'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Tuesday, April 19, 2011

PENULIS UPAHAN



1. Dulu, di zaman ramai masyarakat yang buta huruf, peranan jurutulis upahan sangatlah pentng. Merekalah harapan bagi orang-orang kampong dalah berurusan dengan pihak kerajaan, sama ada surat menyurat resmi serta mengisi borang-borang tertentu.

Bukan asing pada zaman itu bagi kita melihat 'tukang tulis' ini berbekalkan sebuah mesin taip, tanpa ada pejabat dan hanya ada sebuah meja dibawah payung dilokasi yang strategik iaitu berhampiran pejabat-pejabat kerajaan.

Peranan mereka sangat diperlukan, dihargai dan sangat penting dalam masyarakat zaman itu. Masa berubah, buta huruf sudah dapat dibasmi dan dalam masa sama peranan mereka dikala ini sudah tidak diperlukan lagi.


2. Kala ini, hampir semua orang sudah celik huruf, namun tidak kurang juga yang masih 'buta IT'. Blog, facebook serta twitter memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kini sebagai media sosial. Buta IT sama juga dengan buta hati. Bagi yang masih buta IT atau kekurangan waktu, mereka boleh menggunakan khidmat penulis upahan bagi mewakili diri mereka serta mengurustadbir bagi pihak mereka.

Kerana itulah ada penulis upahan seperti itu boleh mendapat kehidupan yang lumayan hasil usaha dari penulisannya, Rocky Bru, Kickdefella, Sang Kelembai, ParpuKari, Gomo, semuanya tentang $$$$$$$$.


3. Semua boleh menulis tetapi tak semua pandai menulis. Blog kita di Jerantut ini hanya taraf blog kelas 3. Menulis isu dan dengan cara 'meraban' saja. Baca blog Dunia Sama Rasa serta Dunia Sama Rata, sudah tentu tidak mampu mencapai taraf nasional. Blog adalah cermin fikiran seseorang, kita akan dapat menilai tahap fikiran melalui penulisan.


4. Selain blog boleh ditulis oleh seseorang bagi mewakili kita, blog juga boleh berpindah milik. Bukan asing bila sesuatu blog dibayar bagi menghentikan penulisannya yang tidak memihak kepada orang-orang tertentu. Blog juga boleh dibina supaya menulis untuk menyokong kita. KJ juga melakukan ini. Dalam pilihan raya Sarawak, khabarnya ramai blogger yang dibayar oleh kedua-dua pihak bagi menjalankan tugas siber trooper - pejuangan dimaya. Wajarkah?


Aihh Oihhh! Berapeq bulih kita bayor ke WZWH menuleh pasai leboh madu gered A bertaraf antara bangsa? tentu mahai yok? Nasib baik larh dieq ade Dupork hark yang kaye rayeq.

No comments: