'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, May 30, 2011

MESYUARAT BAHAGIAN: ANTARA SUARA ELIT UMNO DAN SUARA RAKYAT MARHAEN




Mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian (Jerantut kita) sudahpun selesai. Tidak ada banyak yang direbutkan kali ini kerana tidak ada pertandingan. Sudah tentulah tidak sangat meriah. Penyandang-penyandang jawatanpun bolehlah bernafas lega kerana tidak perlu menyeluk saku mereka. Hanya kasihan kepada anak-anak ikan yang tidak dapat 'memontekkan' perut mereka kerana tiada banyak habuan.

Mesyuarat Bahagian akan menyusul tidak lama lagi. Seperti juga mesyuarat sayap, tentulah tidak sangat meriah sepertimana sewaktu ada pemilihan. Ketika itu para perwakilan sangat bernilai dan para calon juga sentiasa ramah dan tersenyum manis walaupun kocek mereka hampir 'pesok' kerana terlalu kerap menyeluk untuk memberikan sedekah kepada perwakilan (sahaja).

Teringat kata-kata orang tua-tua; Jong Pecah Yu Kenyang. Mungkin juga benar kerana nampaknya tahun ini jong tak pecah kerana itulah kelihatan yu-yu semuanya kelaparan. Ada juga sebahagian dari yu-yu berkenaan telah mampu 'meng-evolisikan diri' menjadi 'buaya jadian, maka dapatlah mereka itu 'survive' dengan memakan bangkai.

Buaya yang kecik-kecik (bujang susah) terpaksa mengalah dengan yang lebih besar (bujang senang) yang  menjadi penjaga  lubuk. Oleh kerana banyaknya bujang senang dilubuk maka itulah sangat jarang rakyat berani naik ke Pejabat UMNO Bahagian untuk meminta pertolongan. 

Membaca komen-komen diblog WZWH memberikan banyak info mengenai 'Lubuk Jerantut' ini. Mungkin komen berkenaan tidaklah benar 100% tetapi sebanagiannya tetap ada asasnya. Tak Tumbuh Maka Tidak Melata, Tidak Sungguh Maka Tidak Orang Mengata.

Rakyat marhaen melihat dan mendengar ini semua. Mereka tidak mendapat ruang dan peluang untuk bersuara, maka mereka bersuaralah melalui media sosial yang sudahpun jadi media rakyat dewasa ini. Para pemimpin yang buta IT selama ini haruslah melakukan sesuatu. Dalam dunia globalisasi dan media sosial yang bergerak pantas ini, segalanya tersebar dengan cepat dan telus. Tiada siapa yang mampu mengekangnya lagi. Cuma jika kita dapat bersama mereka maka kita akan ada lebih peluang untuk memandu mereka kearah yang kita ingini. Bersama atau tanpa kita, mereka akan terus bergerak kehadapan.

Penyelewengan pihak-pihak tertentu 'Penjaga Lubuk' sudah diketahui ramai. Raja 'Bujang Senang' sudah terperangkap oleh Suruhanjaya Pencegah Maruah dan menitiskan airmata buayanya. Namun apakah 'bujang-bujang senang' ini akan merasa insaf dan serik?  Kesannya tetap kepada kerajaan BN dan UMNO dalam PRU13 nanti. Rakyat akan membalasnya dengan membuang kerajaan BN.

Apa yang kepimpinan perlu lakukan adalah membersihkan lubuk dan menyingkirkan 'bujang-bujang senang' itu, mereka pun sudah mewah. Taukeh Kilang Kicap pun sudah mampu membuka Kilang Susu. Wanita Terunggul 'KK' yang sudah 'mengemaskini diri' juga sudah selesa dengan banyaknya  mendapat komisyen dari peruntukan kepada rakyat. Mungkin mereka ingat mereka cekap dan rakyat tidak melihatnya. Jika UMNO tumbang nanti kepada merekalah kesalahan patut diletakkan. Tetapi mereka peduli apa? Kerana siapakah sebenarnya yang masih sayangkan  UMNO?


