dari mereka dan kita harus mulakan dari permulaannya - dari semula dan bangun dari kemelut yang telah merosakkan parti kita.

Kita mampu laksanakannya selagi penyokong dan pemimpin kita jujur dan telus dalam segala hal, Selagi pemimpin kita tidak sombong, bongkak, serta khianat kepada penyokongnya. Kita mampu lakukannya - sekali lagi!


                     *******************************


Untuk dapatkan paparan yang lebih jelas sila klik poster diatas
Saya lampirkan makluman awal kepada semua, supaya saudara dan saudari dapat merancang cuti raya untuk turut hadir memeriahkan Himpunan Anak Muda di Perantauan.

Insya Allah, amanat khas akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada anak anak muda diperantauan. Dewan Pemuda PAS Pahang juga sedang berusaha menjemput pimpinan PAS yang lain dan Dewan Himpunan Penyokong PAS.
Turut dijemput pimpinan PKR, DAP dan NGO Besarlah harapan Dewan Pemuda PAS agar semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat dapat turut hadir ke himpunan ini.

Kaunter semakan pemilih dan Daftar pemilih turut akan dibuka. Jangan lupa bawa anak-anak untuk agihan Duit raya Dewan Pemuda PAS. Sumbangan dalam bentuk makanan juga dialu-alukan pada hari himpunan tersebut .

4 comments:

ObO said...

pemimpin mereka pengaruhi rakyat dengan mendekati rakyat, pemimpin kita pengaruhi rakyat dengan membeli jiwa dan raga rakyat serta maruah mereka.....ketua UMNO dan Ketua Kg, di taja umrah? UMNO ujudkan pemimpin yg tidak bermaruah, eloklah Ketua2 UMNO dan Ketua Kg. insafkan diri kerana kuasa itu hak rakyat.

Anonymous said...

ObO.....jangan emo sangat. Pelu lihat dari sudut positif nya. Menaja ...ketua UMNO cawangan dan Ketua Kg...itu pergi UMRAH seperti dilapor dalam blog jerantut tu amat baik dan lebih baik daripada menaja pergi ke Indoseia dan Thailand. Pergi UMRah semasa di Madinah boleh menimbulkan kesedaran dan keinsafan kepada yang ditaja bila berada di masjid Nabawi ( Raudah dan ziarah Makam Nabi)bersama manusia islam dari pada segenap dunai, begitu juag seamasa di Mekah bila melihat sendiri tersergam nya Baitullah, tawaf sekeliling Kaabah, solat sunat di hijir Ismail, sembahyang di depan Multazam dan bergaut di pintu kaabah Serta dapat memcium hajatul Aswad, perasan dan kesdaran nya sendiri lah tahu. Anggap tajaan itu sebagai sedekah. Menegai penaja itu biar lah kedia, apa nawaitu nya? dari mana dapat duit?.Kalau taja pergi Indon (Medan,Dumai ,Jakarta dan Pulau Karimun ke) dan Thai ( Hatyai, Sg. kolok dan Bengkok) sudah tentu Moksiat setidak-tidak maksiat mata. Mana satu yang terbaik?. Jangan perdengki penaja tu kalau kita tak Mampu ,atau mampu tak ingin menaja.Kumen aku ini tidak sekali aku menyukong batang tubuh penaja , semua orang tau siapa dia?. Pemeting diri sendiri, cakap tak seirama dengan perbuatan, pelolok @ pembuhong, etc...etc. Satu hari sedar juga kok.bila nafsu kuat tapi tenaga tak ada.


TK.

uRag dRrulug said...

Anon,
kalau ikhlas kenapa hanya ketua @ org terpilih? adakah kerana mereka ada pengaruh dan undi? jujurkah itu? Kerana Allah kah? Bagaimana jika semua org itu bukan ada pengaruh apakah masih ditaja mereka itu? hehehe...siapa yg nak ditipu?

Anonymous said...

urag drulug,
jangan kita berprasangka buruk tentang niat seseorang.hanya allah yang tahu.kelak kita yang menanggung dosa kering takpasal2.insaflah kita ni banyak sangat dosa dan kurang pula amalan.sekurang-kurangnya dia dah buat kebaikan.kita bila lagi?