'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, April 25, 2011

PENCEMARAN






Masa ni orang dibandar sibuk perjuangkan alam sekitar. Memang alam sekitar kita dan sangat tercemar dengan segala macam bentuk pencemaran. Cemar udaranya, cemar baunya, cemar dengan sampah sarapnya.

Minggu lepas saya balik ke Jerantut dan berjalan-jalan di sekitar Pekan Sari nya. Ketika saya tiba dipenghujung, disuatu sudut, saya melihat sebuah tong sampah besar yang penuh dengan sampah sarap sisa-sisa pepejal dari pasar. Dibawah tong sampah itu mengalir air yang mengeluarkan bau busuk.

Saya juga difahamkan bahawa kawwasan berhampiran akan dimajukan sebagai terminal bas dan teksi. Bermakna ianya akan jadi pusat atau destinasi awal ketibaan pengunjung ke Jerantut, dan ianya bersebelahan dengan Pasar Jerantut. Saya tertanya-tanya, jika inilah keadaanya kelak tanpa ada perubahan, tentu ketibaan pengunjung Jerantut akan disambut dengan pandangan dan bau yang memalukan.

Teringat pada kampong pada zaman dahulu, pada kehidupan zaman dahulu yang sangat sederhana. Kita akan ke sungai kemudian mencebet air didalam bekas yang dinamakan sekoi yang diperbuat dari tempurung kelapa, atau labu air yang dijadikan bekas air. Ketika itu pengunaan bekas yang diperbuat dari tin amat jarang sekali digunakan, apatah lagi bahan dari plastik sangat asing waktu itu.

Pergi ke sekolah atau kemana-mana untuk maksud satu perjalanan jauh, kita akan membungkus makanan dalam bungkusan yang didapati dari alam semulajadi sama ada daun pisang, atau daun terap bahkan upeh pinang yang merupakan bungkusan yang tahan lasak. Segalanya adalah dari bahan semulajadi dan 'biodegradable' (Klik  sini)

Namun kemajuan telah merubah segalanya. Sungai jadi keruh kerana pembalakan yang hyper aktif oleh 'orang itu'. Sampah sarap berupa polystren dan plastik ada dimana-mana sepanjang sungai. Jangan salahkan ikan jika ikan sudah tidak mahu timbul lagi, kerana sebenarnya kebanyakan ikan sudah terpaksa menimbulkan diri kerana tidak tahan dengan pencemaran.

Ikan juga terpaksa beramai-ramai timbulkan diri kerana tidak tahan dengan renjatan letrik, tuba dan racun serta bom oleh seorang orang kuat politik Jerantut yang terkenal dengan pemburuan haramnya.

Memang dunia sudah banyak berubah. Manusia juga sudah banyak berubah. Dallam politik parti UMNO, ada yang sanggup menjual dirinya semasa pemilihan peringkat bahagian dengan memilih orang yang sah dan nyata pembelit dan pemungkor hanya kerana mendapatkan dua tiga ratus ringgit. Mereka mungkin lupa, orang yang sanggup membeli kita dengan duit akan sanggup menjual kita juga demi duit.

Berapa ramaikah para Tok Empat yang terbeli jiwa dan raganya selama ini? Tuhan akan membalas perbuatan mereka yang menjual bangsa  dan negara.

Kita inginkah kehidupan yang tenang dan gembira, namun kita cuba mendapatkannya dengan cara yang buruk dan tidak mesra alam. Jangan salahkan alam jika gunung akan memuntahkan bara apinya nanti.

Hidup di KL ini sudah cukup tercemar. Saya ingin hidup dikampong halaman semula nanti, tetapi apakah kampong halaman masih seperti dulu? Apakah sungai masih jernih sebagaiman masa dulu? masih banyakkah anak-anak ikan badar dan ikan bagoh? Banyakkah lagi siput-siputnya? Berbaloikah lagi jika kita menahan lukah dan tuar?

Dimanakah boleh kita menanam padi huma dan menanam jagung serta labu dan timun tahun? Yang meneroka dan menceronboh tanah secara haram itu bukankah jentera berat yang memusnahkan hutan kita? Siapakah dibelakang segalanya itu?

Cemor! Cemor! Cemor! Hark becakap berdegor-degor, taik lekat celoh gelegor. Patut membangunke masyarakat tapiq mencekek rakyat. Ape nork kateq pasai Felcra Merting tu? Apasal hanay 2-3 urag hajeq urag kapong hark yang dapart? Terima kasih larh Tok Pengulu, kume doakan ong akan menerima balasa apa yang ong lakukan. Yang Bernurmat pun same jugeq, yok?

No comments: