'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, December 6, 2010

RINTIHAN PILU ORANG DI HULU

tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan
intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan


Kata orang tua-tua; berjagung-jagung dulu sementara padi masak. Tapi masa ni dah tak ada orang buat padi paya atau pun padi huma. Dah tak dapatlah kita nak berjagung-jagung sambil bertanam labu dan timun tahun. Empin sudah tentulah tidak dapat nak kita jamah hasil dari usaha sendiri. Dari menebas menebang ke membuat ‘dangau’, menugal, menarik ‘geredang’ menghalau burung, manahan ‘tuar’ dan mengail ‘bagoh’, merumput menggunakan ‘kiut’, ‘menuai’ ‘mengirik’ dan akhirnya ‘menumbuk’ dengan ‘lesung antan’ dan kadang-kala gunakan ‘lesung hindik’.

Kadangkala makan ubi bakar cicah sambal hitam, atau cicah ‘misan tebu’. Makan emping dengan kelapa kukur atau campur dengan gula kabong. Rebus labu pun sudah jadi satu hidangan lazat. Kadang-kadang dibuat pengat. Zaman ini segala itu telah hilang dan hanya ada dalam kenangan kita yang akan kita bawa bersama bila kita meninggalkan alam ini. Jadi apa yang akan kita tinggalkan untuk anak cucu kita nanti?

Tiada bekalan letrik dan air. Pelita minyak tanah menerangi malam dan selalunya cahaya bulanlah yang menerangi menerjah dari celah-celah rekahan dinding kulit kepong ataupun dinding buluh. Mandi disungai beramai-ramai meredah dingin pagi. Berkelubung bagai hantu pocong mencangkung ditepian sungai kerana segan akan kedinginan airnya. Ketika sungai biasanya masih berkabus petanda udara masih segar dan tidak tercemar. Air sungai jernih kerana tiada kegiatan pembalakan haram yang didalangi oleh pemimpin kita sendiri.(Aku tak tuduh Dompok, tapi kalau dema nak tuduh tu aku tak kisah lah)

Selesai mandi, kita tidak lupa membawa air ke rumah untuk basuh kaki sendiri sambil membantu emak untuk buat air masakan. Kalau dapat ‘tin gelen’ peliklah yang amat sangat terutama kalau dapat yang diperbuat dari plastik. Biasanya hanya membawa bekas dari ‘labu kayu’ atau ‘tempurung kelapa’ yang dinamai ‘sekoi’ Hanya yang benar-benar hidup di kampong saja yang tahu dan alami semua ini. WZWH belum lahir lagi, kalau dah lahirpun mungkin sedang main taik.  Dia pun besar di bandar. Dia bukan orang kampong dan bukan ‘orang di hulu’. Kerana itu dia tidak dapat menghayati perasaan sayangkan kampong halaman dan tanah air seperti kita.

Ke sekolah berkaki ayam dengan seluar dan baju comot. Anak kampong sejati, hanya lebih baik sedikit dari anak orang asli masa kni.. Baru mengenal pensil dan  buku. Baru mengenal tinta dan kalam. Tapi masih sempat lihat dan gunakan papan batu. Sekarang anak-anak gunakan ‘laptop’ dan menguasai IT. Dunia sudah dihujung jari.

Balik dari sekolah mandi di sungai. Main terjun dari dahan ara di gigi air. Kadang-kadang memancing ikan, menjala, memedap menghanyut apong, merawai, menahat taut, tajor, atau ada kalanya menahan lukah. Yang selalu ‘melukah’ hanya nyonya yang mencangkung di pasar-pasar menjual sayuran.

Kalau musim tengkujuh, mak akan selalu naik darah sebab pakaian yang hanya ada sehelai dua itu selalunya basah. Bermain hujan dengan lastik di leher. Yang jadi mangsa adalah burung-burung yang kesejukan. Hujan sepanjang hari membasahkan bulu burung-burung. Waktu itu ‘burung’ kami baru berbulu pahat. Baru-baru lepas bersunat. Adik-adik masih belum dapat di ’calat’, nampak saja Tok Mudim tentulah larinya ‘mencuat-cuat’.

Bulan Desember datang lagi. Musim pejor. Kini lapisan ozon menipis. Pelepasan karbon yang banyak. Negara maju tidak patuhi ‘Protokol Kyoto’. Udara tercemar. Bagaimana nanti kalau benar-benar jadi projek nuklear WZWH ni? Tambang malang lagilah anak cucu kita nanti. Air hujan pun sudah berasid. Tapi kita sudah tidak bermain hujan diluar. Bukan kerana takut emak marah, tapi takut bini marah. Musim pejor begini bini bukan main manja. Kalau anak masih kecil, bolehlah kita tidurkan cepat. Seruan Tun Mahathir mesti disahut. Kita rakyat yang taat. 20 juta itu sasaran dan matlamat. Mungkin ini saja agaknya jasa kita pada negara.

Oihhh! Cenerong Ular, Banir dan Ri Pengor. Hah! Wan Bederol juga. Kalau malam ini hujan lagi, aku kena tarik selimut sampai ke kaki. Bini tak balik lagi, melawat anak dan menantu. Tinggal sesorang ni, musim hujan dan sejuk deme pun tau apa maksud hati aku. Aku menjenguk keluar tingkap sambil menopang dagu. ...Awuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!!

Saturday, December 4, 2010

BUKIT BATU KEBAN, TINGGALAN SEJARAH YANG HILANG

Gambar hiasan: 
Beginilah gamaknya tinggalan sejarah di Bukit Batu Keban jika masih ujud, 
dan tentulah akan jadi kunjungan para pelancong serta menjana ekonomi penduduk.


Dari Kg. Mat Daling berjalan kaki melalui Sungai Tembung dan mengambil masa hampir  1 1/2  jam, atau boleh juga dengan menaiki bot ke Kg. Ewa dengan perjalanan yang lebih singkat, kita akan tiba ke Bukit Batu Keban.

Tidak ramai yang tahu dan pernah melihat apa yang ada di Bukit Batu Keban ini. Tetapi sewaktu saya kecil, kami dapat melihat seakan ada struktur binaan dipuncak bukit berkenaan. Ada laluan mendaki bukit dengan disusun batu-batu berlapis-lapis dijadikan tangga manakala dipuncak bukit ada tinggalan batu-batu seakan sisa runtuhan bangunan.

Sejarah tidak mencatat dengan jelas bahawa kemungkinan adanya kerajaan tua di sana, namun kemungkinan itu tetap ada kerana seperti kita sedia maklum bahawa sejarah Pahang masih banyak dan masih banyak juga yang belum dapat didokumentasikan dengan baik. Sungai Tembeling adalah 'lebihraya' utama waktu dulu sebagai penghubung dari Terengganu, Kelantan dan bahkan Siam ke pantai barat Semenanjung.

Menghiulir di Sungai Pahang dan kemudian memudiki Sungai Bera, merentasi 'Penarikan' akan membawa kita ke hulu Sungai Muar bagi laluan ke Melaka. Inin juga laluan perdagangan yang sudah tercatat dalam Sejarah Melayu. Untuk ke Kelantan, kita boleh menhulu Sungai Sat dan kemudian menghilir Sungai Lebir sebelum seterusnya ke Sungai Aring, Nenggri di Ulu Kelantan. Terdapat perkuburan lama di Kuala Koh yang mana terdiri dari pengikut-pengikut Dato' Bahaman sewaktu melarikan diri dari penjajah British dulu.

Masih banyak lagi tinggalan sejarah yang tersimpan, namun akibat kerakusan serta kurangnya kesedaran bagi melindungi sejarah maka segalanya sudah beransur hilang dan musnah. Bukit Batu Keban sudah kering kontang dan gondol akibat pembalakan, maka terkuburlah segala misteri dan sejarah lama disitu.....

Ape lagiq hark yang tinggal untok anok-cucu kiteq natik, yok? Semuanye dorh habis bahan de dimeq. Sian ke Abu Sahran, nork bawok pelacong pun dorh tarok be-urag hark nork pegiq ke Jerap Perau. Ishhh! Payoh amat, yok?

Thursday, December 2, 2010

KITA MESTI BERANI

Suara perjuangan rakyat menuntut hak mereka


Kata WZWH: "DS Najib perlu buat keputusan yang berani istihar Malaysia perlu bina loji nuklear. Ini adalah keputusan kritikal negara yang akan beri kesan kepada kelansungan efisien industri negara masa depan. 

