Ladang Ternakan lebah Borneo Honeybee Centre, Sabah
Memastikan kualiti mencapai gred 'A" dan pada peringkat antarabangsa
Sarang lebah liar tetapi bukan di pohon Tualang
Nak fikir projek besar-besar tak nampak. Nak memungkor besar-besar pun tak pandai. Jadi terpaksalah cerita perkara yang biasa-biasa saja - yang sedang-sedang saja.
Mungkin boleh kita fikirkan semula setakat mana relevan nya idea-idea besar orang-orang yang berfikir besar. Kita lihat dan fikirkan semula posting semalam tetapi dengan lebih menjurus serta fokus kepada sesuatu perkara. Saya CnP dibawah ini perkara yang diulas secara rambang semalam;
- Projek Madu Tualang gred A bertaraf dunia - Ini adalah idea yang terhebat. Kena pastikan atau cadangkan supaya lebah-lebah hanya akan 'bermadu' (bersarang) di pohon-pohon tualang saja. Selain itu lebah-lebah ini juga mesti dipastikan mengeluarkan madu gred A dan BERTARAF DUNIA.
Jika lebah dipelihara maka lebah-lebah berkenaan dapat dikawal dari segi pembiakannya serta kualiti madu yang dikeluarkannya kerana penuaian akan dilakukan pada masa yang sesuai dan tepat. Ini memanglah dianggap sebagai satu industri, yang mana kita mampu menguasainya. Bagaimanapun rasa mustahil untuk kita mengawal dan mengarahkan kepada lebah-lebah berkenaan supaya hanya 'bermadu' (bersarang seterusnya mengeluarkan madu) di pohon-pohon tualang saja kerana itu diluar kawalan kita.
Soalannya adalah; bagaimana kita mengklasifikasikan madu-madu lebah tualang itu? Apakah apabila ia bersarang di pohon tualang? Atau bersarang dimana-mana tetapi meghirup 'nectar' dari bunga-bunga tuaang saja? Bagaimana kita boleh mengawal lebah liar itu supaya hanya bersarang di pohon tualang dan bagai mana kita boleh memastikan lebah hanya menghisap 'nectar' dari bunga tualang saja?
Selain itu bagaimana kita dapat memastikan lebah-lebah liar berkenaan menghasilkan madu gred 'A' saja dan bagaimana kita dapat memastikan lebah liar berkenaan menghasilkan madu yang mencapai standard antarabangsa? Australia adalah antara pengeluar madu lebah terbesar dunia, jika usaha besar dari idea besar itu berhasil mungkin kita akan menjadi pengeluar madu terbesar dunia?
Persoalan utama adalah apakah madu yang akan dihasilkan itu dari lebah yang diternak atau lebah liar? Ada lojiknya jika itu adalah lebah ternakan, tetapi apakah kita masih namakan ia madu lebah tualang jika ianya diternak? Jika madu yang dipungut itu dari lebah liar, maka kita akan ada beberapa kelas madu lebah kerana berdasarkan dimana lebah itu bersarang. Maka kita akan ada Madu Lebah Tualang gred 'A' bertaraf dunia,
Madu Lebah Meranti gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Kerayong gred 'A' bertaraf dunia, Madu Lebah Ara gred 'A' bertaraf dunia, Tampoi, Taban, Keruing Kipas, Keruing Gondang, bahkan Madu Lebah Gua Batu Kapor gred 'A' bertaraf dunia juga akan ada kerana lebah-lebah bebas bersarang dimana-mana yang sesuai.
Memang ini idea besar, dan bakal jadi pemungkaran yang besar juga. Rakyat marhaen tidak akan mampu berfikir begini. Ini hanya untuk mereka dari UK's boys saja dan yang setaraf dengannya.
Oleh yang demikian Tuan Yang Di Pertua, akta khas harus digubal supaya demi mencapai was-wasan berkenaan satu jawatankuasa khas akan dibentuk bagi memastikan akan ada orang-orang yang akan memanjat pohon-pohon tualang tertentu bagi memastikan lebah-lebah supaya bersarang dipohon-pohon berkenaan bagi mencapai hasrat untuk menghasilkan madu lebah tualang gred 'A' bertaraf dunia ini. Sekian, saya mohon mencadangkan!
Aih Oihh!! Kerayanth! Macap urag dalam sidang parlimen pulok dorh? Ishhh! Ada juge gaye macap PM jugeq yok? Hehehe! ...akan pastikan itu...akan pastikan ini...akan luluskan itu dan ini....Urag numboi deuq kiteq yok?

Anonymous said...
