~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~
mutiara kata UD:
mutiara kata UD: bukan aku hendok, bukan aku mintok... dunieq tork tau maluq..
Kamiq ade membaceq belog karh yang selalu memberi kumen dalap belog kamiq - belog Urag bukan Urag. Tork sekeq kiteq ade belog hatuq pulok dorh.
Kamiq bace jugeq belog dariq YB ADUN Tahan kiteq @ Wan Amizan. Hark petama tu belog resmi beliau, DUN TAHAN, JERATUT dan hark yang satu legiq tu adelarh belog DUNIE SAME RATEQ. Walaupun belog ni tork kateq jelas bahawe iniq belog beliau, tetapi kamiq tau amat bahawa ini adalah belog beliau jugeq.
Kamiq nork mengucap syabas larh kepada Dato' Wan Amizan kerane dorh panda menules belog, dueq pulork tu. Sapa kateq urag tarok sekuloh tingi tork buleh tules belog? Tork kisoh larh walaupun dia tules tork macam tulesan urag sekuloh tingi.
Tibeq-tibeq kami raseq nork sukung Dato' Wan Amizan pulork, hehe mane tau dapart duet reyeq nati....Muleklarh tu Dato',....mulek...mulek
Ini saya CnP dari sebuah blog Pas. Kita lihat dan kita harus pelajari dari mereka. Bagaimana komitmen pemimpin mereka kepada parti dan bagaimana pula komitmen penyokong mereka kepada parti. Banyak yang dapat kita pelajari dari mereka dan kita harus mulakan dari permulaannya - dari semula dan bangun dari kemelut yang telah merosakkan parti kita.
Kita mampu laksanakannya selagi penyokong dan pemimpin kita jujur dan telus dalam segala hal, Selagi pemimpin kita tidak sombong, bongkak, serta khianat kepada penyokongnya. Kita mampu lakukannya - sekali lagi!
*******************************
Untuk dapatkan paparan yang lebih jelas sila klik poster diatas
Saya lampirkan makluman awal kepada semua, supaya saudara dan saudari dapat merancang cuti raya untuk turut hadir memeriahkan Himpunan Anak Muda di Perantauan.
Insya Allah, amanat khas akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man kepada anak anak muda diperantauan. Dewan Pemuda PAS Pahang juga sedang berusaha menjemput pimpinan PAS yang lain dan Dewan Himpunan Penyokong PAS. Turut dijemput pimpinan PKR, DAPdan NGOBesarlah harapan Dewan Pemuda PAS agar semua pendokong PAS dan Pakatan Rakyat dapat turut hadir ke himpunan ini.
Kaunter semakan pemilih dan Daftar pemilih turut akan dibuka.Jangan lupa bawa anak-anak untuk agihan Duit raya Dewan Pemuda PAS.Sumbangan dalam bentuk makanan juga dialu-alukan pada hari himpunan tersebut .
Aku tingok-tingok belog-belog kiteq, isiqnye prutes pada kerajaan dan pemimpin. UMNO Jeratut pulok tu tarok bebelog laluq. Hark urag Pas ni ceriteq pasai petemuan hariq raye, napork dimeq ade peracangan dan dorh buat peracangan awal. Kiteq tarok buat hapa benda lagiq.Pemipin kiteq buat tork kisoh laluq.
Dulu urag racangan Felda dapat jugeq kerajaan beriq RM300 surag, semalap kerajaan kateq nork beriq urag pejabat RM500 surag. Hark macam kiteq neh dapat mende gamok nye? Harge barag naek, subsidi kena putong....sape hark nork bile kiteq?
Harap kalau Wan Mizan nork beri sedekoh, beri lorh ke urag kapong tradisi hajeh, urag racangan tork payoh dorh. Bior banyok-banyok urag kapong tradisi dapart pasai kome tarok dapat hapa bende lasong. Jangan pilih ketueq UMNO dan ketueq kapong hajeq. Jadi pemipin kena adil. Sebak 3 kumpulan yang akan disoal diakhirat nati; Urag kaye, Ulamak dan Ulilamri (Pemipin) Iniq akuq tiru ayat Dato' Wan Amizan dalam facebook.
Selamat berpuase kepada yang masih berpuase dan tork bebuke lagiq. Tapi pade hark yang ilir mudek dan betarik perau kala mase ayer surut buleh larh bebuka tu kala tak tahan amat dorh. Maklum larh menulok perau. Jalan tork siap lagiq, baru mengeluo balok untuk pemimpin-pemimpin kiteq.
Urag de Jeratut habih hiboh pasai calon pilihan raye natiq. Wan Zuriq bukan maen lagiq cadang ke urag tuk cadang ke urang neh, rase macap dieq pulok jadi MB atau PM satu Malaysia neh.
