'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, May 30, 2011

MESYUARAT BAHAGIAN: ANTARA SUARA ELIT UMNO DAN SUARA RAKYAT MARHAEN




Mesyuarat sayap-sayap UMNO Bahagian (Jerantut kita) sudahpun selesai. Tidak ada banyak yang direbutkan kali ini kerana tidak ada pertandingan. Sudah tentulah tidak sangat meriah. Penyandang-penyandang jawatanpun bolehlah bernafas lega kerana tidak perlu menyeluk saku mereka. Hanya kasihan kepada anak-anak ikan yang tidak dapat 'memontekkan' perut mereka kerana tiada banyak habuan.

Mesyuarat Bahagian akan menyusul tidak lama lagi. Seperti juga mesyuarat sayap, tentulah tidak sangat meriah sepertimana sewaktu ada pemilihan. Ketika itu para perwakilan sangat bernilai dan para calon juga sentiasa ramah dan tersenyum manis walaupun kocek mereka hampir 'pesok' kerana terlalu kerap menyeluk untuk memberikan sedekah kepada perwakilan (sahaja).

Teringat kata-kata orang tua-tua; Jong Pecah Yu Kenyang. Mungkin juga benar kerana nampaknya tahun ini jong tak pecah kerana itulah kelihatan yu-yu semuanya kelaparan. Ada juga sebahagian dari yu-yu berkenaan telah mampu 'meng-evolisikan diri' menjadi 'buaya jadian, maka dapatlah mereka itu 'survive' dengan memakan bangkai.

Buaya yang kecik-kecik (bujang susah) terpaksa mengalah dengan yang lebih besar (bujang senang) yang  menjadi penjaga  lubuk. Oleh kerana banyaknya bujang senang dilubuk maka itulah sangat jarang rakyat berani naik ke Pejabat UMNO Bahagian untuk meminta pertolongan. 

Membaca komen-komen diblog WZWH memberikan banyak info mengenai 'Lubuk Jerantut' ini. Mungkin komen berkenaan tidaklah benar 100% tetapi sebanagiannya tetap ada asasnya. Tak Tumbuh Maka Tidak Melata, Tidak Sungguh Maka Tidak Orang Mengata.

Rakyat marhaen melihat dan mendengar ini semua. Mereka tidak mendapat ruang dan peluang untuk bersuara, maka mereka bersuaralah melalui media sosial yang sudahpun jadi media rakyat dewasa ini. Para pemimpin yang buta IT selama ini haruslah melakukan sesuatu. Dalam dunia globalisasi dan media sosial yang bergerak pantas ini, segalanya tersebar dengan cepat dan telus. Tiada siapa yang mampu mengekangnya lagi. Cuma jika kita dapat bersama mereka maka kita akan ada lebih peluang untuk memandu mereka kearah yang kita ingini. Bersama atau tanpa kita, mereka akan terus bergerak kehadapan.

Penyelewengan pihak-pihak tertentu 'Penjaga Lubuk' sudah diketahui ramai. Raja 'Bujang Senang' sudah terperangkap oleh Suruhanjaya Pencegah Maruah dan menitiskan airmata buayanya. Namun apakah 'bujang-bujang senang' ini akan merasa insaf dan serik?  Kesannya tetap kepada kerajaan BN dan UMNO dalam PRU13 nanti. Rakyat akan membalasnya dengan membuang kerajaan BN.

Apa yang kepimpinan perlu lakukan adalah membersihkan lubuk dan menyingkirkan 'bujang-bujang senang' itu, mereka pun sudah mewah. Taukeh Kilang Kicap pun sudah mampu membuka Kilang Susu. Wanita Terunggul 'KK' yang sudah 'mengemaskini diri' juga sudah selesa dengan banyaknya  mendapat komisyen dari peruntukan kepada rakyat. Mungkin mereka ingat mereka cekap dan rakyat tidak melihatnya. Jika UMNO tumbang nanti kepada merekalah kesalahan patut diletakkan. Tetapi mereka peduli apa? Kerana siapakah sebenarnya yang masih sayangkan  UMNO?


Aihh! Ong neh abang! Beria amat gaduh ke kome tarok menules blog neh. Tu larh pasai akuq kene jugeq larh menules. Akuq ingat nork palo hajeq ke sedareq akuq wan zuriq tu menules sesorang, pasai dieq tengoh gileq meroyan menggusok punggong dumpok tuh, hehehe......berbijeh besi larh kiteq natiq yok?


