Foto dari blog Cawan Tembaga (Klik)
1. Setuju dengan pandangan WZWH bahawa kebelakangan ini blog-blog di Jerantut sudah kurang kesannya kepada media sosial. Beberapa blog memang akan terus mendiamkan diri untuk selamanya manakala ada yang juga turut hilang hasrat untuk menulis atas sebab-sebar tersendiri.
WZWH tentu sangat mengetahui blog-blog tertentu milik sesiapa kerana hubungannya yang akrab dengan bloggers tunggak Jerantut suatu ketika dahulu. Memang kebelakangan nampak bloggers bagaikan anak ayam kehilangan induknya, namun kenyataan WZWH bahawa dia bagaikan boleh 'beraja dimata dan bersultan dihati' di alam siber Jerantut adalah kenyataan melulu yang akan menikam dirinya sendiri.
Saya tidak ada langsung rasa hormat kepada WZWH sama ada sebagai blogger atau sebagai 'tuan penasihat 20 persen' kepada ADUN Tahan kerana bagi kedua-duanya itu beliau tetap gagal memainkan peranannya. Sebagai blogger beliau lebih membawa 'damage' kepada tuannya dengan tulisan-tulisan terbarunya mengenai politik UMNO Jerantut dan sebagai penasihat beliau juga gagal memberi nasihat yang baik untuk diikuti oleh 'tuan'nya.
Beliaulah yang membuatkan rakyat di DUN Tahan membenci 'tuan'nya, dan kerana 'tuan'nya juga beliau turut dibenci oleh penduduk di DUN Tahan. Saya tidak ingin mengulas lanjut mengenai ini kerana saya juga tidak ada langsung minat untuk menyukai mereka berdua.
2. Bloggers BraveHeart, Sri Tri Buana dan Laksmana Jebat memang tidak menunjukkan minat dalam menulis politik Jerantut yang sangat 'habat' ini, atau mungkin juga benar kata WZWH bahawa mereka masih belum ingin menunjukkan 'warna' sebenar 'kad' mereka kerana masih belum tiba masanya.
Khabarnya bloggers Sri Tri Buana dan BraveHeart (juga) berada di Sarawak untuk sesuatu tujuan yang mewakili UMNO Jerantut, namun saya kurang pasti. Jika benar, UMNO Jerantut bolehlah turut berbangga kerana telah terpilih menghantarkan 2 wakilnya bagi tujuan berkenaan. Soalnya kenapa pula WZWH sendiri serta Laksamana Jebat tidak tidak terpilih mewakili Jerantut sedangkan mereka juga ada sedikit wibawa dan wajar diketengahkan?
Mungkin kerana WZWH tidak menulis isu nasional dan hanya menumpu kepada isu setempat. Tetapi Laksamana Jebat yang menulis isu nasional pun nampaknya bagaikan meroyan dengan posting 'copy and paste'nya serta kisah-kisah seks selebriti semata. Mungkin kerana itu mereka berdua tidak layak diangkat ke tempat lebih tinggi agaknya.
3. Media sosial Jerantut perlukan pemantauan dari mereka yang berkenaan. Ketua Penerangan UMNO Bahagian masihkah dalam kegelapan sehingga kini?
Ishh! Raban betoi ong neh WZWH! Aku kireq ong neh tork berapeq pasai dorh gamoknyeq, yok? Akuq bior ke ong surag larh dengan belog de Jerantut neh. Apa kateq ong larh. Kumeq malas peduliq dorh! Hehehe! Nork kabo ke dimeq, hark yang mengumen guneq bahaseq macam akuq neh de belog WZWH bukannyeq akuq, melainkan kalau guna nameq uRag dRrulug....hark yang meniruq akuq, macam akuq tetapi bukan nye akuq.......
4 comments:
Salam Sir Urag Drullug,
Tabiat WZWH tu biasa kite tengok dalam UMNO, merendah-rendahkan urang lain untuk menaikkan martabat diri sendiri.,,mungkin penyakit keturunan bendehara agoknya...aku pun doh mula berblog, minta jasa ong..tolong link kan www.kampungpagi.blogspot.com...blog KampungKu...tima kasih!
aku setuju sgt dgn ong. zuri ni mmg meroyan dgn keturunannya. aku geli geleman membaca posting dia buat malu aje.
Sebenarnya gaya bahasa,penulisan dan idea dari blogger ini lebih bernas dan idealistik...ayatnya ada isi dan lebih jujur...
Terimakasih tuan kerna sudi menulis dan bercerita tentang politik jerantut..teruskan lah, agar kami pembaca dan peminat blog jerantut ada pilihan..
Mengomel dan melontarkan komen dalam blog wzwh hanya menambahkan dosa,hanya mengeruhkan suasana..semoga Jerantut terus kepunyaan BN....!!! perjuangkan lah hasrat murni tuan..
Salam Saudara semua,
Terima kasih kerana komen2 yang bernas dan saya sentiasa menanti-nantikan komen yang akan sentiasa membuka minda kita. Sila datang lagi dan berikan komen.
Terima kasih juga kepada blogger baru dan blog barunya 'KampongKu', saya akan tetap menyokong dan saya sudah pun linkkan blog saudara diblog saya. Selamat menulis.
Satu komen yang tidak ada kena mengena dengan saya dan posting saya tetapi menggunakan ayat yang mencarut dan saya tidak siarkan kerana bukan budaya melayu bersikap begitu. Saya tidak tahu siapa penulisnya dan kenapa dia menyebut nama yang tidak ada kena men gena dengan blog ini...mungkin benar dia sudah meroyan gamaknya!
Post a Comment