Aihh! Ong neh abang! Beria amat gaduh ke kome tarok menules blog neh. Tu larh pasai akuq kene jugeq larh menules. Akuq ingat nork palo hajeq ke sedareq akuq wan zuriq tu menules sesorang, pasai dieq tengoh gileq meroyan menggusok punggong dumpok tuh, hehehe......berbijeh besi larh kiteq natiq yok?


Wednesday, May 11, 2011

WAKIL RAKYAT YANG KURANG CERDIK


Ramai sebenarnya wakil rakyat kita yang kurang cerdik dan dan bahkan menunjukkan kebodohannya kepada rakyat melalui media sosial. Ini satu dari contohnya;

Biasa rasa YB?


Ada orang bertanya kepada YB Mahfuz yang bengong ini apakah beliau pernah merasa najis yang diketahuinya masin lemak berkrim? Kerana beliau sangat pandai memberi kenyataan tentang rasanya.
Awat hang tau itu rasanya ....

Beringat sikit. Hang yang kawan, bukan kami yang kawan dan sekutu dengan Anwar.

26 Komen:

Tanpa Nama berkata...
hahahaha...bahasa menunjukkan bangsa...bila kata2 makian jadi makanan maka itulah dia kehidupan dia ...yg sudah sebati
Tanpa Nama berkata...
YB with mentality tahap babun. tu pun jangan nak jugak jadi yb. duk rumah diam2 main ngan anak cucu la woi. lagi berfaedah.
Tanpa Nama berkata...
kekekkeke...camne le orang camni boleh dipilih jadi YB, YB parti islam pulak tu. Aku moskel sungguh
Tanpa Nama berkata...
Otak udang macam ni pun menang..Orang mana yg pilih MP macam ni Sin , agaknya mesti lebih teruk lagi pada lulus LCE ni......
Tanpa Nama berkata...
Otak udang macam ni pun menang..Orang mana yg pilih MP macam ni Sin , agaknya mesti lebih teruk lagi pada lulus LCE ni......
Tanpa Nama berkata...
BODOH NAK MAMPOS...
Tanpa Nama berkata...
tanpa nama 3.57PM..time men2 ngan anak cucu pun dia ckp cm ni kot..hncuq anak cucu dia!! mcm ni ke ciri2 seorg pemimpin???.. pemimpin parti ISLAM plak 2... BODOH!!.. mamak juai roti pun pndai berbudi bhasa laa bongok!! mcm haram jaddah!!
kluangman berkata...
Mentaliti sebegini mempermudahkan DAP beli secara pukal dan lelong.
XXX-Reformasi berkata...
Budak Mahmpos ni dulu jaga stor. Standard ni biasa la. Bayangkan la dia ni pi masuk international Forum...malu aku nak ngaku pemimpin. Otak Bingai macam kepala but Nuat Juburit jgk bewak gabok sekoq ni. Jenis tak kira lubang...main tojoh je. Jangan-jangan dia ni pun spesis Juburit jugak...depan belakang.
hilbert berkata...
Salam tuan rumah, kotor betul rupanya pikiran Mahfoz Umar tu...kuning macam taik!!!
Tanpa Nama berkata...
sah dia ni pun perangai macam bewak juga suka depan belakang...
Tanpa Nama berkata...
Mahfuz ni dah biasa makan benda2 yang haram sebab tu tutur kata dia keluar benda yang busuk lagi hanyir...haikk pthuiiiiiiiii
Tanpa Nama berkata...
sudah bertahun saya dngar crita PAS dengan negara islam dan undang undang islam nya, Tp hingga kehari ini saya tak pernah pun dengar PAs mengeluarkan satu dokument (akedemic) yg mempejelaskan tentang bagaimana struture ngara isiam atau undang undang islam yang hendak dilakuan, dg pemipin macam mahpos ini (ulamak bangang) dlm pAS saya rasa sampai saya tua ganyut pun dokument ini tak akan keluar.....baik jual unta macam hassan
