'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, July 13, 2010

LUJI NUKLEAR DAN LABU PECOH SEBAB KETUT TETOT

Sambil nork mangajuk kateq MB; Pulitik Jerantut stabil tapiq kritikal, kritikal tapiq masih stabil, hahaha, MB Pahang pon dorh hilak waras gamoknyeh dan mungkin doh tork stabil lagiq.


Usul bineq Luji Nuklear di Ulug Temeling sudoh di terimeq dalap mesorat UMNO Bahagiant. Tork lameq lagi tentu luji tu akan dibineq. Kalo lambat buleh ganti dulu dengan luji laen supaya rakyat tork maroh. Ganti ajeq loh dengan luji septik, urag-urag drrulug bukan nye kisoh amat pasai luji tu. Adeq ke, tarok ke tork sapeq peduliq.


Hari ini akiq nork buat royat hajeq. Nork buat ceriteq sabab dorh lama anok cucuq tork dengor ceriteq aki neh. Akiq nork ceriteq pasai 'tot tetot'


'Tetot' tu adaloh seikor anok hayap yang nakai. Satu hariq musak tanyeq ke dieq, demaneh dieq tidor pasai musak tu norm makant ke mok nya, hayap tu lah. Tanyeq musak; 'Tot Tetot, demaneq ong tido semalap?'. Tetot pun kabo lah ke musak tu demana dimeq tidor tu. Bileq nye tau de mok nyeq, nye maroh lah der mok tetot neh tadiq; 'Pasa ong kabor tepat kita tidor? Pak Anjak musak tu nork makan ke kiteq tu!


Keisukkan hariq nyeq musak jupek lagi dengan tetot. 'Tetot, ong tido demaneq semalap, puas pak anjak carik dork jupeq...pesan ke mok nyeq...pak anjak nork berado dengan dimeq' Jawab tetot, 'semalap kumeq tido jukel bendoi'


Tetot pun kabo ke mok nyeq pesan pak anjak musak tadiq. Nye maroh lah der mok nyeq.
'Ong budo amat tetot, pak anjak musak tu nork makan ke kita neh' Make dimeq pon betukor lah lagi tepat tido. Malap tuh musak pun carik lah de jukel bendoi tapiq tork jupek sebab tetot dan mok nyeq dorh lariq ke tepat laen.


Dorh banyok kali lariq neh, sapai doh tork adeq tepat nork lariq akhir nyeq dimeq tido dalap buoh labuq. Musak tu carik jugeq lagi dekat-dekat situ tork jugeq jupek. Maseq musak tu lalu dekat amat dengan buoh labuk tu, si Tetot neh sakit amat perut nyeq mungkin pasai terlebih makant kiju @ 'cheese' gamoknya. Tetot bisik kabo ke mok nye; 'Mok,mok. Nok ketut amat neh!' Ishh! Jangan, kateq de mok nyeq. 'siket hajeq'. Jawab der mok nya; Ishhh jangan..dengor der pak anjak musak karang, mati kiteq de makant nyeq. Tapi perut tentot sakit amat tork dapat ditahant. 'Mok, nork ketut siket hajeh'. Jawab mok nyeq lagiq...'jangan..dengor de pak anjak musak'. Kateq tetot, 'nok ketut sikit hajek'...jawab mok nyeq lagi 'jang...ngan...' 'Peroookkkkk!'


Keraneq tork tahan amat makeq tetot pun teran ketut nyeq kuat-kuat hatiq sapai pecoh buoh labu tu. Musak hak adeq dekat dimeq tu tekejut dan lemoh jatung lalu matik lah desituq. Selamat lah Tetot dengan mok nya sebab ketut tetot tadiq.


Luji nuklear tu pun bahayeq amat. Kalau setakat bina luji 'taik' tork lah bahayeq. Jadiq kita keneq lah adeq urag hak yang buleh ketut kuat supayeq kiteq selamat sebelum luji tu dapat dibina di ulug temeling tu. Akiq palo ke anok cucuq hajeq lah pasa hai neh. Apa kateq dimeq lorh!


