'
~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..
Tuesday, August 17, 2010
KERINDUAN KEPADA TDM DAN UMNO DAHULU
Saya membuat satu kajian rambang berdasarkan tulisan-tulisan dilaman-laman blog dan chatting di ruang-ruang chatroll @ AIDC serta BPN dan mendapati bahawa sokongan rakyat termasuk golongan muda kepada Tun Dr. Mahathir masih tinggi.
Tun telah membawa Malaysia jauh kehadapan dan ini diakui oleh kawan dan lawan. Kadang-kadang kita rasa kehilangan pemimpin yang memandu kita ke jalan yang terang bagi kehidupan yang bahagian dan aman damai. Tun dihormati, disegani,dipuji tetapi kadangkala juga ditakuti kerana kegegasannya. Banyak pihak percaya jika Tun memimpin kerajaan masa kini pasti bangsa asing tidak akan berani mengangkat muka mereka kerana Tun adalah pejuang bangsa dan agama sebenarnya. Pejuang bangsa Melayu dan agama Islam yang nyata.
Pada zaman Tun, wakil-wakil rakyat tidaklah terlalu haprak seperti diketika ini. Temberang pemimpin masa dulu tidak seperti temberang pemimpin masa kini. Kesian saudara mara aku di Ulu Tembeling yang masih menanti janji dari seorang Yang Berhormat yang hanya layak sebagai Yang Boroi saja.
Bukan rakyat menolak UMNO tetapi yang rakyat tolak dan benci adalah pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka yang dengan jelas kelihatan sebagai perompak harta rakyat dan memeggang jawatan bukan kerana ingin berkhidmat tetapi hanya kerana ingin mendapat kontrek itu dan ini.
Selain itu mereka hanya akan berperang sesama sendiri. Wanita UMNO sudah memperlihatkan bahawa Siti Hajar sudah ingin mendahului KW dalam banyak hal, bahkan kadang-kadang tanpa segan silu mendahului didalam banyak majlis yang diadakan. Dia adalah diantara tokoh wanita yang akan 'mati' awal nanti. Raykat dan ahli UMNO melihat perbuatannya, membencinya dan akan membuangnya nanti.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir dalam perjumpaan semalam yang terdiri dari beberapa blogger dan rakan-rakan facebook; Cawan Tembaga, N9 Tahan, SPU, menyegar, sembang kedai kopi dan terutamanya blogger Sri Tri Buana yang sesuai dijadikan ikon blogger Jerantut. Juga kepada rakan facebook; Satu Jerantut, 'Wan B' dan beberapa nama lagi yang saya sudah lupa. Terima kasih semua atas sokongan. Posting ini adalah hasil dari perbincangan santai kita semalam.
Puas atiq akuq pasai dapat bejupeq gon semalap, kekawan hark yang minat menulis belog dan facebook. Terima kasih lah abang 'Wan B', ong jage larh urag-urag Mat Daling tu mulek-mulek. Natiq lepas rayeq aku mudek larh ke tepat ong, nork ke kapong batai jugeq beberapeq ariq...lama dorh tarok jupeq kawan-kawan hark saing seluloh duluq....Japron adeq lagiq de kapong batai tu..yok?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam Urag drrulug,
Om pergi Pejabat Daerah Jerantut, tanya sendiri pada DO Jerantut tentang perkembangan pembangunan di DUN Tahan. Apa projek-projek yang telah diluluskan, baik yang atas surat kelulusan dan yang sedang berjalan sekarang. Urag Drrulug buat kajian di zaman siapa jadi YB Tahan yang projek-projek pembangunan banyak diluluskan. Jangan setakat tulis blog memburuk dan menidakkan wakil rakyat DUN Tahan yang ada dengan tujuan agenda tertentu. Jangan setakat berspekulasi, menuduh tanpa ada bukti dan carilah sebanyak fakta di Pejabat Daerah Jerantut.
