'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, March 31, 2011

BERANI KERANA BENAR, TETAPI TIDAK JUGA KALAU BERSEORANGAN


Kita akan minta bantuan dari Obama...atau saya akan call PM Thailand...


1. Sabtu 26hb, saya turut menghadiri Persidangan Agung Tahunan UMNO Cawangan Kg. Kuala Tahan. Mesyuarat diresmikan sendiri oleh En. Hamzah Hamid, Ketua UMNO Cawangan merangkap AJK UMNO Bahagian Jerantut. Dengan kehadiran hampir 80 ahli telah merintis satu kejutan kepada UMNO Bahagian Jerantut yang belum pernah berlaku sebelum ini. Roslan @ Atan telah mencadangkan satu usul tidak percaya terhadap YB ADUN Tahan merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Ketua UMNO Cawangan gagal menahan luapan perasaan ahli-ahli yang sebulat suara meluluskan usul tersebut. UMNO Cawangan Kg. Kuala Tahan telah melakar sejarah orang berani.

2. Selain dari UMNO Cawangan Kuala Tahan, UMNO Cawangan Kg. Padang serta Kg. Gol juga melakukan perkara sama - undi tidak percaya terhadap ADUN Tahan. Timbul persoalan: kenapa perkara ini terjadi? Sehinggakan ADUN Tahan terpaksa bermesyuarat untuk cuba mengatasi masalah berkenaan. Sehingga persidangan-persidangan agung tahunan cawangan-cawangan lainnya terpaksa ditangguhkan kerana bimbangkan gelora jiwa ahli-ahli UMNO Cawangan lainnya turut membuakkan kemarahan serupa.

3. Sengaja saya tidak melaporkan keadaan ini sebelum ini dengan alasan untuk mengurangkan 'damage' yang akan berlaku akibat dari tindakan UMNO Cawangan berkenaan. Namun oleh kerana blog WZWH telah menyiarkannya maka saya terpaksa turut melaporkannya, dari sudut berbeza. Namun saya tetap tertanya-tanya tidakkah WZWH sedar bahawa apa yang dilakukannya ini bagaikan menyiram minyak pada api yang sedang membara? Atau mungkinkah beliau ada agendanya tersendiri tanpa mengira kepentingan bos nya yang sepatutnya dilindungi? Jadi. jika dunia luar mengetahui apa yang berlaku ini, maka ini adalah kerana WZWH sendiri yang mewar-warkannya.

4. Menurut sumber, akan ada beberapa cawangan lain lagi yang akan membuat usul tidak percaya terhadap ADUN berkenaan, antaranya adalah cawangan Kg.Merting dan Kg. Pagi serta Kg. Kuala Sat. Berbalik kepada soalan awal tadi, kenapa perkara ini berlaku. Tidak pernah ada dalam sejarah di Jerantut rakyat menderhaka kepada pemimpinnya! Inilah sebahagian dari kesan dan peranan media sosial, yang selama ini diperlekehkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO kita. Mereka tidak belajar dari apa yang terjadi di Mesir dan Libya bagaimana rakyat bangkit menentang kerajaan dan pemimpin melalui penyebaran maklumat dengan media sosial seperti blog, facebook dan twitter. Dunia jadi semakin kecil dan maklumat semakin pantas tersebar. Bodohlah pemimpin UMNO berkenaan sekiranya mereka masih terleka dan tidak menyedari peranan ICT.

5.  Usul undi tidak percaya ini adalah kerana mereka memang sudah tidak percaya kepada pemimpin berkenaan yang menjanjikan segala yang palsu dan dusta. Pembohongan yang terlampau atau dipanggil 'pungkor' yang sudah tidak dapat ditahan lagi. Tambahan pula ianya sampai melibatkan kerugian kepada masyarakat kampong berkenaan. Antara isu besarnya adalah berkenaan permohonan tanah dan perampasan tanah oleh pihak tertentu serta isu tanah felcra yang masih belum selesai. Banyak pihak yang terlibat termasuk penjawat awam membuatkan isu ini bertambah rumit serta akan memberikan impak yang besar dalam PRU akan datang jika tiddak ditangani dengan betul.

6. Apapun, saya melihat karier politik seseorang telah musnah sama sekali. Telah ranap oleh tangannya sendiri serta orang-orang sekelilingnya. Sejak dulu UD sudah memberikan amaran secara sindiran supaya dia menjaga hemaahnya kerana media sosial sudah dipantau oleh PM dan MB sendiri, namun pandangan itu diabaikan. Bila pemimpin sudah tidak mendengar pandangan rakyat maka rakyat tidak lagi akan memerlukan pemimpin berkenaan, dan natijahnya adalah undi tidak percaya seperti ini.

