Orang Melayu masih sayangkan parti UMNO. Memang UMNOlah yang telah banyak berjasa kepada orang-orang Melayu sama ada yang tinggal dikota-kota ataupun yang jauh dipedalaman. Pada ketika itu UMNO adalah wadah perjuangan bangsa.
Dari Ulu Tembeling, orang-orang UMNO sanggup ke Kuala Lipis menaiki motor bot untuk menghadiri mesyuarat UMNO kerana Jerantut masih lagi berada didalam bahagian Lipis. Begitu semangat dan kazaman orang-orang UMNO waktu itu. Namun kerana kepentingan peribadi dan kerakusan para pemimpinnya maka sebilangan ahli didalam UMNO telah keluar dan menyertai Pas dan menimbulkan perpecahan umat Melayu sehingga ke hari ini.
UMNO masih kekal memperjuangkan kepentingan dan kemajuan rakyat sementara Pas yang tidak mempunyai kuasa terpaksalah menggunakan agama untuk perjuangan dan kepentingan pemimpin mereka. Setiap malam dan setiap ceramah yang diadakan disurau-surau, para pemimpin Pas menjual fitnah dan caci maki mereka. Fitnah dan caci-maki sudah jadi makanan orang-orang Pas sehingga ke hari ini dan mereka merasakan patut dan 'halal' dilakukan kerana kononnya atas alasan perjuangan dan agama.
Amanat Hj Hadi yang ternyata bertentangan dengan Islam telah memisahkan terus antara orang-orang Malayu Islam Pas dan selain dari mereka. Hukum mengkafirkan UMNO jelas bukan saja memisahkan bangsa Melayu sesama Melayu bahkan memisahkan agama Islam itu sendiri. Siapa yang boleh mendabik dada dan mengatakan bahawa mereka lebih Islam dari orang lain? Bukankah itu hanya kekuasaan Allah yang menentukannya?
Sehingga ke hari ini, sudah 15 hari Hj Hadi membisu tentang amanat mengkafirkannya dahulu. Apakah Hj Hadi ini ulamak yang benar atau ulamat pencacai politik jalanan? Islam menyatukan umat namun Pas memecahkannya. Hj Hadi diseru supaya menarik balik amanatnya dan Hj Hadi mesti bertaubat.....jangan sampai Karpal Singh memaksa dan mengherdik supaya Hj Hadi mesti bertaubat kerana itu nanti akan memalukan Pas dan memalukan agama Islam ini sendiri.
Kami anak-anak muda, walaupun hidup dipedalaman dan ulu sungai namun dengan adanya internet dan media baru kami sedar segala perkembangan yang berlaku. Kami sudah tidak lagi ingin ditipu. Jikapun kami membantah kerajaan dan kami tetap tidak akan mengundi pembangkang terutamanya Pas yang nyata penipu besar. Mengundi Pas adalah mengundi DAP. Mengundi DAP adalah mengundi kafir harbi. Haram! Haram! Haram!
(Baca Sini Blog Unspinners)
(Baca Sini Blog Unspinners)
Gon tork usoh nork mengimpen ke kumeq, kumeq urag mudeq tork nork dorh ke Pas hark menyibor pitehoh neh! Haramph! Kapir! Keratanyt sunggoh york? Anok mudeq derullug tulork Pas, tulork pembangkangh. Kala kumeq tork sukeq pemipin, kumeq tulork pemipin bukan partiq. UMNO tetap dihatiq dan kamiq terhutang budiq!