'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, October 10, 2011

APAKAH 'KITA' JADI PILIHAN KITA?




Semalam WZWH menulis tentang parti KITA (klik sini). Sebelum itu dilaman-laman facebook dan blog-blog lain juga sudah membincangkan mengenai parti KITA (Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air) (klik ke blog KITA Pahang) Baca juga diblog Pahang Daily Online dan Cucu Mat Kilau yang juga megisahkan mengenai KITA.

UMNO janganlah menganggap ini hanya soal kecil dan memandang rendah terhadap Parti KITA. Jika PRU12 lalu pembangkang telah banyak mendapat undi simpati dan undi protes dari rakyat kerana kecewa dengan kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil pada PRU13 nanti KITA akan mendapat undian itu atas dasar protes terhadap kerajaan dan calon-calon yang bertanding.

Sebagaimana kata WZWH, tidak mustahil Parlimen Jarantut akan di pertandingkan secara 3 penjuru. Begitu Juga DUN-DUN lain termasuklah DUN Tahan dimana rakyat sudah hendak memilih calon dan tidak lagi hanya kepada parti politik yang diwakilinya. Wallahualam!

Al-fatihah kepada Sdr. Razman Sidek AJK Pemuda UMNO Bahagian Jerantut yang telah pulang ke rahmatullah petang semalam dan takziah kepada keluarganya.


Sunday, October 9, 2011

DUNIA TAK SAMA RATA



Ada orang sangat marah dengan gambar diblog UD:

Anonymous said...pelir la aok orang di ulu..time aok bancuh dun tahan xpe plak.aok kira aok menegur dun tahan.nape zuri n k.d xleh buat mende yg sama??siar komen aku ni..gambor pelir bleh plak aok tayang..
October 8, 2011 6:09 PM

Semasa UD tulis dan puji-puji dia, dia hanya membisu (dan tersenyum agaknya) tapi bila ditegur (dengan sangat berhemah seperti ini, dia marah-marah.
Memang dunia tak sama rata dan tak sama rasa!


Delete

Saturday, October 8, 2011

MANA YANG HEBAT?


Gambar hiasan: Google/ Bamboo Bridge/Bali


Hebatnya blogger politik terutama bila mereka diupah untuk jadi pencacai. Lihatlah WZWH dan Kutukan Dewata. Apa yang mereka tulis? Mungkin benar mereka berniat untuk pertahankan Bos mereka sendiri tetapi apa yang sudah dilakukan adalah diluar kawalan dan bukan saja memberi impak kepada 'musuh' mereka tetapi kepada parti keseluruhannya.

Mungkin penulis itu tidak peduli hal ini atau mereka 'kamikazi' bersedia bunuh diri demi menjaga kepentingan bos mereka. Bagaimana jika 'musuh' mereka juga lakukan perkara sama? Mungkin tanpa sedar sibertropper disana juga sudah memainkan peranan mereka menyerang balas. Perang Siber akan jadi sangat hebat. Yang akan musnah nanti ada kedua-dua pihak yang bermusuhan, namun yang akan dapat faedah' menangguk di air keruh' adalah musuh sebenar.

Apakah ini dilakukan hanya untuk mengalih dari perhatian sebenar? Isu air sungai yang keruh dan pembangunan yang mengutamakan kepentingan sendiri melebihi kepentingan rakyat di DUN Tahan? Atau ada yang cuba ditutup dan selindungi dari terbongkar yang melibatkan penyalahgunaan-kuasa? Atau janji-janji yang sudah tidak mampu ditunaikan cuba dilupakan?

Kita lihat saja apa selepas ini? Apa lagi yang WZWH dan Kutukan Dewata akan lakukan? Apakah mereka benar-benar berani dan ikhlas lakukan ini atas alasan berjuang untuk rakyat atau mereka hanya berjuang untuk kepentingan diri sendiri saja. Kita akan lihat nanti mana yang 'hebat' dan mana yang 'habat'.


Sapa natiq hark yang meresemikan jembatan gatung ke Gunong Tahan yok? Akuq tork tahan amart dorh nork naik ke Guning Tahan tuh! Nork dingok kubur anok Sang Kelembai geteq. Hik hik hik!


Friday, October 7, 2011

BLOGGER DEMAM PANAS PERLUKAN RAWATAN

Tempat pemprosesan ubatan tradisional


Komen Ri-Kuala Pengor jelas menunjukkan kepekaannya terhadap alam sekitar. Sungai dan punca air yang sudah tercemar dan tidak mungkin dapat dipulihkan semula. Kemusahan species tumbuhan, serangga dan haiwan yang juga akan mengalami kepupusan dan lenyap untuk selama-lamanya. Memang tidak ramai yang peduli pada kemusnahan alam yang sedang berlaku dewasa ini.