Tanpa Nama berkata...
bekas bdak angkat bag.....mcm tu laaaa....
Tanpa Nama berkata...
ikut suka dia aje, tp btul ke dia yg tulis, kot2 lps ni dia kata ada org hack akaun dia, ni konspirasi umno, najib punya kerja, hang kna stanby jwap blik la pak cik hussin.. pastu dia minta bukti dna dia yg tulis komen. lau takde bukti, sah ini konspirasi umno dan najib - washad
Tanpa Nama berkata...
Memaki hamun,menfitnah,mencarut itulah yang selalu ada diceramah PAS lepas tu selit sikit ayat-ayat Quran melopong Pak Lebai Pas mendengarnya....takbir.Tahap pemikiran YB nih sama saja dengan Mat Rempit....macam nih pun nak jadi pemimpin hampeh...
Tanpa Nama berkata...
Pepatah INGGRIS "SWEARING LIKE DOCK WORKERS" atau mencarut seperti pekerja dok ,sesuai untuk Mahpus yang pernah bekerja mengangkat barang di airport....Pemimpin tak pas SRP ada hati nak jadi menteri....ha...ha...ha mungkin Menteri Pengangkutan kot(angkut beg)ha...ha..ha
jebat berkata...
Salam takzim, Tuan Husin dan Para Pengkritik. Lupakah anda semua bahawa Hitler itu sorang KOPRAL !! Mungkin sejarah akan berulang !! Di kawasan BN: Tunggul pakai simbul BN pun akan menga PR. Di kawasab PAS. BEROK pakai serban pun akan menang PR, Insya Allah !! Nasib baik Karpal Singh dah tak pakai serban !! Kalau tidak orang PAS tak dapat bezakan antara TOK GURU dan KARPAL !!
jebat berkata...
Pembetulan: Di kawasan BN tunggul pakai lambang BN pun akan menang PR
Tanpa Nama berkata...
bahasa menunjukkan jiwa. tiada kata secantik bahasa. malu aku kalau anak cucu melihat orang tua berbahasa begini apalagi seorang pemimpin parti Islam.
Tanpa Nama berkata...
Kahkahkah tau pulak org tua nyanyuk ni segala perisa dan rasa. Gerenti pernah rasa ni muahahaha.
Tanpa Nama berkata...
PAS berpemimpin tahap bodoh-biol. Will never vote for this f*cking party again. Check and balance to UMNO my foot. Woi Mahfoooz. Teruskan jilat juboq Juburi.
azman berkata...
Assalamualaikum sein Yang kurek itu kundi, Yang merah itu saga, Yang cantek itu budi, Yang indah itu bahasa. Tapi yb ni bukan tak tau, die nakkan perhatian la sein, kot kot buat mcm ni ade yang bole kenal die ni masih idup lagi..hehehehehe
Tanpa Nama berkata...
itu YB,SIJIL RENDAH PELAJARAN pun tak lulus....apa yang boleh diharap dari dia.Ammmmmah!!!
Tanpa Nama berkata...
Orang pas jugak yg kata tuhan mencarut. So, penganut parti isle jadi camtulah. Apa nak herankan. Duit kontraktor boleh gi umrah. Sliper kena curi oleh penganut yg miskin dia kata 'diambil untuk barkah'. Kita berpijak dibumi dia memuja rocket untuk gi bulan.
bRAVEhEART berkata...
Allah sudah maafkannya (bukan ampunkan), kita juga patut memaafkannya kerana orang sepertinya yang sah terencat akal memang tidak layak untuk dibicarakan percakapannya. Anak bininya dirumahpun menggunakan bahasa yang demikian juga bahkan bahasa demikian adalah pertuturan mereka turun temurun sejak dari datok neneknya lagi.....

