'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, March 7, 2011

TONG SAMPAH KITAR SEMULA UNTUK ADUN TAHAN?




DS Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi ceramah politik di Jengka 25. Turut hadir Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan selaku Pengarah PRK DUN Kerdau bagi Peti Undi Jengka 25. 

Dalam lawatan DS Lajim Ukin itu, beliau telah menyumbang sebuah tong sampah kitar semula kepada  penduduk Jengka 25.    ( Blog WZWH)

Dalam maknanya pemberian DS Lajim tu kalau kita dapat memahaminya. Mungkin itu mesej dari PM untuk orang tertentu yang akan sama ada dapat dikitar semula atau akan terus ditongsampahkan dalam PRU 13 nanti.

Jika kita hayati kepada kehendak PM bahawa calon dalam Pilihanraya mestilah dari kalangan mereka yang mampu memberikan kemenangan kepada BN atau dalam bahasa 'orang putihnya' adalah 'winnabel candidate', maka sudah tentu ada yang akan diperap selamanya atau diperkasamkan dalam tong sampah kitar semula itu.

Aihh! Kerayanth oih! Nye beriq tong sapoh pulork dorh ke yang berhurmat kiteq tu yok!  Beriq larh tahoh ke, lombong bijih ke, kawasan balok ke, baru larh bulih dieq bekipeq bebetol dalap PRU natiq. Ni, banyok dorh urag lariq dariq dieq sebab tarok dapat memendeq. Bebudok Kotahan dorh tork menyukung dieq dorh, hehehe!

7 comments:

Anonymous said...

Salam UD,

Nye besor amat tong tu, kalau nak kitar semula dupork berlebihan, baik masuk WZWH utk ditongsampahkan sekali.

uRag dRrulug said...

hahaha,
mulek amart larh tu, muat amart larh kalau letok Wan zuriq geteq...bior dimeq bedueq tu duluq, urag laen jangan aga..kehkehkeh

Wan Zamzuri Wan Hasenan said...

Salam UD,
DS Najib dan MB tidak mahu ambil risiko untuk tongsampahkan YB Dato' Wan Amizan. Beliau adalah ASSET kepada UMNO Bahagian Jerantut. Tanpa beliau UMNO Jerantut lesu. Lihat gerakerja kepimpinan YB Dato' Wan Amizan di Felda Jengka 25: keputusan peti undi Jengka 25 adalah yang terbaik diantara 13 peti undi PRK DUN Kerdau. BN dapat 307, PAS 43, undi rosak 1 maka peratusnya 87.46% hampir 88% satu keputusan terbaik. Untuk makluman UD, Dato' Wan Amizan tidak akan bertanding di DUN Tahan pada PRU 13 itu ramalan WZWH.

Anonymous said...

Ishh! awak ni wan zuri, kalau tidak bertanding lagi tun maknanya di tongsampahkan lah tu, apa cakap berbelit-belit. lagi baik awak duduk di atas batang seperti dalam gamba dibawah ni......

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUT...

Kampung tradisional wujud lebih 500 tahun. Pencemmaran air sungai Tembeling bermula dari air melelh hingga ke muara sungai Pahang tak ada siapa boleh menafikan. Dari segi pembuangan sisa pejal, sisa lebihan, sisa kumbahan dan berbagai sisa2 dihanyutkan. Elok sangat lah tu adakan tong kitar semula, terutamanya di kg pagi, kg sat, kuala tahan, kg peling, mat daling, gusai, samas, kg bantal, mat daling, sepia dan membawa lah ke hilir kg gol, merting, lubok payung, ranggol, pasir durian, pasir tambang, kuala tembeling, jerantut feri dan lain2. Satu tong tu kiralah berapa harganya. klau guna "LO" lagi bagus. faham dan fikirlah sendiri.

Kalau dibungkus dalam plastik sisa kumbahan dan ditanam dalam tanah, memakan masa 500 tahun baru plastik tu hancur. Bayangkan berapa banyak jerangkap samar tertanam. ayuh cepat sedikan tong kitar semula. jangan banyak cakap lagi. tak kira sapa WZWH, sapa dompork. yang penting rakyat dapat pembelaan...

P5 Banir...

uRag dRrulug said...

hahaha,
napork nyeq abang pang5 banir akuq ni dorh rajen pulork mengumen, serupeq macam duluuq dorh, mulek larh tu, idea ong tu amart berhargeq, pengalaman ong lameq mase bekerjeq de....... sebagai pegawai..... sangat berguneq. urag macamp ong ni larh hark yang diperlukan uleh UMNO-UMNO cawangan utuk memipin urag2 kapong

baru belajar.... said...

bagi peluang ke calun lain lah pulak....