'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, May 4, 2011

YANG DIANGKAT DAN YANG MENGANGKAT






1. WZWH mengangkat blognya sendiri untuk diangkat sebagai sebuah blog yang akan jadi rujukan apabila melayari blog-blog Jerantut. Ini berikutan blog SPU sudah tidak lagi memainkan peranan berkenaan yang selama ini dianggap seumpama billboard bagi blog-blog Jerantut.

Dari segi kesesuaian, memang blog WZWH tidak langsung sesuai kerana beberapa sebab khususnya kerana blog WZWH memang tidak memainkan peranan berkenaan selama ini. Mungkin WZWH sendiri tidak faham bagaimana harus melakukannya.

Saya mengharap kepada blog Unit Media Baru Jerantut, yang kelihatan ada ketokohan untuk menjadi blog rujukan bagi blog-blog Jerantut. Sebenarnya kita akan dengan mudah menentukan blog mana yang layak atau pun tidak dengan hanya melihat kepada template sesebuah blog itu secara luarannya. Kita sebenarnya juga dengan mudah akan faham bahawa memang blog-blog berkenaan dibina untuk tujuan berkenaan.

Sepertimana tidak semua orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin itu benar-benar dilahirkan sebagai pemimpin. Kerana itulah ada diantaranya kecundang setelah hanya beberapa waktu diangkat sebagai pemimpin.

Dalam politik Jerantut demikian juga. Ada yang dilahirkan bukan untuk jadi pemimpin tetapi sekadar untuk jadi belangkas yang akan hidup dengan mendukungi dibelakang pemimpin, dari seorang pemimpin ke seorang pemimpin.

Ada yang diangkat untuk diletakkan diatas, manakala ada yang mengangkat diri sendiri untuk naik keatas namun akhirnya akan terbuang juga kerana ianya bukan dilahirkan sebagai pemimpin. 


2. Ku Lan bukanlah pemimpin yang popular di Jerantut. Beliau adalah antara sebilangan pemimpin yang diletakkan ke tempat berkenaan namun tidak menjiwai hati seorang pemimpin. Beliau tidak memberikan banyak jasa kepada rakyat satu hal yang masih boleh dilupakan oleh rakyat, namun apabila beliau melantik pegawainya dari kalangan mereka yang tidak juga disukai rakyat, maka ini menambahkan beban yang harus digalas menjelang PRU13 nanti.

Pegawai-pegawai yang dilantik bukanlah benar-benar mencerminkan kepimpinan yang rakyat Jerantut kehendaki. Dalam banyak hal rakyat tidak menyukai pegawai beliau dan kerananya lah beliau tidak disukai rakyat.

Banyak anggapan bahawa kulit yang hitam berkemungkinan isinya adalah putih bersih, namun disini lain sekali keadaannya kerana yang berkulit hitam itu, hitam juga isi hatinya.

Yang membimbangkan adalah, Jerantut ketandusan ketokohan dan ketiadaan pemimpin yang boleh membawa rakyat kehadapan. Siapa lagi jika bukan Ku Lan? Pulau Tawar adalah bagaikan barang yang sudah hampir tiba tarikh luputnya. Tahan pula sudah tidak tahan kerana sedar sudah tidak diminati rakyat kerana sikapnya sendiri. Muka baru masih belum menonjolkan diri, ada yang layak dicalonkan tetapi sudah awal -awal lagi dipancung kerana bukan dari kumpulan tertentu.

Khabarnya, Jerantut adalah diantara Parlimen yang akan digadaikan kepada MCA dalam penyusunan semula menjelang PRU13 nanti. Mungkin juga benar dan sesuai kerana Jerantut tidak lagi mampu melahirkan pemimpin yang berketokohan.


6 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
Masalahnya UMB Jerantut pun sudah mati. Posting terakhir UMB Jerantut ialah 6 bulan lepas. UD cuba menghidup orang yang sudah mati dan tidak berminat lagi. Di mana logiknya?

uRag dRrulug said...

Salam WZWH,
memang tidak logik menghidupkan yg sudah mati, mungkin SPU itu ya, tetapi siapa yg pasti bahawa UMB,J sudah mati? Mungkin ia hanya pengsan atau hanya untuk berehat seketika sementara mencari arahtuju yg baru?

adrianiamri said...

Tidak kira mati atau pengsan..
Sekarang ini mainlah peranan masing-masig dalam menguat dan mempertingkatkan kemajuan untuk lebih banyak menarik undi menyokong UMNO pada PRU 13 nanti.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

UD, tak ramai orang tahu blog WZWH hasil dari UMB Pahang sebenarnya. UD boleh check dengan Dato' Sam SETPOL MB Pahang. Ini bermakna blog WZWH adalah blog UMB Jerantut sebenarnya tapi sengaja tidak mahu istiharkan. Jika UD orang Tembeling yang berfikir!

kampungku said...

Salam..,
Kalo begitu gon pakat tanam aje, blog Dun Tahan Jerantut dan dunia sama rata atau dunia tunggang terbalik...Baik gon buat mesyuarat..Hal parti tu, gon tunjuk,gon lantik sendiri...Malu ke urang getek..,,karang nampok sangat ketidaktelusan orang Melayu..,Mudik ke Bantal nun, mungkin di senun buleh buat unibesiti blogger jerantut(tempat mesyuarat)..gon tau dok urang di senun..,Paling kurang pun 47 blog ade..hak menyukung dan rela memberi undi!

uRag dRrulug said...

Ahhhh! Mulek!Mulek! Tapi sapa pulork tuan punyeq blog UMB Jerantut tu? Aihh! Pening kepala aku jadiq nyeq. Ke blog ong jugeq tu Zurik?