PM DS Najib Tun Razak juga dijangka mengumumkan langkah ke hadapan bagi projek itu bagi memastikan rakyat serta pemegang saham memahami dan yakin dengan cadangan penubuhan loji tersebut."

Sayapun berharap agar DS Najib akan berani dalam menghadapi segala cabaran sebagai PM, jika beliau tidak berani tentu DS Rosmah akan berani melakukannya. 

Bagaimanapun, WZWH juga perlu berani menyatakan dengan jelas apakah tidak berlaku salahlaku dan pilih kasih dalam pemberian saham Felcra di Kampong Merting yang lalu, dimana hanya sebilangan kecil sahaja penduduk tempatan yang berjaya menerimanya dan selebihnya diisi oleh orang lain yang ada antaranya adalah kakitangan kerajaan.

WZWH juga perlu berani isitihar bahawa tidak ada kaum kerabat yang menerima saham felcra suami dan isteri bagi lot berasingan. Dalam satu pertemuan yang berkaitan dengan permohonan tanah berkelompok oleh orang kampong, pegawai tertentu telah menyatakan bahawa sejumlah 50 ekar tanah dari yang dipohon itu akan diberikan kepada pemimpin bagi tujuan diagihkan kepada kakitangan pejabat kerajaan tertentu, bolehkah berita ini dengan berani dinafikan?

Saya tidak akan persoalkan jika saya tidak dapat saham felcra berkenaan asalkan mereka yang bernasib baik mendapat itu adalah mereka yang benar-benar layak. Mereka yang daif, anak asal dari kampong berhampiran tetapi bukannya pegawai kerajaan yang sedah senang lenang. Ini yang rakyat persoalkan. Rakyat melihatnya dan menyuarakannya. Mungkin orang besar-besar diatas tidak mendengar tetapi UD adalah suara perantaraannya. UD sentiasa peka kepada masalah rakyat.

Disinilah perbezaan diantara UD dengan WZWH, UD perjuangkan rakyat tetapi WZWH pertahankan pemimpin tertentu walaupun melakukan salahlaku.

....bukan aku hendok, bukan aku mintok...dunieq tork tau maluq.!!!!


uRag dRrulug KEMBALI




Tidak menulis bukan kerana rajuk, pertamanya kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan untuk menulis selain itu adalah kerana tunggu mana 'Orang Di Hulu' yang ingin menyahut tawaran jadi penulis blog UD. Rupanya tak ada yang mahu. Mungkin bukan kerana takut tetapi banyaknya kerana bersikap tunggu dan lihat. Apabila ada orang berusaha mendapatkan sesuatu contohnya, mereka ini hanya akan melihat dan apabila ada sudah beroleh hasilnya, maka mereka ingin bersama mendapat habuannya. Beginilah dalam perjuangan. Ada yang perjuangakan sesuatu tapi hasilnya mesti dikongsi beramai.

UD dari dulu kini dan selamanya akan tetap perjuangkan untuk rakyat teramai. Isu felcra contohnya, yang kita tidak puashati adalah bukan kerana kita tidak dapat tetapi kenapa orang yang dapat itu adalah orang yang dirasakan tidak layak untuk dapat. Ketidakadilan itu yang kita persoalkan.

Banyak pihak cuba meneka siapakah sebenarnya UD ini. Siapa UD bukan perkara penting, yang mustahak adalah apa yang UD buat dan perjuangkan. Bagaimanapun elok juga diceritakan sedikit sebanyak mengenai blog UD ini.

Blog UD dibina dengan posting pertamanya pada 6.5.2010 oleh seseorang yang meminati blog. Bagaimanapun saya dicadangkan mengambil alih dan menjadi admin blog ini sebulan selepas itu iaitu pada bulan jun sehingga kini. Bermakna blog UD sudah berubah admin dan tidak benar jika ada sesiapa yang menganggap mereka mengenali siapa admin blog UD kerana saya yakin tidak siapa mengenali saya...wira yang tak didendang. Jadi kalau Zainuddin Dahaman nak betemas ke hape ke dia masih tidak akan kenal siapa saya. Dunia internet bukan seperti apa yang dia sangka! Begitu juga sangkaan WZWH bahawa BH, SPU dan UD adalah orang yang sama juga tkdak benar, mungkin dulu saja betul...agaknyalah!

