'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Thursday, October 17, 2013

URAG TEMELING JANGAN JADIQ BUDO...





Kiteq jangan jadiq budo. Ape saloh pilih Ku Lan dengan Wan Mizan? Yang tetuq, Wan Mizan muroh hatiq.. rayeq kurban beriq lemu... kita susoh dieq beri duet.. dia tulung kiteq... urag senun beriq apeq? Ame kala sakat beriq ayer lior hajeq, bior tak usoh...

Sukung Ku Lan.... sukung Wan Mizan...



Friday, October 11, 2013

WOK KETUA WANITA, WAN AMIZAN KEKAL TIMBALAN

Ketua Wanita dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian


Wok Norhelan mahmud dijangka akan kekal pertahankan jawatan Ketua Wanita Bahagian (Klik Sini) manakala Dato' Wan Amizan juga dijangka akan mengekalkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan bahagian tidak lama lagi.

Menurut sumber,soal selidik mengenainya yang dilakukan secara rambang sejak beberapa minggu lalu mendapati kedua-kedua mereka masih kekal popular dikalangan ahli UMNO berdasarkan prestasi kerja yang mereka jalankan selama ini.

Memang tidak dinafikan ada pihak yang tidak berpuas hati namun berdasarkan koleteral majoriti ahli masih menyokong dan memerlukan mereka sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi. Yang lebih penting adalah komitmen dan kejayaan tugas mereka dalam menghadapi PRU lalu masih sangat diperlukan dalam menghadapi PRU14 akan datang. Kita lebih bimbangkan PRU dari pemilihan peringkat bahagian yang berlangsung sekarang ini. Apalah maknanya menang di pemilihan bahagian namun gagal memenangkan calon dalam PRU14 akan datang.

Berikanlah sokongan kepada mereka untuk memastikan kemenangan BN dalam PRU14 kelak. Kejayaan dan kesetiaan mereka terhadap parti sudah teruji dan pengorbanan mereka masih diperlukan lagi.

Urang de rullug tetu masih nok dimeq ni memipin. Hark yang tork nok tu siket amart yok?

Monday, October 7, 2013

WAN AMIZAN LAYAK KEKAL

Banyak persepsi buruk yang dibuat mengenai beliau, namun beliau adalah
 seorang yang pemurah dan banyak membantu masyarakat


Banyak pihak memperkatakan tentang siapakah yang akan terpilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerantut dalam pemilihan nanti. Banyak juga yang bertanyakan pendapat dan minta saya mengulas mengenainya.

Kita selalu bercakap mengenai transformasi, perubahan didalam UMNO. Kita hendakkan pembaharuan dan kita hendakkan UMNO diremajakan. Lalu kita sama mahu atau tidak akan terpaksa perkatakan mengenai umur kedua-dua calon bagi mengisi jawatan berkenaan.

Wan Amizan adalah calon yang lebih muda berbanding Dr Shukri. Wan Amizan juga adalah calon yang dikira masih baru, baru penggal kedua kali ini dan jika dibandingkan dengan pencabarnya yang sudah penggal ke-4. Wan Amizan juga banyak memberikan pembangunan dikawasannya dan juga Jerantut secara keseluruhannya dalam masa 1 penggalnya berbanding pencabarnya yang tidak memberikan banyak perubahan dalam masa 3 penggal diangkat sebagai wakil rakyat.

Selain itu, Wan Amizan adalah penyandang jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian sedangkan Dr Shukri adalah seorang calon yang umurnya sudah tua berbanding Wan Amizan. Apakah bermakna transformasi jika kita menolak yang muda dan masih gigih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya hanya semata-mata untuk digantikan dengan seorang yang sudah kurang aggresif dan kelihatan semakin lemah serta banyak gagal dalam tugasnya.

Kepada perwakilan yang bijaksana, biarpun mereka diberikan sampul untuk mempengaruhi dalam memberikan undi, pastikanlah tetap akan memilih calon yang muda dan berpotensi ini untuk meneruskan usahanya membangunkan Jerantut dengan penuh cabaran.
 

Jangan dimeq ingat urag tu lebih muleq dari hark nig. De senun hark tug pon tarok urag sukeq pasai semuanyeq enche deribor yang kontroi.... Bio larh kita pileh hark ineq lagig... Sukong Wan Mizan

Sunday, October 6, 2013

PACAL YANG DERHAKA?

Dato' Wan Amizan yang turut hadir mengadap DYMM Tuanku semalam


Semalam ribuan pemimpin-pemimpin masyarakat dari seluruh negeri Pahang telah hadir mengadap Ke Bawah Duli Tuanku Sultan Pahang, Sultan Hj Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan. Majlis sempena menyambut hari keputeraan baginda itu turut dihadiri oleh Tengku Mahkota serta kerabat, Menteri Besar Pahang , Orang-Orang Besar, Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN, Tok Penghulu serta pemimpin masyarakat seluruh negeri Pahang. (Klik blog WZWH)

Lebih 600 orang dianggarkan hadir dari Jerantut sahaja. ADUN Tahan Dato' Wan Amizah serta Ketua UMNO Bahagian Tan Sri Tengku Azlan turut hadir. Bagaimanapun kelibat Ahli Parlimen baru serta ADUN Pulau Tawar tidak kelihatan membuatkan pemimpin masyarakat di Jerantut tertanya-tanya gerangan apakah sebabnya pacal-pacal itu tidak hadir mengadap kebawah duli Tuanku? Apakah pacal-pacal itu ingin menderhaka titah Raja? 

