'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, June 13, 2011

WOW! BLOG uRag dRrulug MELANGKAH KE NASIONAL




Wow! Berbelog tentu akan lebih menarik dan menyeronokkan bila bilangan pembaca bertambah. Blog picisan UD selama ini hanya untuk Jerantut kini sudah melangkan ke peringkat nasional. Terima kasih kepada 'mentor' Tuan Husin Lempoyang. UD tak kenal dia pun dan tak pernah jumpa pun, hanya UD menulis diruangan komennya dan memohon. Lihat CnP dibawah ini:

uRag dRrulug berkata...

Wow! Tuan Husin....hehe, boleh linkkan blog saya disini? - http://uragdrrulug.blogspot.com/

Husin Lempoyang berkata...

Ok ... lu ada humour dan sinis, boleh masuk bloglist ana.

Serius sangat tak boleh la.



Bukan bangga diri, tapi UD merasakan ini satu penghargaan. Banyak yang kata blog UD ini menarik dan unik. Tapi yang penting adalah UD sudah dapat memperkenalkan Ulu Tembeling kepada negara dan dunia. Menulis ada berbagai cara dan UD ada identitinya sendiri.

Terima kasih kepada pengunjung yang semakin bertambah. Mungkin nanti UD sudah susah nak tidur lena kerana memikirkan apa yang akan ditulis esok kerana pembaca sudah tentu akan menanti-nanti dengan penuh harapan. Mengetahui apa teguran yang diluahkan dalam bahasa sindiran.

Terima kasih Husin Lempoyang, nanti UD boleh belanja makan nasi gulai ikan baung masak asam rong di Jerantut. Khabarnya dulu dah makan gulai patin tempoyak di Temerloh? Hehehe! Ahhh! Kenderaan 'hybrid' ni kalau Tuan Husin hendak, kenalah order sekarang, bimbang kalau lambat mungkin tak dapat. Meniaga 'auta' lagi untung dari meniaga 'unta'!

Hehehe! Selain dari tersenarai dalam blog list Husin Lempoyang, blog UD juga ada dalam list blog Papa Gomo, Parpukari, Pahang DailyOnline dan beberapa blog tersohor lainnya (tapi tak ada dalam blog Laksmana Jebat). Laksamana 'Al-Copy Paste' tak ada rasa segan ka? Kalau tak kenapa dah lama tak mengopy paste atau menulis pasal Fasha Sandra? Atau apa-apa cerita seks? Hehehe!

4 comments:

Anonymous said...

Tahniah, bukan mcm satu blog tu picisan tapi perasan hebat, konon ada access dengan Najib la apa la, pada hal p[ungkor jer yg lebih.

kampungku said...

Salam Sir UD dan semua yg di hurmati...,,
Tahniah dan syabas, memuge ong akan ke tahap yg lagi tinggi..,Cuma satu ajerk aku nok tanye ke ong..lame dok ong tarok mudik, aku tingok banyok isu koletahan, atau pun tembeling tengoh aje...,hehehe ong hanyut kilir doh tu, walau goner pun,,Gud Luck to ong..

Buntat said...

TAHNIAH TAHNIAH UD Nampaknya dah jauh bergerak. Yang pentingnya apa-apa yang ditulis adalah benar belaka. hakuk nasihatkan jangan MEMUNGKOR.Jangan jadi macam ada satu BLOG tu. Banyak posting tapi .......... hampas ceritanya. memungkor adalah. Mulek-mulek aku sokong UD.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

WOW! BLOG uRag dRrulug MELANGKAH KE NASIONAL

Meniga auta lagi utung, hakurk sukerk dengar ong bewoyat lagurk turk. Kalar ong tahurk meniga "uta" jugerk utung sebab uta buleh bejalan tork payoh bagirk makan cuma bagi air sg Temeling hork keruh ajerk.

Pang5 Banir, nork digork pemimpin manerk buleh tulung buat lubang nork bakor sapah kat kolatahan...