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan kepada UD selama ini, UD bukanlah individu tetapi UD adalah kita semua....mereka yang bersemangat untuk melihat kemajuan dapat dicapai didaerah Ulu Tembeling. Bagaimanapun dengan penuh keikhlasan, jika ada sesiapa yang benar-benar ingin menjadi admin blog ini dan berupaya mengendalikannya dengan sebaik mungkin, saya sangup melepaskannya. Jika tidak, saya akan pulangkan semula kepada yang empunya.

Sehingga itu, UD akan terus menulis dengan kritikan dan sindirian dengan satu tujuan membela dan membangunkan daerah pedalaman yang kita sayangi ini.

Salamph kekawan. Aku dorh ade semule dorh oih!!! Rindu amat aku ke dimeq! Gon sunyi ke aku jugeq, yok? Hehe!

Sunday, November 28, 2010

KECIL HATI - UD PUN NAK BERHENTI






Kadang-kadang, jarang-jarang sekali-sekala UD layari juga laman sembang sosial facebook ini. (Walaupun ada juga, tapi laman F**kbook UD tak pernah lawat, pasai benda tak elok) Dalam sembang-sembang tu adalah perkataan yang menghiris hati kecil UD. UD siarkan dibawah ini:


Zaimiee Mie dh lameg duk bando..banyok le perkataan urag kitek ong lupeg..
Wednesday at 9:38pm · Like
·                                
      Urag Drrulug  tu lah, kekadang mase duk di KL pon aku cube cakap macam kiteq drrulug senun
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                 
Urag Drrulug nak malu ke mende? bahase kiteq yok?
Wednesday at 9:39pm · Like
·                                
Zaimiee Mie hahaha..baguih tu oi..jgn lupeg bahaseg ibunde kiteg tu...
nok maluk mendeg..urag lain terok jugek bahaseg dimek...
Wednesday at 9:41pm · Like
·                                
Zainuddin Daman urag drulug tu bukan urag drulu nun...dia ni ntoh urag mane,
Wednesday at 10:33pm · Like
·                                
Zainuddin Daman tapi bagus juga urag drulu ni, buleh meningat kembali cakak2 urg kita drulu, tapi yg paling besnya dia hentam yb kita yg dia angap tak betul...
Wednesday at 10:35pm · Like
·                                
Zaimiee Mie ayah busu..kite kene g jumpe Wan Joh Kt Jerantut nun, suruh die TEMAS sape die sedare kite UD ni....
10 hours ago · Like



Rupanya apa yang UD lakukan selama ini, menaikan martabat Ulu Tembeling, menaikan moral penduduk pedalaman dipersada dunia tidak dihargai. Selama ini orang Ulu Tembeling malu bercakap loghat Ulu Tembeling bukan saja dibandar-bandar bahkan didalam laman sosial juga, namun setelah ujudnya blog UD, ramai yang merasa bangga bercakap loghat ibunda.

UD dianggap bukan orang Ulu Tembeling sebenar, mungkin kerana mereka merasa hanya merekalah yang layak mewakili Ulu Tembeling. Kerana itu UD telah berfikir untuk BERHENTI dari menulis blog ini dan akan menawarkan kepada mereka itu untuk menulisnya. Biar mereka yang merasa bahawa merekalah orang Ulu Tembeling sebenar yang menulisnya pula.

UD pernah pelawa Cenerong Ular untuk menulis di UD tetapi ditolak dengan baik dan berhemah. Sekarang blognya Hulu Tembeling sudah semakin dibacai ramai. Syukur alhamdulillah, satu lagi anak Tembeling telah dikenali di alam maya ini.

UD dimaklumkan bahawa Zainuddin Dahaman ini adalah kelahiran Gusai dan bertugas di Felcra Kg. Merting, Tembeling Tengah. Mungkin dia boleh memikul tanggungjawab ini. Pastinya orang bijak dan terpelajar sepertinya akan mampu melakukan lebih baik dari UD yang sudah semakin keletihan dan kurang upaya. Diharap beliau dapat menulis ke alamat email UD untuk dilakukan urusan penukaran admin blog UD ini. Tanpa prejudis UD percaya anak muda seperti dia boleh lakukan ini.

