'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Saturday, April 30, 2011

BERPIJAKLAH DI BUMI, BERKATA BIAR BERLAPIK



Bebudok menyelap dan memanoh ikanth yang menyuruk didalap pungkor


Kadang-kadang kita melihat dunia bukan dengan mata hati, tetapi dengan hawa nafsu yang membara serta dengan tamak haloba. Apabila ada pihak mendapat sesuatu, maka kita merasakan bahawa kita juga patut mendapatnya. Namun apabila kita mendapat sesuatu, kita tidak merasakan bahawa apa yang kita dapati itu patut juga didapati oleh orang lain. Demikianlah dunia dalam hati kita.

Sebuah blog menulis mengenai perlombongan. Mengajak semua melombong. Maka nanti semua orang akan melombong besi, melombong emas, melombong timah. Mungkin juga kita ada intan berlian yang boleh dilombong.

Pelawaan itu nampaknya sangat menarik. Bagaikan jujur memberi peluang untuk semua menjadi kaya raya. Namun kadang-kadang kita terlupa bahawa sentiasa ada perangkap yang menunggu kita. Seorang kawan pernah memberitahu bahawa dia sedang cuba membuat permohonan untuk tapak lombong berkenaan. Namun beliau dinasihatkan supaya mendapatkan sokongan dan menyerahkan tugas-tugas berkenaan kepada seorang Yang Berhormat kerana tanpa kerjasamanya adalah sukar untuk mendapat kelulusan.

Kita andaikanlah bahawa ada 100 orang yang mengetahui dimana ada biji-bijih berkenaan serta terpaksa memberitahu dan mendapatkan khidmat nasihat 'serong' dari orang berkenaan, apa akan jadi? Siapakah yang akan mengaut keuntungan berlipat ganda diatas keperihan rakyat jelata?

Tidak lama dulu heboh diperkatakan bahawa orang berkenaan kerap menuruh orang-orang kampong supaya  mengenal-pasti tanah yang kosong dan berpotensi untuk diusahakan kononnya dengan tujuan untuk membantu penduduk kampung, namun setelah pelan tanah diserahkan kepadanya, beliau telah membuat permohonan atas namanya atau kroninya maka tinggallah orang-orang kampung itu berputih mata.

Khabarnya itu adalah antara sebab-sebab mengapa beberapa cawangan UMNO mengusulkan undi tidak percaya kepada seseorang. Jika kerajaan dibawah pimpinan Datuk Najib dan Datuk Adnan ini peka, benamkan lah saja orang ini kerana rakyat tidak lagi menaruh kepercayaan dan menolak wakil sepertinya. Jangan sampai rakyat terpaksa menolak UMNO dan BN kerana tidak suka kepada calon. Ke macamana?


Kala pemipin ceredik, nye bawok kitaq naek ke bukit. Kala pemipin budo, nye bawok kiteq terejun ke lubok. Aihhh, kerayanth oih!! Kiteq menyelap larh pulork! Jenuh larh kiteq meninguk pungkor, yok?

1 comment:

kampungku said...

Salam sir UD dan semua,
Tak de menda lain doh nok di ajok...,,aku rase penulis yg ajok melumbong tu, lumbong ke lubang hidung dan telinge nya yang lame tak di lumbong,,ade emas sungguh..menda pekok doh telingenye..dan tersumbot doh idung nya buah di bijih...Jangan di melumbong punggong bosnye cukup la...