'tetok aku mintak,tetok aku hendok,tetok aku sayap,tetok aku menumpap..haiiii...hee dunieq tork tauq maluq!!!!'

17 comments:

WZWH said...

Salam Urag Drrulug,
Om tak faham teknologi teknologi, jangan cepat phobia. WZWH cadang loji janakuasa nuklear generasi ke-4 (4th generation nuclear power plant) paling selamat, mesra alam, sangat bersih, jimat kos dari segi jangka panjang. Teknologi ini tidak melibatkan nuclear waste management. Nuclear waste dikitar semula recycle hingga sisa terakhir tersangat kurang bahan radioaktif. Bila WZWH cadang buat di Lembah Tembeling tidak semestinya tapak logi buat di Hulu Tembeling. Tapak loji boleh dibuat di Tembeling Tengah contohnya di hutan simpan Yong. Tapak loji hanya memerlukan keluasan tanah 80 hektar sahaja. Urag Drrulug fikirkan kesan ekonomi projek yang bernilai RM9 bilion kepada ekonomi Lembah Tembeling dan Jerantut. WZWH juga mahu kerajaan bina Empangan Hidroelektrik Sungai Tekai. Projek hidroelektrik ini bernilai RM3 bilion. Kalau kita boleh buat projek-projek ini betapa kesan ekonomi multiplier effectnya boleh membangunkan ekonomi Lembah Tembeling dan Jerantut. Taraf hidup ekonomi penduduk bertambah baik. WZWH mahu Lembah Tembeling jadi Lembah Tenaga Negara. WZWH harap Urag Drrulug boleh faham "VISION" WZWH. Terima kasih.

uRag dRrulug said...

hehehe, jangan melupat bangat sangat anok, urag napok macam ong ni melatoh lah pulork, sebagai urag pulitik ong tork ceredik bileq ong mejawaq beginikq, ini hark ong keneq belajo lagiq, ong tingok PM macam-macam keneq kateq dalap blog tapik nyer senyap hajeq, tork melatoh. Kalau ong ketut tork bebungik, buat apeq ong nork tuduh urag lain, mestiq urag akan ruduh ong jugeq, hehehe

uRag dRrulug said...

hahaha, nye melupat lah doh pulok...huhu

Ruth Hegarty, Ireland said...

WZWH - don't patronise people by saying they don't understand technology! This is a simple case of putting profit before people, environment, country.
What is the need for this proposed plant? How does it benefit the people of Ulu Tembeling?
Instead of ridiculous proposals about nuclear plants, the people and politicians of this area should be thinking about how to protect what they have and not destroy it.
Where is your pride?
Taman Negara Pahang and all of the Ulu Tembeling area is one of the most beautiful and special places in the world. YOU have the power, and the responsibility to protect it, for all the people of Ulu Tembeling, of Pahang, of Malaysia; for future generations, for the entire world. But you don't see how you can profit from protecting the jungle, so instead you continue to cut it down and come up with horrific proposals to build nuclear plants beside it.

I am not from your area, I am not even Malaysian. I am just a 'mat saleh' from Europe. But I came to Taman Negara and fell in love with this special place like so many other foreigners have done. Then I came back again and again and brought my friends, and will come again and bring more friends. But every time I come I see changes, negative changes. More development that impacts on the environment but does not benefit the local people (no proper infrastrucuture, no proper water or sewerage system, decentralised villages, businesses destroyed) and which makes this place less and less attractive for tourists and visitors. So I have to ask the question, who benefits from all of this?

WZWH said...