Kita tidak hiraukan sangat tentang pacal tua Pulau Tawar kerana pacal itu sudah lama memikul jawatannya dan musim akan datang sudah sangat patut beliau disingkirkan dari menjadi wakil kebawah duli Tuanku memerintah disana. Cuma kita kisahkan tentang pacal muda janggut sejemput ini yang masih baru diberikan tugas sudah ingin tunjuk derhaka. Mungkin juga beliau sudah rela untuk jadi wakil sepenggal sahaja, demikian agaknya.


Aihh! Tarok sapai setaun jadiq tok wakil doh nork tunjuk derhakeq? Kumeq tork endok larh dieq tu jadi wakil kumeq lagiq dorh! Jangan haraph dapart undiq kumeq nork jadiq ketueq umno bahagianth!

Saturday, October 5, 2013

WAL HALALUN... WAL HARAMUN..


Ini mengenai kempen politik Ketua Pemuda Bahagian


Terkejut beruk bila membaca status Tan Sri Buaya di laman facebooknya. Beliau menulis berkias mengenai kempen calon seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian yang disokong oleh Ahli Parlimen. Yang hadir dan yang dikempenkan adalah perwakilan-perwakilan pemuda.

Nampaknya Ahli Parlimen UMNO sudah turut menggunakan agama dalam berkempen sebagaimana Pas selama ini. Gunakan syurga dan neraka, guna dunia dan akhirat. Khabarnya ada juga yang diberikan sampul surat. Patutlah puak-puak tu hebat menuduh pihak lain memberi sampul surat, tujuannya untuk menutup kenyataan sebenar bahawa merekalah yang sebenarnya banyak memberikan sampul-sampul surat..... Wal Ana Halalun, Wal Ente Haramun!

Bukan main lagi puak-puak tu tuduh orang lain berpolitik wang. Lengakap dengan mengajar halal haramnya. Tanyalah pada Hj Kasim dan Wan Abdul Rahim dan bos-bos mereka. Tanya juga bila mereka, bila membawa nama Mohd Ali Rostam tu tak ada sampul ke? Cik gu, anak-anak murid sekarang bukan bodoh macam masa zaman cik gu jadi anak murid dulu. Tak payah nak baling batu dan sembunyi tangan. Dulu, cik gu kencing berdiri anak murid kencing berlari, sekarang cik gu kencing berdiri anak murid kencingi guru.Pilihlah calon yang lebih rasional dan realistik. Bukan juga yang tamakkan kuasa.


Kerayanth! Dimeq kateq ke urang beriq rasuoh, rupanya dimeq lagiq kuat beriq dan makanth rasuoh! Memang dimeq tork tau maluq.... ye oihhh?





Tuesday, October 1, 2013

JUAL UNTA... JUAL ORANG




Panjang lebar 'orang tu' tulis surat ke UD, beri maklumat dan mintak UD tulis di blog. Tetapi ada syaratnya; jangan sebut namanya dan jangan siarkan suratnya disini. Susah juga ni. Nak kena taip semua satu persatu? UD pun malas juga buat kerja begini.... kalau dibayar tu lain lah pulak kiranya, kan? Bagaimanapun UD tuliskanlah juga intipati dari surat berkenaan. Ingat; Intipati bukan capati!

1. Katanya dia sayang kedua-dua pemimpin kita ni. Ahli Parlimen sayang, Ketua Bahagian pun sayang. Jikalau bagi seorang memikul kedua-dua tanggungjawab itu rasanya seperti meletakkan bebanan yang sangat berat. Amanah rakyat... bimbang susah nak ditanggung didunia dan diakhirat nanti. Jadi eloklah dikongsikan oleh mereka berdua. Maksudnya; biarlah Hj Nazlan menanggung tanggungjawab berat sebagai Ahli Parlimen yang menjaga 58,364 pengundi berdaftar dan Ku Lan menjaga ahli-ahli UMNO sahaja. Jangan terlalu tamakkan kuasa.

2. Katanya langau-langau sudah mula berkeliaran di sekeliling Ahli Parlimen sekarang ini. Ada langau baru dan ada juga langau-langau lama. Ada yang langau muda dan ada juga langau tua bangka. Ada yang sudah mula mengumpul kontrektor dan mengagih-agihkan projek sebagaimana mengagihkan harta rampasan perang. Ada yang sudah sakit tengkok menengadah langit sehingga kaki selalu terpihak 'taik ayam munai'. Ada juga yang sudah riak dan boleh berjanji dengan orang bahawa mereka boleh menolong dan meluluskan itu ini.

3. Katanya juga, ada antara langau-langau ni bukan main lagi mengutuk 'bos' dulu semata-mata untuk melembutkan hati 'bos' baru dan dapat duduk dibawah kaki bos baru. Alangkah bangganya jikalau dapat jadi 'tukang lap kasut' bos walaupun sebelum ini 'En. Sabaruddin' ini pernah mengelap kasut Ku Lan.