7. Mungkin perjuangan ini adalah perjuangan peribadi Ketua Kampong tertentu juga, kerana sudah dan akan ditamatkan perkhidmatannya. Mungkin ketidakpuasan hati mereka melebihi dari perasaan penduduk kampong, namun mereka bertindak bijak mengambil kesempatan dalam suasana demikian. Inilah perjuangan dan inilah politik sempit



Haih! Ong yerk Aliq? Akuq dorh kabor kerk ong duluq, tapi duluq ong menjilat dieq. Sekarang ape katerq? Hehehe! Kumeq duluq makanth garramh. Beraniq ong yerk? Tapi kala surag tork beraniq jugeq, yok?

12 comments:

Perjuangan Ku.. said...

saudara urag drulug,saya ingin jelaskan kesilapan kepada apa yang berlaku saya tidak menafikan bahawa ianya suara sebahagian rakyat yang sudah jemu dan marah dengan masalah yang menimpa mereka tetapi ianya tidak boleh digambarkan kesalahan saya 100%,

isu yang pertama soal tanah ianya telah disalah tafsirkan dan diputar belitkan oleh sesetengah pihak kerana mereka ada agenda lain.

tuduhan merampas tanah rakyat sila kemukakan bukti saya ada merampas tanah rakyat

jawapan kepada tuduhan cawangan terpaksa ditangguhkan adalah tidak benar sama sekali.

tuduhan ke2 saya terpaksa bermesyuarat untuk mempertahankan diri saya tidak juga benar kerana saya panggil semua ketua cawangan dalam dun tahan untuk bersemuka dan saya jelaskan isu yang sebenarnya,kenapa berlaku begitu apakah yang menyebabkanya ianya berlaku hanya pendapat dan pandangan peribadi sahaja ini hal keluarga dalaman Dun Tahan sahaja tiada kena mengena dengan sesiapa pun.

atan @ Roslan telah datang bersemuika dengan saya dan telah menjelaskan hal yang sebenarnya saya sangat berpuas hati dan mereka juga telah berpuas hati apakah saudara tahu apakah yang kami telah bincangkan kerana saudara tiada disitu

ingin saya tegaskan disini ini adalah perkara yang telah dipersetujui oleh saya sebagai Adun Tahan dan atan@Roslan untuk kepentingan bersama tiada hal lain yang berkaitan.

Anonymous said...

auk oiiii...bukan menjilat oiii..ong tak faham perjuangan urag kuala tahan...bukan aliq yg merancang..kalau ong tak tau jangan bercakak...hehehehehee

Anonymous said...

auk oiiii...bukan menjilat oiii..ong tak faham perjuangan urag kuala tahan...bukan aliq yg merancang..kalau ong tak tau jangan bercakak...hehehehehee

Anonymous said...

auk oiiii...bukan aliq yg merancang...tapi keperithaninan ahli2 umno...perjuangan ahli2 umno di kg kuala tahan berbeza dengan tempat lain...ahli2 di kg kuala tahan bukan Yes man / yes sir....hehehehehe

uRag dRrulug said...

Oihhh! endok jugeq yang berhurmat meninguk ke belog akuq yok? Besor amat raseq nye dalap ati akuq neh. Terima kasih larh yang berhurmat keraneq endok menjelaskannya. Mulek larh kalau darh adeq bermesyuarat memulekkan keadaan.

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...,

BERANI KERANA BENAR, TETAPI TIDAK JUGA KALAU BERSEORANGAN

Hakurk nork mencelorh sikirt, pasai ong katerk mainan pulitik sempit. Ong ubah sedikit tanggapan turk. Inilah yang dikaterkan edaran urag berpulitik jangan tadork takurt untuk meluahkan yang terbukurk diqalbu (hati)...

Banir tidak terlalu suka dan marah dengan perihal yang berlaku. Yang menyedihkan, apakah permintaan dan harapan yang tersimpan di perasaan penduduk dalam DUN Tahan., Walaupun 100% adalah mustahil untuk dilaksana dalam tempoh jangka masa singkat. Kesinambungan masalah, memang sebahagian tugas Wakil Rakyat untuk menyelesaikannya, tugas pemimpinlah katakan. Boleh diatasi. Pratikalnya boleh secara berperingkat2. Perihal ketua kampung dan JKKKnya, tok wakil kena tahu susur galur. Mereka ini orang lantikan politik dengan ertikata lain orang ”upahan politik”. Ada kerja ada gaji, kenyang makan simpan, kalau lapar dia akan ”kerekah tuan”, semasa kenyang ”menterkedarah senyap2”. Maaf Banir guna bahasa kasar.