7 comments:

one one no belen said...

Salam.UMNO tetap tidak berubah.Kepada penjilat buntut UMNO sedarlah kita tidak boleh lagi menyokong membabi buta.Pengundi perlu bijak

bRAVEhEART said...

haha, dah lama dulu dah saya suruh awak kembali menulis tetapi bukan menulis mengenai ini, tulislah mengenai sungai tembeling dan lembah tembeling, masih banyak cerita yang boleh digarap untuk dibawa kepada umum, apapun tahniah kerana telah kembali menulis,cuma awak lewat hampir sebulan, lembab ke apa? hehehe!

uRag dRrulug said...

Aihh! Abang oih!!, akuq dorh tarok be mudai dorh, akuq tingok de belog wan zuriq hajeq, curiq ideo dieq, hik hik hik....spu pon dorh menules jugeq york? hahaha mulek larh tuh, sakit larh perut urag umno netiq york? hehehe!! akuq nork tebirok dorh neh oih!!

Anonymous said...

jerantut banyak buaya ye bro?ada juga buaya bujang susah dan bujang senang, mengalahkan di serawak pulak dah, hehe..dompok buaya ke? mizi? SU Bhg? hj rusdee? dullah kichap? Kak Kiah pun ? hehe

Anonymous said...

dolah kichap ham[as macam tu pon kulan ambik juge? mampus lah umno jerantet

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

MESYUARAT BAHAGIAN: ANTARA SUARA ELIT UMNO DAN SUARA RAKYAT MARHAEN

Krayant ong nik tulih blog kenerk guna account. Hakurk nirk manerk nork taurk gunerk account dudurk pun di Sg. Pieng. Tapik macangmanerk pun hakurk ucak terimerk kasih kerana ong kembali menulis...

Umno jika dilihat kini, adalah alternatif kepda sebahagian sahaja masyarakat termasuk di Jerantut. Tak lebih dari itu. Bagaikan cendawan parti2 politik ingin tumbuh, apabila ada sinar kilat itu belum lagi dentemuman guruh. Minggu lalu, cuba bayangkan salah seorang bekas pemimpin hebat dari Umno sanggup berhabis perbelanjaan sendiri hanya satu tujuan untuk memperkenalkan parti baru bawah pimpinannya untuk mengembangkan sayap bagi bertapak dan bersarang di Jerantut. Bab politik jangan pandang remeh dan lemah terhadap lawan. Dalam politik kawan boleh jadi lawan, juga sebaliknya... tapi tidak dapat mengatasi lawan.

Banir nak kaitkan sedikit tapi mengenai “bujang terang” sedang berehat selalunya kembali menyinar apabila bujang susah dan bujang senang memerlukan sesuatu. Pertarungan, inginkan kemenagan dan tidak semestinya menang pun, kerana pertarungan itu sudahpun suatu kemenagan yang pastinya diiktiraf. Siapa sanggup jadi bujang terang akan menjadi rebutan orang disuatu hari nanti. Tarikh mesyuarat perwakilan bahagian Jerantut kian hampir. Banyak lagi perkara yang tidak kena, penapis usul dikatakan bertungkus lumus yang mana usul perlu dibawa atau disekat, jika Umno Jerantut inginkan kebenaran atas dasar keberanian, perwakilan perlu tunjuk taring membawa usul tergempar. Ini amat ditakuti oleh semua hadirin, paling tidak moral seorang pemimpin tercemar...!!! Selain dari usul2 ditapis, disekat, penyata kewangan turut menghantui. Aktiviti kepartian sepanjang tempoh setahun akan menjadi penentu kepada keberkesanan setiap kali mesyuarat agung perwakilan. Berpadanankah akiviti dengan perbelanjaan digunakan...? Lain2 seperti kemajuan masayarakat, projek2 semimega dan banyal lagi...!!! “Usaplah dada gosoklah perut” Ada jawapannya disitu...

Pang5 Banir, selamat bersidang hadir sebagai pemerhati.

uRag dRrulig said...

Salamph,
benor amat larh abang banir oih! hamendeq yang ong bewayat tu betol amart larh pade akuq jugeq, akan tetapi nyeq mende keh hark yang dapart kiteq buat? Sabaknye umno sudah meyekat segaleq suareq rakyat marhaen. Ahli UMNO ni name nyeq hanya pade ketua cawangan hajeq, mende dia larh hark yang membubuh name nyeq, ahli sediriq pon tarok tau ke hal...hehe umno ni, kerayanth sunggoh yok?