Saturday, November 27, 2010

MIMPI JUTAWAN

Gambar hiasan: Mungkin ini antara seorang jutawan yang pernah melanggani sahabat Sara tidak lama dulu, namun kini terpaksa terlantar di katil kerana mengidap AIDS - balasan Allah didunia ini.


Semalam, UD dimaklumkan bahawa satu perjumpaan besar-besaran akan diadakan di Jerantut yang dihadiri kontraktor-kontraktor kelas F (A-D). Perjumpaan ini tidak ada kena mengena dengan pengkelasan / pengredan kontraktor-kontraktor yang dibuat baru-baru ini. Bukan untuk membantah pengkelasan berkenaan malahan kesemua kontraktor sangat berpuashati dan menyokong usaha murni yang dibuat oleh para pegawai dan pemimpin yang bijaksana dan bijaksini itu. Bagaimanapun, ada juga ura-ura untuk membawa perkara ini keatas bagi menyemak peraturan dan dasar kerajaan berkaitan dengan syarikat serta pemberian kontrek bagi memastikan tindakan yang dilakukan itu tidak menyalahi sebarang peraturan yang ada selama ini.

Perjumpaan berkenaan yang akan diadakan itu akan turut dihadiri oleh CEO-CEO beberapa syarikat gergasi 'gred A dan bertaraf dunia' yang kebanyakannya dari Amerika dan juga Eropah. Ini adalah lanjutan dari cadangan dari seorang blogger yang juga AJK Pemuda UN-KNOW Jerantut dalam kenyataan diblog beliau begini: "Kontraktor  kelas F Jerantut boleh tangkap cicak gecko yang banyak di hutan Tembeling kemudian bela dalam rumah khas cicak gecko." Tentu industri ini kelak akan mampu mengwujudkan banyak jutawan-jutawan di Jerantut.

Oleh kerana terdapat lebih dari 2000 species gekko diseluruh dunia (menurut sumber berkenaan) maka selaras dengan perlaksanaan pengklasan kontraktor-kontraktor di Jerantut ini, maka kemungkinan kontraktor-kontraktor di Jerantut akan dikelaskan sekali lagi dengan membahagikan mereka kepada 2000 kelas atau gred. Ini bagi memudahkan setiap kelas atau gred konraktor itu akan menternak satu species gekkao. Wah! Jerantut akan maju, canggih serta lebih terkehadapan dari daerah-daerah, malahan negeri dan negara lain didunia ini dalam mewujudkan jutawan kontraktor kelas F 'gred A bertaraf dunia'.

Khabarnya tokek berkenaan akan digunakan untuk mengubati pesakit AIDS. Alhamdulillah, bila penyakit kelamin berkenaan sudah ada penawarnya. Tentu nanti ada yang sudah tidak bimbang lagi untuk membantu bersungguh-sungguh dalam menggalakkan insustri pelacuran berkembang dengan pesat didaerah kita ini. Tiba-tiba kita teringatkan Sara.......

UD pun merasa tersangat bangga dan tersenyum lebar memikirkan diri serta kawan-kawan akan jadi jutawan tokek.. Tiba-tiba bahu UD ditepuk beberapa kali dan menyedarkan UD dari khayalan. "Bangun! Bangun!" - rupa-rupanya UD hanya bermimpi disiang hari. Mimpi jutawan!

Ishhh! Teringak pulok akuq mase-mase dulu hark selaluq pegi ke Dang-Dut dan karaoke dengan urag beso sebelum jadi urag beso, hehehe! Bulih tahan jugeq dieq tu, yok? Hehehe! Kerayanth!

Friday, November 26, 2010

RASUAHPUN SATU PERNIAGAAN



Ni nasib baik aku tolong tutup sikit, kalau tak, tentu kuat bau bu***  dia  ni,
Jangan bimbang, ni Eli, bukannya Sara dan kita bukan adik beradik sesusu, hehe



Kata-kata keramat Pal Lah semasa masih PM ialah; 'Pertanian adalah Perniagaan'. KJ - anak menantu @ anak hantu ada juga kata-kata keramat, tetapi tidak mampu diluahkan. Kata-kata keramat KJ begini; 'Rasuah juga adalah satu perniagaan' Maka pada waktu itu banyaklah orang-orang politik dalam pemuda UMNO mewah dengan perniagaan berkenaan. Sementelah pula KJ waktu itu masih anak menantu kepada PM, demikian diriwayatkan oleh yang ampunya ceritera adanya. (BACA SINI)

