Blog patpatsikulipat, WZWH dan SPU berkisahkan tentang protes sebahagian ahli UMNO terhadap pemimpin. UD yang jarang mendapat kesempatan menerima berita secara langsung hanya berpandukan kepada apa yang terlulis dalam blog-blog berkenaan.
Tidak kira berapa sedikit cawangan yang memprotes, atau sama ada protes berkenaan tidak disokong kebanyakan cawangan dalam bahagian Jerantut, atau cadangan berkenaan dibenamkan oleh kuasa tertentu, namun hakikatnya, suara rakyat sudah bangkit untuk menegur pemimpin.
Bukan soal menang dan kalah dari segi isu itu yang dipertimbangkan, namun dari segi moralnya pemimpin berkenaan sudah diberikan isyarat bahawa rakyat ingin memaklumkan kepada pucuk pimpinan parti dan kerajaan bahawa rakyat sudah tidak inginkan bertuankan pemimpin berkenaan lagi. Isyarat ini sangat jelas dan PM kita percaya sudahpun dapat menangkap maknanya.
UD tidak hendak membicarakan kenapa ini semua terjadi, kerana jika itu dilakukan maka akan mengakibatkan imej pemimpin berkenaan akan lebih tercemar dimata rakyat. UD tidak ingin melakukan kesilapan sebagaimana yang dilakukan oleh WZWH. Konon nak pertahankan bos namun tanpa sedar beliau telah menelanjangkan bosnya sendiri.
Jika dilihat kepada popular post di blog UD ini sendiri, kita dapati antara 3 post yang sangat diminati adalah berkaitan dengan masyarakat dan pembangunan; Kedukaan Masyarakat Ulu Tembeling, Septik Tank - Rakyat Jerantut Rugi Kerana UMNO Tak Bahas Usul WZWH dan Sekolah Usaha Sama Ternak Burung Walit Di Ulu Tembeling.
Bahawa rakyat DUN Tahan sangat mendambakan pembangunan dan berharap pihak Kerajaan melaksanakannya sebanyak mungkin dengan kadar segera bagi menyamakan dengan apa yang didapati oleh masyarakat di bandar-bandar selama ini. Bahawa pembangunan jugalah dijadikan modal dan janji-janji yang diberikan oleh wakil rakyat selama ini setiap kali kempen PRU.
Di Kuala Tahan, rakyat menanyakan dimanakah Jembatan menyeberangi Sungai Tembeling yang dijanjikan itu? Mana tanah untuk generasi baru? Kerana ini janji wakil rakyat. Tentu rakyat tidak menanyakan tentang cable car yang dicadangkan oleh WZWH kerana mereka juga sedar bahawa itu hanya mimpi tidur tak basuh kaki WZWH saja.
Di Ulu Tembeling, rakyat tertanya-tanya manakah pembangunan yang dijanjikan? Yang kelihatan hanya kontraktor kroninya yang diperkayakan.
Di Kampung Gol, rakyat menanya mana tanah padang ragut rakyat yang konon nak dibangunkan oleh pemimpin yang tiba-tiba menjadi kecenderungan pihak yang ada kepentingan dan rapat dengan pemimpin berkenaan? Rakyat rasa dan sedar mereka tertipu. Itu adalah antara sebab-sebab kenapa usul undi tidak percaya itu dibuat.
Rakyat masih sayangkan UMNO dan kerajaan yang memerintah, namun rakyat juga berhak membenci pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri dari kepentingan masyarakat kerana sudah nyata tidak selaras dengan slogan 'Rakyat didahulukan'....
UD bukan menghukum sesiapa, tetapi hanya memanjangkan suara rakyat untuk didengari oleh para pemimpin dan dalam masa sama menyedarkan para pemimpin akan kesalahan yang mereka telah lakukan selama ini. Jika sesat dihujung jalan, kembalilah kepangkal jalan. Tapi jika tak ada jalan, bagaimana balak nak di keluarkan? Jika tak ada balak untuk apa jalan dibinakan? Haha! Jalan-jalan cari makan...cari makan buat jalan.
Hehehe! mende kiteq urag budo, nye pebudo de urag hajeq larh...yok? Dunieq tork tau maluq!
1 comment:
Salam UD,
Pemimpin itu hanya ada 3 pilihan.
pertama: perbaiki diri, tunai janji dan yang penting JANGAN MEMUNGKOR SERTA ADU DOMBA.Nyah kan Baling batu sembunyikan tangan.
Kedua: Letak Jawatan KP,TK dan ADUN ( INI ada kesan Tak dapat Pencen).
Ketiga, PRU 13 Rakyat Jerantut
jatuh kan hukuman, tarok memangkah dia, sendirinya jatauh lah dia (ada suara kampor pulok dah)
Keturunan kampor boleh ganti nya. any time.
FIKIR kan lah, jangan jatuh lubang sama 2 kali. PM dan MB sudah tau halakah dan kegemaran Budok tu.
Tak gitu UD?.
Post a Comment