'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Wednesday, March 9, 2011

MENGURAI KEKUSUTAN BENANG





Kebelakangan ini saya banyak peluang berjumpa dan berhubung dengan BH. Berikutan PRK DUN Kerdau. Ada satu ketika saya bersamanya ke Kampong Batu Sawar. Banyak yang kami bincangkan dan tertumpu pada media sosial di Jerantut. Menganai baiknya dan buruknya.

Persepsi ramai adalah media sosial membawa keburukan. Tapi kata BH itu bagi mereka yang tidak mengetahui media itu sendiri. Kepada orang-orang politik media sosial sangat penting. Ibarat surat khabar, radio dan tv. Siapa yang mampu menguasainya akan mampu menguasai penyebarakn maklumat. Kata BH; hanya jauhari yang mengenak manikam. Saya teringat pula pada kata-kata ini; hanya Johari (One Nombor) yang mengenal Maniam.

Media sosial di Jerantut sudah berada pada landasan yang betul, masa kini atau selepas ini ia akan tetap berlaku, cuma bagi mereka yang tidak mengerti dan tidak pandai akan memberikan tafsiran yang negatif. Ibarat musang yang mengatakan anggur itu masam hanya kerana ia tidak berupaya mendapatkan anggur itu.

Cuma yang penting kini adalah ada pihak yang berkuasa didalam UMNO yang sedar dan prihatin yang akan berusaha untuk menyatukannya. Pengamal media sosial (blog, facebook, twitter dan sebagainya) boleh kita angapkan sebagai askar yang mahir berperang, jika kita mampu menyatukan mereka dan memimpin mereka maka ita akan dapat menjadi panglima perang yang bersaya dan disegani. Jika tidak, mereka akan menembak sesuka hati mereka, atau lebih malang mereka akan digunakan oleh musuh untuk menembak kita.

BH kata, baru-baru ini dia berpeluang bertemu WZWH di Jengka 22 dan mereka berbincang sesuatu mengenai blog, tapi katanya masih terlalu awal dan tidak ada pemutus. Bagaimanapun pertemuan semula harus diadakan yang lebih menjurus kepada menentukan halatuju blogger pro kerajaan di Jerantut ini sendiri. Di peringkat negeri pun sudah kelihatan ada perubahan yang ketara.

Kita kita siapa yang mengetuai dan tidak peduli siapa yang menajanya, namun yang penting PahangKu sudah mampu menyatukan beberapa blogger dalam satu forum dan menuju arah yang sama. Sepanjang PRU DUN Kerdau, PahangKu telah memberikan sumbangan yang tidak dapat kita nafikan memberi kebaikan kepada kerajaan negeri khususnya UMNO Pahang.

Mungkin masanya sudah tiba untuk kita bersama bersatu dalam satu pasukan bagi mencapai tujuan yang sama, demi agama, bangsa dan negara.


Adeq ker urag pulitik hark yang dorh sedor? Atau dimeq tu maseh bute IT dan bute hatiq? Payok amart dengan urag pulitik neh yok? Dimeq rase dimeq hajeq hark yang betoi, urag laen semua saloh! Kerayanth yok? Kalau ade hark yang ceredek, bulih mengurai kusut nye benang!

Monday, March 7, 2011

TONG SAMPAH KITAR SEMULA UNTUK ADUN TAHAN?




DS Lajim Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan memberi ceramah politik di Jengka 25. Turut hadir Dato' Wan Amizan bin Wan Razak, ADUN Tahan selaku Pengarah PRK DUN Kerdau bagi Peti Undi Jengka 25. 

Dalam lawatan DS Lajim Ukin itu, beliau telah menyumbang sebuah tong sampah kitar semula kepada  penduduk Jengka 25.    ( Blog WZWH)

Dalam maknanya pemberian DS Lajim tu kalau kita dapat memahaminya. Mungkin itu mesej dari PM untuk orang tertentu yang akan sama ada dapat dikitar semula atau akan terus ditongsampahkan dalam PRU 13 nanti.

Jika kita hayati kepada kehendak PM bahawa calon dalam Pilihanraya mestilah dari kalangan mereka yang mampu memberikan kemenangan kepada BN atau dalam bahasa 'orang putihnya' adalah 'winnabel candidate', maka sudah tentu ada yang akan diperap selamanya atau diperkasamkan dalam tong sampah kitar semula itu.

Aihh! Kerayanth oih! Nye beriq tong sapoh pulork dorh ke yang berhurmat kiteq tu yok!  Beriq larh tahoh ke, lombong bijih ke, kawasan balok ke, baru larh bulih dieq bekipeq bebetol dalap PRU natiq. Ni, banyok dorh urag lariq dariq dieq sebab tarok dapat memendeq. Bebudok Kotahan dorh tork menyukung dieq dorh, hehehe!

KERDAU MEMILIH PEMIMPIN BERSIH





Akhirnya PRK DUN kerdau berakhir dengan keputusan yang sudah dijangka umum; Ustaz Syed Ibrar menang dengan majoriti besar. Sila semak keputusan di blog Pahang-Ku (Klik Sini).

Kemenangan BN itu bukanlah semata-mata kerana  parti UMNO yang mewakili BN, tetapi adalah lebih bergantung kepada calon itu sendiri. Keperibadian calon itu sendiri telah membuatkan Pas tidak ada isu untuk menyerang peribadi calon. Ini telah membuatkan segala urusan bagi 'melobi' sokongan pengundi terhadapnya lebih mudah.

Saya mengambil kesempatan PRK Kerdau ini untuk mengenali rakan-rakan blogger tersohor disamping melihat gerakkerja mereka. Rata-rata mereka berkata bahawa PKR Kerdau ini lebih mudah dari mana-mana PRK sebelumnya kerana tidak ada isu calon dan perang maya tidaklah terasa begitu hangat.

Tahniah kepada DS Najib yang bijak dalm memilih kreteria calon, iaitu calon yang berpeluang besar untuk menang. Calon yang rakyat sukai bukan kerana memberi mereka duit ringgit dan sebagainya, tetapi calon yang berperibadi mulia dan bukan pemungkor.

Kita harap UMNO akan tetap meneruskan memilih calon yang berpeluang untuk menang berbanding calon yang menang jawatan dalam parti dengan cara membeli undi. Tahan sedang menghadapi kesukaran dan kita percaya PM sudah menerima isyarat kita dengan jelas sejak lama dulu.


Haihh! Kerayanth oih! Kalau kiteq letok calon lame jugek, ramai larh urag memangkoh ke lain, kalau tork pun dimeq tork memangkoh laluq, bior nye lantok larh.....yok?

De Rumpun Makmur akuq dapart bejupeq dengan kawan akuq...'orang kampong' hark yang selalu beriq kumen di belog. Terima kasih larh, ong belanje ke akuq minum tea, natiq ong belanja larh lagiq, yok ? Jangan kabo ke urag ong bejupe akuq!

Tuesday, March 1, 2011

PRK DUN KERDAU: SOK SEK BLOGGER


Blogger Mata Duitan


1. Saya dimaklumkan bahawa Dato' Azizan Yaakob telah meninggal dunia malam semalam. Jenazahnya telah dibawa baik ke kediamannya di Taman Koperasi Jerantut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan di Kampong Melayu, Jerantut.

Sebagai blogger, kita berharap setelah beliau meninggal dunia janganlah lagi hendaknya ada sesiapa yang memusuhi beliau dan menyebutkan tentang keburukan nya. Kita bermusuhan dengan beliau hanyalah semasa hayatnya. Setelah beliau tiada doakanlah kebaikan untuk beliau di alam akhiratnya.  Sedekanlah Al-Fatihah kepada rohnya.


2. Saya menemui beberapa sahabat baru blogger nasional di Kerdau.  Yang ranking meeka tinggi-tinggi belaka. Mereka memang mengejar ranking. Mereka berjuang melalui penulisan untuk memenangkan calon UMNO BN di Kerdau. Khabarnya hanya ada 10 orang blogger dari Pahang dan 10 lagi adalah  blogger impot yang diberikan imuhan untuk menulis.Selain itu khabarnya masih ada lagi beberapa orang yang datang tanpa penajaan dan mungkin juga mengharapkan sedikit imbuhan dari pihak tertentu.

Saya mendengar khabar sekumpulan blogger seramai 5, 6 orang yang telah kembali ke KL kerana sehingga semalam mereka tidak menerima apa-apa isyarat bahawa mereka akan mendapat sebarang imbuhan dari mana-mana pihak.

Dalam senyap kita harus akui bahawa blogger sudah menjadi satu profession ketika ini. Kita perlu menerima hakikat bahawa tiada apa yang boleh kita dapati secara percuma dan dilakukan secara ikhlas lagi. Cuma yang kita risaukan adalah kerana ada pihak tertentu yang bertindak sebagai broker dan menjual blogger-blogger yang dapat dikuasainya kepada pihak tertentu untuk mendapatkan wang.

Jangan hairan kerana kita sudah mendengar sebelum ini bahawa ada blogger yang mendapat tajaan tokoh tertentu dan dibayar RM5K sebulan. Ada antaranya yang mendapat RM20-30K sewaktu pilihanraya dari beberapa punca. Saya juga mendengar ada beberapa jabatan yang disebutkan sebagai dari mana punca sumbangan itu diterima. Kita akan dedahkan nanti satau persatu kerana merasakan kita juga patut mendapat hak yang sama.

Kepada jabatan-jabatan dan agensi-agensi berkenaan, serta menteri-menteri yang berkenaan, saranan saya hanya satu, berikannya sama rata kerana ada yang melihat dan hanya menelan airliur saja selama ini.


Kerayanth yok? Ada jugeq urag hark yang jual urag? Ingat ke maseq pemilihan UMNO hajeq urag membeli urag. Dunieq tork tau maluq!


Monday, February 28, 2011

DOAKAN PEMIMPIN BLOGGER JERANTUT .......





Hari ini saya menyertai sahabat-sahabat blogger lain di Kerdau, cuba belajar dari mereka bagaimana menghadapi peperangan maya @ perang siber. Nasib baik ada  sedikit bantuan dari 'abang Braveheart' untuk memberi panduan dan jalan. Harapkan UMNO Jerantut, mereka masih lagi gelap mata dan buta IT. Harapkan Dato' Azizan yang selama ini banyak memberi sokongan, beliau masih di Hospital dan menerima rawatan selepas melakukan pembedahan di Hospital di Kuala Lumpur.

Sayangnya, Jerantut tidak lagi akan meriah dengan media barunya nanti. Siapa yang dapat menggantikan MelayuRaya Daily? Sudah tentu beberapa lagi blog di Jerantut juga akan tidak lagi aktif selepas ini. Semoga Dato' Azizan Yaakob akan segera pulih nanti, marilah kita bersama mendoakannya.


Sunday, February 27, 2011

PERANG BLOGGER DI KERDAU




Marilah kita bersama berdoa semoga blogger MelayuRaya Daily @ Dato' Azizan Yaakob akan segera sembuh dan pulih semula untuk menyemarakkan rangkaian blog di Jerantut. Suara blogger Jerantut sudah semakin lesu dan layu dan sudah tidak ceria seperti ketika beliau mula memeriahkan media sosial Jerantut dan membangkitkan suara-suara yang perihatin kepada UMNO dan rakyat bahagian ini.

Pagi ini sewaktu saya menghubung anak beliau, beliau masih belum sedarkan diri akibat dari serangan stroke pada awal pagi semalam. Ganguan kesihatan beliau ini juga menganggu blog utama beliau MelayuRaya Daily dan beberapa blog lainnya termasuk yang meneraju blog Jerantut selama ini. Marilah sekali lagi kita bersama berdoa untuk beliau sembuh semula dengan segera bagi menyumbang kepada masyarakat.

Hari ini PM dijadualkan melawat DUN Kerdau. Beliau dijadualkan melawat Jengka 23, Jengka 22 dan Jengka 25 bermula seawal pukul 10 pagi ini. Beliau dijadualkan tiba di Jengka 23 dengan helikopter. Selain itu beliau juga dijadualkan bertemu dengan pemimpin-pemimpin di 10 kampong tradisional dalam DUN Kerdau di kampong Batu Sawar pada sebelah petang nanti.

Ramai blogger dari pro kerajaan dan ramai juga blogger dari pro pembangkang yang telah dan akan berada di DUN Kerdau sepanjang PRK DUN Kerdau ini. Mereka akan memeriahkan PRK DUN Kerdau ini nanti. Mereka akan berentap. Dalam PRU 12 lalu, para blogger pro pembangkang berjaya mendominasikan dan mengawal media sosial negara. Khabarnya sejak akhir-akhir ini bogger pro kerajaan sudah mula membuat kebangkitan.

Pemimpin pembangkang jangan sesekali cuba menyalahkan pihak blogger pro kerajaan kerana tulisan mereka yang dianggap fitnah kerana dama PRU12 lalu mereka menang kerana penguasaan mereka didalam media berkenaan. Apakah blogger pro pembangkang akan halal dan blogger pro kerajaan akan diharamkan juga?

UD ada seorang dua kawan sebagai blogger tersohor dan dengan mengekor bontot BH berharap dapat menjalin hubungan erata dengan mereka itu kelak. Jadi, UD nak ikut dan meraikan kemeriahan bersama blogger. Harapkan WZWH tentu tidak akan kemana-mana pun, selain dari menepuk dada dan berkata' aku keturunan bendahara....' keh keh keh!

Saturday, February 26, 2011

PEMIMPIN BLOGGER JERANTUT REBAH





Kebelakangan ini kita lihat blog-blog Jerantut semakin lesu dan tidak bermaya, namu baru sebentar tadi, taiko blogger Jerantut telah dimasukkan ke Hospital Jerantut dan dipindahkan ke Hospital Temerloh kerana stroke.

Kesihatannya itu turut akan menjejaskan blog utamanya iaitu MelayuRaya Daily serta beberapa blog lain lagi di Jerantut ini. Bersamalah kita berdoa untuk beliau semoga dicepatkan sembuh dengan menolak fahaman politik kesamping dan memberikannya layanan sebagaui seorang sahabat dan insan ciptaan Allah.

Nampaknya, blog-blog Jerantut akan semakin muram dan lesu selepas ini. Wallahualam!