'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, June 16, 2011

MEDIA DI PEDALAMAN





Hahaha! UD dengar khabar ramai orang mengutuk UD kerana kata mereka blog UD ni blog bodoh. Apa dapat UD kata jika itulah pandangan sebahagian orang terhadap UD, namun yang dapat UD katakan adalah inilah konsep dan watak yang UD sendiri ciptakan untuk menulis di blog uRag dRrulug ini.

So, tidak ada pertikaian tentang itu. Cuma dengan rendah diri ingin UD katakan bahawa UD memiliki Ijazah dalam bidang Media yang khusus. Anak Tembeling yang merantau jauh meninggalkan kampong halaman namun kasih sayang kepada kampong halaman tetap kekal dalam ingatan. Sekali-sekala pulang ke kampong dan selebihnya mendapat khabar berita dengan menghubungi sanak saudara dan sahabat andai melalui telefon dan email serta banyak membaca dari facebook dan blog khususnya dari Jerantut.

Tidak mengapa jika tiada sesiapa mengenali UD dan khabarnya banyak pihak mengaku bahawa merekalah UD dan ada juga pihak yang menuduh UD adalah orang itu atau orang ini. Namun, UD adalah UD.

Bangga bila mendengar khabar bahawa sahabat andai di Ulu Tembeling juga sudah dapat melayari internet dan berfacebook. Malahan ada beberapa facebook yang menjadi sumber inspirasi UD menulis dan mengenangkan kampong halaman. Dunia kita semakin moden dan negara kita juga sudah semakin maju. Itulah yang kerajaan telah berikan kepada kita sebagai rakyat negara ini. Cuma, kadang-kala kita lupa apa yang kita terima tidalah setimpal dengan apa yang telah kita berikan terhadap negara tercinta ini.

Walau apapun, UMNO dan kerajaan BN harus dikekalkan bagi menjamin apa yang kita dapati sekarang ini akan terus kekal sebagai milik bangsa kita.  Semoga Melayu akan terus kekal sebagai tuan kepada bumi Melayu ini dan, semoga tak akan hilang di dunia.

Don Tapscott dalam bukunya "Grown Up Digital: How the net (net bukan next) Generation is Changing Your World", menyebut mengenai 2 generasi;

Generasi Pertama:
'Pre baby boomer' - lahir sebelum 1945
'Baby Boomer' - lahir selepas perang dunia (1946 -1964)

Generasi Kedua:
Generasi X - tahun 1965 -1976
Generasi Y - tahun 1977 - 1997
Generasi Z - tahun 1998 dan selepasnya


Generasi kedua ialah yang lahir selepas 1965 dikenali sebagai Generasi Internet yang banyak mendapat lebih banyak berita dan maklumat melalui internet berbanding media cetak dan penyiaran. Untuk perhatian, Generasi X dan Y adalah  golongan yang akan menjadi kelompok terbesar pengundi dalam PRU13 nanti.

Kerana itu jika parti politik yang ada mampu mengurus harapan generasi muda dan berkomunikasi  aspirasi dengan mereka maka harapan untuk mendapat majoriti sokongan rakyat dala PRU nanti tentunya akan lebih besar. Soalnya apakah pemimpin politik Jerantut ini berfikiran begini?

Generasi X, generasi Y, generasi Z......asal jangan WZWH rosakkan minda generasi muda ini dengan idea-idea bombastiknya yang hanya kerana ingin pertahankan tokoh politik tertentu.

sini   serta   sini  dan banyak lagI suara dari pedalaman, hehehe!

1 comment:

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

MEDIA DI PEDALAMAN

Hakurk sukung amat tuan UD rajin bewoyat selain dork dengar citerk maserk beburak turk. Tidak2 pon urag macamg kumerk nirk dapat jugerk taurk seberk sikit hal2 pulitik kalar tork 100% kumerk setujurk.

Sebenarnya memang pun dah ramai masyarakt pedalaman terutamanya Lembah Tembeling mempunyai kesedaran. Ramai lulusan menara gading hatta di luar negara. Cuma ada beberapa perkara yang Banir sangat tidak berpuas hati mengenai pembangunan. Hasil mahsul, pembangunan menampakan kemajuan kampung2, tapi masyarakat masih berada ditakok lama. Pemimpin datang dan pergi masing2 berlumba2 mengejar habuan ke kantung sendiri. Mengenai ketiakpuasan hati, Banir nampak masyarakat masih belum bersatu. Lihat kalau di masjid2 langsung tiada aktiviti, itupun kalau hadir berjamaah pun hanya dua tiga kerat yang dah beruban puteh macam kapas kekabu. Adakah aktiviti kuliah maghrib, subuh sembahyang subuh "sujud sajadah" di pagi Jumaat. Mengenai generasi Y & Z, tiada pembelaan, cuma hanya kepada gulungan yang ada kepentingan sahaja. Untuk kemajuan kepada masyarakat pedalaman bagi memenuhi citarasa elok didirikan perkampungan ala pondok modern. Boleh melatih pelapis2 sebagai iamam, bilal dan siak. Ada beberapa kerat yang hapiz tetapi mereka tiada tempat dikampung2. Lantaran mereka berhijrah jauh, takkan dengan sumbangan kain sehelai, angkat kayu api, angkut air di sungai memadai untuk mereka, mereka ada ilmu, sayangnya dicurahkan ke tempat2 lain yang jauh lebih maju. Begitupun generasi internet, ada yang baik dan ada buruknya. Bukan dari segi kelucahan melampau, tetapi mereka yang mempunyai kemudahan asas menerusinya akan berani kehadapan, apapula halnya dengan mereka yang masih buta kayu di kampung2...

pang5 Banir, sangat setuju adakan pusat pengajian Islam di Lembah Tembeling...