'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, October 15, 2010

MEMBANGUNKAN KOMPLEKS PELANCONGAN JERAM PERAHU

Menjelajah Sungai Erak - Alam semulajadi adalah aset besar yang ada di Ulu Tembeling.


Seimbas lalu kita sudah tahu sedikit sebanyak mengenai Komplek Pelancongan Jeram Perahu. Saya melihat ini adalah sebuah projek yang gagal bukan kerana projek berkenaan tidak berpotensi, tetapi kerana kegagalan pengurusannya melihat kekuatan projek ini serta kegagalan pemasarannya sebagai sebuah destinasi pelancongan berasaskan Eko-Pelancangan.

Harus kita sedari bahawa masyarakat sekarang ini mendambakan destinasi pelancongan yang mampu memberikan ketenangan minda kepada mereka. Dalam masa sama mereka juga ingin merasai satu suasana yang tidak pernah mereka rasai selama ini dalam kehidupan moden di bandar dan kota besar. Justru saya melihat Ulu Tembeling dapat dibangunkan secara bersepadu dalam industri pelancongan kerana mampu menawarkan konsep pelancongan yang lengkap yang berpaksikan hutan rekreaasi dan 'homestay' dikampong-kampong tradisional sekelilingnya.

Kita sedar bahawa jalanraya yang sudah diusahakan oleh YB ADUN Tahan (ehem!..ehem!) lambat laun akan terbina juga kelak. Ini akan mampu menghubungkan Ulu Tembeling dengan bandar-bandar penting lainnya. Ini juga kelak akan menjadikan kawasan pedalaman ini bukan lagi sebuah kawasan yang terpencil serta sudah mudah dihubungi. Ini semua akan membantu dan menggalakkan perkembangan industri pelancongan. Oleh yang demikian kita semua harus bersiap sedia untuk merebut peluang yang ada.

Saya mencadangkan agar YB ADUN Tahan membawa cadangan pembangunan pelancongan Ulu Tembeling untuk diajukan kepada Kerajaan Negeri. Badan-badan kerajaan yang mengendalikan pelancongan juga harus memfokuskan kawasan Ulu Tembeling sebagai destinasi baru produk pelancongan negeri. Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser perlu berusaha keras membangunkan pelancongan didaerah ini dengan memulakkannya dan memperkenalkan pelancongan 'homestay' kepada penduduk-penduduk kampong berkenaan disamping turut mempromosikan Jeram Perahu sebagai destinasi / produk pelancongan baru bagi negeri Pahang. Selain itu Tourism Malaysia juga boleh berperanan aktif bagi mempromosikannya.

Kepadatan pelancong yang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan akan memberikan limpahan untuk turut serta dinikmati oleh kampong-kampong sekitar sekiranya dirancangan dengan baik. Konsep eko pelancongan sebenar akan mampu menjana ekonomi penduduk kampong sekitar. Walaupun ianya untuk masa yang masih jauh beberapa tahun akan datang, namun usaha itu harus dimulakan sekarang ini.

Sebagai panduan, berikut adalah definasi kepada prinsip eko-pelancongan sepertimana yang iktiraf dunia, yang mampu memberi manafaat kepada penduduk setempat.:


DEFINITION AND ECO-TOURISM PRINCIPLES:


TIE* defines ecotourism as “responsive travel to natural areas that conserves the environment and improves the well-being of local people” This means that those who implement and participate in ecotourism activities should follow the following principles;

  • Minimize Impact
  • Build environmental and cultural awareness and respect
  • Provide positive experiences for both visitors and hosts
  • Provide direct financial benefits for conservation
  • Raise sensitivity to host country’s political, environmental and social climate
  • Support international human rights and labor agreements

* TIE=Tourism involving travel to areas of natural or ecological interest, typically under guidance of a naturalist for the purpose of observing wildlife and learning about environment.