Aku ade jugeq cadangan sapa calon natiq;
Parlimen aku nork cadang Wan Mizan sabak dieq Timbalan Ketueq Bahagian dan ketueq Pemudeq.
DUN Tahan aku nork cadang Haji Nazeriq tapi tork bulih sabak dieq ni handai amat beburuq, habih larh rimau gajoh kiteq nati kala dapat ke deiq jadi wakil rakyat. Calon hark napork sesuai dan hark buleh membangun tepat kita tork lain tork bukan adalah Wan Zuriq. (Ade dia kite adeq luji nukeliar (bukan nuklear), lagiq kiteq akan ade kabel kar....tepat kiteq akan jadi mudan. Menureh getoh dari rumoh haje dorh, picit suis getoh menureh senirik. Carik ikan pun macam tu jugeq, cari mudan dan picit suis dari rumoh hajeq).
DUN Pulau Tawar aku setuju cadang Wok Hitam Khatijah Said sabak dia urag istimewa, siwe restous Jeratut tork payoh bayor darh 4 tahun. MB sayang sangat ke dieq. Dieq pun mudoh bekireq dengan Wan Mizan kala ada pogram buat de Restous.
DUN Damok bagiq lah ke Zahar gemok tu, kesian ke dieq dorh lameq jadi pencacai pulitik tapiq tork dapat habuk pon. Dieq pon pandai maen pulitik, pancas sana pancas siniq. Ketua Wanita dorh lumat kene pancas de dieq. Kuat dieq neh, harap bile jadi yang berhurmat nati janganlah terlalu kuat makan rasuoh macam hark lepas-lepas.
Gemane? Apa dimeq setujuq? Hahaha, mulek...,mulek kala dimeq setujuq.
Bulan puase ni kamiq tork hendok menulis hark yang habat-habat. Tarok hendok menulis hark jihek. Pasai itu larh kamiq menulis pasai Tarian Indung, pasai sejarah tradisi lisan dari tepat kamiq.
Tapi kamiq tork dapat menahan hatiq kamiq bila bace belog Wan Zuriq hark yang mencerca Dato' Wan Bakor. Wan bukan patut bukanlarh musuh sesiapapun lagi sebab dia darh tak adeq dalap pulitik lagiq. Dieq bukan saingan dan dia patut nyeq dihormati ulih semue urag.
Tapi bila membaca belog Wan Zuriq hati rase panas sebab kamiq tingok dalap tu dimeq mencaci menghina Wan Bakor. Selain dariq Zuriq, Wan Amizan @ Dunia Same Rateq juge mencaci dan mencela Wan Bakor.
Gon tau ke tidok, Wan Bakor tu lahir de Ulu Temeling? Wan Zuriq ni lahir de Lepeh dan Wan Amizan lahir de Mereting. Wan Bakor adalah ikon kamiq anok kelahiran Ulu Temeling. Bila dimeq mencaci dieq kamiq tork dapat maafkan. Janganlah sebab dimeq norkkan pengaruh pulitik sapai dimeq sanggup mencaci menghina urag hark yang dorh banyok besajeq pada kiteq selame iniq.
Urag drrulug Temeling merakamkarn rase dukaciteq yang amat sangat pada apa yang Wan Zuriq dan Wan Amizah darh buat pada Wan Bakor. Kami nork menyatakan sukungan kamiq yang tork bebeloh bahagiq pada Dato' Wan Bakor.
Patotnye segale masaeloh diselesaikan secara keluarge dan perbincangan tertutup bagi menjaga name baek sekeluarge. Sebak nile setitik rusok susu sebelange, sebab itik nile seikor rusak habis itk sereban. Perbuatan Wan Zuriq dan Wan Amizan @ Atan Dum-pork sudah mencemarkan seluruh urag ulug Temeling. Dimeq bedueq ni macam itk nile, riuh bebungik taik birok mereteq-rateq.
Lepas hajeq pejupaan kiteq malap tu, lepas kiteq burok-burok...Wan B wayat ke kamiq suroh kamiq letork lagug hark yang berkenaan Ulu Temeling...kamiq dorh letok dorh. Harap-harap dimeq sukeq larg lagug yang kamiq pilih iniq.