Friday, May 6, 2011

AGENDA MEMBODEK POLITIK JERANTUT





Ini ialah posting yang ditunggu oleh 48,000 pengundi berdaftar Parlimen Jerantut. Setelah uRag dRrulug melakukan Agenda Mengaudit Pembodek Politik Jerantut secara sulit dan tersembunyi. Orang Jerantut mahu tahu apakah hasil audit pembodek politik Jerantut.

Politik Jerantut tidak ada ketelusan sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Siapa yang berprinsip dan berpendirian akan terbuang atau dipinggirkan. Politik Jerantut hanya untuk pengampu sahaja. Kerana itu suatu ketika dahulu blog SPU mengisahkan tentang 'langau politik Jerantut'.

Politik Jerantut penuh langau. Jika kita calon yang berduit maka langau-langaku akan sentiasa menghurungi dan berlegar sekeliling kita. Perwakilan-perwakilan cawangan adalah dari kalangan langau-langau yang terpilih diantara ahli-ahli UMNO Langau. Di cawangan, langau-langau akan berbunuhan sesama mereka untuk layak menjadi perwakilan langau. Menjadi perwakilan langau bermakna akan berpeluang mendapat habuan berupa bangkai-bangkai serta air limbahan dan termasuk juga sisa-sisa dari 'septik tank'.

Perwakilan langau tentunya akan memilih langau sebagai wakilnya dan ketuanya. Di peringkat atas, akan berebut pula untuk jadi kumpulan 10 langau. Pokoknya, langau akan memilih langau sebagai pemimpin mereka.  Baca juga disini (Klik)

Mungkin kita terkejut kerana dalam pemilihan peringkat bahagian, calon yang berwibawa (sedikit) telah kalah kepada calon yang langsung tidak berwibawa. Hilangkanlah rasa terkejut itu kerana langau akan membuat pilihan berdasarkan kepada bau bangkai serta 'taik ayam' yang diberikan kepada mereka. Selagi ada kebusukan yang diberi, selagi itu mereka akan dipilih.

Dalam Perhimpunan UMNO akan datang, kita akan terus menghitung langau-langau politik ini. Mungkin jumlahnya semakin kurang kerana semakin ramai yang bencikan agenda politik membodek ini dan dalam masa sama bersikap berkecuali atau tidak memberi sokongan kepada UMNO. Mereka bukan bencikan parti, tetapi bencikan mereka yang ada didalam parti itu sendiri yang bermaharajalela sesuka hati mereka.

Namun antara langau-langau yang banyak itu, ada langau yang memang hidup sejahtera dibawah mana-mana ketua. Langau ini tersangat pandai dalam politik. Langau ini mampu menghidu bau-bauan dalam jarak yang jauh dan kerana itu langau ini akan terbang dari satu ke satu yang lain.

Mungkin kerana alasan langau jugalah maka Ku Lan harus masih kekal sebagai Ketua Bahagian. 


Kemaneq kiteq natiq gamok nyeq oih? Nork sukung sapeq gamoknye? Ke sukung parti lain pulork?

Wednesday, May 4, 2011

YANG DIANGKAT DAN YANG MENGANGKAT






1. WZWH mengangkat blognya sendiri untuk diangkat sebagai sebuah blog yang akan jadi rujukan apabila melayari blog-blog Jerantut. Ini berikutan blog SPU sudah tidak lagi memainkan peranan berkenaan yang selama ini dianggap seumpama billboard bagi blog-blog Jerantut.

Dari segi kesesuaian, memang blog WZWH tidak langsung sesuai kerana beberapa sebab khususnya kerana blog WZWH memang tidak memainkan peranan berkenaan selama ini. Mungkin WZWH sendiri tidak faham bagaimana harus melakukannya.