Banyak sangat.... dan UD pun sudah rasa senak dan memulas perut membaca surat yang panjang lebar itu. Cukuplah disini dulu... kalau bayar lebih bolehlah UD tulis panjang lagi. Kita boleh kira samaada bilangan perkataan atau pun berapa 'inchi' panjang tulisan. Mana ada yang free, jadi wakil rakyat pun kena keluar duit juga... Dengar khabar selain dari sampul surat, orang-orang betina juga dah dapat kain pasang dan bagainya. Sana dapat sini dapat. 2,2 dapat.


Aihhh! Jual urag lebih untung dari jual onta, ye oihh!! Tapiq lebih-lebih untung kala jual urag hark yang budo lebih budo dari unta. Kerayanth! Jangan dimeq ingat kumeq tarok napok. Kumeq bukan budo amart!

Monday, September 30, 2013

2 KISAH - SERUPA TAPI TAK SAMA




Kisah 1:

Ketika beliau akan digugurkan dan dipecat dari UMNO kerana kesalahannya 'menikam belakang', maka beliau mengumpulkan segala penyokong dan kekuatannya untuk menunjuk perasaan. Mengata bahawa pemimpin zalim dan menginaya beliau yang tidak berdosa. Kisahnya tidak berakhir disitu saja, beliau membalas dendam dengan berbagai cari sehingga memporak-perandakan negara. Gagal menang PRU secara betul maka seluruh dunia beliau menjaja bahawa pemimpin dan kerajaan ini salah. Beliaulah saja yang betul.

Akhirnya rakyat tahu bahawa segala dakwaannya adalah dusta. Mana beribu Bangla yang dikerah mengundi? Mana 'black out'? Kenapa SPR tidak telus dikerusi-kerusi mereka kalah tetapi SPR yang sama kendalikan PRU dikerusi-kerusi mereka menang? Akhirnya hanya dakwat kekal saja yang dilaporkan - setelah rakyat dipaksakan melakukan rusuhan dan berontak disana-sini.

Demikianlah satu penipuan yang sangat licik oleh seorang yang kelihatan sangat alim bagi kepentingan peribadinya.... untuk jadi Perdana Menteri.


Kisah 2:

Beliau dicalonkan sebagai Ahli Parlimen, diberikan laluan dan sokongan oleh bekas Ahli Parlimen terdahulu. Dibantu kemenangannya dalam PRU lalu. Maka ketka itu berjanjilah beliau bahawa akan tetap menghormati Ketua Bahagian yang telah melantiknya sebagai Ketua Penerangan walaupun semasa beliau jadi Ketua Penerangan beliau tidak 'menerangkan' apa-apa, melainkan 'menggelapkan' saja mata.

Beliau juga berjanji tidak akan 'melawan' Ketua Bahagian serta akan membiarkan Ketua Bahagian terus kekal untuk sepenggal lagi. Namun atas desakan kiri-kanan oleh punahsihatnya, beliau melanggar sumpah dan janji.

Maka segala pencacainya menyebarkanlah berita disana sini bahawa sokongan kepadanya meningkat tinggi. Konon rakyat memihak kepadanya dan berlaku transformasi didalam UMNO untuk mengubah yang lama kepada yang baru, yang tua kepada yang muda. Hakikatnya adalah sebaliknya, rakyat menaruh simpati kepada penyandang Ketua yang sudah dipermainkan dengan janji palsu.

Jika benar transformasi dan memilih yang muda, kenapa kerusi nombor 2 mesti memilih rakannya yang juga sudah tua bangka dan jadi ADUN sekian lama? Kenapa didalam AJK masih ada calon yang dibawa dalam kapalnya yang juga sudah tua renta? Sebenarnya transformasi itu hanyalah retorik belaka..... membenarkan matlamat menghalalkan cara.

Melayu mudah lupa! Melayu bangsa derhaka! Melayu tamak dan ingin mendapat semuanya! Melayu berpuak-puak dan hebat sesama sendiri namun bila berhadapan lawan sebenar mereka penakut! Tidak akan ada perubahan dan perbezaan antara dulu dengan sekarang, yang berbeza mungkin hanya pada nama dan rupa.

Maka sejarahpun berulang dan berulang-ulang. Kita naikan seseorang dan jatuhkan seseorang yang lain, neikkan yang lain pula dan jatuhkan yang dulu, naikkan yang baru kemudian jatuhkan yang lama. Bila segalanya akan berakhir? Bila Melayu boleh jadi lebih cerdik dengan memilih yang terbaik? Orang ini pun sudah dan sedang dikelilingi kroninya.....


Dimeq jangan jadiq budo. Hark napok bulat belum tetuq sebenornyeq bulat. Hark napok lipier bukan tetuq nyeq lipier! Hark napok baik belum tetuq benor baik!


Saturday, September 28, 2013

SIAPA DERHAKA KEPADA UMNO JERANTUT




Atas desakan punasihat-punashiatnya, Nazlan tetap hendak melawan Ku Lan bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian. Dia dulu dilantik sebagai Ketua Penerangan sudah merasa patut dah melawan Ketua Bahagian kerana dia sudah jadi Ahli Parlimen. Mungkin bukan dia yang berkeinginan besar serta tamak haloba, mungkin hanya pencacainya dan langau-langau sekelilingnya saja. Atau itu hanya agenda Husin Lempoyang peniaga unta yang sudah pandai meniaga orang menjelang PAU ini.