Lepas tu puas jugeq kamiq bileq-bileq bukuqde dalap khutub khanah cariq maklumat bekenaan Tarian Indung, letih jugeq larh kamiq buat krije membaceq dan menulih semuleq. Ini kamiq tules de bawoh inih mengenai Tarian Indung, sastera lisan hark asli detepat kiteq. Kamiq harap dimeq semua buleh larh berasa banggeq dengan tepat kiteq ni;
Pengenalan:
Dalam bidang antropologi, konsep tradisi lisan yang lazimnya dikaitkan dengan konsep-konsep ‘folk society’ dan ‘folklore’, didefinasikan sebagai sebahagian dari pengetahuan budaya atau budaya tradisional sesuatu masyarakat yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain secara lisan (Seymour-Smith,1986:212)
Tradisi lisan sesuatu masyarakat itu juga merupakan sumber maklumat bukan saja tentang sistem sosial bukan dan budaya semasa tetapi juga sejarah dan asal usul masyarakat tersebut.
Lazimnya tradisi lisan yang dipertuturkan kepada generasi berikutnya merupakan cerita-cerita, lagu, pantun dan sebagainya yang lebih dikenali sebagai sastera lisan. Dengan menganalisis tradisi lisan ini kita boleh memahami masyarakat itu dengan lebih mendalam lagi.
Bagaimanapun konsep folk society yang dikaitkan dengan konsep tradisi lisan ini kian tidak popular lagi didalam bidang antropologi kerana ia memberi konotasi bahawa masyarakat yang mengamalkan tradisi lisan adalah masyarakat yang mundur dan buta huruf.
Ahli antropologi lebih selesa menggunakan konsep tradisi lisan apabila mencirikan masyarakat yang mereka kaji, tambahan pula kadar buta huruf semakin mengurang yang memberikan kesan kepada tradisi lisan terutamanya dalam bentuk sastera dan kreatif.
Masyarakat celik huruf tidak lagi memerlukan khazanah budayanya melalui lisan kerana perkara-perkara yang dianggap penting telah boleh ditulis dan dibukukan. Impak dari globalisasi juga terutamanya teknologi maklumat telah juga menyebabkan tradisi lisan menjadi ‘obsolate’.
Perkembangan penyiaran radio dan tv telah menghasilkan masyarakat yang telah dimanjakan dengan kecanggihan ‘audio-visual’ teknologi moden sehinggakan teradisi lisan dalam bentuk asalnya sudah nampak usang dan pramitif. Dengan itu peranan tukang-tukang cerita atau penglipur lara dalam tradisi lisan ini juga telah menjadi tidak penting lagi. Dalam erti kata lain, zaman tradisi lisan telah hampir berakhir. Segala bentuk budaya didalam tradisi lisan itu akan hapus sekiranya tiada usaha dijalankan sama ada untuk mendokumentasikannya ataupun mengumpulkannya didalam bentuk tulisan tinggalan khazanah budaya bangsa.
Tarian Indung:
Tarian Induang adalah satu bentuk kesenian atau budaya ekspresif yang terdapat di Ulu Tembeling. Walaupun diberi nama Tarian Indung namun ia sebenarnya adalah gabungan dua elemen seni, nyanyian dan tarian yang membentuk kepada satu lagi perlakuan sosial yang utama dan paling penting iaitu gotong royong.
Didalam bentuk asalnya Tarian Indung adalah cara orang dahulu kala Ulu Tembeling menggembelingkan hiburan kepada aktiviti kerja mereka. Dengan itu aktiviti kerja adalah lebih penting dari aktiviti-aktiviti yang lain. Sambil berkerja mereka akan menghiburkan diri dengan menyanyi dan berpantun. Seperti biasa mereka akan diusik dan mengusik sambil berbalas-balas pantun. Dengan demikian kerja yang meletihkan itu tidak akan membosankan.
Tarian Indung adalah bentuk hiburan yang dilaksanakan oleh masyarakat Ulu Tembeling semasa mereka merumput padi di sawah atau huma. Aktiviti merumput ini dianggap aktiviti kaum perempuan oleh itu dalam aktiviti Tarian Indung ini adalah juga dari kalangan kaum perempuan. Mereka merumput menggunakan alat yang dipanggil ‘kiut’ atau ‘keri’.
Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah berdasarkan perasaan dan flora dan fauna setempat. Tarian dimulakan oleh penyanyi utama yang akan berada ditengah-tengah dengan dikelilingi oleh penyanyi-penyanyi lain. Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi utama akan disambut sebagai korus atau ‘jong dondang’ oleh penyanyi-penyanyi lain sambil mereka menghayun ‘kiut-kiut’ mereka didepan penyanyi utama dan memulakan gerakan-gerakan tarian mereka mengelilingi penyanyi utama tadi.
Pada akhir lagu penari-penari itu akan mencapai ‘kiut’ masing-masing dan dari posisi membongkok membawa ‘kiut’ tersebut ke atas sambil bersorak. Perlakuan ini dilakukan bagi setiap lagu yang dinyanyikan.