Saya mengharap kepada blog Unit Media Baru Jerantut, yang kelihatan ada ketokohan untuk menjadi blog rujukan bagi blog-blog Jerantut. Sebenarnya kita akan dengan mudah menentukan blog mana yang layak atau pun tidak dengan hanya melihat kepada template sesebuah blog itu secara luarannya. Kita sebenarnya juga dengan mudah akan faham bahawa memang blog-blog berkenaan dibina untuk tujuan berkenaan.

Sepertimana tidak semua orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin itu benar-benar dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana itulah ada diantaranya kecundang setelah hanya beberapa waktu diangkat sebagai pemimpin.

Dalam politik Jerantut demikian juga. Ada yang dilahirkan bukan untuk jadi pemimpin tetapi sekadar untuk jadi belangkas yang akan hidup dengan mendukungi dibelakang pemimpin, dari seorang pemimpin ke seorang pemimpin.

Ada yang diangkat untuk diletakkan diatas, manakala ada yang mengangkat diri sendiri untuk naik keatas namun akhirnya akan terbuang juga kerana ianya bukan dilahirkan sebagai pemimpin. 


2. Ku Lan bukanlah pemimpin yang popular di Jerantut. Beliau adalah antara sebilangan pemimpin yang diletakkan ke tempat berkenaan namun tidak menjiwai hati seorang pemimpin. Beliau tidak memberikan banyak jasa kepada rakyat satu hal yang masih boleh dilupakan oleh rakyat, namun apabila beliau melantik pegawainya dari kalangan mereka yang tidak juga disukai rakyat, maka ini menambahkan beban yang harus digalas menjelang PRU13 nanti.

Pegawai-pegawai yang dilantik bukanlah benar-benar mencerminkan kepimpinan yang rakyat Jerantut kehendaki. Dalam banyak hal rakyat tidak menyukai pegawai beliau dan kerananya lah beliau tidak disukai rakyat.

Banyak anggapan bahawa kulit yang hitam berkemungkinan isinya adalah putih bersih, namun disini lain sekali keadaannya kerana yang berkulit hitam itu, hitam juga isi hatinya.

Yang membimbangkan adalah, Jerantut ketandusan ketokohan dan ketiadaan pemimpin yang boleh membawa rakyat kehadapan. Siapa lagi jika bukan Ku Lan? Pulau Tawar adalah bagaikan barang yang sudah hampir tiba tarikh luputnya. Tahan pula sudah tidak tahan kerana sedar sudah tidak diminati rakyat kerana sikapnya sendiri. Muka baru masih belum menonjolkan diri, ada yang layak dicalonkan tetapi sudah awal -awal lagi dipancung kerana bukan dari kumpulan tertentu.

Khabarnya, Jerantut adalah diantara Parlimen yang akan digadaikan kepada MCA dalam penyusunan semula menjelang PRU13 nanti. Mungkin juga benar dan sesuai kerana Jerantut tidak lagi mampu melahirkan pemimpin yang berketokohan.


Sunday, May 1, 2011

BALIK KAMPUNG DAN UMNO PUNTUNG KAYU






Jadi semacam satu trend kepada beberapa blogger anak Jerantut untuk menulis isu semasa dan politik Jerantut. Bolehlah dianggap sebagai balik ke kampung halaman. Jika selama ini mereka tidak peduli tentang Jerantut mungkin kerana mencari nama atau sebagainya, namun sekarang mereka ingin kembali, ke kampung halaman.

Saya bercakap mengenai kecenderungan ini yang saya lihat dari beberapa laman blog; Sri Tri Buana Untuk Jerantut, juga blog Azam yang bagaikan dalam penghijrahan. Ini mungkin kerana blog-blog yang selama ini mewarnai dunia blogging Jerantut sudah mengambil sikap mendiamkan diri dan menyepi, atau ingin terus mati?