Dear Ruth Hegarty,
Thanks for taking part in this nuclear power plant(NPP) discussion. You are welcome!
My country Malaysia will be facing energy crisis. As people grow and industries flourish, they need electricity. Government can't finance the current energy due to high prices of coal, gas and oil. Beside that their supplies are limited and will be depleted. Malaysia needs renewal energy or alternative energy. The best so far are hidroelectric dam and possibly NPP. Through report of Ministry of Energy, Green Technology and Water, Pahang especially Tembeling Valley is suitable for NPP proposed site because availability of water sources and remote area. This NPP project costing RM9 billion. It will has multiplier effect economically to Tembeling and Jerantut. People will demand proper infrastructure if the government want to implement it. This NPP proposed site only need 80 hacters of land. This 4th generation NPP is the safest,cleanest,environmentally friendly, efficient and effective economically in the long run. I will guarantee this NPP will not affect Taman Negara and Ulu Tembeling because the proposed site in Central Tembeling far away from your favourite place. Anyway I am very touched with your enthuasist of the Tembeling flora and fauna. Thank you.

WZWH said...

Salam Urag Drrulug,
Masik gon urag Ireland reti bahasa om nih. Ke om suruh kawan om dari Ireland tembok akuq. Nye melompat pulok ehh urag puteh ni.

uRag dRrulug said...

WZWH, ini dunieq IT, semueq urag bulih membaceq dan menjawap, aku tork patoh nork suruh kawan akuq jawap bagiq pihok akuq sabak akuq bulih jawap seniriq, akuq tork tupang kekuatan urag laen. Cumeq kenaperq ong hok yang melupat bileq adeq urag ceredik menjawap cerita budo ong tu? Akuq pun tork tupang ceredik urag, hehe. Now you know, that the world is not in your hand....

WZWH said...

Hey Urag Drrulug,
It was proven that NPP issue is in my hand. WZWH is the prime mover that influenced Pemuda and Bahagian UMNO Jerantut. WZWH thinks, WZWH speaks, WZWH does..WZWH believes nuclear technology is a driver of high technology economies that drive the growth and development of Malaysian industries to be competitive with advanced nations.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Tuan WZWH...
Tuan begitu bangga dgn NPP 4th generation..ape sebenarnya untung menda ni?..untuk tenaga? Kelapa sawit di seluruh malaysia yang di katakan untuk membekalkan bio-fuel..mana kelapa sawit tuan eksport?..dari pandangan saya projek ini hanya membuatkan orang kaya semakin kaya..orang miskin semakin miskin..seperti mana ayat yg biasa tuan dengar..sebabnya projek ni akan menguntungkan kotraktor yg melaksanakan projek ini..orang tembeling mahu pun rakyat malaysia tak tahu menahu lagu 4th NPP yg tuan katakan..yg arif pasal ni hanya tuan...yang lain belum ada yg pakar untuk mengendalikan NPP,,maknanya bukan sahaja kite kena beli teknologi NPP tapi kena pakai buruh profesional dari luar(mana kerja untuk penduduk tempatan)...Sebanyak mana yg saya tahu..awal tahun 2005 ..NPP projek ni mahu di laksanakan di England...tetapi mendapat bantahan dari seluruh United Kingdom( scotland, Wales dan Ireland)..kerana NPP yg tuan katakan masih lagi dlm perdebatan, perbincangan tentang keselamatan, kebersihan dan keberkesanannya....negara yg melaksanakan projek ini adalah untuk percubaan..maknanya tuan nak tanah tembeling menjadi tempat percubaan projek NPP ni?..tapi ye la kan,,,peduli apa orang nak kata,,yg penting kite kaya...kalo kite kekurangan tenaga untuk pembangunan rakyat..apa yg patut di fikirkan adalah menjimatkan tenaga yg di gunakan bukannya mewujudkan tenaga baru yg belum pasti boleh menampung kehendak rakyat...tenaga dah macam duit..makin banyak kite dapat..makin banyak kite nak..takkan cukup dan tak kan pernah cukup...sebab apa yg manusia cipta..tak kan sama dengan apa yg Maha Esa jadikan....

uRag dRrulug said...

kehkehkeh, akuq tork nork capor hal gon tu....hehehe

WZWH said...

