Kasihan ADUN Pulau Tawar yang 'berdiri tak sama tinggi dan
duduk pun sentiasa rendah' kerana selalu jadi 'punchbag' WZWH dan Kutukan Dewata.
Sebenarnya saya malas terlibat dalam krisis kepimpinan DUN Tahan. Tidak juga berminat dalam pertentangan dengan mana-mana blogger terutamanya WZWH yang saya turut hormati kerana keberaniannya menghadapi segala teguran dari pembacanya, namun perlu juga saya memberikan jawapan bagi jernihkan segala kekeruhan yang sengaja ditimbulkan.
Pada post terdahulu, WZWH menulis dengan tajuk; Kenapa Blog SPU dan Urag Drrulug anti ADUN Tahan? UD ingin memberikan jawapan yang ringkas dan jelas bahawa UD tidak pernah merasa bermusuhan atau anti ADUN Tahan, namun apa yang UD suarakan adalah rasa tidak puas-hati rakyat dikawasan berkenaan. Salahkan menyatakan rasa tidak puas-hati kita dalam sebuah negara demokrasi?
Jika UD mengamalkan sikap sama seperti WZWH, maka UD juga ingin bertanya; Kenapakah Blog WZWH anti ADUN Pulau Tawar? Jawapannya tentu semua orang tahu bahawa blog WZWH adalah blog pencacai ADUN Tahan yang akan memburukkan sesiapa saja yang dilihat sebagai pesaing ADUN Tahan untuk merampas kerusi Ketua Bahagian seterusnya jadi calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU akan datang.
Blog WZWH juga akan menghentam semua blog serta suara-suara yang boleh memburukkan dan menjejaskan prestasi ADUN Tahan serta dalam masa sama akan mengangkap ADUN Tahan tinggi melangit. Terkini blog 'Kutukan Dewata' dilihat sebagai 'orang kanan' kepada WZWH untuk laksanakan kerja-kerja menjaga kepentingan 'bos'nya; menonjolkan yang cantik-cantik serta menyembunyikan yang buruk-buruk.
Mungkin blog-blog berkenaan mampu membersihkan imej 'tuan'nya, namun mereka tidak menguasai keseluruhan media sosial Jerantut, kerana itu ramai kalangan facebookers serta pemberi komen diblog-blog yang masih menghentam dan 'menelanjangkan' bosnya dan mereka tidak mampu berbuat apa-apa kerana itu adalah suara hati rakyat yang mereka tak akan mampu sekat.
uRag dRrulug bukan anti mana-mana individu, UD juga percaya bahawa SPU pun sama malahan mungkin lebih liberal, cuma kami memberikan teguran kepada apa yang kami rasakan tidak betul dan patut diperbetulkan. Apa lagi dan bagaimana lagi hendak kami suarakan jika bukan melalui blog dan fb kerana kami tidak ada peluang untuk menyatakannya secara berhadapan.
Berikut adalah sebahagian komen di blog WZWH terkini. Bukankah ini juga suara protes dari rakyat? Mampukan WZWH serta sekutunya menyekatnya? Jika WZWH berpendapat menegur 'bos'nya sabagai satu kesalahan, sudah tentulah pemberi komen diblognya melakukan kealahan yang lebih besar kerana membuat teguran dengan cara yang tidak berhemah serta menggunakan perkataan yang buruk sedangkan apa yang UD lakukan adalah sebaliknya. (Lihat CnP dibawah)
WZWH, jangan sangka penyokong ADUN Pulau Tawar tidak melakukan sesuatu serangan balas. Mereka sedang melakukannya dan saya lihat sibertropper mereka lebih bijak memainkan isu serta pandai dalam membenamkan musuhnya.
Akhirul-kalam, hayatilah kata-kata ini; 'Sampai masa tibanya waktu, redup hati kaum berdua, bila dua jiwa bersatu, hidup mati jadi bersama'......
Anonymous said...
- wan zurik, kenapa mudik tak sewa heli, tak seberapa pun belanja
jika dibandingkan duit masyuk dompok keatas semua projek2 di lembah
tembeling, nilai prujek ratus tuja malam cecah bilion dah, tak kan
dompok tak dapat komisen puluh puluh juta, bayangkan wan mizi pun dah
boleh jadi jutawaan dengan prujek tersebut, ini kan pula DOMPOK?
-
kimak lu said... - aku kenal anon ini,dari susunan ayatnya dia ni tangkap kontrek
prasangka buruk terhadap orang sejak dulu sampai sekarang itu ajela
modalnya.sakit jiwa kot?
-
Anonymous said... - Ha ha ha, banyak lagi projek tak disenaraikan tu... Projek
tadahan air 1,000 ekar telah diluluskan untuk dimusnahkan. Diberi
percuma dengan tukaran seekor lembu dalam menggadaikan maruah penduduk
telah pun dibuat jamuan sebelum puasa yang lalu. Berapa pulak masuk, tak
tersenarai ke untuk penghapuskan etnik bangsa ku keturunan Ulu
Tembeling... Katanya dua tiga kerat yang menjadi kepercayaan sapa Y&
)(^% ^%@!+... entah ,JKK dah pulun, berapa entah... Ada rekod...
Ingat, harta kekayaan tak masuk ke dalam kubor. Bini cantik pun bila sampai masanya akan menjadi tunggangan orang. Sesal dahulu...
Allahumasolimalaisaidina Muhammadin thibilqulubi... wadawaihawaafiatilabniwasifaiha. Wanurilabsoniwadiaihawaalaalihiwasohbiwabarikawassalim...
Baca banyak2 kali. Tanya alim ulama yang ramai di DUN Tahan. Apakah makna, jika salah sebutan dalam rumi tanyalah siapa pandai terjemahkan dalam jawi (Al Quran).
Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman... Tk..
-
Anonymous said... - kimak lu... lu yang gila dan sakit jiwa, susahhati takut dompok
tak jadi yb lagi, tak dapat makan belanja, tak dapat duit bulanan dari
dompok nak menyara keluarga oak, aku tau lah oak tu dari susunan ayat
mengapu oak tu, bahawa ong ne jika dompok tak berkuasa rasanya rokok pun
tak buleh beli, macam macam
-
Anonymous said... - saudara wan zurik, memang dompok di sukai oleh segelintir
pengundi dan penyokong2 yang macam awak dan wan keliru, wan mizi juga
yang seangkatan dengannya, memang peruntukan mencecah rm500 juta di
curahkan, tak di napikan, tapi semua ada bahagian dia dan kuncu
kuncunya, itu ;lah sebabnya jambatan gantung di batalkan amat musykil
lah pehak dompok dan kuncu kuncunya kerana duit di lulus perojek
dibatalkan,sedangkan duit komisen dah ambik, tak gitu, apa cerita pasal
jalan, ulu tembeling, jalan lipis, jalan pesisir kampung tradisional,
siapa yang dapat, hinggakan dato zali pun hinga pitam memikirkan untung
yang banyak sangat agaknya, jangan cerita, servis lah wahai wan zurik,
cer acu tengok, jika tak dapat projek membesarkan pokek, dapat ke dompok
hantar orang orang tertentu gi umrah dan melancung, jika betul2 duit
titik peluh dia, kenapa tak antar jer orang tua tua kat kampung yang
betul2 miskin g haji, ini tidak, antar g umrah dan melancung hanya ketua
cawangan, tok 4,juga ajk bahagian, ingat mereka yang bawah2 dari ketua
cawangan tak bersungut?.
Nak tanya sikit lah, kenapa persoalkan blog ud dan spu anti adun tahan, tanya lah kenapa blog WZWH DAN KUTUKANDEWATA MEMUJA ADUN TAHAN DAN ANTI ADUN PULAU TAWAR? CER CER CER JAWAB?
-
Anonymous said... - Pedas...pedas....
Wooo...baru aku tahu. Orang tua kampung yang miskin dan tak main politk dah dapat pergi rombongan umrah ya! emmm...umrah pun nak polotik jugak ke?
-
cuka getah said... - sudahlah anon 1o.29,
apa sumbangan kau kepada oreang kampung kau.cakap pandailh.
-
Anonymous said... - Alah..., senang cakap. Projek yang tak masuk akal pon boleh adi
untung juta2. Cth mudah, dapat dilihat di tebing Kola Tahan Seberang tu,
tempat menunggu ke tempat penunggu ke tak taulah. Projek dulu dah siap,
tapi digantikan pula dengan yang baru. Konon katanya tak umph tak
menggambarkan untuk menggambit pelancong..., buat pulak yang baru,
harganya cecah RM1 juta. Jika sapa2 ada masa pergilah tengok sendiri...
Benarkah nilainya RM1 juta. Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti
jawab pokok takut kena tebang...
Peminat politik dan pengkaji politik sepanjang zaman...
-
Anonymous said... - Adun Dun Tahan paling xgunerrr....pakai laaa zali mezah masa Pru
13 nanti...sbb zali mezah pejilat batu YB dun
tahannnn.....tuihhhhhhhhhh.......
-
Anonymous said... - cuka getah takut ngat adun tahan tak bertanding lagi, takut tak
dapat duit dan tak dapat belanja untuk keluarga, dasar penjilat buntu
wan dompok lah wahai cuka getah.