Tok 4 Kuala Aur. T.. ta..talayok ong ni... Buat perjupaan ta bewayat ke akuq. kalau akuq tau nok jugaq akuq ilir....... bole bawak 3 atau 4 ekor kelah idup serta 4 atau 5 ekor kancir.Buat lauk bebukaq. Tempat akuq ni kancir mudah lagi sebab Aji Nazri payoh nok gi sini.Kalau mudoh lama doh abihnya.....Puak juadan tuh mudoh aje pada dianya.... Urang macam ni ke nok jadi YB Tahan. WZWH pulok mitok undi 100% urang drullug ni.Kalau Urang macam Aji ni calonnya 10% undi haruslah dapat ke dia tu.........Betui kata ong tu UD. Kami ni tak benci pada Umno tapi kami benci pada pimpinan Umno tu......Cakap tak serupa bikin,berjanji kosong,mengutamakan diri dan kroni dan.bla..bla..(banyak lagi perangai buruk) Bilala puok-puok ni nak sedar agoknya...
Tok 4 Kuala Aur,
Surik larh akuq tork dan nork bewayat ke ong pasai pejupaan tu, natiq isok-isok lepas rayeq kiteq buat lagiq. Ada dorh urag hark nork jadiq spunser nyeq, duet tarik masaloh..bejuta-juta...beliun-liun kiteq adeq..jangan pelek pasai duet asai gon nork datang hajeq. Kami tork kisoh laluq pasai makan..tapi ,mulek jugeq ong dapat bawok kancil ke ikan keloh ke bulah kiteq buat pejupaan hork yang 'grand' sikit. Bio kawan-kawan buleh 'brruppp'...kenyang dan montek perot tu, hehehe
Salam,
Memang ramai yg rindukan Tun dan terkenangkan beliau.
Salam,
Saya berasa bangga dijemput bertemu dgn rakan blogger Jerantut tanpa mengira ideologi. Syabas! Saya setuju dgn kata-kata N9 Tahan, dia tak kisah berapa pembaca dia, tapi blog adalah ruangan dia boleh melepaskan perasaan, protes dan menelanjangkan ketidakadilan.
Sayang seribu sayang abg Bravehaert tak dapat bersama...
Tok 4 Kuala Aur. Haaii... york beruboh pulok doh blog ong ni... napok menarik...... tapi akuq nok kumen seket aje.Gambor pertama tu ong tukarkan dengan gambor drrulug.Tu gambor Pasir Tambang. Drrilir tuh....Ta..tak mengamborkan Urrag Drrulug. Letoklah gambor Kuala Sat ke.. Batai ke... Mat Daling ke.... Kuala aur? tork payohlah jauh amat nok gi.....Hork muleknya gambor Kg. Batai....Tu cadangan akuq aje...... apapun tahniah le ong........
Salap Tok 4 Kuala Aur,
Tima kasih larh cadangan ong tu, natiq aku timbang-tmbang. Tapi akuq letok gambo Pasir Tambang pasai duluq kiteq reramai singgoh desinin bila kiteq ilir bejual getok ke rotan ke kerbo ke. Ini larh tepat kita beretiq paraau rakit, yok?
Harap gon sukeq jugeq laguq2 hark aku letok neh, natiq aku nork tuleh jugeq pasai tarian indung neh, yok?
STB, ye larh, bRAVEhEART tu dorh napok laen hajeq, dorh napok nork cundung ke balik senun pulok dorh, Ishh! nyeq raban sunggoh jugeq yok?
Terima kasih atas pertemuan yang penuh IDEA dan ILMU kelmarin.
STB:Dah dapat idea ke nak buat apa pulak?Septic Tank ke,apa ke?Barulah jalan tu senang masuk.Heheheheh!
Salam.Kalau TDM masih jadi PM tak adalah menteri menteri taraf lembu yang buat statement mcm orang tak sekolah :-)
hehehe;
bawang putih naik harga, jgn mkn bawang putih,
gula naik harga, jgn makan gula,
kalau lembu tak makan rumput, meh suruh menteri2 tu makan rumput ganti lembu, huhuhu
wzwh albudoo...
dato yb al buroi...
salam wzwh.........
kamu seharusnya identify siapa di keliling kamu. kamu bukan berlawan pembangkang (pakatan rakyat) tapi kamu berlawan dengan kawan kamu sendiri dlm umno...dan org2 yg menentang ini adalah org2 yg tak mendapat apa2 imbuhan dari yb....
sekian terima kasih utk peringatan wzwh..
Post a Comment