'

~ 'uRag dRrulug' adalah dialek pedalaman Ulu Tembeling di Pahang bererti 'Orang di Ulu'- Walaupun terdapat loghat pertuturan berbeza diantara beberapa kampong @ Gusai, Mat Daling, Kg. Bantai, Kuala Sat serta Kg. Pagi namun memahami antara satu sama lain dan merasakan bahawa kami tetaplah satu. Blog satira ini membawa suara anak daerah terpencil dan terpinggir ke persada dunia, - serius dan sinis ~

mutiara kata UD:

mutiara kata UD:
bukan aku hendok, bukan aku mintok...
dunieq tork tau maluq..

Monday, March 7, 2011

KERDAU MEMILIH PEMIMPIN BERSIH





Akhirnya PRK DUN kerdau berakhir dengan keputusan yang sudah dijangka umum; Ustaz Syed Ibrar menang dengan majoriti besar. Sila semak keputusan di blog Pahang-Ku (Klik Sini).

Kemenangan BN itu bukanlah semata-mata kerana  parti UMNO yang mewakili BN, tetapi adalah lebih bergantung kepada calon itu sendiri. Keperibadian calon itu sendiri telah membuatkan Pas tidak ada isu untuk menyerang peribadi calon. Ini telah membuatkan segala urusan bagi 'melobi' sokongan pengundi terhadapnya lebih mudah.

Saya mengambil kesempatan PRK Kerdau ini untuk mengenali rakan-rakan blogger tersohor disamping melihat gerakkerja mereka. Rata-rata mereka berkata bahawa PKR Kerdau ini lebih mudah dari mana-mana PRK sebelumnya kerana tidak ada isu calon dan perang maya tidaklah terasa begitu hangat.

Tahniah kepada DS Najib yang bijak dalm memilih kreteria calon, iaitu calon yang berpeluang besar untuk menang. Calon yang rakyat sukai bukan kerana memberi mereka duit ringgit dan sebagainya, tetapi calon yang berperibadi mulia dan bukan pemungkor.

Kita harap UMNO akan tetap meneruskan memilih calon yang berpeluang untuk menang berbanding calon yang menang jawatan dalam parti dengan cara membeli undi. Tahan sedang menghadapi kesukaran dan kita percaya PM sudah menerima isyarat kita dengan jelas sejak lama dulu.


Haihh! Kerayanth oih! Kalau kiteq letok calon lame jugek, ramai larh urag memangkoh ke lain, kalau tork pun dimeq tork memangkoh laluq, bior nye lantok larh.....yok?

De Rumpun Makmur akuq dapart bejupeq dengan kawan akuq...'orang kampong' hark yang selalu beriq kumen di belog. Terima kasih larh, ong belanje ke akuq minum tea, natiq ong belanja larh lagiq, yok ? Jangan kabo ke urag ong bejupe akuq!

4 comments:

Anonymous said...

Salam tuan UD & MUD...,

KERDAU MEMILIH PEMIMPIN BERSIH

Aih kerayanat amat ong nirk UD. Akurk teperanjat jugerklorh, dingok yang kena pegang dan hork nork masuk dalam mulut dan kene sendeh tu ais kerim ke meriam. Ong tork sukerk ke dingork ice krim no lua besar turk...

Bermula dari sekarang. Untuk kemenagan berganda di musim PRU ke 13. Walaupun sekecil mana janji pun untuk mencapai 100% akuan tersebut mustahil terlaksana. Awas satu aje nasihat Banir, perlahankan langkah tinjau kiri kanan, toleh depan belakang, jangan sahaja mendongak sehingga lupa buni dipijak....

Pan5 Banir. Aderk juga jumpa UND tapi aperk boelh buat dia tork kenai akurk sebab diceloh banir....

Anonymous said...

Hai oih.Apa PRU 13 nanti Dun Tahan masih calon yang lama jugek ke yok? Kalau calon tu lagi rugilah 1 undi aku ni yok. Memanglah aku oangkoh ke bulan kalau BN letak calon tu lagi.

Anonymous said...

kalau ong nok kebulan naik jer ruket yang hok UD tunjuk dalam posting dia dia diatas, sampai rasanya kebulan.

uRag dRrulug said...

kahkahkah,
akuq no kumen oihhh!