Salam Ri-Kuala Pengor,
Dunia menghadapi krisis tenaga. TNB tidak mampu membiayai kos tenaga dari arangbatu, gas,minyak yg semakin meningkat. Malaysia perlu "renewal energy". option terbaik NPP. Kelapa sawit tidak cukup. Nak penuh demand biodiesel dari Jerman, malaysia tak mampu nak supply. Malaysia sudah menyimpan ilmu teknologi nuklear selama 40 tahun. Tahun 1960an dan awal 1970an, Tun Razak dah hantar pelajar Melayu belajar nuklear fizik di England, US dan Rusia. ini persedian modal insan teknologi nuklear. Malaysia sebenarnya sudah ada NPP bersaiz kecil 1MW di Puspati Bangi bagi tujuan penyelidikan. Malaysia perlu menguasai teknologi nuklear kerana teknologi ini memacu teknologi tinggi negara dan memberi kesan pertumbuhan dan pembangunan industri negara untuk lebih berdaya saing. Dunia dan Asia sudah banyak melabur dalam teknologi nuklear untuk tenaga. Turki USD20 bilion buat 4 NPP, Vietnam USD11 bilion buat 2 NPP, Jepun 55 NPP, China 40 NPP, Korea Selatan 18 NPP, Taiwan 8 NPP, Korea Utara 6 NPP. Thailand umum bina NPP 2021,Vietnam umum 2018, Indonesia umum 2016. Malaysia perlu bergerak sebab itu Malaysia umum 2021. Ini projek untuk negara, kepentingan negara tidak timbul siapa kaya. RM9 bilion multiplier effect ekonominya boleh mengubah ekonomi Jerantut. Allah jadikan uranium tidak sia-sia, carilah ilmu Allah, carilah teknologi nuklear yang paling selamat, paling bersih, mesra alam, kos efektif dan efisyen dari segi jangka panjang.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drrulug.., Sorry mencemorkan Blog urag Drrulug,,aku bukan mende aku hurmat urag Drrulug seboknya kome ni dulu makan ikan lampong, lawang hak makan taik urag drrulug seboknya deme kelmarin berok mecakug di rakit aje di sungai tembeling..sebok itu kome ni budo skit,.pada ong(dari lughat ong aku rasa ong drrulug pada aku).Tapi ong cerdik pun jangan letok gambo Arwahnya gitu.,tak baik..kalo urag drrulug guna modal..dunieq tak tau malu,,menda betul tu..amik iktibar..jangan gambo tu,urag doh tak de...

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Urag Drulug..aku terpaksa tulih lagi dlm blog ong..sebab aku musykil...Salam WZWH..Bagus Tuan sgt prihatin dengan krisis tenaga dunia..tetapi saya juga prihatin suhu dunia, kekeringan sungai dan lain2..Mat saleh(jgn org panggil orang putih=isu perkauman) kata climate change..kite kata tanda2 nak kiamat...dari semua komen-komen yg Tuan buat, Tuan kata NPP ni selamat=selamat ke kalo tempat tak de bahan letupan kite bina bahan yg boleh meletup?...,,paling bersih=bersih ke kalo kawasan yg bebas dari radioaktif kite bina bahan yang mengeluarkan radioaktif?..Mesra alam=Loji nuclear berkawan dgn pokok dan haiwan, tak bebaskan asap ke? Kos efektif=??????, Efiseyen= negara yg ada NPP contohnya Perancis, masih lagi tak cukup tenaga Tuan...Seluruh Malaysia penuh dgn kelapa sawit, masih tak cukupkan? Jangan jadi macam Peru, Argentina dan brazil(nak abis hutan amazon di tebang) tanam soya utk bio feul..kesudahannya tak de pokok lain yg boleh tumbuh lepas pada tanam soya2 tu...jadi padang pasir tanahnya..bio fuel yg di katakan tak berapa menjadi..bukan saya nak tunjuk pandai cuma nak tau cam na NPP ni selamat, paling bersih, mesra alam, efektif dan efisyen..saya tak kan tanya lagi soalan bodoh cam ni..buat malu ke urag drulug aje..deme tau lebih dari aku...

