'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, May 6, 2011

AGENDA MEMBODEK POLITIK JERANTUT





Ini ialah posting yang ditunggu oleh 48,000 pengundi berdaftar Parlimen Jerantut. Setelah uRag dRrulug melakukan Agenda Mengaudit Pembodek Politik Jerantut secara sulit dan tersembunyi. Orang Jerantut mahu tahu apakah hasil audit pembodek politik Jerantut.

Politik Jerantut tidak ada ketelusan sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya. Siapa yang berprinsip dan berpendirian akan terbuang atau dipinggirkan. Politik Jerantut hanya untuk pengampu sahaja. Kerana itu suatu ketika dahulu blog SPU mengisahkan tentang 'langau politik Jerantut'.

Politik Jerantut penuh langau. Jika kita calon yang berduit maka langau-langaku akan sentiasa menghurungi dan berlegar sekeliling kita. Perwakilan-perwakilan cawangan adalah dari kalangan langau-langau yang terpilih diantara ahli-ahli UMNO Langau. Di cawangan, langau-langau akan berbunuhan sesama mereka untuk layak menjadi perwakilan langau. Menjadi perwakilan langau bermakna akan berpeluang mendapat habuan berupa bangkai-bangkai serta air limbahan dan termasuk juga sisa-sisa dari 'septik tank'.

Perwakilan langau tentunya akan memilih langau sebagai wakilnya dan ketuanya. Di peringkat atas, akan berebut pula untuk jadi kumpulan 10 langau. Pokoknya, langau akan memilih langau sebagai pemimpin mereka.  Baca juga disini (Klik)

Mungkin kita terkejut kerana dalam pemilihan peringkat bahagian, calon yang berwibawa (sedikit) telah kalah kepada calon yang langsung tidak berwibawa. Hilangkanlah rasa terkejut itu kerana langau akan membuat pilihan berdasarkan kepada bau bangkai serta 'taik ayam' yang diberikan kepada mereka. Selagi ada kebusukan yang diberi, selagi itu mereka akan dipilih.

Dalam Perhimpunan UMNO akan datang, kita akan terus menghitung langau-langau politik ini. Mungkin jumlahnya semakin kurang kerana semakin ramai yang bencikan agenda politik membodek ini dan dalam masa sama bersikap berkecuali atau tidak memberi sokongan kepada UMNO. Mereka bukan bencikan parti, tetapi bencikan mereka yang ada didalam parti itu sendiri yang bermaharajalela sesuka hati mereka.

Namun antara langau-langau yang banyak itu, ada langau yang memang hidup sejahtera dibawah mana-mana ketua. Langau ini tersangat pandai dalam politik. Langau ini mampu menghidu bau-bauan dalam jarak yang jauh dan kerana itu langau ini akan terbang dari satu ke satu yang lain.

Mungkin kerana alasan langau jugalah maka Ku Lan harus masih kekal sebagai Ketua Bahagian. 


Kemaneq kiteq natiq gamok nyeq oih? Nork sukung sapeq gamoknye? Ke sukung parti lain pulork?

1 comment:

Op Anaz said...

sokong lain pulok le...hehe