Tidak ada rasionalnya Nazlan bertanding Ketua Bahagian kerana kebiasaannya Ketua Bahagian yang akan merebut jawatan Ahli Parlimen atau ADUN kerana inginkan kuasa yang lebih besar. Sebaiknya untuk keamanan dan keharmonian Jerantut, kuasa dan tanggungjawab itu eloklah diagih-agihkan, biar semua dapat kuasa dan tugas. Melainkan hanya kerana tamak dan ingin membunuh kerier politik seseorang. Siapakah yang sebenarnya akan dapat faedah dari pertarungan ini? 

Tidak mustahil juga dalam pertarungan itu nanti, jikapun Ku Lan kalah, tidak mustahil Nazlan juga akan dilihat sebagai pengkhianat dan disingkatkan perkhidmatannya sebagai wakil rakyat? Cuma untuk sepenggal dan selepas itu sudah ada orang lain yang sedia menanti untuk bertapak lebih lama. Politik serba mungkin. Yang pasti Ku Lan akan berjuang habis-habisan.... menang jadi abu dan kalah jadi arang. Dan Ku lan akan lebih tahu siapa sebenarnya sahabat dan siapa pula musuh dalam selimut. Siapa yang tak setia dan siapa yang derhaka?



Menang jangan nork menang semueq, kaloh jangan bior kaloh semueq..itu larh perpaduant hork yang kiteq cariq! Urag alor Temeling tetap sukong Ku Lan, yok?

Tuesday, September 24, 2013

FORMULA TRANSFORMASI UMNO JERANTUT

Hj Nazlan dan Wan Amizan bakal Ketua dan Timbalan


Hari ini hari terakhir bagi calon-calon yang bertanding kejawatan di peringkat bahagian untuk memutuskan sama ada akan meneruskan perjuangannya atau menarik diri. Di Bahagian kita pasti ada calon yang akan menarik diri kerana beberapa sebab tertentu. Sebagai sebuah parti demokrasi, UMNO sentiasa menerima mereka untuk bertanding mana-mana jawatan dan dalam masa sama menerima juga mereka untuk menarik diri jikalau itu pilihan mereka.

Mana-mana calon yang bertanding banyak jawatan sudah tentu akan disisih oleh pemilih kerana menganggap mereka sebagai terlalu tamakkan jawatan dan kuasa. Bagaimanapun, bagi yang benar-benar berkhidmat, sudah tentu mereka tetap akan diberikan laluan.

Seramai 260 yang mendaftar diri untuk bertanding dalam bahagian Jerantut pada 21 haribulan lalu. UD kupiq paste sebahagian dari post dari blog SPU semalam dibawah ini:

Sehingga hari ini, Hanya 2 jawatan yang tidak dipertandingkan. Iaitu Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Bahagian.  Keseluruhannya seramai 260 calon menawarkan diri bagi semua jawatan dalam UMNO Bahaghian Jerantut. 99 bagi jawatan dalam Bahagian, 46 jawatan dalam Wanita, 51 jawatan dalam Pemuda dan 64 jawatan dalam Puteri.
Pecahan jumlah calon-calon yang bertanding adalah seperti berikut; Pengerusi Bahagian 1, Wanita 3, Pemuda 2 dan Puteri 3. Timbalan Pengerusi Bahagian 1, Wanita 2, Pemuda 2 dan Puteri 3.

Bagi jawatan Ketua, Bahagian 2, Wanita 2, Pemuda 4 dan Puteri 3. Timbalan Ketua Bahagian 3. Bagi jawatan Naib Ketua pula, Bahagian 3, Wanita 2, Pemuda 3 dan Puteri juga 3.

Ahli Jawatankuasa Bahagian 71, Wanita 30, Pemuda 34 dan Puteri 46. Pemeriksa Kira-kira 3. Wakil Bahagian ke Perhimpunan Agong 16, Wanita 46, Pemuda 51 dan Puteri 64.

Untuk baca sepenuhnya sila klik di SINI untuk ke blog SPU.

Kita kata kita nak transformasi dan perubahan dalam UMNO. Kita kata kita nak calon baru dan calon muda dalam Jawatankuasa Bahagian. Jadi cuba fikirkan dan perhatikan siapakah calon-calon yang kita kehendaki itu?

Ketua: Hj Nazlan (Baru dan Muda)
Timbalan Ketua: Wan Amizan (Baru dan Muda)
Naib Ketua: Mustapha Maarof (Baru dan Muda)

Jika ini bukan pilihan kita, bermakna kita hanya menipu diri kita sendiri selama ini. Konon kita inginkan perubahan sebenarnya kita tidak. Kita hanya memilih mengikut kehendak mereka yang memberi saguhati yang akan merosakkan UMNO. 765 perwakilan UMNO Cawangan-cawangan ke Mesyuarat Perwakilan.



Sapeq budo? Cer wayat ke akuq sikeet? Dunieq tork tau maluq!! .... Ong diamp Zuriq !!



Thursday, September 19, 2013

PINTU BILIK SUK UMNO JERANTUT PECAH ANGKARA ORANG MINYAK?