ADUN Tahan sepatutnya sudah ada Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan bagi memikirkan dan merancang perkembangan pembangunan pelancongan dalam DUN Tahan yang dianggotai oleh mereka yang benar-benar mahir dan berpengalaman dalam pelancongan. Satu rancangan atau pelan pelancongan seluruh DUN Tahan juga patut sudah disediakan untuk perlaksanaan. Saya rasa ianya masih belum dibentuk atau jika pun sudah mungkin ianya dianggotai oleh mereka yang hanya kroni tetapi tiada kemahiran. Bukan telambat untuk memulakkannya sekarang. SEKARANG!,  bukan 10 tahun akan datang....

Kalau YB Wan Dumpok nork memilih urag tu, pilihlarh sebab dimeq tu berkebulihan, bukan sebab dimeq tu kroni. Hehehe! Ingat Dato', 'Think Tank' bukant nyeq 'Septik Tank'

Thursday, October 14, 2010

SIAPA YANG MAMPU MAJUKAN KAMPONG KITA?

Foto kredit kepada: tokgajah.com

Foto kredit kepada:  fotomedia.com.my

1. WZ dah nampak kurang minat posting atau dah tak fokus serta hilang konsentrasi. 2 posting terkini cerita pasal Sang Kelembai. Lucu bila (kununnya) pemimpin besar bercerita pasal perkara kecil. Patut ulas isu global, atau nasional khususnya apa yang PM perkatakan. Ulas juga tentang PM kata Cina bukan kaum pendatang dalam masa sama Nazir kata dia keturunan pendatang dari Indonesia. Rakyat jadi keliru. SPU kata kalau begitu tukar saja negara MALAYsia ini kepada CINAsia.....(?)

2. Dulu kita ada Penghulu Razak, yang berusaha keras memajukan pelancongan di Jeram Perahu. Ketika itu banyaklah pelancong luar dan dalam negara yang datang melawat dan tinggal di Jeram Perahu. Saya masih ingat ada beberapa buah Chalet (Syele) yang dibangunkan dengan kerjasama kerajaan tempatan. Malangnya kita menganggap Penghulu berkenaan tidak jujur dalam tugas. Kita pun berharap supaya akan dapat seorang Penghulu dari kalangan kita sendiri, yang akan berusaha lebih keras memajukan kampong dan sangat bertanggungjawab kepada penduduk kampong kita.

Maka ketentuan takdir Allah kita dapat apa yang kita hendak. Maka (uhuk!..uhuk!..) ( Ini bunyi batuk lah ni) kita dari kalangan kita sendiri. Apakah ini (uhuk!..uhuk!..)  lebih baik dari yang lalu? Komplek Pelancongan Jeram Perahu kini sudah habis musnah (uhuk!..uhuk!..) rebah menyembah bumi kerana yang ada sekarang ini tidak ada kecenderungan terhadap pelancongan bahkan (uhuk!..uhuk!..) mungkin juga tidak ada kecenderungan untuk membangunkan kampong. Semua orang (uhuk!..uhuk!..) sedari hakikat ini. Jadi apakah lebih baik kita ada orang dari kalangan kita yang (uhuk!..uhuk!..) (Aih! batuk sangat ni, kena minum ubat batuk sikit tu) tidak membangunkan kampong kita dari orang luar yang berusaha keras membangunkan kampong kita? (uhuk!..uhuk!.) (Batuk lagi? Banyak minum ais batu gamaknya ne?)

3. Pelancongan Jeram Perahu boleh dan mesti dibangunkan semula. Mungkin atas nama koperasi penduduk kampong atau sebagainya. Gajikan mereka yang mahir dalam pelancongan dan  benar-benar berhasrat untuk membangukan komplek pelancongan Jeram Perahu itu serta berminat membangunkan kampong. Pasti ada yang begitu. Peluang untuk maju juga pasti ada berikutan kecenderungan masyarakat untuk melawat kawasan pedalaman yang indah dan tidak tercemar (?). Tercemar?...pencemaran harus dikurangkan dan dielakkan terus. Jangan lagi ada pembalakan. Dalam masa sama mampu mengawal populasi ikan-ikan bagi bekalan masa akan datang. Segalanya harus dirancang dengan teliti. UD boleh bantu pihak berkenaan jika mereka inginkan pandangan dan kerjasama, malang UD bukan kroni, sudah tentu tidak akan dipanggil untuk sebarang perbincangan.

Kampong kita (Ulu Tembeling) perlukan pemimpin yang berusaha keras memajukan kampong. Bukan setakat bijak pandai cerdik dan pintar tetapi yang hati nuraninya berbunga didaerah pedalaman ini. Banyak musang yang berbulu ayam tetapi tidak ada ayam yang berbulu musang. Perhatikan sekeliling kita, atas nama pembangunan, siapakah yang sebenar-benarnya mendapat faedah secara langsung darinya? Mungkin kerana saya bukan kroni jadi saya banyak berbunyi....tapi saya menyatakan sesuatu yang benar.

Haih oih!!!  Segala prujek derulug, puok dimeq hajeq yang dapart yok? Urag laen tarok ke? Urag laen tarok be-lisen kuntrek ke? Kalau beri ke gon 10 taun lagiq, musang pon tarok bebuluq natiq..Uhuk!..uhuk!..ishhh! Batuk juga larh akuq neh!

KALAU DIA MENANG ADIL, KALAU ORANG LAIN MENANG TAK ADIL...?

           Kata WZWH diruang komen diblognya;
 
WZWH said...
Salam Anon 10:22, Sebenarnya WZWH memenangi poll Urag Drrulug. Bila WZWH balik dari Ulu Tembeling, undi WZWH meningkat naik, pada pengundi ke 175, WZWH 69% UD 21% dan tally dengan jumlah pembaca kounter UD dengan perbezaan undi, pada pengundi ke 350, WZWH 56% UD 44%. Tapi peliknya bila pengundi meningkat ke 825, perbezaan pengundi tidak sebanyak 475 tidak mewakili pembaca UD yang kaunternya hanya berjumlah 70 hit pada hari itu! Itu yang buat UD panik dan manipulate poll.
Dalam masa hanya satu malam undi WZ bertambah 100. Kata WZ (spt.    dibawah) budak-budak di Kg. Bantal yang memberikan undi. Ada keraguan disini kerana komputer di Kg. Bantal tidak ada sebanyak itu. Selain dari milik sekolah adalah milik JKKK dan jumlah yang boleh digunakkan adalah hanya    4-5 bijik saja. Tidak mungkin WZ mendapat 100 undi dari 4-5 biji komputer, walaupun ditambah dengan undian dari sahabat-sahabat dan penyokongnya masih belum boleh mencapai 100 undian itu.

Blogger WZWH said...
Salam UD, Bagus posting om nih cerita sejarah enjin bot. Dulu tahun 1975, arwah engku ada enjin bot brand Mercury. Tok Batin sendiri minta nak enjin bot dalam kotak. Bila dibagi enjin bot nak perahu pulak! WZWH mudik Kg Bantal menyambut Raja. Banyak budak-budak jumpa WZWH, sebab itu poll WZWH tinggi kot, biasalah UD, om ada tengok filem Hindustan, heronya kalah dulu...lepas tu baru menang. Ekekekekeke...
October 6, 2010 11:05 AM
Apa yang kita syaki berlaku adalah WZ mendapat undi dari kawan-kawannya dari luar, networking-nya dalam facebook 'Sembang Kedai Kopi'. Mereka ini bukan orang Ulu Tembeling bahkan bukan Jerantut pun. Bermakna mereka pengundi hantu. (baca dibawah ini)
Delete
Blogger WZWH said...
Salam UD, Kedua-dua blog Urag Drrulug dan blog WZWH sebenarnya mewakili suara orang Ulu Tembeling. UD-mewakili suara akarumbi, ketidakpuasan hati, harapan Ulu Tembeling WZWH-mewakili pemikiran pemerintah, pemikiran wawasan Perdana Menteri, Perancang pembangunan kemajuan Ulu Tembeling. WZWH boleh mempengaruhi NETWORK WZWH untuk ramai-ramai mengundi poll dan memenangi poll tapi buat apa? Biarkan orang menilainya secara natural. Apa yang buat UD rasa WZWH begitu berkuasa menutup blog UD sepertimana nasib yang menimpa blog SPU? Adakah UD rasa blog UD akan ditutup?
September 28, 2010 9:21 AM
Jadi begitulah apa yang dilakukan oleh WZ, menggunakan networknya dari luar untuk membantu mengundi beliau, dan ini dilakukan secara begitu terancang sekali demi maruahnya. Dia cuma mengambil kesempatan semasa mudik ke Ulu Tembeling bagi mengaburi mata kita bahawa dia menggunakan pengundi hantu.
Bagaimanapun jikalah beliau serang pemimpin, maka beliau bukanlah seorang yang bertanggungjawab kerana dia hanya melepaskan dirinya saja tanpa memikirkan maruah ADUN Tahan. Kenapa tidak dalam masa sama meminta pengundi hantu turut mengundi DUN Tahan yang maruahnya tercalar di Poll 4, yang hanya mendapat 12% dari 69 voter. WZWH bagaikan enau dalam belukar, melepaskan pucuknya saja, hehehe!
Saya menyemak di Poll berkenaan dan mendapati i.p address komputer yang mengundi kebanyakannya dari luar daerah, ini mengesahkan bahawa beliau dibantu pengundi hantu.
UD akan membuat bantahan resmi kepada Suruhanjaya Pengundian dan meminta pengundian ini dibatalkan. Jika kes ini ada 'prima facie' dan 'fasha sandra'nya maka pengundian semula akan dijalankan dengan arahan Suruhanjaya Pengundian. Kehkehkeh!
Ishh! Dieq nye ingat akuq urag drrulug neh budo amat dengan komputer neh.Akuq ke tau jugeq oih! Hehehe!
Lepas tu WZWH jawab begini;

5 Comments

Blogger WZWH said...
Salam UD, Om kena tahu ramai budak-budak muda Ulu Tembeling dan Lembah Tembeling di serata Malaysia. Mereka bukan orang luar. Poll ini boleh diakses di seluruh dunia. Om tidak boleh menyekat orang Amerika dan Jepun dari mengundi. Kalau om tengok data terkini pengundi sudah mencecah 350, UD dapat 46%, WZWH dapat 54%. Undi UD dah naik dari 39% kepada 54%. Itu menunjukkan WZWH tidak mempengaruhi poll. Mereka yang mengundi WZWH adalah mereka yang boleh menilai hasil kerja WZWH. 100 undi satu malam biasa UD, lainlah 1000 atau 2000 undi itu dikira luar biasa. Kalau UD batalkan poll ini, pengundi-pengundi tidak akan "respect" UD lagi kerana tidak percaya kepada kredibiliti pengundi. WZWH terima keputusan samada kalah atau menang. WZWH orang perjuangan.
October 7, 2010 10:15 AM

Wednesday, October 13, 2010

SUNGAI KITA, KEHIDUPAN KITA




Sejak lama dulu sungai Tembeling dan sungai Pahang telah menjadi laluan perhubungan utama. Terdapat catatan-catatan sejarah mengenai sungai Tembeling yang digunakan semasa zaman tembaga dengan penemuan gendang 'Dongson"(?). di Ulu Tembeling.

Sungai Tembeling boleh di hubungkan dengan Ulu Dungun (Kg. Pasir Raja) melalui Sungai Lurut. Melalui sungai Sat kita boleh sampai ke Kuala Pertang di Terengganu (sekarang kampong ini ditenggelami air kerana empangan Tasik Kenyir). Sungai Sat juga boleh menghubungkan Pahang dengan Ulu Kelantan iaitu di Sungai Lebir. Melalui sungai Kecau, Hulu Nenggiri / Pulai di Kelantan dapat dihubungi. Manakala negeri Perak boleh dihubungi melalui sungai di Ulu Jelai.

Sungai Semantan pula menghubungkan Pahang dengan negeri Selangor. Namun yang dilihat penting dan tercatat dalam catatan sejarah silam adalah laluan di sungai Bera yang menghubungkan dengan Hulu Muar melalui daerah Serting sekarang ini. Laluan ini bioleh diibaratkan sebagai lebuhraya timur barat pada waktu itu.