Terdapat 38 buah lagu didalam rangkaian Tarian Indung ini. Jumlah itu adalah jumlah yang dirakamkan oleh sekumpulan penari-penari Tarian Indung yang masih aktif di Ulu Tembeling semasa kajian ini dilakukan. Judul-judul lagu dalam rangkaian Tarian Indung tersebut adalah seperti berikut;
1.Anak Indung
2.Kubang
3.Yanakidin
4.Dendang Sayang Adik
5.Buai Limau Manis
6.Dendang Selendang Cantik
7.Burunhg Belatok
8.Bagai Denak
9.Cantik Manis
10.Buai Dendang Sayang
11.Timang Landak
12.Yaradin
13.Raja Muda
14.Buai Baki
15.Kak Inon
16.Kak Ham Weh
17.Buai Pinang
18.Timang Burung
19.Sungai Cabang
20.Buai Ladong
21.Kapal Tujuh
22.Buai Weh
23.Tengku Panglima
24.Rangkoh Dayong
25.Buailah
26.Lancang Kuning
27.Puteri Bongsu
28.Rentak Kuda
29.Burung Pipit
30.Ya ya
31.Buai Allah
32.Bandan Judi
33.Dodoi
34.Anak Cina
35.Buai Ayun
36.Berkayuh
37.Dendang Dari Dahulu
38.Pulau Indung
Setiap persembahan Indung mestilah dimulakan dengan lagu Anak Indung dan diakhiri dengan lagu Pulau Indung. Dipercayai kegagalan kegagalan melaksanakan peraturan ini akan menyebabkan berlakunya malapetaka kepada masyarakat setempat. Diantara lain-lain pantun Anak Indung adalah seperti berikut;
Saya membuat satu kajian rambang berdasarkan tulisan-tulisan dilaman-laman blog dan chatting di ruang-ruang chatroll @ AIDC serta BPN dan mendapati bahawa sokongan rakyat termasuk golongan muda kepada Tun Dr. Mahathir masih tinggi.
Tun telah membawa Malaysia jauh kehadapan dan ini diakui oleh kawan dan lawan. Kadang-kadang kita rasa kehilangan pemimpin yang memandu kita ke jalan yang terang bagi kehidupan yang bahagian dan aman damai. Tun dihormati, disegani,dipuji tetapi kadangkala juga ditakuti kerana kegegasannya. Banyak pihak percaya jika Tun memimpin kerajaan masa kini pasti bangsa asing tidak akan berani mengangkat muka mereka kerana Tun adalah pejuang bangsa dan agama sebenarnya. Pejuang bangsa Melayu dan agama Islam yang nyata.
Pada zaman Tun, wakil-wakil rakyat tidaklah terlalu haprak seperti diketika ini. Temberang pemimpin masa dulu tidak seperti temberang pemimpin masa kini. Kesian saudara mara aku di Ulu Tembeling yang masih menanti janji dari seorang Yang Berhormat yang hanya layak sebagai Yang Boroi saja.
Bukan rakyat menolak UMNO tetapi yang rakyat tolak dan benci adalah pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka yang dengan jelas kelihatan sebagai perompak harta rakyat dan memeggang jawatan bukan kerana ingin berkhidmat tetapi hanya kerana ingin mendapat kontrek itu dan ini.
Selain itu mereka hanya akan berperang sesama sendiri. Wanita UMNO sudah memperlihatkan bahawa Siti Hajar sudah ingin mendahului KW dalam banyak hal, bahkan kadang-kadang tanpa segan silu mendahului didalam banyak majlis yang diadakan. Dia adalah diantara tokoh wanita yang akan 'mati' awal nanti. Raykat dan ahli UMNO melihat perbuatannya, membencinya dan akan membuangnya nanti.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir dalam perjumpaan semalam yang terdiri dari beberapa blogger dan rakan-rakan facebook; Cawan Tembaga, N9 Tahan, SPU, menyegar, sembang kedai kopi dan terutamanya blogger Sri Tri Buana yang sesuai dijadikan ikon blogger Jerantut. Juga kepada rakan facebook; Satu Jerantut, 'Wan B' dan beberapa nama lagi yang saya sudah lupa. Terima kasih semua atas sokongan. Posting ini adalah hasil dari perbincangan santai kita semalam.
Puas atiq akuq pasai dapat bejupeq gon semalap, kekawan hark yang minat menulis belog dan facebook. Terima kasih lah abang 'Wan B', ong jage larh urag-urag Mat Daling tu mulek-mulek. Natiq lepas rayeq aku mudek larh ke tepat ong, nork ke kapong batai jugeq beberapeq ariq...lama dorh tarok jupeq kawan-kawan hark saing seluloh duluq....Japron adeq lagiq de kapong batai tu..yok?