Global ~ Globalisasi - apa kita benar-benar faham maknanya?
Terakhir saya menulis tentang Penulis Upahan. Itu adalah cerita realiti kehidupan pada satu zaman tidak lama dulu. Ketika itu menulis adalah satu profession yang boleh dibanggakan biarpun tidak mampu memiliki kehidupan yang baik kerana menulis.
Saya juga kaitkan dengan penulisan blog masa kini, dimana hasil tulisan seseorang itu akan lebih mudah dibaca dan tersebar meluas selaras dengan zaman atau era globalisasi. Saya juga menyatakan bahawa ada sesetengan blogger dapat meraih kehidupan lebih sempurna dengan menulis diblog-blog, Alhamdulillah! Allah memberikan mereka rezeki secara demikian.
Apapun yang kita tulis akan mencerminkan apa yang ada didalam hati dan fikiran kita. Kerana itulah apabila kita membaca buku yang berbeza kita akan merasai pengalaman yang berbeza pula. Selain dari cara penulisan yang berlainan, idea dan fikiran yang berlainan juga akan kita rasai. Penulis itu berbeza-beza, penulisan mereka berbeza-beza, jiwa dan minda mereka berbeza-beza juga.
Tidak dapat kita nafikan bahawa lebih banyak kita membaca tulisan seseorang itu maka kita akan lebih banyak memahami jiwa dan minda penulis berkenaan. Sepertimana juga dengan banyaknya mendengar kata-kata dari seseorang maka kita akan lebih banyak dapat menilai apa dalam hati dan apa dalam minda mereka. Boleh juga kita katakan bahawa pertuturan dan penulisan akan mencermin peribadi dan minda. Kita akan dapat secara langsung menilai setakat mana kebijaksanaan seseorang itu melalui apa yang disampaikannya dari tulisan dan pertuturan.
Justeru, apa yang tertulis didalm blog dan cara penyampaian serta penulisan juga akan mampu memberikan darjat seseorang penulis itu. Apakah sesuai dianya digambarkan sebagai seseorang yang berkelulusan dari IPT luar negara atau hanya sijil yang dibelinya dari kaki lima.
Blog Suara Prihatin UMNO Jerantut sudah lama tidak dikemaskinikan, beberapa blog lain pun demikian. Namun sesekali elok juga melihat segala blog-blog yang dilinkkan diblog Unit Media Baru Jerantut kerana tentuanya ada sesuatu yang menarik disana.
SPU, UMB-J dan lain-lain blog lagi patut diaktifkan semula. Seandainya blog-blog berkenaan ibaratkan polong yang tidak bertuan, maka polong-polong itu harus mencari tuan barunya atau tuan baru harus mencari polong-polong itu - baru hangat politik dan dunia blog Jerantut.
Aaaa, baca blog ini dan nilaikan sendiri ditahap antarabangsa atau globalisasilkah atau hanya setakat apakah? Klik ke blog Aku Seorang Pejuang. Hehehe! Bandingkan dengan yang ini: Klik atau Ini.
Adeq surag urag beso hark yang adeq belog memaki-hamun ke akuq, tapi dieq saloh urag. Dieq ingat dieq ceredek tapi dieq buktikan dieq tamboh budo. Natiq akuq akan sior kan ape dieq tules bio dimeq tau. Tapiq, dieq dorh tork ade harapan dorh, mulek amat larh dieq kurek lubang ontok diriq seniriq, hehe
4 comments:
hahaha,
2 comments:
wan amizan razak said...
kepada semua pembaca blog ini adalah lebih baik baca dan fahami apa yang sebenarnya berlaku jika kita tidak faham politik jahat yang cuba dimainkan oleh orang lain orang yang berniat jahat jangan kita semua ikut jadi jahat........
April 11, 2011 10:36 AM
.@blogger.com said...
susoh amat nak membaca tulisan yb ni sebabnya tak ada perenggan serta nokhtah dan kome entah kemana, mungkin yb pakai mesin taip pesen lama yang bunyi lenting-lenting tu gamaknya
April 23, 2011 4:08 AM
Salam Sir Urag Drulug,
Urang yang banyok berbudi mungkin tidok perlu pandai berbahasa. Gamoknya cukup la dengan berbudi banyok2, bagi la urang lain hok berbahasa...Tapi kalo tak panda berbahasa, aku rasa payoh pulok urang nok paham, ape seboknya dia berbudi..kena terang juga menda budinya!
salam kampungku,
terima kasih larh ong sudiq mengumen dalap belog akuq neh, akuq nye ingat lagig ong tu dari tork adeq bebelog sapai ade belog neh...tetap besemangat, aku kireq payoh amat dorh nork mecariq urag hark yang macamp ong neh. Ong urag de Pagiq, akuq derulu lagiq oih!! hehe. Kite ni sedareq ye oih?
Jangan fitnahlah, tak mungkin YB menulis begitu, kan dia kelulusan luar negara,
Post a Comment