'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, May 1, 2011

BALIK KAMPUNG DAN UMNO PUNTUNG KAYU






Jadi semacam satu trend kepada beberapa blogger anak Jerantut untuk menulis isu semasa dan politik Jerantut. Bolehlah dianggap sebagai balik ke kampung halaman. Jika selama ini mereka tidak peduli tentang Jerantut mungkin kerana mencari nama atau sebagainya, namun sekarang mereka ingin kembali, ke kampung halaman.

Saya bercakap mengenai kecenderungan ini yang saya lihat dari beberapa laman blog; Sri Tri Buana Untuk Jerantut, juga blog Azam yang bagaikan dalam penghijrahan. Ini mungkin kerana blog-blog yang selama ini mewarnai dunia blogging Jerantut sudah mengambil sikap mendiamkan diri dan menyepi, atau ingin terus mati?

Sebagaimana juga blog induknya (billboard) SPU yang juga sudah terhenti nafasnya selama ini. Sesuatu harus dilakukan untuk mengerakkan semula dunia blogging di Jerantut ini. Jika SPU sudah tidak ingin kembali, kenapa tidak ada yang lain sebagai pengganti? Kenapa tidak Unit Media Baru Jerantut yang juga nampaknya berkelayakan untuk mengambil tanggungjawab sebagai induk?

Saya sangat berterima kasih kepada SPU kerana sewaktu mula menulis dulu, SPU lah yang bertanggungjawab melonjakkan blog UD sehingga ke tahap ini. Kini blog UD sudahpun dipautkan dari beberapa blog yang ternama antaranya Pahang Daily Online, PahangKu, Cucu Mat Kilau dan lain-lain lagi serta dibacai oleh ramai pembaca luar Jerantut dan Pahang bahkan turut dilawati oleh mereka yang berada diluar negara. UD dianggap sebuah blog yang unik dan istimewa bahkan mengatasi populariti blog WZWH yang selalunya dicap sebagai 'blog budak mereng'. 
 
Kelihatan blog UD sebagai sebuah laman blog bodoh. Tetapi menyindir dalam halus serta membicarakan isu semasa dipersekitaran kita. UD tidak ada 2 dan tidak akan ada pengganti. 'Hulu Tembeling' bukanlah saingan terdekat bahkan 'KampungKu' juga bukanlah satu pendua kepada UD. Ada seakan peniruan gaya penulisan dan bahasa UD didalam KampungKu namun KampungKu gagal mendekati UD. UD bangga bahawa berada didalam kelasnya sendiri. Terima kasih kepada SPU dan BH kerana bantuan dan semangat yang diberikan selama ini.

Bagaimanapun, tahniah juga kepada kepada kecenderungan beberapa blogger baru yang sedang mengikuti jejak langkah UB, antaranya Hulu Tembeling (yang sekarang ini juga sudah pengsan) serta terbaru KampungKu. Namun talkin juga harus dibaca kepada blog Menyegar yang sudah lama melesu bersama-sama blog Sembang Kedai Kopi, Muara Sat, Dari Pengor Ke Bukit Bisik dan beberapa blog lain lagi.

Blog DUN Tahan serta blog Dunia Sama Rata milik ADUN Tahan juga sudah membeku dan kekurangan idea menulis. Mungkin kerana jiwanya yang tidak sebesar mana. Baik juga sekiranya terus berhenti menulis dan menutup blog berkenaan kerana ibaratkan berkata-kata, semakin banyak ia berkata-kata maka semakin banyak menyerlahkan keburukkan dirinya sendiri. Jadi lebih baik diam dari berbicara! Kedua-dua blognya memang tidak menunjukkan daya inteleknya sama ada dari segi idea, isu serta penulisan. Tulisan-tulisannya hanyalah 'sampah' semata-mata!.

Malang juga kerana siber trooper upahannya juga tidak mencapai taraf siber trooper. Jika setakat mampu dan pandai main game serta main pokker, lebih baiklah mereka ini jangan jadi siber tropper. Memalukan saja!

Menjelang PRU 13 nanti, saya dimaklumkan oleh bro BH bahawa akan ada sekali lagi gelombang tsunami media sosial yang akan menyerang atau bertentangan diantara mereka yang pro kerajaan serta pro pembangkang. Jika kita tidak mampu bersedia dari sekarang maka jangan salahkan takdir jika BN akan menerima nasib malang dalam PRU akan datang.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian-Bahagian, sudahkah terjaga atau masih dalam kegelapan lagi? Huhhh! UMNO! Selagi budaya dan fikiran UMNO lama masih bersarang didalam fikiran mereka ini selagilah transformasi UMNO yang dicadangkan oleh PM tidak akan mampu berlaku. UMNO puntung kayu ini harus dibuang dari UMNO Bahagian jika kita benar-benar sayangkan UMNO dan bangsa melayu.


No comments: