Rasuah membeli maruah
Dulu DUN Tahan pernah ditawan oleh Pas. Bukan kerana Pas itu kuat. Bukan kerana rakyat menyokong Pas. Tetapi kerana cas keting dan sabotaj didalam parti sendiri. Calon UMNO (allahyarham) telah ditikam dari belakang oleh orang UMNO sendiri. Kita masih ingat siapa-siapa dia itu. Jikalau Pejabat PM mengkehendaki nama siapa pembelot-pembelot dan pengkhianat dalam UMNO itu kita akan bersedia mendedahkannya.
Pembelotan oleh orang kepercayaan calon itu sendiri serta sahabat-sahabatnya memang sukar diterima. UD akan dedahkan juga satu hari nanti, mungkin apabila hampir pemilihan peringkat bahagian supaya pengkhianat bangsa dan agama ini tidak akan diangkat lagi menjadi pemimpin. Biarpun besar mana sekalipun jawatan yang mereka sandang sekarang ini. Antara pengkhianatnya masih ada dalam AJK UMNO Bahagian. Bagaimana dia yang memegang diut peruntukan boleh mengkhianati calon sendiri? Pengkhianat ini harus disumpah sepanjang hanyatnya.
DUN Tahan pernah tewas kepada pembangkang Pas. DUN Damak (Pembetulan: DUN Pulau Tawar) juga pernah tewas kepada pembangkang Semangat 46. Kedua-duanya kerana khianat dari dalam.
Dalam PRU 13 nanti, calon yang diletakkan hendaklah calon yang mampu memenangkan parti, calon yang diterima rakyat. Jika tidak rakyat akan menolakknya sebagaimana dulu. Jika hanya para pemimpin peringkat cawangan serta tok 4 saja yang menyokong kerana dibawa melancong ke tanah suci, belum tentu akan menjamin kemenangan parti. Pemimpin yang membebankan parti harus ditolak, jika tidak rakyat akan menolak parti itu juga. Isyarat ini kita percaya sudah diterima oleh pejabat PM sebelum ini. Kita hanya memberi ingatan bahawa rakyat serius tentang ini.
UMNO mesti dibersihkan keseluruhannya, dari atas hingga kebawah dan dari bawah hingga keatas. Terutama diperingkat cawangan. Pemimpin haruslah bersifat terbuka dan mengelak dari sebarang pertentangan serta membuka UMNO lebih luas untuk disertai ramai ahli. Jangan menyekar keahlian seseorang hanya kerana mereka itu berpotensi untuk menentang dan kemudiannya menjadi ketua. Jawatan dalam UMNO bukan hak mutlak dan warisan untuk anak-cucu. Biarkan rakyat memilih siapa yang terbaik diantara yang baik, atau siapa yang baik diantara yang buruk, atau siapa yang buruk diantara yang terburuk.
Pemimpin diperingkat bahagian jangan mencaturkan kepimpinan di cawangan. Kemusnahan dalam UMNO adalah kerana kronism didalam parti. Pemimpin bahagian mencaturkan cawangan kerana ingin memastikan mendapat undian dari cawangan bagi memastikan akan terus kekal berkuasa.
Pemilihan diperingkat cawangan dan bahagian juga harus bersih dan adil. Pilihlah pemimpin yang bijak dan jujur. Bukan bijak dalam memungkor dan menyangap hak rakyat. Banyak pemimpin diperingkat bahagian hanya pandai bercakap tetapi gagal lakukan sebarang tanggungjawab. Kerana itu UMNO Bahagian Jerantut mundur. Jika ibaratkan ketua bahagian sebagai penglima angkatan tentera, malang baginya kerana tentera yang dimiliki hanyalah mampu memegang senduk serta cangkul dan pengali saja. Tidak ada yang benar-banar mampu memenang senjata untuk berjuang.
Kerana itulah perjuangan itu tidak dimulakan, kerana jikapun berjuang ianya berkemungkinan akan menempuh kegagalan, UMNO masih ada masa untuk berubah. Dan berubah dari bawah adalah satu revolusi dalam UMNO. Tolak mereka yang perasuah dalam pemilihan peringkat bahagian, pilih mereka yang bijak dan jujur serta ingin berkerja. Tapi mampukah kita menolak pemimpin perasuah jika kita juga masih lagi sangup menerima rasuah itu sendiri?
Ishh! Serba saloh jugeq yok? Nye beriq ke akuq duit, nork tulok akuq nork ke duit tu. Dorh akuq ambik duit tu tork akan akuq nork tulok ke dieq pulok? Rasuoh ini akan jadiq budaye kiteq, akan jadiq daroh daging kiteq, anok biniq kiteq adalah buoh rasuoh. Hidup kiteq dalap rasuoh dan matiq pon dalap rasuoh. Kerayanth yok?
8 comments:
Hakurk nork tambah sikit lagirk Parlimen Jerantut dan DUN Pulau Tawar dulurk pun pernah tewas kepada pembangkang kalar tork salah kepada S 46. Iturk pun kalar ong ingat. Jadi semuanyerk, P 81 / ADUN @ DUN ada kesan kekalahan.
Pang5 Banir... nork ingat beringart ajerk...
Hahaha, mulek la tu abang Banir, ong peringat ke akuq, mende akuq ni pun urag jugeq ada saloh dan sikap nyeq. Tapi Parlimen kiteq tork penoh kaloh, yang kiteq kaloh hanya di DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar (bukan Damak, masa tu tarok lagiq DUN Damok tu)
oih!! mane lagiq urag kiteq hark yang rajen mengumen duluq? tarok dorh kerq? mana urag hulu temeligh? mana ree kuala pengor? amende duse akuq dimeq tork endok dorh datang mengumen lagiq? krerayanth yok?
Salam UD,
Ini fakta WZWH. Ikut ong nak percaya atau tidak atau ong boleh cakap WZWH pungkar:
DUN Damak tidak selamat.
DUN Pulau Tawar pun tidak selamat
DUN Tahan boleh bertahan lagi
Kesimpulannya Parlimen Jerantut masih diperingkat kritikal dan boleh kalah. Kecuali ahli UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO berbuat sesuatu.
Bro UD...apa kata ...PRU 13 nnti kita
cadangkan semua orang baru...untuk umno dan BN yang tercinta....guane boleh gitu...?maksud kas..3 DUN dan Parlimen tu orang baru....!!
MEMBERSIHKAN UMNO DARI DALAM
Banir CnP dari hork hakurk CnP dari bolog ong dulurg tuh akurk CnP dari blog WZWH pulork ni. Inierk tarok kenerk mengenrek dengant tupik hork ong tulis deatas turk. Akurk dorh kumen dalam blog WZWH sebab ungku WZWH banyork sangat bewoyat pasai nuklear turk. Hakurk pun teringat jugerklorh pasai kisoh akurk tulis turk.
Salam tuan WZWH & Masyarakat Jerantut....,
Pang5 Banir nork berkisoh hork lama ditulis dalam blog Urag Drrulug mengenai akukultur dan Loji Nuklear. Tapi hanya Banir CnP berkaitan nuklear ajerk. Rikasnyerk lebih kurang inilorh untuk tatapant....
Salam tuan UD & MUT...,
Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.
Bhg. 1…
NUKLEAR
2. Perang moden berbeza dengan perang masa lampau. Senjata nuklear telah direncanakan untuk memusnahkan seluruh bandar dan penduduknya. Apakah yang kita dapat buat untuk meluputkan diri? Ia berbeza pada tempat di mana cara kebetulan berada pada waktu berlakunya perang pecah.
Pang5 Banir... demi cita rasa masyarakat Ulu Tembeling
November 8, 2010 10:58 AM
Salam tuan UD & MUT...,
Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.
Bhg. 2...
NUKLEAR
2. Jika kita berada di daerah sasaran langsung, mungkin tidak pernah mengetahui apa2 tentang bahaya nuklear. Jika tinggal agak jauh, besar kemungkinan akan luput, asalkan kita tahu apa yang harus buat dan bersedia melaksanakan langkah2 untuk keselamatan jiwa.
Pang5 Banir... tumpang gembira masyarakat Ulu Tembeling menikmati limpahan rezeki di tempat sendiri…
November 10, 2010 8:57 AM
Salam tuan UD & MUT...,
Loji Akukultur & Loji Nuklear – Pena Meleret.
Bhg. 3…
NUKLEAR
2. Ada tiga sumber bahaya dari senjata nuklear;
i. Sasaran langsung – hingga menyebabkan kematian,
ii. Luka terbakar hebat atau luka lain yang terjadi dari jarak jauh,
iii. Debu radioaktif...
Segala2nya dalam radius tertentu akan lenyap kecuali dalam jarak jauh keadaannya berbeza. Banyak orang mendapat luka2 berat dan ada juga yang dapat diselamtkan. Kemalangan yang mungkin sengaja dicipta ini memerlukan rawatan segera seperti rawatan prosuder kemalangan biasa, kecuali kematian...
Pang5 Banir... rezeki Allah untuk hambanya dan berbelnja dengan jalan yang ikhlas…
November 12, 2010 2:25 PM
Pang5 Banir. Bukan nak merendah2kan bijak pandai terutama tuan WZWH yang banyak meluangkan masa menulis. Ini adalah sebahagian pandangan untuk kita sama2 memikirkan dalam jangka masa tertentu. Banir tak pernah menolak kemajuan apatah lagi bagi pedalaman seperti Ulu Tembeling. Kita memerlukan kepakaran dari segi teknologi, strategi, it termasuk blue print. Kita tak mahu bila dah terantuk baru tergadah...
ikhlas Pang5 Banir....
March 17, 2011 11:11 AM
Pang5 Banir. Hakurk mintork ong jangan pulork buat ceriterk bukant2 natirk urag katerk hakurk ni ankuh, riak dan sumbong pulork.
gon siasak dulu..sape ke ngerak aruah chegu halim tu..puok w juge hok ngerje ke aruaoh tu..bukan cigu zali.
hah? sapa tuduh cik gu zali? hehe, ke dia nak mengaku sendiri yang dia adalah juga sikit-sikit terlibat? Opp! bukan banyak, hanya sikit-sikit je. ini bukan aku yang tuduh, ong yan g kate
Post a Comment