'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Sunday, June 12, 2011

JANJI-JANJI YB...

Kenderaan hybrid ciptaan khas untuk WZWH menemani YB nya melawat kawasan


Terima kasih larh kepadeq urag hark memberi kumen de belog uRag dRrulug neh. Make, UD nork 'kupiq and Paste' jugeq de belog UD neh, macap hark yang de buat ulih belog Cg Pian akan Laksamana Jebat Al- Copy and Paste tu;

Hiss... UD,


Cuma masa aja penentu nya ,tidak sekarang, esuk atau lusa, jambatan itu ada. Tidak di alam nyata akan berlaku di alam impian. Orang UD boleh menyeberang sungai secara khayalan, lepas lah juga. Aku setuju mana dia prujeek Mega WZWH itu... PRU 13 makin hampir oooi WZWH. Kata WZWH prujek itu dalam pipe line. Setahu aku lah yang dalam ppipe line ialah air dan angin aje, tak percaya tanya Pengarah JBA Pahang. Menunggu lah kita wahai UD, kena lah kita berbulan lah pula. Di Terengganu ada masjid kaca/kristal maka di Tahan ada jambatan kaca...hheeee....heeeee, gelembong aka di pungkar lah aok semua.
June 11, 2011 12:26 PM


UD tak hendak berkongsi mimpi dengan sesapa sebab mimpi-mimpipun sudah tak seindah dulu lagi kerana janji-janji dusta pemimpin. Orang-orang Kuala Tahan banyak mengadu pasal tanah. Orang Kg. Gol tak sudah kempunan menjaringkan gol kerana kecewa dengan isu tanah juga. Orang Kg. Merting terkontang-kanting dan masih mamai dengan isu tahan FELCRA yang hujan emas mencurah ke tempat lain. Yang orang Kg. Labu dapat hanyalah hujan batu, sambil sekali sekala mengengam batu sendiri saja.

Lama dulu UD buat 'CnP' posting bertajuk 'uRag dRrulug dengan Kentut pemimpin' Post tu di CnP dari blog Husin Lempoyang yang idea asalnya dari blog MYKMU.Johor. Sebenarnya posting itu berbentuk sindiran politik, tapi kerana WZWH langsung tak peka kepada lelucon dan melainkan lelucah sahaja, maka jenuhlah WZWH mengutuk UD serta Husin Lempoyang serta memandang rendah kepada blogger nasional itu. Rupanya WZWH langsung tak tahu yang bahasa sindiran dan kiasan.

UD nak berikan lagi satu cerita lawak untuk WZWH belajar melawak dan kemudiannya jadi Pak Lawak Politik Jerarantut, beliau memang sudah ada bakat sekarang ini kata ramai pembaca blog Jerantut. Bacalah disini, Blog 'Hikayat Marhaen Kacak'. Ada banyak yang boleh dipelajari didunia ini, dimana-mana saja hatta di lubang najis sekalipun, hehehe!

WZWH mungkin sudah lupa suatu ketika dulu bila undian dijalankan antara UD dan WZWH maka rakyat Ulu Tembeling telah memilih UD untuk mengalahkan WZWH (Klik) 

Pemimpin juga kena memandang belakang, apa janji yang tidak ditunaikan? Kesian jugeq ke urag kapong hark yang mennggu nork korban onta....(Klik sini) Hehehe! Yang Berhurmat pedooh ke kumeq yok? hohoho!


Adik wan (zuriq) ong jangan maroh ke abang yok? Mende nye kiteq besedareq, abang buat-buat hayor hajeq ke ong tu, bagurau-gurau yok? Ong tak menegor laluq maseq kite bejupeq de Ko-Tahan duluq yok? Sumbong amart ong neh!

3 comments:

Anonymous said...

UD,

Jangan di herankanlah, apa yang di kata oleh Wan Zurik tu,.Bapak borek anak rintek. Pedooh sangat. Sekarang dah masuk 2 nd rolling plan, mana dia prujek yang di kataoleh zurik tu. Mampus macam ini cikgu pedooh dan pemungkar, harap murid tak memungkar masa jawap exam sudah lah.

Kereta hybrid wzwh tu , lengkap dengan lubang tandas serta tak guna minyak, makna nya WZWH berak, tahi di proses kaedah biologi keluar gas methane untuk mengerakan kenderaan. Tapi satu masalah teknikal maca mana nak nyah kan baru gas CH4 dan SO2 itu, tentu orang ramai terbau busuk nya. Moral story nya kena lah faham, pungkar dan pedooh tu di ketahwan jugek. WZWH ada faham kah?.

uRag dRrulug said...

Anon,
Kahkahkah! akuq tark 'mboh jawap, dimeq urag ceredek dimeq lagiq tau dari akuq hark yang budo neh....akuq neh mengajuk capak urag hajeq.....

Buntat said...

Mendenya WZWH nak mencipta Kenderaan hybrid tu, Pandai ke? Hakuk nampak macam tandas bergerak aja. Kalaulah macamni tak yohlah orang PHD. Orang kampung pun leh ciptanya yok. Tak yah sampai pecah kepala nak merekanya?.Jangan memungkor amat la yok.