Syahadan sebermula tersebutlah kisah seluruh Jerantut terkejut berok dan beruk-beruk seluruh Jerantut pun terkejut bila mendengar perkhabaran tentang pintu bilik SUK UMNO kena pecah. Apalah salahnya pintu itu? Apakah kerana ianya diperbuat dari cermin tidak dari besi? Atau kerana ianya tidak terbuka dan sentiasa terkunci?  Tiadalah ada yang tahu akan kisah sebenarnya adanya.

Maka berfikir-fikirlah sahaya seorang diri mencari-cari akan sabab musababnya kenapa ianya terjadi demikian itu adanya. Maka bersangkalah sahaya bahawa itu adalah kerana harga minyak dipasaran sudah naik dan menyebabkan banyaklah orang-orang minyak naik minyak dan berbuat onar disana dan disini.

Maka berurut dadalah sahaya bersyukur kerana orang minyak itu hanya memecahkan pintu pejabat sahaja, tidaklah dengan memecah pintu rumah dan berbuat onar kepada 'bini' sesiapa. Maka terfikir jugalah sahaya bahawa benarlah juga kata-kata orang tua zaman dahulu; 'jikalau tidak dipecahkan ruyung masakan dapat sagunya'. 

Adapun, mungkinlah pintu bilik SUK itu dipecahkan oleh orang minyak berkenaan kerana ingin mendapatkan sagunya. Bagaimanapun pastilah akan sahaya bahawa tidak mungkin akan ada sagu didalam bilik berkenaan melainkan yang ada hanya kertas-kertaslah juga.

Pada pendapat sahaya, mungkin adalah lebih baik pihak 'mata-mata' datang membuat siasatan dan selepas itu eloklah juga pihak 'SPRM' menjenguk juga, manalah tau akan terdapat apa-apa bahan bukti, maklumlah musim pemilihan begini. Di pelabuhan pasti sudah banyak kapal-kapal yang ingin berlabuh, yu-yu pun banyak bekeliaran.....menunggu-nunggu jong pecah - kerana hanya apabila jong pecah yu akan kenyang!



Aihh! Kerayanth! Pituq pon nye pecoh de dimeq? Hok beginiq ke kiteq nork pilih jadiq pemipin? Ishhh! Jangan haraph oih!!

Tuesday, September 17, 2013

MESYUARAT KAMPONG PAK PANDIR?




Orang Melayu memang suka berpecah-belah dan tidak suka bersatu. Pasti ada pengkhianatnya. Sejarah telah mencatat siapa dia Si Kitol dan Raja Mendaliar. Watak-watak itu masih ada masa kini cuma dengan nama yang lain.

UMNO yang ditubuhkan untuk menyatukan orang Melayu menjelang kemerdekaan dulu kita digunakan untuk memecah-belahkan pula orang-orang Melayu. Ketika persatuan Cina semakin kuat dan mantap, kita jadi semakin lemah dan layu. Wajarlah bangsa Melayu digelar Me-Layu.

Lihat sekeliling kita, dimana kita jadi majoriti namun dipecah-belahkan maka kaum minoriti sudah menguasai kita. Mereka yang menentukan kehidupan kita dan menentukan harga yang mereka inginkan. Segalanya kerana ita tidak bersatu serta kerana adanya pengkhianat yang membelot dan menikam dari belakang.

Di satu cawangan UMNO, apabila dua pihak bertentangan maka mereka berusah merosakkan antara satu sama lain dan perpecahan dengan relanya dilakukan. Ada yang memberikan alasan kumpulan itu dari kalangan orang luar. Kumpulan yang satu lagi pula jadikan alasan kumpulan satu lagi adalah musuh. Sedangkan hakikatnya mereka semua adalah ahli yang sah dan ada nama dalam daftar keahlian.

Dalam fb, isu berkenaan berlanjutan dan dimainkan untuk sakitkan hati lawan. Satu saja nasihat saya, cuba semak surat beranak atau kad pengenalan masing-masing dan semak tempat kelahiran masing-masing untuk menentukan siapa yang kita katakan orang luar?

Baca bawah ni:
 http://novandri.blogspot.com/2013/09/terkini-nasihat-keras-tun-dr-mahathir.html#more

Aihhh! Bila urag budo kateq ke urag laen budo, lupa larh kebuduhan diriq seniriq....dunieq tork tau maluq....!

Sunday, September 15, 2013

PEJUANG UMNO DULU DAN SEKARANG

 Hidup UMNO...hidup UMNO......hi...zzzzzzzz
 
 
Semangat UMNO memang kuat dihati rakyat. Sewaktu Tunku Abdul Rahman hendak bertolak ke London untuk bincang kemerdekaan, orang Melayu dikampong-kampong bergolok bergadai bagi merealisasikan usaha itu. Maka pergilah Tunku ke London menaiki kapal terbang hasil kutipan duit sumbang rakyat bangsa Melayu yang rata-ratanya dikampong-kampong. Itulah semangat dan pengorbanan yang orang Melayu tunjukkan tanda kesetian kepada UMNO dalam membela negara.

Selepas kemerdekaan, Jerantut ketika itu masih sebuah perkampongan terpencil. Tak ada siapa yang berebut nak jadi Ketua Bahagian. Hanya sebilangan kecil saja yang menyertai mesyuarat UMNO di Kuala Lipis kerana UMNO Jerantut pun belum ujud.