Apakah orang2 pilihan sedemikan telah ikhlas dengan tuannya, ikhlas menjalankan tugas dan bertanggungjawab dengan jawatan secara ikhlas. Banir sebelum ini pernah memberikan komen dalam beberapa rumah yang dikunjungi dan dengan singkatan ”Banir” sejak OKT 2010, sebelum itu gunakan anon saja. Tanda pengenalan. Ramai yang tak setuju dengan komen, walhal tak pernah menyakiti hati siapa2 pun. Percayalah ”Banir” ini, darahnya samalah seperti aliran Sungai Tembeling, kalau di musim pejor maka darahnya mengalir deras sepertinya. Tak pernah mengkhianati walaupun siapa2 dipilih menjadi wakil2, hatta wakil rakyat. Demi kemajuan Lembah Tembeling.

Komen sebelum ini, banyak menyatakan percaturan politik. Mungkin pemimpin, beranggapan Banir duduklah dicelah banir. Tebang pohon hilanglah banir. Mengenai projek rasaksa, siapa tidak mahu dengan kemajuan. Percaya atau tidak ”tangan2 ghaib” lebih menadapat manfat dari projek tersebut. Limpahan belum tentu orang kampung dapat tumpang bersama. Rakyat tak mahu tahu projek tersebut niliannya berbillion dolar. Rakyat mahu tahu bagaiamna cara pengagihan kekayaan dan hasil mahsul yang masih kaya raya di kawasan pedalaman Ulu Tembeling. Anak2 dan anak2 muda kian bertambah ramai. Mereka perlu makan dan akan berkeluarga. Apakah urusan mereka masih terabai atau sudah terbela.

Pang5 Banir. Ingatkan jumpalah PM atau MB jika masalah sejemput tidak boleh diselesaikan, hanya memalukan pemimpin besar sahaja. Tuan UD hakurk arap ong kaji intipati kumen hakurk nirk...

Anonymous said...

Salam UD memaparkan berita ini. Hah apalagi kalau undi tak percaya telah dipersetujui GULING AJALAH. Apalagi nak simpan. Kalau disimpan lagi membawa penyakit yang lebih besar lagi. Tak payahlah nak membela diri DUN TAHAN. Semua dalam poket saya. Nak dibuktikan?. Saya boleh buktikan. Sampai telanjang bogel saya boleh buat.
Saya nakkan keadilah tak nak pemimpin yang pentingkan poket sendiri serta kuncu2 nya

uRag dRrulug said...

UD Ucapkan setinggi2 terima kasih kepada semua terutama YB DUN Tahan (jika benar dia yg menulis, atau mungkin wakilnya) serta veteran komenter diblog UD ini, abg Pang5 Banir.

1. Pertama UD terharu kerana setelah menyepi sekian lama dan setelah masih rasa sedih kehilangan seorang kawan, dan ketika menulis semula UD dapati tulisan UD masih dibacai dan mungkin dihargai juga, petandanya adalah dari komen yg diberikan disini, masih ramai yg ambil bahagian.

2. UD bersikap terbuka, kita mungkin berbeza pendapat namun apa yg kita cari adalah persamaan arahtuju dan mencari kesamaan dan persetujuan dalam pendapat yang berbeza itu agar semua pihak akan boleh bersetuju dan berpuashati atas keputusan bersama, inilah permaufakatan namanya.

3. Kita tidak dapat mengelak dari pandangan negatif bahkan positif terhadap apa2 pendapat bahkan terhadap seseorang, namun inilah kemanusiaan kita dalam mencari nilainya

4. UD selalu dalam tulisan akan membawa cara bersahaja dan kekadang menyindir kerana inilah cara anak melayu berkata2, namun kekadang jika sindirin juga sudah tidak diperdulikan maka patutlah jika menengkin dan menjerkah dijadikan cara menyampaikan hasrat dan teguran supaya ianya diberikan perhatian.