Di era rasuah adalah perniagaan, banyaklah ketua-ketua pemuda dibahagian-bahagian mendapat faedah dari perniagaan yang dijalankan itu dengan 'menjual orang'. (Kata Husin Lempoyang, jual orang lebih baik dari jual onta) Perniagaan dalam pemuda berkembang pesat dimana-mana. Kata orang, kalau nak tahu seseorang itu warak atau tidak, tengoklah dahinya tanda kekeraban dia sujud bersembahayang, tetapi kalau nak tengok siapa yang berjaya dalam perniagaan yang disebutkan ini maka tengok sajalah perutnya.

Bagaimana kerajaan UMNO hendak hapuskan rasuah kerana rasuah sudah diiktiraf sebagai perniagaan dalam UMNO? Perkara yang sama juga dilakukan oleh penjawat awam kerana mereka banyak belajar dari UMNO. Jika kita pandang keatas, siapa yang benar-benar bersih? Jawapannya: Nil, Nol, Nehe, Tiada atau Pek! Kerana itulah politik dikatakan kotor, disebabkan semua yang bergiat dalam politik ini hanya dengan tujuan untuk mendapat tempat untuk merompak sebanyak mungkin harta rakyat yang rakyat sendiri tidak sedari.

Bukan hutan serta ikan dan hidupan liar di daerah kita saja, ditempat lain pun sama. Cuma, sepandai mana mereka makan dan sepandai mana mereka menutupi tahi yang mereka tinggalkan itu. Rakyat melihat segala apa yang berlaku dan dilakukan selama ini. Silent voters mungkin berdiam diri kerana tidak gunakan blog dan facebook untuk bersuara, tetepi mereka akan gunakan satu-satunya hak mereka iaitu undi dalam PRU akan datang untuk membalas dendam mereka. Kita akan lihat nanti apa yang akan berlaku, dan saya tidak benar-benar yakin bahawa UMNO/BN akan dapat kemenangan mudah 2/3, atau bahkan dibeberapa parlimen dan DUN juga akan dikalahkan.

Dipejabat-pejabat kerajaan dimana kontrek dikeluarkan, apa penilaian kita tentang bebas rasuah? Semua orang sudah ada jawapannya, terutama mereka yang terlibat sebagai kontrektor. Jika sesekali kita jujur pada diri sendiri, mampukah kita bertanya; Islamkah aku? atau apakah aku memegang hukum Islam sebenarnya serta mengamalkannya? Saya pasti mereka yang terlibat akan dengan cepat berhenti membaca posting saya dan dalam hati menyumpah seranah saya kerana menulis posting begini.

Kita banyak mendengar kisah anak-anak muda yang terlibat dengan keruntuhan moral, sedikit sebanyak mereka adalah anak-anak yang kita hasilkan dan berdarah dagingkan rasuah. Anak-anak gadis yang melahirkan anak tanpa nikah dan membuang bayi mereka seperti membuang seluar dalam mereka ini mungkin adalah hasil dari apa yang mereka makan dan bagaimana mereka dibesarkan. Ada juga isteri-isteri yang terlajak dan gemar mengadakan sek dengan bukan muhrim dan melibatkan orang-orang yang bernama dalam politik. Kerana apa ini berlaku? Jangan salahkan mereka kerana pada mereka kebebasan melakukan sek adalah seumpama satu perniagaan juga, walaupun bukan bayaran yang mereka inginkan.


PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN, RASUAH JUGA PERNIAGAAN BAHKAN SEK JUGA SATU PERNIAGAAN - SEMUANYA HALAL BAGI YANG SUKAKAN YANG HARAM


Banyok amat lagig ceriteq pasai hark yang tork mulek ni hark yang aku adeq. Cume nye aku malas nork bewayat sangat. Tapiq, ishhh! aku pun nork beniage jugeq, yok? Segalanya adalah perniagaan, hehe. Natiq kita bukok ceriteq sapa hark yang kaki minum, hark yang kaki dangdut, kaki betina dan sebagainye larh, Apa gon kateq? Aku ade banyok sipan rohsieq, oihhh! Hehe!