1. Nampak dah ada tong sampah berwarna kuning oren dikaki-kaki lima premis disekitar bandar Jerantut. Walaupun masih tidak menyeluruh serta bukan jenis kitar semula namun usaha ini tetap disanjung tinggi. Ada keinginan untuk berubah. Syabas kepada SU MDJ dan Ahli-ahli Majlis yang bertungkus lumus berfikir untuk mendapatkan pandangan bagaimana bentuk tong sampah kerana selama ini ramai yang tidak pernah melihat tong sampah.
Jerantut semakin membangun dan sesak, selain dari semakin banyak sampah sarap dimerata-rata. Jika pihak berkuasa tempatan sudah menyediakan kemudahan yang sepatutnya, maka kesalahan selebihnya adalah terletak kepada penduduk Jerantut ini sendiri. Mereka harus ada sikap dan kesedaran mengenai kebersihan, sementelah pula Jerantut adalah bandar pintu masuk pelancong ke Taman Negara. Seharusnya nampak bersih dan cantik sebagai imej negara dimata antarabangsa.
2. Jalanraya didalam kawasan bandar Jerantut semakin cantik dan tersusun. Terima kasih kepada pihak JKR dan para perancang bandar kerana telah berjaya menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas didalam bandar Jerantut. Yang tinggal dan masih sukar diatasi hanyalah simpang ke Kuala Tembeling / Kuala Lipis di Sungai Jan. Mungkin flyover diperlukan disana tetapi kita faham kosnya memang tinggi. Pembesaran jalan dan pengubahsuaian jalan juga mungkin memakan belanja besar dan masih kurang mampu selesaikan masalah kesesakan dijalan berkenaan. Kita harus bersabar dalam jangkamasa lebih panjang untuk masalah itu dapat diselesaikan.
Jumlah kenderaan semakin meningkat dan kekurangan petak parkir juga semakin terasa, Masalah ini bukan saja berlaku di Jerantut malahan diseluruh bandar-bandar dan ibu kota termasuk Kuala Lumpur dan Singapura. Namun Singapura lebih pintar menyelesaikan kesesakan dipusat bandarnya dengan mengenakan caj tertentu bagi kenderaan yang memasuki kawasan / zon terhad. Ini akan membuatkan banyak kenderaan awam akan cuba mengelak dari membayar caj berkenaan dan meninggalkan kenderaannya disesuatu tempat dan memasuki pusat bandar dengan menggunakan kenderaan awam; teksi, bas serta MRT.
Kuala Lumpur juga sedang menuju kearah itu. 3 arah kemasukan kenderaan iaitu dari utara, selatan dan pantai timur dikenalpasti dan suatu pusat dimana kawasan parkir disediakan berserta kemudahan kenderaan awam utk ke pusat bandar. Dari sebelah pantai timur umpamanya, kawasan berhampiran tol gombak hendaklah dikenal pasti. Komplek belibelah serta kawasan parkir yang lengkap dengan stesen kenderaan awam akan disediakan dari sini. Orang-orang dari Jerantut dan Ulu Tembeling bolehlah meninggalkan kenderaan mereka ( bukan motor bot, motor galah, sampan serta rakit buluh) disini dan menaiki kenderaan awam ke pusat bandar. Kadar caj lebih tinggi dikenakan jika membawa kenderaan sendiri akan membuatkan ramai orang akan meninggalkan kenderaan mereka diluar pusat bandar.
Usaha ini akan dapat menambah pendapatan pengusaha kenderaan awam; LRT, bas dan teksi. Kesesakan dipusat bandar juga akan dapat dikawal dan dikurangkan. Soalnya kenapa kita tidak laksanakan ini sedangkan banyak kota-kota besar di negara lain telah melakukannya?
Cuma mungkin bagi Jerantut, penyelesaian sebegini masih belum relaven untuk dilaksanakan, atau kita boleh melihatnya sebagai hanya satu sindiran. Bayangkanlah di batu satu jalan benta, di batu embun dan berhampiran masjid besar Jerantut dibina kompleks parkir dan penduduk akan menaiki kenderaan awam ke pusat bandar. Apa agaknya kenderaan awam selain dari bas dan teksi yang akan menggantikan LRT dan MRT untuk Jerantut ini? Mungkinkah WZWH akan cadangkan kenderaan seperti foto dibawah ini?

Kenderaan awam MRT = Mini Rapid Transit yang sesuai untuk mengatasi kesesakan kenderaan dan kesukaran parkir di Jerantut
Foto sahabat saya, 'One Nombor' turut membuat kajian tentang nombor dan tikam-menikam di funfair Jerantut baru-baru ini.
Aihhh! Kerayantah ong yerq One Jo. Hanya jauhari yang mengenal maknikam...hanya Johari yang mengenal Maniam.....hehe!...hanya Maniam yang arif dan mengenal antara kepala dan ekor...
1 comment:
Salam UD. Tahniah SU MDJ telah mengorak langkah serta membuat perkara yang mulia. Sebenarnya perlu kerja sama dari semua pihak termasuk penduduk serta pengunjungnya.
Yang penting sikap kita2 semua. Kenalah kita ubah mulai sekarang dari nagitif kepada positif boleh tak?.
Jangan kita cari masaalah orang tapi kalau kita jumpa masaalah kita pakat selesaikan segera.
Displin itu amat penting. Kita mesti berdisplin dulu baru boleh mengajak orang lain.
Hakuk ingin semua orang berfikiran positif dan berdisplin.
Sama-sama kita fikir-fikirkan
Post a Comment