'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, July 30, 2010

uRag dRrulug DAN KENTUT PEMIMPIN

Ada pembaca hubungi, katanya tulislah 'mulek' sikit sebab dia tak faham. UD lama fikir akhirnya ambil keputusan, kena ubah cara penulisan. Memang sayang loghat 'urag drrulug' tapi pembaca lain nak juga faham. Susah juga nak sesuaikan keadaan dan perubahan. Jadi sementara menanti dapat 'feel' UD CnP posting-posting menarik dari blog pilihan.

Dimula dengan blog Husin Lempoyang @ The Antics oh Husin Lempoyang. Tulisan lawak tetapi penuh sindiran. Siapa makan cili tentu terasa; ( Ini khusus untuk orang Jerantut yang baru belajar mengenali blog)


Rabu, Disember 17, 2008


Mengenali Pemimpin dari Kentutnya

1. Kentut Anwar Ibrahim
Apabila kentut, dia salahkan orang lain ... Hipokrit.
Dia mulakan politik wang dan bentang rang undang-undang hukum salah lapur rasuah, tapi tuduh orang lain lakukan rasuah.


2. Kentut Dolah Badawi
Orang yang tahan kentut berjam-jam ... Bingung
Selama lima tahun, tidur. Tak buat apa dan flip flop. Tinggal beberapa bulan, baru nak buat macam-macam. Lama tak kentut lah tu.


3. Kentut Mat Sabu
Orang yang kentut dengan lantang ... Yakin Diri
Penama istilah Al Juburi. Bila bersyarah, sedap aja dia belasah. Janganlah dia bertanding di KT.


4. Kentut Khairy
Orang yang kentut dalam selimut lalu dikibas baunya ... Sadis.
Sepanjang lima tahun jadi menantu PM, dia salahguna pengaruh, kumpul komisyen, dan kacau pentadbiran. Tapi asyik memikir nak jatuhkan Khir Toyo, Isa Samad, Mukhriz dan ramai lagi. Satu negara bau kentut busuknya!


5. Kentut Zaid Ibrahim
Orang yang sembunyikan bunyi kentut dengan ketawa kuat-kuat ... Strategik.
Punya lantang dia bercakap mengenai pembaharuan undang-undang tetapi rupanya macam-macam tak betul. Rang undang-undang hakim baru ini dia juga gut?


6. Kentut Berahim Ali
Orang yang kentut tapi tak dapat dikesan ... Misteri.
Diam-diam dia datang balik jadi ahli Parlimen Bebas dan sekarang diterima ramai sebagai Presiden Perkasa.


7. Kentut Zahid Hamidi 
Tiba-tiba kentut apabila di sergah ... Gugup.
Bersyarah belasah orang. Rupanya CBT curi saham Kretam. Busuk kentut. Macam mana hal dalam ISA?


8. Kentut Husin Lempoyang
Kentut pelan-pelan lepas itu senyum sorang-sorang ... Periang.
Haa! Senyum sorang-sorang nampaknya? Kentut ke?

Hehehe ... kentut Husin Lempoyang. Wow!

* Idea dari Dr Muzi MyKMU Johor

10 comments:

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Urag Drrulug,
Om tulis posting isu molek sikit...ini cerita kentut...hamun orang Ulu Tembeling membacanya. Orang Ulu Tembeling bukan budo macam omm...ekekeke

Anonymous said...

Rupanya WZWH lagi 'budo', bukankah itu CnP dari blog Husin Lempoyang. Tau berapa pembaaca blog berkenaan dan ranking keberapa? Bodohnya tak dapat membaca yang tersirat dalam yang tersurat. Ingatkan cerdik sangat rupanya...hampeh..kehkehkeh

uRag dRrulug said...

Salam,
Apakah blog ini hanya untuk Orang Ulu Tembeling? Tidakkah ini dunia globalisasi dimana sesiapa boleh mengakses dan membacanya dan jika tidak suka juga tidak perlu membacanya. Saya menyangka selama ini WZWH dari kalangan bijak pandai rupanya salah sangkaan saya itu. Emhhh! Ong budo jugeq...

razak pengau said...

Hahahaha, kuat bunyi kentut WZWH, baunya pun boleh tahan sadisnya, kahkahkah

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam anon 11.14,
ini fakta blog Urag Drrulug sekarang pukul 12.32am 31/7/2010 pengunjungnya berjumlah 1287. Manakala blog WZWH pula penunjungnya 1857 maka pembaca blog WZWH telah mengatasi blog Urag Drrulug. Ekekeke.

Anonymous said...

orang yang dikatakan cerdik tidak menghentam seseorang itu secara jelas, alang-alang sebagai penulis blog gunakanlah kecerdikan dengan menggunakan sindiran yang sinis, kata orang mata pena ni seperti pedang..

Kita boleh lihat dari gaya penulisannya, WZWH ni adalah orang yang suka mendabik dada tuding kata diri sendiri yang paling cerdik, orang lain semua bodoh..., termasuklah urg drrulug senun dianggapnya semua budolah gamoknya..

Anonymous said...

Salam UD,

WZWH ini buka post nye berulang-ulang, nok tinggok apa ade urag kumen ke tidok, itu sebab nya counter pengunjung mengatasi UD. Ini wzwh lie mengunakan statistik. Tengok siapa banyak dapat ulasan, sudah tentunya UD. Wzwh aku tingok lah asyik telor aje, jangan biarkan telor jadik temelang, sudah. Nampak sekarang ini WZWH beso lak ketutnue, dah legalise aktif politik, tapi jangan lupa WZWH perlu dapat kelulusan. WZWH ini BUDO jugek yerk.

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam Anon 8:06 am July 31, 2010,
Aok jangan peliklah kalau WZWH suka berdonge atau bertonseh dengan Urag Drrulug(aok faham tak?). Blog Urag Drrulug adalah blog unik di Malaysia. Ada peminat tersendiri. WZWH berharap blog Urag Drrulug kekalkan identitinya. Soal WZWH bertekak dengan Urag Drrulug, gon jangan campurlah..gon tak faham!

uRag dRrulug said...

Salam WZWH,
Akhirnya ong pujiq juge ke akuq, dan baru sekaliq ini akuq rasa ong betul kerana sebelum iniq ong selalunya saloh hajeh.

SPU said...

Salam,
Saya berpendapat bahawa Urag Drrulug menulis bukan kerana nama, kerana itulah dia tidak memikirkan sangat tentang berapa ramai pembaca blognya selama ini, namun saya setuju dengan kata-kata WZWH bahawa blog UD adalah satu blog yang unik dan saya percaya pada suatu hari nanti ia akan menjadi terkenal serta mampu mengangkat martabat orang di hulu Tembeling. Blog Urang Drrulug adalah suara dan wajah orang ulu tembeling - selamat berjuang UD dan syabas.