Di alur Tembeling terutama di Ulu Tembeling suara UMNO diwakilkan kepada beberapa orang sahaja. Antaranya (Allahyarham) Wan Abdul Jalil, Wan Hashim, Abdul Rahman dan beberapa orang lagi. Merekalah yang selalu hadir bermesyuarat di Kuala Lipis yang ketika itu Ibu Negeri Pahang. Untuk sampai ke Kuala Lipis sudah tentu memakan masa yang panjang. Behari-hari masa dalam perjalanan menempuh jeram-jeram dengan menaiki bot sangkut berkajang mengkuang dengan injin 'Anzani'. Tidur dalam bot semasa perjalanan adalah perkara biasa.

Di Tembeling Tengah, Wan Adat adalah nama besar dalam perjuangan. Pernah berjuang dihaluan kira apabila terlibat dengan fahaman Komunis dan ada hubungan rapat dengan Ahmad Boestamam. Apapun, perjuangannya adalah untuk bangsa Melayu juga.
 
Di kampong-kampong dimana cawangan-cawangan UMNO ditubuhkan, masing-masing berebut-rebut untuk 'tidak' menjadi Ketua, AJK serta Perwakilan. Namun bersatu hati dan memberi sokongan padu kepada parti dan pemimpin yang terpilih. Tidak ada hasad dengai dan iri hati. Setiap perjuangan adalah tulus dan murni.

Tahun silih berganti, negara semakin maju dan rakyat hidup semakin senang. Jerantut semakin berkembang UMNO sudah mula tumbuhkan cawangan-cawangan di kampong-kampong dan Jerantut sudah diiktiraf sebagai sebuah daerah Parlimen.Namun perlahan-perlahan kemudiannya semangat UMNO sudah berubah. Di zaman IT ini, duit menguasai segalanya dan perebutan jawatan dan perwakilan jadi semakin sengait. Segalanya kerana du'IT" dan ...'IT' yang lain.

Bukan sedikit yang dapat jadi perwakilan mengimpikan untuk bersenang lenang dan berpoya-poya. Mendapat saguhati dari calon yang bertanding dan di biayai untuk hiburan malam hari berkaraoke sampai pagi dan akhirnya ketika hadiri persidangan mereka akan terlena dalam mimpi. Namun mereka telah mengkhianati amanat yang diberikan oleh cawangan dari parti.

Perebutan jawatan hanyalah sekadar ingin menonjolkan diri dan merebut projek-projek pembangunan yang kerajaan sediakan. Jawatan dalam parti adalah landasan untuk mendapat projek. Namun ada yang lebih kejam, berpura-pura sebagai UMNO namun menyokong dan mengundi pembangkang. Bahkan kakitangan kerajaan juga ramai yang berbuat demikian....bagaikan anjing yang mengigit tangan yang selama ini menghulurkan makanan kepadanya. Inilah Melayu zaman ini.
 
 
Mestiq urag marok ke akuq pasa menuleh babagai, tapi ini hark sebenor. Urag senang lupa jaman susoh!!

Friday, September 13, 2013

PERSIDANGAN UMNO CAWANGAN KUALA TAHAN - MESYUARAT ORANG-ORANG BODOH?




Persidangan Agung UMNO Cawangan-cawangan di Bahagian Jerantut dah berakhir. Yang menang dah menang dan yang kalah dah kalah. Yang penting yang menang jangan 'mengiji' yang kalah dan yang kalah janganlah menjauhkan diri. Yang menang bukan menang semua dan yang kalah pun bukan kalah 'perabih'.

Kuala Tahan mencatat sejarah bila calon 'orang luar' dikalahkan oleh calon orang tempatan yang kononnya adalah penyokong pembangkang dalam PRU dulu. Kononnya juga ada berlaku ketidak telusan dalam pemilihan dimana jumlah keseluruhan undi melebihi kahadiran ahli. Macam mana jadi macam ni? Apakah ahli-ahli yang hadir semuanya bodoh-bodoh belaka yang hanya pandai mengira dari satu sampai 3 sahaja?

Tidak timbul soal orang luar kerana keahlian berdasarkan kepada pendaftaran melalui cawangan tertentu. Jika nama seseorang ahli itu ada dalam daftar cawangan maka sahlah dia sebagai ahli maka berhaklah dia untuk memilih dan dipilih. Demikian juga dengan tuduhan sebagai pembangkang. Jika nama seseorang itu ada dalam daftar UMNO maka sahlah dia ahli UMNO dan layak untuk mendapat hak-haknya sebagai seorang ahli. Tidak ada sebarang pertikaian.

Jangan jadikan persidangan itu sebagai persidangan orang-orang bodoh, seperti mana kisah orang buta dengan gajah yang membuat persepsi rupa gajah hanya dengan sentuhan tangan mereka sahaja.

Mungkin benarnya ada usaha untuk menjatuhkan ADUN Tahan dalam pemilihan di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan datang, namun inilah hakikatnya dalam politik. Jatuh dan menjatuhkan dan dijatuhkan. Jika ada yang masih tidak puahhati dengan persidangan berkenaan, buatlah laporan resmi. Namun, pemantau yang dipilih dengan restu Ahli Parlimen dan kroninya akan dipertikaikan juga nanti.