5. UD berharap akan ada seseorang yg akan mengambil inesiatif utk menhumpulkan para pengamal media sosial tanpa perlu memperkenalkan diri mereka sebenarnya dalam satu perjumpaan bagi mengeratkan hubungan seterusnya amat berguna kepada pemimpin dan tokoh politik untuk memandu arahtuju mereka. Soalnya ditempat kita ini, pemimpin pun masih belum benar2 celik dan menyedari peranan IT sebagai media sosial.

Apapun UD ucapkan terima kasih kepada semua, kita boleh jadikan blog ini sebagai gelanggang memberikan pendapat serta berbahas mencari kebenaran yg masing2 pegang.

peneroka padang biol said...

YB, kalau nak buktikan secara hitam putih tentang rampasan tanah rakyat sudah tentu susah, tetapi semua orang tahu bahawa beberapa bidang tanah dibeberapa tempat yang dipohon rakyat telah juga dipohon (lapis) oleh kroni membuatkan tanah yang rakyat pohon tidak lulus sedangkan dengan pengaruhi penjawat awam tanah kroni telah diluluskan, bukan ini satu bentuk rampasan? Didunia kita boleh nafikannya, bagaimana diakhirat nanti? boleh jawab soalan nungkar nangkir nanti? Tanah / saham Felcra, kenapa hanya 2 org dari Kg Merting yang layak utk ditemuduga? Kenapa selebihnya org luar dari dari penjawat awam? apakah mereka lebih miskin dari org kampong? Kita tahu tok penghulu mana yang memainkan peranannya disini, mungkin dia banyak kena 'air batu' agaknya? pernah dengar ada pihak yang jual borang felcra dengan harga RM100,oo? Kenapa tak siasat kenapa perkara ini boleh berlaku? Jangan salahkan rakyat jika memilih untuk menukar sokongan PRU nanti, segalanya kerana keserongan penjawat awam dalam melaksanakan tugasnya. Penjawat awam masih berpalit dengan rasuah......mereka itu bn, mereka juga pas dan pkr namun kesan akan hanya dirasai oleh kerajaan bn.

Ri~Kuala Pengor said...

Salam Sir Urag Drulug, dan semua yang di hormati,
Tak de masalah yang tak dapat di selesaikan, cuma di dalam cara kite orang melayu yg cuba berdemokrasi ni berlainan sikit...kite ikut suara majoriti, kalau ikut "berdero" orang zaman dahulu kena ikut cakap ketua la..tetapi mesti mendapat sokongan daripada orang kebanyakan..bukannya JKK, bukannnya Penolong Ketua atau AJK..kena kehendak orang ramai dulu, baru la kehendak kite yg minta di hurmat..,Kalo jasa kite memunggoh kayu di hutan..hutannya dah terang, jalan raya masih berlumpur..orang kebanyakkan kabo ape, doh itu hak kite undi oih!..jadinya rakyat sangat memahami kehendak orang yg di hurmat, ialah melaksanakan prujek jalan raya dengan mengerat hutan dan memusnahkan bekalan air dan menggantikan dengan loji nuklear..adalah berdasarkan slogan "RAKYAT DI UTAMAKAN"...yang aku nampok kehendak orang kebanyakkan adalah hendak ke jalan raya..tetapi yg di hurmati baik hati bagi 6 projek terus..,Tetapi yang menjadinya satu aje,,yg aku nampok di pengor ni sekolah aje lah(tu pun lebih sudu dari dari kuoh rom),,kite faham kite mampu merancang, yg di hurmat laksanakan.,dari sudut permerhatian saya ni orang kebanyakkan, yg minta di yg di hurmati dengor dan HURMATI LAH ORANG DI KAMPUNG DAN DIHULU..UTAMAKAN MEREKA, InsyaAllah yang di hurmati akan terus menerus di hurmati!

Buntat said...

Salam semua.UD, peneroka padang biol. Saya amat bersetuju apa yang diperkatakan tu. Saya tahu siapa yang dimaksudkan tu tapi sepolan tu dah tak jadi penghulu disenun lagi. Tapi impak atas perbuatan itu terlalu besar hingga penduduk dah buang jauh pemerintah sekarang. Selagi perkara ni tak selesai munkin pru akan datang penghundi tak nak lagi menyokong BN. AWAS JANGAN SAMPAI KALAH BN,

Sama-sama fikirkan dan cari yang terbaik.
Saya inginkan kebenaran dan keikhlasan.

terima kasih

Anonymous said...

Salam semua, memang betoi UD kata pemimpin UMNO tu budo amak. Tuko aje pemimpin. Pilih Pakatan Rakyat pulok loh hehehe......