WZWH said...

salam Ri-Kuala Pengor,
Sejarah NPP tiada yg meletup, NPP Chernobyl kebocoran akibat bad maintenance. NPP tidak mengeluarkan karbon, asap, gas, bau tidak seperti loji janakuasa tenaga berasaskan arang batu, gas, petrol,diesel. Minyak kelapa sawit Malaysia bergabung dengan minyak kelapa sawit Indonesia masih tidak cukup menghasilkan biodiesel keperluan negara! Apa lagi mahu ekspot ke Eropah.

uRag dRrulug said...

Mmmm, dimeq bincang mulek, mulek tokk? Jangan begaruh kiteq anok beranok yokk?

Ri~Kuala Pengor said...

Terima kasih Urag drulug bagi aku mencemorkan blog ong (ong mcm pengerusi majlis la pulok)..Salam Tuan WZWH,,Chernobyl tak meletup bocor aje..dah menyebabkan generasi manusia dan alam sekitar di situ menderita..jadinya sahihlah NPP ni tak selamat ye ke dok?.. Apsal pulok nak sampai nak eksport tenaga ke Eropah( makin maju la demenya)..kome di Malaysia juga yg tak cukup tenaga nak majukan diri..tak kan cukup tenaga ni( macam org yg ada kuasa..makin nak kuasa-dari demokrasi jadi diktator)..cari lah jalan jimatkan tenaga contohnya minyak(diesel/petrol) dari contoh pembalakan di Hulu Tembeling..,Kerat balak di sana dan kite punggah balaknya dgn beratus2 lori dengan menggunakan berjuta2 gelen minyak(ade ke penduduk tempatan dpt kerja bawak lori balak)..jimat ke?.lepas tu org kampung punggah balik(beli) perabot di bandar dan bawak ke kampung(minyak lagi)..cuba kite ubah, kerat balak dan proses di sana...cuma hantar hasilnya spt perabot ke bandar(tak pun mesti ada hartawan kampung yg nak bukak kedai perabot)..jadinya masyarakat Hulu tembeling terlibat secara langsung dalam hasil hutan di sekeliling mereka...(nampak lah khidmat utk rakyat-rakyat ada kerja dan bisnes)..saya ambil contoh pembalakan ni sebabnya penduduk Hulu tembeling sumber ekonominya dari hutan dan sungai(dah kering)...nanti kome nak buat sampan pun kayu dah tak de...kemahiran pun hilang (sepatutnya org Hulu tembelig dah boleh buat perabot sendiri)..sebab semua pindah ke bandar..hasil kampung tak mendatangkan hasil kepada penduduk kampung..sebabnya projek NPP 4th generation lebih menjamin kemajuan rakyat Hulu tembeling...gitu ke?

Aymad said...

Salam Urag Drulug
Walaupun saya tak berapa faham sangat dialek orang ulu ni, namun rasa terpanggil untuk memberi komen di atas rasa simpati saya terhadap keadaan di Ulu Tembeling. Sejak sebelum nerdeka hingga ke hari ini tidak banyak perubahan yang berlaku di Ulu Tembeling. Walaupun pemimpin silih berganti namun ia tetap macam tu juga. Barangkali perlu ada sekali lagi peminpin yang melawan arus seperti yang dilakukan oleh arwah Haji Abdul Malik bekas adun Tahan. Walaubagaimanapun tepulanglah kepada penduduk Ulu Tembeling samada ingin berubah atau tetap seperti dulu juga.