'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Friday, March 18, 2011

BANDAR JERANTUT TIADA TONG SAMPAH?

Tong sampah kitar semula yang sesuai untuk kaki lima premis perniagaan dan kawasan sekitar bandar

Tong sampah kita semula untuk komuniti  / awam - sangat  sesuai diletakkan berhampiran kawasan perumahan

Sudah banyak perubahan yang dilakukan oleh Majlis Daerah Jerantut terhadap bandar Jerantut ini. Malamnya sudah bergemerlapan dengan cahaya lampu berwarna-warni. Uptown pun sungguh menarik sebagai destinasi bersiar-siar waktu malam walaupun lebih ramai penjual dari pembeli atau semakin bertambah banyak gerai-gerainya yang ditutup. Tidak mengapa -soalnya MDJ telah membuka ruang dan memberi peluang kepada bumiputera untuk berniaga.

Seronok tengok kawan-kawan masing-masing ada perniagaan. Kalaupun mereka tidak membantu menyenangkan kita sekurang-kurangnya mereka tidak lagi menyusahkan kita. Mungkin nanti antara mereka sudah tidak perlu menggunakan wang ringgit lagi untuk mendapatkan sesuatu kerana sistem berjual beli akan dapat diganti dengan 'butter trade'. Kita orang bijak dan dari bangsa bijak.

Banyak lagi pembinaan sedang dilakukan oleh MDJ demi kesejahteraan penduduk Jerantut. Soal kenapa dahulu pembangunannya lembab usah kita pertikai kerana jawapannya sungguh mudah: SU serta ahli majlis yang pasif. Mereka tidak mampu untuk membawa kemajuan kepada Jerantut. Jika merek sertai lawatan ke luar negara, bukan ilham untuk pembangunan yang mereka bawa balik. Mereka hanya pergi untuk bersiar-siar dan bershopping. Bagi yang lelaki mereka 'mungkin' hanya ..........@#&**^%$$$(^^%@!!....????.

Pagi ini ada satu lawatan tapak di Hospital Jerantut seperti yang dimaklumkan dilaman web MDJ bagi membina pejalan kaki serta pencahayaan di Hospotal Jerantut, projek dibawah MDJ. Sungguh cekap SU merancang projek-projek dan membelanjakan wang atas nama pembangunan.

Satu soalan yang tidak pernah saya menemui jawapan sejak lama dahulu: Tidak terfikirkah SU dan ahli-ahli majlis yang bijaksana dan bijaksini bahawa warga Jerantut ini memerlukan banyak tong sampah disepanjang jalan dan kali lima premis perniagaan. Kemanakah mereka hendak membuah sampah ketika bersiar-siar di Jerantut yang indah dan permai ini? Jangan salahkan sesiapa jika mereka membuang sampah merata-rata kerana kegagalan kita menyediakan tong-tong sampah. Harap sangatlah, Puan Wan Norizan mengambil tindakan segera. Seperti saya katakan tadi sudah tentu ahli majlis tidak melihat keperluan ini kerana mereka tidak sempat untuk memikirkan perkara-perkara kecil begini atau mungkin mereka sudah terlalu lama dengan jawatan itu.

Dalam entry lalu saya menyindir dengan mengibaratkan Dato' Wan Amizan dengan tong sampah kitar semula, pembaca mungkin hanya membaca sambil tertawa, ajk majlis juga demikian tetapi mereka tidak terasa yang saya juga maksudkan untuk bandar Jerantut ini. Rupanya masyarakat zaman ini sudah hilang ketajaman buah  fikirnya. Segalanya harus dinyatakan dengan terus terang. Namun jika terlalu terus terang mungkin mereka akan ambil hati pula.

Cukuplah setakat ini, akan datang UD akan sentuh sesuatu mengenai sistem jalanraya serta kesesakan lalu-lintas dan kekurangan tempat pakir di Jerantut. Puan Wan Norizan, harap tidak tersentuh dengan komen dan cadangan saya. Dulu saya pernah beberapa kita bersama didalam mesyuarat khas Majlis Daerah Lipis, kerana itu saya faham bahawa beliau seorang yang sangat peka kepada teguran dan dapat menerimanya bukan dengan sentimen.

Ishhh! urag de bandor tarok membuang sapoh gamoknye? Ke dimeq buang di dalap sungai jugeq? Kerayanth! payoh amat nork membuang sapoh de bandor Jerantut ni yok? Membanyokkan tong sapoh dan memperbaiki sistem pelupusan tetu lagi mulek darie membuat luji nukliar, WZWH yok? Ihik! Ihik!

19 comments:

Mat Dilu said...

haha, dorh ade dorh oih! mulek amat larh tu. cepat ye oih!! ong komen hajeq dimeq dorh letork tong sampoh tu, tapi hark pesen lama bukan yang kitar semuleq. mungkin utok dimeq tu jenis utok lameq lagig yok?

Anonymous said...

budo deme ni..ong jelah jadi ahli majlis.

uRag dRrulug said...

Yg lebih bodoh adalah org macam anon 8:48 sebabnya tidak ada keinginan untuk memperbetulkan kesilapan dan malahan memusuhi orang yg ingin membetulkan kesilapan. Kalau tak nak jadi cerdik, bodohlah awak sorang tetapi jangan halang orang lain utnuk berubah jadi cerdik. ada lagi manusia bangang macam ni diabad ini ye? hehe

Anonymous said...

salam UD.
syabas anda sudah mula radikal dan kuarang ajar.inilah yang musa hitam mahu lihat.melayu perlu kurang ajar kalau mahu survivor.
tahniah

terima kasih anon kerana pandai sembunyikan kurang ajarnya disebalik mengkurang-ajarkan orang lain, hehe