'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, June 1, 2011

SUARA RAKYAT MARHAEN MENJELANG MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN

Perwakilan UMNO yang dipilih ke Perhimpunan Agung UMNO
Siang mengantuk malam berjaga...di karaoke atau dangdut?



UMNO Bahagian akan bermesyuarat pada 5hb nanti. Walau tiada pemilihan AJK Bahagian tetapi pemilihan G7, ke Perhimpunan Agung tetap juga ada. Lobi melobi sedang dan masih berlaku. Tak banyak sikit tetap politik UMNO menjana ekonomi ahli-ahlinya.

Pemimpin bercakap mengenai perubahan didalam UMNO. Apakah UMNO sudah berubah? Siapa didalam UMNO yang harus berubah? Apakah perubahan yang sudah UMNO Lakukan?

Di cawangan-cawangan masih seperti dulu. Ketua cawangan tetap berkuasa dan bersama kroninya menentukan siapa perwakilan UMNO ke Bahagian serta siapa akan memeggang jawatan apa di cawangan. Ahli di cawangan semakin mengecil, sesiapa yang berpotensi untuk bertanding jawatan didalam UMNO akan dicantas dan disisihkan.

Ketua dan perwakilan cawangan masih tetap orang yang sama kerana segalanya sudah dirancang sesama mereka. Sama ada perwakilan UMNO cawangan mampu membuawa suara dari akar umbi dan cawangan tidak mereka utamakan, yang penting hanya mereka yang layak ke mesyuarat bahagian untuk mengharap akan mendapat 'gula-gula' dari calon yang bertanding. Bahkan calon yang bertanding juga masih mampu memberi 'gula-gula' para perwakilan.

Jikalau kita membaca komen di blog wan zuriq, kita boleh melihat apa komen dari mereka yang benar-benar tahu apa yang berlaku didalam pentadbiran UMNO Jerantut ini. Bagaimana pegawai-pegawai yang berkhidmat menyalahgunakan kuasa dan wang peruntukan untuk mengembungkan perut mereka sendiri. tentu rakyat tidak akan menghalalkannya. Tentulah segalanya itu didapati dari sumber yang haram. Jadi tidak hairanlah jika ahli UMNO yang dikategorikan sebagai 'bujang senang' ini semuanya 'haramjadah'

Jika UMNO Jerantut benar-benar mahu selamat pemimpin haruslah mengubah semua itu. Mereka yang ada disekeliling 'ketua' haruslah dipisahkan kerana terlibat dengan penyelewengan. Masalah utama adalah 'Ku Lan' tidak pernah dapat mendengar suara sebenar rakyat marhaen. Suara yang disampaikan oleh pegawainya hanyalah dendangan yang manis dan merdu belaka. Jika ini diteruskan jangan ingat UMNO akan dapat bertahan lagi menjelang PRU13 nanti.

Pemimpin tertinggi UMNO mesti membuat keputusan yang tepat terutama dalam pemilihan calon dalam PRU nanti. Kami yang akan menentukan undi kami nanti tidak teragak-agak untuk tidak mengundi calon UMNO yang tidak kami sukai serta sekiranya UMNO kelihatan masih tidak berubah dari apa yang rakyat bencikan selama ini.

Pucuk pimpinan harus sedar bahawa ada kumpulan ke-3, yang lari dari UMNO tetapi tidak juga menyukai pembangkang. Kumpulan ke-3 ini nanti mungkin sama ada mengundi kepada pembangkang sebagai protes terhadap UMNO / BN atau tidak akan memberikan undi kepada sesiapapun.

Adeq jugeq larh aku dengor ceriteq pasai perwakilan yang dibawak ulih yang berhurmat ke dangdut. Kala demeq nork dengor ceriteq nye, nantiq akuq bewayat ke dimeq...hehe. Ade belake ceriteq pasai urag UMNO neh. Kerayantah, Yok?


4 comments:

Anonymous said...

Sudah sampai masanya untuk Ku Lan berihat dari politik. Dia pun dah 3 penggal.Bagilah org lain pulak jadi ahli parliment. Orang yang ada visi.Orang yang dah berkarat berihat lah

Anonymous said...

Ini seorang pemimpin yang akan ku cari ganti...

Anonymous said...

BERILAH PELUANG ORANG LAIN PULA..INILAH MASALAH DALAM UMNO..SEMUA PEMIMPIN NAK KUASAI JAWATAN...BERILAH PELUANG ORANG BARU..BUAT-BUAT BERIHATLAH WAHAI KU LAN....LAGIPUN SAYA DAPATI KOMITMENT KEPADA JERANTUT PUN KURANG...SELALU BERADA DI KL DAN BUKANNYA DIJERANTUT. KALAU ADA DI JERANTUT PUN JIKA ADA MAJLIS TERTENTU SAHAJA.

uRag dRrulug said...

aku tarok hapeq nork kumen pasai pemipin umno neh, pade aku nyeq sameq hajeq. Sapeq hark yang membahan balok dan mengabiskan ikan dan memburu gajoh tu? urag umno jugeq yok?