Air memberi kehidupan kepada manusia sejak kewujudan sejarah manusia. Sebagai minuman dan keperluan harian serta bagi tujuan pertanian dan sebagai laluan perhubungan. Kini semakin lama kita semakin melupainya dan kurang menghargainya lagi. Sungai kita biarkan tercemar. Bahkan sungai kita jadikan sebagai tempat pembuangan dan pelupusan. Kerana itulah sungai kita tidak akan jernih seperti dulu lagi. Sungai Tembeling tidak akan kembali kehijauan airnya. Kita kehilangannya kini dan untuk selama-lamanya.

Duluq, sesekali ayer keroh kita turun memedap. Banyok kiteq dapart ikan. Ikan rong, kawan batu-ulu, lampam. Ikan selimang kita tork maen mase tu yok? Mase tu kuok ikan nork timba ayer, mase neh kuk ayer nork timba ikan belum tetu lagiq yok?

Tuesday, October 12, 2010

PEMBANGUNAN SUMBER PERIKANAN DI ULU TEMBELING




1. Pertanian harus dibangunkan didaerah kita ini secara lebih khusus dan teratur. Saya cadangkan tanaman kenaf dijadikan tanaman kedua selepas getah kerana memberi pulangan cepat. Kita tidak ada banyak pilihan. Wakil rakyat tidak akan membantu kita sepenuhnya kerana beliau tentu sibuk membantu dirinya sendiri serta kroninya. Melainkan jikalau kita adalah ketua kampong atau ketua UMNO cawangan, itu pun setakat dibawah menunaikan umrah atau melancong ke Indonesia.

2. Sumber ekonomi sampingan juga harus kita pertimbangkan. Sektor ternakan ikan air tawar perlu diberikan tumpuan sama ada dalam sangkar atau kolam.

3. Sebagai sumber ekonomi sampingan serta bekalan makanan tambahan, sumber ikan air tawar perlu dikawal dari penangkapan berlebihan dan tidak terkawal. Kawasan Jeram Perahu Ulu Tembeling diistiharkan sebagai kawasan larangan penangkapan ikan adalah langkah yang berkesan bagi mengawal penangkapan berlebihan serta sangat perlu dijadikan santuari ikan bagi tujuan perlindungan dari kepupusan.

Malangnya ada pihak yang bertitle Dato’ yang kita lantik sebagai pemimpin datang menangkap kelah dan spesis ikan yang berharga dengan menyewa helikopter, perbuatan adalah satu pengkhianatan kepada rakyat di Ulu Tembeling ini. Ramai yang telah tahu bahawa bukan setakat kelah saja yang diburunya, bahkan segala macam haiwan termasuk harimau dan gajah turut jadi buruannya.Baru-baru ini beberapa anak-buahnya telah tertangkap ketika memburu didalam kawasan Taman Negara. Kita dikhianti oleh pemimpin yang kita pilih sendiri, inilah hakikatnya.

Jangan kita bergantung kepada sesiapa kerana tiada sesiapa yang jujur untuk membantu kita. Undi kita adalah hak kita dan kita akan tentukan apa dan siapa yang akan kita pilih nanti. Kita yang memilih kerajaan dan bukan salah jika kita memilih pembangkang, mungkin mereka akan lebih baik dari yang ada sekrang ini, jikia kita bukan dalam list sebagai kroninya.



Duluq, nork dapat ikan kita kena menahan taut, tajor, rawai, hanyut apong, lukoh dan tuar dan banyk care-care lagiq. Mase neh urag datang naik 'heli' dan karan, abis pupus ikan kita yor? Sapai mase kita pakoh, kite pilih ikut suke kita. Kalau kite bukan kroni kita bukan dapat ape-ape selame ni, kalau kite pileh pembangkan pun tentu tarok ade bizer nye yok?

Monday, October 11, 2010

PEMBANGUNAN PERTANIAN - PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN...perwakilan tu sekali sekala saja..

Kuntum bunga Kenaf


Batang Kenaf


Daun Kenaf




POKOK KENAF

Nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus. Dari keluarga bunga raya. Spesis lain yang sering kita jumpai dan kenali adalah kangsar dan tutur yang tumbuh liar di hutan kita. Pokok kenaf barangkali masih asing bagi kebanyakan petani kita kerana ia bukanlah dari tumbuhan pertanian yang diusahakan secara komersial seperti buah buahan.