Aihhh! Ong gelo ke akuq budo....ong pun budo jugeq..ihhh!  Dunieq tork tahu maluq!


Wednesday, February 6, 2013

DUN TAHAN PECAH 3 ?




Pertama kali dalam sejarah sebuah DUN akan dipecah kepada 3 bahagian. Ini persempadanan semula khas yang terpaksa dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang setelah cadangannya dipersetujui oleh MB Pahang dan diperkenankan.

DUN Tahan kelak adalah satu-satunya DUN yang akan mempunyai 3 Sub DUN dengan juga 3 Sub ADUN sebagai tambahan. Ini dilakukan kerana minat yang tinggi yang ditunjukkan oleh individu-individu yang sangat berminat untuk jadi Yang Berhormat.

Khabarnya Wan Mizan hendak ke Parlimen jadi untuk meneruskan legasinya kerusinya terpaksa diserahkan kepada Wan Pudin. Bagaimanapun calon lain yang sangat-sangat berminat adalah Wan Halim. Mereka-mereka ini telah dan sedang berkerja kuat dikampong-kampong di Ulu Tembeling dan 'mengaborkan' kepada semua orang bahawa merekalah yang akan dicalonkan nanti.

Selain dari mereka berdua, Wan Tini Ketua Puteri juga sangat 'teringin' dan tak sabar hendak jadi YB juga. Sebenarnya Tini ni bukanlah dari kalangan Wan, dia juga tidak masuk Wan tapi mungkin dah dimasukki Wan mana ada orang tau. Sebagai Ketua Puteri dia memang layak dan sama setaraf dengan Wan Empok Wan Melini dari keturunan Hema Melini pelakon filem Hindunestan.

Jadinya, Wan Pudin, Wan Halim dan Wan Tini akan jadi Sub ADUN dikawasan-kawasan tertentu bagaimanapun Wan Mizan akan tetap berada diatas mereka memantau segala gerakkerja mereka itu nanti. Jadi, kepada penduduk dan pengundi di DUN Tahan dinasihatkan supaya jangan bimbang dan berkisah sangat jika terdengar ada ramai orang-orang yang mengaku bahawa mereka itu akan jadi calon dalam PRU akan datang kerana semuanya adalah benar belaka. Tiada yang tidak benar melainkan semuanya kebenaran yang benar belaka.


Haih Oihh! Pening jugerk kepala akuq neh oih! Rase macamph malan makan pinang kosi yok? Hahahaha! Kerayanth!! Wan Zurik ong tork usoh bimbang, nameq ong dorh ada jadi calon!!!


Monday, January 28, 2013

PENGUMUMAN PRA PRU13




Sebagai sebuah negara yang mengamalkan demokrasi kita mengadakan Pilihan Raya Umum setiap 4 Tahun sekali bagi mendapat mandat mentadbir negara. PRU ke-13 ini dinantikan dengan penuh debaran dimana pihak pembangkang 'kununnya' ingin merampas PutraJaya sedangkan parti pemerintah Barisan Nasional ingin mendapatkan mandat besar 2/3.

Sebagai sebuah blog yang mengamalkan demokrasi, blog 'uRag dRrulug' mengadakan pemilihan @ pungutan pendapat untuk melihat parti manakah yang akan diberikan mandat bagi mentadbir kerajaan dalam PRU akan datang. Mungkin juga keputusan ini nanti akan memberi gambaran atau bayangan sebenar dalam PRU13 nanti wallahualam!

Silalah mengundi. Tiada penggunaan dakwat kekal atau dakwat tak kekal. Tiada pengundi hantu kerana hantu dilarang sama sekali untuk mengundi. Keputusan muktamad dan SPR tidak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pemilihan ini. Sebarng bantahan boleh dibuat dalam masa 24jam setelah tarik tutup dengan memasukkan surat bantahan kedalam tong sampah yang berhampiran. Nike Ajes, Ann War, Kopral Sinki tidak dibenarkan mengundi kerana terlibat dalam mengawal 'peti bantahan'. Abby Abody juga tidak dibenarkan mengundi kerana akan berada dalam 'peti bantahan' sepanjang pemilihan berlangsung.


Haih!! PRU13 ni natiq, dengor kabor nyeq DUN Tahan akan dapart banyok wakil rakyat....Wan Pudin, Wan Halim tengoh rancok berkepex....napork gayeqnyeq DUN Tahan akan pecoh tigeq....1 Wan Dupok, 1 Wan Pudin dan 1 Wan Halim. Untoq larh urag DUN Tahan dapart banyok wakil rakyat.....hehehehe!!!

WanZurik polurk betanding de DUN Pula Tawa....kabornyeq tork adeq calon momor dueq, dia sesorang hajeq.....calon pembangkang pon tarok beraniq nork melawan. 

DUN Damok, napork gayeq nyeq...Wan Lau Lee lagig larh....sapai urag puas hatiq dan tarok hendok turun mengundiq....

Friday, January 25, 2013

MANYAK SILAPP...





Ini kisah tonggeng bontot kepada gambar PM DS Najib tidak berapa lama dulu. Rakyat yang waras sememangnya mengutuk perbuatan berkenaan. Marah bagaiamana sekalipun adalah tidak wajar menunjukkan kebencian sedemikian rupa. Selain dari bukan budaya bangsa kita, perbuatan berkenaan sebenarnya hanyalah menunjukkan kebodohan diri sendiri. Bahkan ibu bapa juga dianggap tidak pandai mendidik anaknya.

Anu arr juga sangat marah kepada remaja tersebut kerana melakukan perbuatan berkenaan. Namun marahnya bukan kerana remaja berkenaan bersikap kurang ajar kepada Perdana Menteri Malaysia, tetapi adalah kerana remaja berkenaan tidak melakukan perkara berkenaan dihadapannya.

Anu arr yang umum sudah sedia maklum terlibat banyak kali dengan seks songsang dan meliwat sudah tentu tidak dapat menahan gelora asmaranya apabila terlihatkan bontot remaja berkanaan yang montot itu. Tidak hairanlah dalam waktu terdekat remaja berkenaan akan dilatih untuk jadi seorang aktivis yang akan membantu beliau mencapai cita-citanya serta kemuncak syurga nikmatnya. Ayaaa! Manyak Silap woooo.....

Hehehe! Hanjenq hark yang sudah sekali makanth taik tentu endok makanth lagiq, kalau tidok makanthpon akanth cium jegeq, yok?


Monday, January 14, 2013

HANGAT: MATI SEMASA TUNJUK PERASAAN.....

Menerima anugerah pelakon penunjuk perasaan terbaik 2 kali berturut-turut...


Tunjuk perasaan dan rusuhan berlaku disana sini. Terkini di negara kita ianya juga sudah hampir menjadi satu budaya baru bagi kita. Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan baru-baru ini membuktikan bahawa tunjuk perasaan dan rusuhan sudah makin diterima rakyat sama ada yang bijak pandai serta yang bangang dan bengap.

Jika di negara-negara luar  seperti di Indonesia, mereka boleh menjadikan ini sebagai satu kerjaya demi mendapatkan sebungkus nasi mereka sanggup berdemo. Bahkan telah diberitakan bahawa ‘pemimpin terbuang’ kita juga sudah pernah mendapatkan khidmat mereka untuk memprotes di kedutaan kita di Indonesia tidak lama dulu.

Kerana itu, kenapa tidak kita mengusahakannya dan jadikannya sebagai satu peluang kerjaya bagi membolehkan mereka yang tidak berkerjaya atau sudah jemu dengan kerjaya mereka selama ini ataupun mereka yang sudah jemu dengan kehidupan mereka sendiri.

Sebuah syarikat akan didaftarkan bagi tujuan itu. Nama dan keterangan ringkas syarikat adalah seperti berikut:


Nama Syarikat: PENUNJUK SDN BHD
Perkhidmatan: Membekal pekerja penunjuk perasaan mahir dan separuh mahir untuk tujuan sebarang demonstrasi sama ada aman atau ganas.

Logo Syarikat:




Keupayaan Syarikat: Membekalkan sehingga 1Juta orang bagi satu-satu masa.

Pakej Minimun: 100 orang

Harga seorang bagi Tunjuk Perasaan Aman selama 8 Jam

Kategori
Jantina
Harga Seorang    RM
Dewasa
Lelaki/Perempuan
 80.00
Remaja/Mahasiswa
Lelaki/Perempuan
30.00
Warga Emas
Lelaki/Perempuan
 25.00
Pak Lebai/Ustaz
Lelaki/Perempuan
 20.00
Sundal/ Bapok
Perempuan/Tiada Jenis
 20.00
China Doll/ Samm Doll

 100.00
Kanak-Kanak (bersama 2 ibu-bapa)
Lelaki/Perempuan
 100.00
Warga Asing
Lelaki/Perempuan
 30.00





Bayaran Ekstra terasuk elaun dan bagi tugasan tambahan:

Caj Tambahan jarak melebihi 3ooKM
 RM 20.00 setiap 100KM
Rusuhan Ganas
 RM 30.00
Berlakun dan buat-buat ‘Sakit’
 RM 15.05
Berlakun dan buat-buat ‘Mati’
 RM15.85
Elaun Bermalam didalam Lokap
 RM10.00 semalaman
Elaun Perubatan (Jika dibelasah Polis)
 RM5.00 (Rumah Sakit/Klinik Kerajaan sahaja)


# Separuh Mahir
Diskaun 30%



Memandangkan syarikat ini akan menghadapi banyak cabaran-cabaran dalam pengurusannya maka Pengerusi syarikat mestilah seorang yang bijak dan berpengalaman dalam soal-perniagaan orang. Pengerusi yang dicadangkan tidak lain dan tidak bukan adalah Tuan Husin Lempoyang yang sudah bertahun-tahun berpengalaman menjual 'onta' di Bazaar Baghdad dan bertahun-tahun juga menjual orang separuh masa di Turkistan, Afghnistan, dan Negeri Setann di mana Pemimpinnya dari parti yang bersahabat dengan setan...parti angkatan syaitan.


Hj Hussin Lempoyang juga yang akan kaya nanti...heh heh heh heh...wowww!!!


Haih! Usin, ong menjual urag pulork dorh? Ishhh! Kerayanth sunggoh kateq de akuq......