Kemusahan lapisan ozon yang mengakibatkan 'global warming' juga tidak difikirkan dengan mendalam dan tidak ada tindakan oleh individu untuk meminimumkan impak. Siapa yang peduli? Kerana kita hanya masih memikirkan' kendiri' kita sendiri dan tidak adanya semangat dan sikap kekitaan kita. Kita menganggap selain dari masalah kita, itu bukanlah 'hal kita'. Kemusnahan alam juga bukan hal kita walaupun impaknya adalah kepada kita dan anak-cucu kita sendiri nanti.

Ri menyebut tentang tumbuhan sebagai sumber perubatan. Malahan hutan juga sering dianggap sebagai sebuah farmasi yang membekalkan ubat-ubatan dunia. Pada zaman dulu, apabila mengidap sesuatu penyakit maka Tok Bomoh, Tok Dukun, Tabib akan merujuk hutan sebagai sumber ubatannya.

Akar 'Tapak Hantu' serta 'Setawar' boleh dijadikan ubat demam dan meredakan demam panas. WZWH patut dapatkan rawatan ini segera kerana 'demam panasnya' semakin tenat. WZWH sudah kembali 'meracau' seperti suatu masa dulu dengan idea-ideanya besarnya seperti pembinaan jembatan gantung ke Gunung Tahan serta Projek Nuklearnya. UD sakit perut bila teringat akan posting mengenai 'Septik Tank' dulu.


Klik untuk bacaan rujukan:


Thursday, October 6, 2011

DUNIA SAMA RATA TAPI TIDAK SAMA RASA


Sementara menunggu jalan siap pada 2013, inilah kenderaan yang sesuai 
digunakan oleh penduduk Kg. Pagi, gamoknya lah!


Mengutip kata-kata dari blog WZWH, begini:
' ADUN Tahan memberi jaminan Projek Jalan Kg Tuit ke Kampung Pagi akan siap pada tahun 2013. Penduduk Kampung Pagi bertuah kerana tanah yang diambil diberi pampasan yang lebih tinggi nilai. Ada orang kampung yang dapat pampasan antara RM60,000 ke RM130,000. 1000 ekar tanah direzab untuk kegunaan masa dapan Kampung Pagi. Juga tanah rezab 1000 ekar bagi setiap kampung di Ulu Tembeling.

Felcra mahu buka ladang kelapa sawit di Ulu Tembeling seluas 10,000 ekar. Bagi fasa pertama 3000 ekar tanah telah ditebang dan dibersihkan. Keutamaan peserta Felcra diberi kepada penduduk Ulu Tembeling. '

Beruntunglah penduduk Kg. Pagi kerana akan mudah untuk ke Jerantut, Temerloh dan bahkan Kuala Lumpur dengan mudah apabila jalan berkenaan siap pada 2013. Sementara itu penduduk-penduduk di hilir terpaksalah minum air yang keruh akibat dari penggondolan bukit-bukau serta bernafas dalam debu yang dibawa lori-lori balak.

Beruntunglah orang-orang kampung kerana mendapat pampasan tanah sehingga RM130K. Tidak usah kita bertanya siapa yang lebih untung yang dapat mengeluarkan balak-balak berkenaan serta dalam masa sama mendapat kontrek pembinaan jalan berkenaan.

Harap-harap masih beruntunglah orang-orang kampung nanti apabila tanah Felcra yang dicadangkan itu akan dibuka kerana mereka akan mendapat saham dari projek berkenaan. Namun mungkin juga saudara-mara dari kroni-kroni orang tertentu juga yang akan lebih untung kerana mereka yang akan lebih diutamakan sepertimana berlaku kepada tanah Felcra yang melibatkan orang-orang di kampung Merting dulu. Rancangan tanah Felcranya di Kampung Merting, tetapi yang mendapatnya adalah kakitangan kerajaan yang sudah mewah serta mereka yang bukan orang tempatan. Memang dunia sama rata, hanya keadilannya tidak sama rasa.  


Aihhh! Kerayanth larh nye maroh de urag kapong pagiq ke akuq ni natiq pasai kate ke dimeq pakai kerita beginiq! Tapiq tetu nye jimat minyok, yok?

Tuesday, October 4, 2011

SUB JERANTUT DARI DUN TAHAN

Mungkin juga dari kalangan mereka ini yang akan Ketua Bahagian lantik sebagai SUB


Syahibul hikayat, syahadan sebermula maka tidak lah dapat sahaya lari dari berkisahkan mengenai orang-orang besar UMNO kita ini adanya, melainkan kisah mengenai mereka jugalah yang akan sahaya ceriterakan adanya.

Belum lagi lama mantan SUB Jerantut kembali kerahmatullah, puak-puak UMNO Jerantut dah mula nak berperang. Ini soal peperangan sesama sendiri dan berebut harta rampasan perang.Mungkin juga betul untuk mereka itu. Tak kan nak biarkan saja kepada Al-Kicapi saja serta kroni-kroninya termasuklah Kak Key tu? Atau tak kan nak diam saja dan tengok saja satu-satu Pegawai Esekutif dalam UMNO Jerantut memulun segala peruntukan yang ada? Baiklah kita tumpang sama. Gunung sama diruntuhkan, sokong sama kita rebahkan.

Beberapa laman blog Jerantut sibuk menonjolkan calon masing-masing utk tumpang sekaki, kalau kroni dpt 'kunci' khazanah tentu mereka semua dapat sama merasa nikmatnya. Demikian juga ada blog-blog yang menelanjangkan calon-calon tertentu bimbang calon mereka tidak dapat dipertimbangkan oleh Ketua Bahagian.

Acher baca; Suara Prihatin UMNO Jerantut, patpatsikuklipat, Kutukan Dewata, dan lain-lain lagi. Semuanya tentang calon SUB.

Maka, blog UD pun ingin juga bersama-sama menyenaraikan calon-calon dari DUN Tahan khususnya dari Ulu Tembeling. UD berpendapat bahawa jika SU dilantik dari Ulu Tembeling ini akan menambahkan lagi kekuatan bagi menyokong setiap usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh YB ADUN Tahan kita. Selain itu tindakan ini akan lebih mengeratkan lagi persahabatan didalam UMNO dan akan mendekatkan perasaan masyarakat Ulu Tembeling dengan Parlimen Jerantut ini sendiri yang selama ini terbiar dan terpisah oleh geografi serta ketiadaan jalanraya.

Berikut adalah calon-calon yang UD ingin calonkan bagi mewakili masyarakat DUN Tahan;
1. Wan Shamsuri (AJK Bahagian)
2. Aziz Abd Rahman (Kg. Bantal)
3. Rahim Manggi (Kuala Sat)
4. Zakaria (Kg. Pagi)
5. Hamzah Hamid (Kuala Tahan - calon yang paling cerah harapannya dan kegemaran Ketua Bahagian)
6. Zamri Mat Ami  
7. Nordin (Kg.Gol)
8. Suran Jaafar (K.Retang)
9. Jafrun Ali (Kg. Bantal)

UD menolak Cikgu Zali kerana menurut rekod yang lalu semasa beliau jadi 'Kempen' Manager Aruah Cikgu Halim dia telah membelot dan menikam belakang, hehe! Jangan biarkan pisang berbuah 2 kali.


Tapiq, ame kala Ku Lan nork latik UD, hehehehe! bulih amart larh, tetu akuq sukung diriq akuq senirik, hehehe! Lame dorh akuq nork jadi setiausaha neh, tork dapart-dapart lagig, susoh jugeq yok? Gamoknye Ketua kena ade Setiausaha hark yang banyok duit jugeq, mudoh iket, yok?



Monday, October 3, 2011

LAGI BERKENAAN ADUN TAHAN

Rajin Dato' ni. Sorang pulak tu! Tapi ini semasa didepan kamera saja, hehe!


Kita dikejutkan dengan berita kepergian allahyarham YH Dato' Ghazali Sulaiman, Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut kerahmatullah beberapa hari lepas. Mohon sahabat semua dapat menyedekahkan Al-Fatihah kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.

Dari desus-desas disana-sini, termasuk dari Ketua Wanita sendiri bahawa YB ADUN Tahan banyak menghulurkan bantuan sejak awal lagi dalam menguruskan hal-hal berkaitan urusan rawatan hospital serta pengurusan jenazahnya. Terima kasih juga kepada anak-anak buah YB teruatanya 'Ijat' dan kawan-kawan kerana pertolongan dan usaha mereka. Tanpa prejudis, UD mengangkat ibu jari memberikan sokongan dan ucapan syabas serta tahniah kepada YB ADUN Tahan. Adalah diharapkan beliau akan meneruskan kerja-kerja kebajikan dan ibadah khususnya kepada dan berkaitan dengan kepentingan rakyat di DUN Tahan.

Bila UD memuji YB ADUN Tahan sudah pasti ada pihak yang senyum sinis dan menyangka serta menuduh bahawa UD sudah dibeli, namun dengan ikhlas dinyatakan bahawa UD bukanlah orang demikian dan wang ringgit bukanlah keutamaan bagi UD kerana dengan apa yang ada UD sudah sangat bersyukur. Membantah dan membangkang bukan bermakna tidak menyokong sama sekali.

Cuma inilah sikap UD, menyatakan kebenaran serta berani menyatakan pendapat walaupun dianggap salah dan sering disalah anggapkan. 

Blog ADUN Tahan yang sudah macam 'jeremun' tu bila nak dikemaskinikan? Hehehe! Dalam kehidupan ini kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tidak akan tegak pohon tanpa akar yang menjalar didalam bumi walaupun tidak kelihatan.

Yang Berhurmat, pembahagian saham Felcra itu mestilah dengan jujur dan telus. Hark berhak dapart mesti dapart, hark dorh kaye rayeq janganlah diberiq walaupun dieq kroniq, sabak ong jugeq sebagai pemipin akan ditanyeq de akhirat natiq !