Berasal dari Afrika dan mudah diperolehi di India, Bangladesh, Amerika Syarikat serta beberapa kawasan di benua Eropah dan Asia termasuk Jepun dan Korea

Dari usaha berterusan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI), pokok kenaf dilihat dapat menjana industri baru dalam penghasilan pelbagai produk berasaskan fiber di negara ini.

Ia bersifat mesra alam sekitar dan bebas dari sebarang unsur pencemaran. Kenaf  pokok tropika yang menghasilkan fiber menyerupai jut dan kebiasaannya digunakan untuk menghasilkan tali dan tekstil.  Secara keseluruhannya dari hujung pucuk hingga ke batang mempunyai pelbagai kegunaan sekali gus menjadikannya sebagai pilihan pertanian baru di kebanyakan negara.

Kenaf mungkin dapat menggantikan getah sebagai alternatif dalam penghasilan produk berasaskan kayu seperti plywood dan sebagainya.  Fiber daripada pokok kenaf pula paling mendapat sambutan kerana ia boleh menghasilkan pelbagai produk berkualiti seperti papan pemuka dan siling kenderaan, baju, kertas dan sebagainya.   Daun pokok kenaf pula boleh dijadikan makanan haiwan ternakan dan teh, manakala bunganya dapat dijadikan anak benih.

Pokok kenaf dapat dituai pada tempoh empat bulan sahaja sekaligus dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga buruh kerana proses menuainya tidak memerlukan sumber tenaga yang banyak. Kitaran tanamannya boleh disuahakan tiga kali setahun. Pulangan yang boleh dinikmati oleh pengusahanya adalah pada kadar Rm300 ke Rm500 satu tan.       

Mula diperkenal oleh Mardi pada tahun 2000 bagi menggantikan penanaman tembakau di beberapa tempat di Kelantan terutama Bachok. Kenaf lebih mudah dijaga, lebih tahan dan tidak banyak penyakit. Oleh itu amat sesuai sebagai alternatif menggantikan tembakau.

Melalui penyelidikan Mardi, kenaf kini boleh menghasilkan produk perabut yang bermutu tinggi. 2 buah kilang memproses hasil kenaf telah didirikan iaitu di Beris Lalang, Bachok dan Air Tawar Pasir Putih. 

Ramai meragui keupayaan kenaf menggantikan tembakau sebagai sumber pendapatan baru. Tetapi bak kata pepatah, tidak kenal maka tidak cinta.  Berdasarkan kajian oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK), para penanam tembakau wajar memberikan diri mereka peluang untuk mengeksploitasi tanaman ini yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka.

Kenaf telah dikenal pasti sebagai sumber biokomposit yang mesra alam dan bakal menjadi bahan terkini dalam sektor komoditi masa hadapan. Bahan bio komposit yang diperbuat daripada pokok kenaf ini, menjadi tumpuan terkini pihak kementerian seiringan dengan industri tembakau yang menjalani penstrukturan bagi memenuhi komitmen negara dalam pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dan Rangka Kerja Kawalan dan Kawalan Tembakau.

Lembaga Tembakau Negara (LTN), sebuah agensi di bawah KPPK kini memikul tanggungjawab untuk membangunkan kenaf sebagai tanaman berpotensi menggantikan tembakau terutama di tanah bris yang terletak di sepanjang pantai timur Semenanjung Malaysia di mana terletaknya kawasan penanaman tembakau utama.

Protokol Kyoto telah mengiktiraf kenaf sebagai tanaman industri mesra alam dan bahan organik bagi mengurangkan ancaman pemanasan dunia,  apabila ia digunakan sebagai bahan komposit, syarikat-syarikat akan menikmati insentif cukai khas apabila bahan berkenaan dieksport ke negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat.

Rujukan:



Moh weh kita menanam pukok kenaf neh. Pertiananth adalah perniagaanth ! Jadiq wakil ke mesorat perwakilanth jugeq satu lagiq perniagaanth…kalau hark yang liat siket tu dapart larh banyok siket yok? Kena tanye pade ketua cawangan larh neh berapa dimeq dapart dulu tuh! Hehehehe! Aku dork oih! Haramph akuq tork penoh meraseq!

Sunday, October 10, 2010

PEMIMPIN MUDA KITA BAKAL MENTERI BESAR PERTAMA DARI JERANTUT

 Orang ini pernah sampai ditangga ke-2, dan masih bercita-cita untuk menjadi yang pertama
Dia sedang mencaturkan kebinet angan-angannya. Harap-harap yang orang tempat kita ini tidak terkena sindrom yang sama.


WZWH said...
Salam sahabat Awangmaseru, Isu Projek Jalan Jerantut-Benta dalam perhatian WZWH. WZWH akan bawa isu ini kepada pengetahuan DS Najib. Kita masukkan peruntukan ini dalam mid-term review RMK10. Salam Anon 1:09, HSBB dan P1 Wimax akan diusahakan sampai ke Jerantut. Ini akan WZWH sampaikan kepada Menteri DS Rais Yatim. WZWH mahu suara-suara generasi muda parlimen Jerantut lantang berkemundang menyatakan apa yang kita orang muda Jerantut mahu. TK.
 
 
Dalam satu gelanggang mesti hanya  ada satu jagoh atau juara. Sama ada wrestling atau tinju hingga ke laga lembu, sabung ayam, bahkan laga 'pucong' (hidupan yang kita dapat didalam tanah dibawah-bawah rumah) .. sekalipun, yang ada hanya pemenang iaitu jagoh @ juara dan yang kalah.
 
Dalam kes WZWH ni, dia membayangi ADUN Tahan terlalu hampir sehingga menonjolkan kecerdikkannya berlebihan dari kecerdikkan ADUN Tahan. Ini membuatkan orang nampak dia lebih cerdik manakala ADUN Tahan lebih tidak cerdik. Sepatutnya dalam banyak hal, dia hanya memberi pendapat dibelakang tanpa diketahui ramai. Begitulah cara bila berkhidmat untuk ketua, melainkan ada niat lain untuk menjahanamkan ketua sendiri.Mungkin anda pernah dengar cerita tentang seorang PM yang terapaksa memaklumkan bahawa ilham untuk membina sesuatu projek itu datang dari dirinya sendiri kerana selama ini orang melihat dia sebagai kurang cerdik...." ini adalah idea saya sendiri......'.

Saya bahkan tentu ramai lagi pembaca akan sangat teruja dengan ayat-ayat yang disampaikan oleh WZWH sepertimana berikut:  'WZWH akan bawa isu ini kepada pengetahuan DS Najib'. Beliau begitu bersemangat dan begitu yakin dengan katanya. Selain itu jika kita memahami maksudnya maka kita akan dapat rasakan bahawa beliau dengan PM mempunyai hubungan yang sangat rapat dan seakan tidak ada sebarang batasan langsung. Syukurlah rakyat Jerantut bila kita ada seorang yang sangat dipercayai oleh PM. Bahkan beliau juga kelihatan rapat dengan DS Rais Yatim.

Mungkin tidak salah jika sebelum ini blogger SPU mencadangkan supaya beliau dicadangkan sebagai Menteri Besar Pahang selepas PRU 13 nanti. Kebijaksanaannya memang melebihi ADUN Tahan dan malang bagi ADUN Tahan bila terpaksa memberi laluan kepadanya kerana tidak akan ada 2 juara dalam satu gelanggang. Saya akan menyokong WZWH bermati-matian kerana saya suka dipimpin oleh orang yang cerdik kerana falsafah hidup saya yang sangat mudah dan ringkas iaitu; ..'menjadi orang bodoh dikalangan orang cerdik adalah lebih baik dari menjadi cerdik dari kalangan orang bodoh'
 
Dengan ikhlas saya berharap agar beliau akan diangkat menjadi pemimpin nanti dan harap beliau tidak akan terus dilabelkan sebagai 'PEMUNGKOR' sebagai kesinambungan dari yang kita ada sekarang ini. 
 

Pengundian aku dorh tutup. Hero hindustan kaloh duluq menang kemudianth. Ni hark kaloh duluq dan kaloh kemudian neh hero mendeh? Hero Pungkor ker? Hehehe!