Sebagaimana juga blog induknya (billboard) SPU yang juga sudah terhenti nafasnya selama ini. Sesuatu harus dilakukan untuk mengerakkan semula dunia blogging di Jerantut ini. Jika SPU sudah tidak ingin kembali, kenapa tidak ada yang lain sebagai pengganti? Kenapa tidak Unit Media Baru Jerantut yang juga nampaknya berkelayakan untuk mengambil tanggungjawab sebagai induk?

Saya sangat berterima kasih kepada SPU kerana sewaktu mula menulis dulu, SPU lah yang bertanggungjawab melonjakkan blog UD sehingga ke tahap ini. Kini blog UD sudahpun dipautkan dari beberapa blog yang ternama antaranya Pahang Daily Online, PahangKu, Cucu Mat Kilau dan lain-lain lagi serta dibacai oleh ramai pembaca luar Jerantut dan Pahang bahkan turut dilawati oleh mereka yang berada diluar negara. UD dianggap sebuah blog yang unik dan istimewa bahkan mengatasi populariti blog WZWH yang selalunya dicap sebagai 'blog budak mereng'. 
 
Kelihatan blog UD sebagai sebuah laman blog bodoh. Tetapi menyindir dalam halus serta membicarakan isu semasa dipersekitaran kita. UD tidak ada 2 dan tidak akan ada pengganti. 'Hulu Tembeling' bukanlah saingan terdekat bahkan 'KampungKu' juga bukanlah satu pendua kepada UD. Ada seakan peniruan gaya penulisan dan bahasa UD didalam KampungKu namun KampungKu gagal mendekati UD. UD bangga bahawa berada didalam kelasnya sendiri. Terima kasih kepada SPU dan BH kerana bantuan dan semangat yang diberikan selama ini.

Bagaimanapun, tahniah juga kepada kepada kecenderungan beberapa blogger baru yang sedang mengikuti jejak langkah UB, antaranya Hulu Tembeling (yang sekarang ini juga sudah pengsan) serta terbaru KampungKu. Namun talkin juga harus dibaca kepada blog Menyegar yang sudah lama melesu bersama-sama blog Sembang Kedai Kopi, Muara Sat, Dari Pengor Ke Bukit Bisik dan beberapa blog lain lagi.

Blog DUN Tahan serta blog Dunia Sama Rata milik ADUN Tahan juga sudah membeku dan kekurangan idea menulis. Mungkin kerana jiwanya yang tidak sebesar mana. Baik juga sekiranya terus berhenti menulis dan menutup blog berkenaan kerana ibaratkan berkata-kata, semakin banyak ia berkata-kata maka semakin banyak menyerlahkan keburukkan dirinya sendiri. Jadi lebih baik diam dari berbicara! Kedua-dua blognya memang tidak menunjukkan daya inteleknya sama ada dari segi idea, isu serta penulisan. Tulisan-tulisannya hanyalah 'sampah' semata-mata!.

Malang juga kerana siber trooper upahannya juga tidak mencapai taraf siber trooper. Jika setakat mampu dan pandai main game serta main pokker, lebih baiklah mereka ini jangan jadi siber tropper. Memalukan saja!

Menjelang PRU 13 nanti, saya dimaklumkan oleh bro BH bahawa akan ada sekali lagi gelombang tsunami media sosial yang akan menyerang atau bertentangan diantara mereka yang pro kerajaan serta pro pembangkang. Jika kita tidak mampu bersedia dari sekarang maka jangan salahkan takdir jika BN akan menerima nasib malang dalam PRU akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian-Bahagian, sudahkah terjaga atau masih dalam kegelapan lagi? Huhhh! UMNO! Selagi budaya dan fikiran UMNO lama masih bersarang didalam fikiran mereka ini selagilah transformasi UMNO yang dicadangkan oleh PM tidak akan mampu berlaku. UMNO puntung kayu ini harus dibuang dari UMNO Bahagian jika kita benar-benar sayangkan UMNO dan bangsa melayu.